HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Friday, December 22, 2006


Salam sayang untuk pengunjung-pengunjung blog ini. Pasti ramai yang rindu kat Amir & Zu atau Ain & Kamil Irsyad. Maafkan saya kerana tidak dapat meletakkan n3 baru atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Insyaallah, saya akan letakkan n3 terbaru minggu depan. Jika sempat mungkin lebih awal.

Minggu lepas saya pulang ke Tapah, Perak kerana berlaku perkara yang tidak disangka-sangka. Panggilan dari emak membuatkan saya bergegas pulang. Ini berkaitan dengan anak perempuan kesayangan saya yang dimasukkan ke hospital. Hati ibu mana yang tidak terkejut dan begitu sedih menerima berita tersebut. Semasa ditinggalkan dia sihat walafiat. Kata emak, puteri saya itu rindukan saya... Wa dengar, memang nak menangis...
Tapi alhamdulillah sekarang ini dia sihat, cuma ada rawatan susulan. Nampaknya saya akan berulang alik ke Perak dalam beberapa minggu ini.

Jawapan kepada Tag Board:-

Zue; Amir & Zu akan muncul ikut keadaan. Kerana ramai yang rindu kat mereka, lalu AZ & Zu akan muncul sekali sekali. Itu adalah antara sedutan dalam versi lain.. :p *Zu pun kirim salam dengan Zue, AZ dia senyum saja. Malu nak jawab kot, sbb Zu kat depan dia. Nak jaga hati Zu, he he..
Ain akan muncul nanti. Skrg. ni dia bercuti di Pangkor..
Noname; LADHm, insyaallah dalam perancangan. Jika segalanya ok, akan diwar2kan. Ain akan ada minggu depan.
Mar; Esok kita jumpa ya,,, boleh cerita panjang-panjang. ;)
dad_ija; Nak Zu kahwin dgn. AZ, dengan En. Taufik tak mahu ke? Bila Zu kahwin nanti dia akan hantar kad. Tak kiralah siapa di sebelahnya.. he he..
Emi; AZ nak muncul dengan Zu tapi Zu selalu menolak. Jadi dia orang menyepi dulu. Sabar ya...
Siti Zubaidah; Lagu ini tajuknya A Shoulder To Cry On dari Tommy Page. Minat juga...
*Untuk peminat-peminat lagu ini, saya letakkan liriknya. Memang puitis & meruntun jiwa*

Life is full of lots of up and downs
And the distance feels further
When you're headed for the ground
And there is nothing more painful
Than to let you're feelings take you down

It's so hard to know
The way you feel inside
When there's many thoughts
And feelings that you hide
But you might feel better
If you let me walk with you by your side

And when you need a shoulder to cry on
When you need a friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be alone, cause I'll be there

I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be a friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be alone, cause I'll be there

All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on

Side by side
With you till the end
I'll always be the one to firmly hold your hand
No matter what is said or done
Our love will always continue on

Monday, December 11, 2006

SEDUTAN LADHM - MENGUBAT RINDU



Pelarian ini tidak menemukan apa-apa,
sekadar lelah mengira masa.
sesak bermukim di dada....
***

Rumah teres dua tingkat yang bercat biru terletak di Cheras itu begitu meriah suasananya. Sana sini tetamu menikmati makanan yang dihidangkan. Sesekali deraian ketawa memecah suasana.

Aku memandang sekeliling. Ada antara tetamu yang aku kenali. Rakan-rakan sekerja. Yang lain-lain pula mungkin saudara maranya.

Aku agak lewat tiba ke perkarangan rumah tersebut. Mulanya aku ingin memandu sendiri. Tapi di saat akhir, rancangan bertukar pula. Sudahnya kami tersasar daripada waktu yang dijemput.

En. Taufik telah sedia menanti di hadapan rumah ketika kami melangkah masuk.

"Maaf En. Taufik, lewat sedikit.." Aku menjelaskan. Tidak mahu En. Taufik tertanya-tanya. Moga kata maaf itu tidak lagi memanjangkan cerita kenapa aku lewat.

"Sampai juga Zu... Ingatkan tak sudi datang." En. Taufik mengusik.
"Mana boleh tak datang En. Taufik. Kalau pasal makan tak boleh tolak punya.." Azira pula mencelah. Aku diam sekadar memerhati sekeliling.

Aku lewat hampir lima belas minit. Sesuatu yang jarang terjadi. Ini semua pasal Azira. Katanya tiba-tiba sahaja kucing kesayangannya demam. Terpaksalah dia menghantar dulu ke klinik haiwan. Memang aku tahu Syikin suka membela kucing. Jika tak silapku ada dua ekor kucing miliknya. Seekor kucing Siam dan seekor lagi kucing Parsi.

Mestilah dia risau sangat. Lagi pun kucing itu mahal pula harganya.

"Jemputlah makan. Bacaan doa baru sahaja habis." Pelawa En. Taufik dengan senyuman.

Aku memandang En. Taufik yang berbaju melayu biru laut dan memakai songkok. Penampilannya agak berbeza dibandingkan ketika dia berada di tempat kerja. Di pejabat dia sering memakai kemeja berlengan panjang.

"Terima kasih". Aku menampak sekeling. Tiada nampak pula kelibat ibunya. Mungkin agaknya di dalam rumah.
"Mak saya ada kat dalam... " Macam tahu-tahu pula En. Taufik apa yang aku cari.

Aku beredar ke meja makanan. Melihat-lihat jenis makanan sebelum aku mengambil apa yang patut.

"En. Taufik itu nampak handsome ya, bila pakai baju macam itu." Azira berkata perlahan. Mungkin tidak mahu orang lain mendengar komennya.
"Kau tak tergoda ke?" Aik, ke situ pula arah tuju soalan Azira bila aku mengambil sikap mendiamkan diri. Baru saja aku ingin membuka mulut. Handsetku berbunyi. Ada message yang masuk.

Asm Zu, kat mana ni?

Aku menyimpan kembali talipon. Bukan dia tidak tahu aku di mana. Awal-awal lagi aku dah beritahu. Ini tanya lagi. Aku mengomel di hati.

"Siapa Zu?" Azira ingin tahu.
"Adalah hamba Allah yang tersesat hantar pesanan."

Kami terus menikmati makanan yang diambil. Dari pintu rumah aku melihat En. Taufik dan ibunya keluar. Entah apa yang dibualkan mereka. Nampak akrab sekali. En. Taufik dan ibunya menghala ke arah meja aku dan Azira.

Aku bangun dan bersalam dengan ibunya. Kami berpelukan seketika.

Azira mengenyitkan mata ke arahku. Mujur tuan rumah tidak perasan apa yang dia lakukan.

"Azira, ini mak saya." En. Taufik memperkenalkan Azira kepada ibunya. Lantas Azira menghulurkan tangan.
"Jemput makan mak cik, En. Taufik." Aku mempelawa. Macam aku pula jadi tuan rumah.

Tanpa aku sangka, En. Taufik dan ibunya duduk bersama dengan kami. Azira tersenyum-senyum memandangku. Pasti ada perkara yang tersorok di kepalanya bila dia berkeadaan begitu. Nak mengusik akulah.

"Sedap makanan hari ini. Mak cik masak sendiri?"
"Zu nak belajar pun boleh, mak saya ini pakar masak." En. Taufik pula menjawab.
"Ada-ada saja Fik ni." Ibunya tersenyum.
"Ada yang mak cik masak. Yang lain-lain itu mak cik tempah. Jangan percaya sangat cakap Taufik ini." Tidak lepas senyuman dari bibir ibu En. Taufik.
"Mak dah sihat?" Aku sedikit terkejut tapi cuba menyembunyikannya.
"Alhamdulillah.. mak cik." Pasti berita ini ibunya tahu daripada En. Taufik.
"Orang tua macam itulah Zu. Mak cik ini pun kadang-kadang semput juga. Mujur ada Taufik ini. Senang juga nak ke sana sini." Aku menganggukkan kepala.
"Untung mak cik duduk dengan anak. Saya kalau boleh pun nak duduk dengan mak tapi rezeki dah di sini." Wajah emak bermain di mata. Walau diajak banyak kali, mak masih suka tinggal di rumah peninggalan arwah ayah.
"Tapi entah kenapa sampai sekarang anak mak cik belum nak kenalkan lagi calun isterinya..." Aku meletakkan gelas yang berisi fresh oren. Tiba-tiba saja aku rasa berdebar. Lain macam saja bunyi nada ibu En. Taufik.
"Kat pejabat itu ramai yang masih single mak cik. Azira ini pun masih kosong lagi...." Azira menjegilkan matanya.
"Cakap orang, yang bercakap pun apa kurangnya mak cik." Sahut Azira.

Kami berbual seketika, sebelum En. Taufik dan ibunya beredar.

"Aku tengok mesra saja kau berbual dengan mak En. Taufik. Macam dah kenal lama."
"Dia orang pernah datang ke kampung aku."
"Macammana aku tak tahu cerita sensasi ni?"
"Sensasi apa pula. Itu semua kebetulan saja. Masa mak aku sakit dulu..."

Nada dering berbunyi lagi menandakan ada mesej masuk. One message received. Tertera ayat di situ.

Zu balik pukul brp?

Aku tahulah nak balik pukul berapa. Yang dia sibuk-sibuk ini kenapa pula? Cukuplah aku sudah beritahu semalam bahawa aku tak free hari Sabtu. Tak kan tak faham-faham.

"Salah hantar lagi?" Azira bertanya.
"Atau secret admire?" Aku ketawa.
"Aku mana ada secret admire. Mengarut saja.."
"Aku rasa pun tidak tapi peminat di depan mata. Jaga-jagalah, siap mak dia bagi 'hint' anaknya itu belum berpunya lagi..."
"Tak habis-habis dengan En. Taufik. Dari dulu sampai sekarang. Carilah topik lain..." Tak sedap pula rasa hatiku bila memperkatakan hal yang berkaitan dengan tuan rumah.

Talipon yang berada di dalam handbagku menjerit lagi. Bukan nada pesanan tapi deringan yang aku tahu siapa pemanggilnya.
"Angkatlah Zu.. " Azira menyuruh bila aku sekadar membiarkannya.

Aku bangun dan mencari ruang kosong di situ.

"Assalammu'alaikum..."
"Wa'alaikummussalam.."
"Dapat mesej abang?"
"Emmm..."
"Mengapa tak jawab?"
"Tak sempat. Tengah makan tadi"
"Makan apa tadi?" Banyak pula tanyanya.
"Macam-macam.."
"Ingatkan abang tak, masa makan?"
"Entah?" Mana sempat aku nak ingat kat dia. Nak lupakan adalah!
"Balik pukul berapa?"
"Tak tahu lagi." Aku menjawab malas.
"Zu pergi dengan siapa?"
"Kawan..." Aku ingin cepat mematikan perbualan tapi dia pula memanjangkannya.
"Kawan lelaki ke perempuan?"
"Lelaki..." Biar dia rasa. Banyak pula soalannya.
"Kalau lelaki mesti dia yang drivekan? Macam itu abang ambil Zu kat rumah kawan Zu tu! Apa alamatnya?"
"Eh... tak usah susah-susah. Majlis tak pasti pukul berapa habis!" Aku tergagap-gagap. Nak menipu sudahnya aku juga yang terkena balik.
"Macam itu, abang tunggu kat depan rumah nanti."
"Tak payahlah. I tak mahu pergi mana-mana." Bukan dia tak tahu, aku dah jelaskan segala-galanya semalam.
"Sampai rumah nanti talipon. Abang tunggu kat depan rumah Zu." Dia mengulang ayat tadi. Macam memaksa pula.
"I penatlah. I nak habiskan masa hujung minggu di rumah."
"Zu, Zu tahu tak dah 1 minggu kita tak berjumpa. Abang betul-betul rindu kat Zu." Masalahnya aku sedikit pun tidak rindu kepadanya. Kalau boleh aku tidak mahu bertemu dengannya dalam waktu terdekat ini.
"Pleaselah... tolong faham, I nak berihat di rumah."
"Dengan abang, Zu selalu menolak. Dengan orang lain Zu tak macam ini!" Dah nak babitkan orang lain pula.
"Zu tak kasihan kat abang ke?" Apa hal pun masuk bab kasihan ini.
"Abang tetap tunggu Zu kat depan rumah walau lambat atau cepat Zu balik." Tanpa sempat menantikan ucapanku, talian dimatikan.

Aku mengeluh. Mati akal aku dengan Amir Zuhairi. Nampaknya segala alasan aku dipandang sepi.

"Kenapa Zu, ada masalah?" Entah dari mana datangnya dia. Dengarkah En. Taufik apa yang aku bualkan sebentar tadi?
"Tak adalah En. Taufik..." Senyuman aku berikan.
"Muka awak tu nampak macam menanggung sesuatu. Nak ceritakan kepada saya?"
"Alah... kisah budak-budak. En. Taufik tentu tak berminat."
"Try me.."

***

Aku tiba di rumah tepat pukul 6.15 petang. Aku mengajak Azira berlegar-legar dulu ke shopping kompleks.
Sengaja aku berbuat begitu supaya dia rasa jemu menantiku. Bila bosan tentu dia akan pulang. Tapi jangkaanku berlainan dengan apa yang aku lihat di depan mata.

Kereta berwarna emas itu di parkir cantik depan rumahku. Tak makan saman betul mamat ini. Dia bukan berada di dalam kereta tapi siap santai menyandar di pintu kereta. Hatiku sakit melihat perlakuannya.

"Zu, ada orang dah tunggu kat depan rumah. Eh.. pak wa hari itulah..."
"Jom, aku kenalkan!" Azira melihat jam tangan.
"Eh, lain kali sajalah. Aku janji dengan Dr. kucing itu pukul 6.00. Ini dah lewat, kang dia tutup kedai, sian kat kucing aku tu."
"Thanks." Kami bersalam dan berpelukan.

Amir Zuhairi tersenyum melihatku. Senyumannya makin lebar bila yang menghantarku adalah perempuan bukan lelaki yang aku beritahunya melalui talipon.

***

N3 Khas untuk pembaca yang merindui Amir Zuhairi dan Intan Zulaikha. Semoga rindu anda akan terubat.
- Tdak dapat saya catatkan nama anda di sini, yang membimbang saya jika tertinggal nama pula, jua termasuk *SR* (*Silent Reader bukan Secret Recipe*), *anda tahu siapa anda kan! ;p *
- Terima kasih untuk Leni dan rakan-rakan di Indonesia yang meminati blog ini. Sungguh saya terharu kerana ada orang jauh yang membacanya.
- Paling tidak dapat dilupakan pertemuan indah semalam. Terima kasih Anis (akhirnya RADHA jadi milikku), kakSu, Em, Wan, Lia, Wabbit, kaknOOr, Jid, Nawwir, Anim, Notie, Syud & rakan2... lagi sapa ya? Adakah nama yang tertinggal. TQ utk. kek yang paling sedap... Ada masa bawa lagi ya... Manisnya kenangan tersemat di kalbu.

Friday, December 01, 2006

Ep. 5 - Memintal Impian


Kereta yang dipandu berhenti di bibir jalan sebuah rumah. Keluar dua orang jejaka dari kereta tersebut.

“Betulkah rumah ini Mil?” Mata Aris merenung kea rah rumah yang masih bertutup.
“Betullah aku gerenti.” Kamil menjawab sepenuh yakin.
“Kau pernah datang sini?”
“Tak pernah..”
“Habis tu yang kau yakin sangat ini!”
“Mengikut alamat ini betullah, No.. 33. Kau tak nampak ke?” Kamil menunjukkan ke arah nombor berganda itu.
“Sunyi sepi saja…” Mata Aris memandang ke hadapan rumah yang penuh dengan pokok bunga. Cantik. Kombinasi berbagai warna membuatkan halaman itu begitu menarik sekali.

“Assalammu’alaikum…” Kamil memberi salam. Tiada yang menjawab.
“Kau janji pukul berapa Mil? Tercepat sangat ke? Mungkin dia orang belum siapkan lagi tak?” Aris memaparkan kebimbangan di hati.
“Pukul 3.30.”
“Sekarang ini lagi pukul 3.25 petang Mil.” Aris menunjukkan ke jam di pergelangan tangannya.
“Aku tahu. Apa salahnya kita datang cepat sedikit. Tak adanya kena denda..” Kamil berlawak.
“Ini tak lain sebab nak jumpa anak mak cik itu. Jika tidak tak adanya kau cepat macam ini…” Senyuman Kamil membuatkan anggapan Aris benar belaka.

“Kan anak dia tu dah kahwin. Kau sendiri cerita hari itu?” Yang bujang ramai, nak juga yang dah kahwin.” Aris meluahkan rasa berbuku di hati.
“Aku dah tahu dia itu “single” lagi..”
“Eh.. betulkah?” Kamil menganggukkan kepala. Terbayang di kepalanya yang mak cik Noriah terkejut saat dia memberikan hadiah hari itu. Mak cik Noriah pun mengaku bahawa dia belum bercucu lagi. Anaknya pun tiada yang berkahwin lagi.

“Macam itu, aku pun ada “chance” juga….” Aris ketawa. Bahu Kamil ditampar perlahan.

Salam diberi lagi. Masih juga tiada yang menjawabnya.

Dari dalam rumah Ain terdengar-dengar bagai ada orang yang memberi salam. Dia lantas menuju ke ruang tamu. Langsir diselak sedikit. Mengintai samada apa yang dilihat mengiakan pendengarannya tadi.

Dia nampak kelibat dua orang lelaki di luar pagar. Wajah mereka tidak dapat dilihat kerana dilindungi oleh pokok di tepi pagar.

Nak cari siapa agaknya? Nak ambil kuih ke? Ain bertanya sendiri. Dia terus ke dapur mendapatkan ibunya.

“Ibu.. ada orang kat depan rumah.”
“Dah sampai agaknya dia orang itu. Apasal tak jemput masuk?”
“Tak kan semudah itu nak pelawa orang masuk ibu. Lagi pun Ain tak kenal dia orang. Mana tahu orang menyamar ke? Ibu pergilah tengok.”

Kamil memberi salam untuk kali ketiga. Baru didengar ada orang yang menyambutnya. Pintu rumah dibuka. Keluar Mak Cik Noriah mendapatkan mereka. Pagar pula dibuka.

“Dah lama ke tunggu kat sini?” Mak Cik Noriah bertanya ramah.
“Baru saja mak cik..” Kamil menjawab sambil menghulurkan tangan. Bersalaman.
“Maaflah… mak cik tak dengar tadi. Sibuk kat dapur”
“Tak apalah..”
“Marilah masuk, hilangkan penat dulu.” Mak Cik Noriah mempelawa.

Ain hanya mendiamkan diri di dapur. Tidak mahu ambil tahu siapa yang datang. Dia terdengar suara ibu ramah melayan mereka. Sudah lama kenalkah? Ain merangka sendiri. Memang dia akui ibunya itu ramah. Tidak lokek dengan senyuman. Itu sebab kenalannya ramai.

Dibandingkan dengan Ain memang umpama langit dengan bumi. Entah kenapa sifat ibunya itu tidak turun ke dalam dirinya. Kecuali membuat kuih. Nak kata pandai tidak juga. Tapi dia juga boleh membuat berbagai jenis kuih.

“Ain, apa yang tercegat kat situ. Buatlah air….”
“Sapa itu ibu?”
“Mereka nak datang ambil kuih yang dah ditempah hari itu..”
“Bagi sajalah kuih. Buat apa nak jamu pula..”
“Ish… budak ini. Tak ada salahnya kita berbudi bahasa dengan orang. Setakat buat teh o, apa susahnya. Lepas itu hantar kat depan..”
“Bab buat air boleh bu, tapi hantar air tu Ain seganlah. Bukan Ain kenal mereka. Ingatkan mak cik Limah… “

Arahan ibu terpaksa dituruti. Iqbal pula tiada. Dia ada perlawanan bola sepak hari ini. Jika tidak pasti adiknya itu pula akan diarahnya.

Empat pasang mata merenung ke arah Ain, saat dia meletakkan hidangan di atas meja. Hampir dulang itu terhempas di meja apabila Ain terpandang wajah lelaki itu.

Alahai kenapalah dia datang ke sini? Ain mengomel di dalam hati. Rahsia aku dahlah pecah Tahu pula mana aku tinggal. Tak ada muka lain ke nak buat tempahan! Ain tak tahu di mana hendak disembunyikan muka masa itu. Kalau teko itu sebesar tempayan, mahu agaknya dimasukkan wajahnya ke situ. Biar lelaki itu tidak nampak akan dirinya.

Kamil yang duduk di hadapan Ain tersenyum simpul. Dia tahu Ain terkejut. Mungkin juga serba salah. Ialah mana nak sangka Kamil tiba-tiba ada di hadapan mata.

“Mana anak tak nampak pun?” Sengaja Kamil bertanya. Aris di sebelah Kamil juga memandang ke wajah Ain.


Pertanyaan Kamil membuatkan Ain tersipu-sipu. Namun sempat dijawab selamba.
“Ikut pak cik dia, main bola…” Ain tidak mahu mengalah.

Itulah nak tipu orang lagi. Nak kelentong orang pun berpada-padalah. Kan sekarang tak ada tempat nak sorok lagi. Kamil berbicara sendiri.

“Jemputlah minum Kamil, Aris… “ Mak cik Noriah mempelawa. Di tangannya beg plastik yang berisi bekas kuih.

Ain tidak menunggu lagi terus meminta diri.


**

“Patutlah kau angau semacam…” Aris memberikan komen ketika mereka tiba di rumah sewa. Mereka harus bersiap segera kerana tetamu akan datang pada pukul 5.00 petang.

“Kan aku dah cakap….”
“Rasanya aku pun ada peluang kan?” Aris mengusik Kamil.
“Jangan potong jalan, ini aku warning kau…”
“Kamil, Kamil… entah-entah dia dah ada yang punya. Kau saja yang berangan-angan. Tengok rupanya dia aku tahu, mesti dia ramai peminat.”
“Orang lain minat tapi satu hari nanti… dia aku punya…” Kamil berkata penuh yakin.
“Pepatah kata… burung terbang usah dipipiskan lada. Impian usah tinggi sangat, jika jatuh terus tak bangun…”
“Kau tengoklah nanti… “ Aris hanya menggeleng-gelengkan kepala dengan sikap Kamil. Kali ini lain macam pula Kamil bila bercakap tentang perempuan.