HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Wednesday, August 06, 2008

CINTA DI MATANYA (x)

Kira tersenyum. Suaminya dipandang berselang dengan wajah ibunya. Namun kegembiraan itu hanya seketika. Doktor yang dipanggil untuk mengesahkan Syahmi telah sedar memberitahu nadinya tidak berdenyut lagi. Bacaan di monitor pun menjelaskan bahawa hanya ada garisan lurus.

“Tak mungkin doktor. Tadi jarinya bergerak.” Kira masih cuba mempertahankan pandangannya sebentar tadi. Dia masih terasa genggaman Syahmi.

“Maaf puan, kami telah cuba sedaya upaya. Namun Allah lebih berkuasa.” Doktor yang memakai tanda nama Firdaus menjelaskan.

“Tak.. dia masih hidup. Doktor tersilap…” Doktor Firdaus memandang sayu. Dia terasa sedih kerana hampir dua minggu dia yang bertugas di situ. Dia memahami hati seorang isteri yang setia menanti tapi akhirnya penantian itu tidak seperti yang diharapkan. Sebagai lelaki dan juga doktor dia menyembunyikan segala rasa yang berada di hati.

“Abang, bangun bang.. “ Tubuh Syahmi yang kaku digoyang-goyang.
“Bangun bang, bangun!” Semakin kuat tubuh Syahmi digoyang.

“Abang tak matikan. Abang janji nak bersama dengan Kira. Abang janji nak jaga Kira.” Airmatanya mengalir tanpa henti.

Puan Nora yang melihat Kira begitu mengalirkan air mata. Terasa sebak hati seorang ibu melihat situasi begitu. Namun segalagalanya telah tertulis, jodoh pertemuan dan ajal maut DIA yang menentukan.

Puan Nora memeluk tubuh Kira irat-irat. Air mata yang jatuh di pipinya dikesat. "Sabar Kira..., ingat pada Tuhan". Kira masih juga menggoyangkan tubuh kaku Syahmi. Dia memeluk kejap tubuh yang terbaring itu.

"Dia belum mati lagi bu..." Ayat itu diulang-ulang lagi.
"Ibu nampak tadikan dia bergerak, dia pegang jari Kira. Mukanya pun tak nampak macam orang dah mati.."

"Kira, Syahmi dah tak ada lagi. Jangan buat macam ini nak..." Puan Nora menasihatkan Kira yang seperti orang hilang akal. "Istiqfar banyak-banyak.."

"Abang.. Kira nak cari orang yang buat abang jadi macam ini" Serentak dengan panggilan itu tubuh Kira jatuh ke lantai. Puan Nora kelam kabut memegang Kira.