HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Thursday, September 18, 2008

CINTA DI MATANYA (xii)




merenung di kejauhan ini
hati dipagut rindu
waktu itu telah pergi
dia takkan kembali...

Sampainya di hospital, Pn. Nora pergi ke wad wanita. Matanya liar mencari-mancari katil yang menempatkan Kira. Dia nampak Kira lena tidur. Sedih hatinya melihat lengan Kira yang disuntik dengan jarum bersambung dengan tiang yang tergantung botol air.

Ada seorang wanita duduk di sisi katil Kira. Pn. Nora menghampiri wanita tersebut.
“Assalammu’alaikum..” Senyuman dihadiahkan. Tangan dihulurkan.
“Anak makcik?” Pn. Nora mengangguk
“Saya Syima.” Wanita itu memperkenalkan diri.
“Saya jumpa anak makcik di tepi kereta tadi., Pengsan! lalu saya bawa ke sini. Mujur saya berdua dengan kawan.Keretanya ada kawan saya letakkan di parkir hospital ini.” Penjelasan diberi.

“Terima kasih nak.”Pn. Nora bersyukur. Sekurang-kurangnya Kira ditemui oleh orang yang jujur. Jika tidak dia pun tidak tahu apa yang akan terjadi kepada Kira. Berbagai kemungkinan bakal terjadi. Pn. Nora tidak mahu memikirkannya. Yang penting Kira selamat.

Suasana yang hening dikejutkan dengan suara Kira yang agak kuat.
“Jangan ambil dia, jangan ambil dia… “ Kira meracau-racau. Tangannya seakan menepis sesuatu.

“Kira,.. ibu ni. Mengucap nak.” Kepala anaknya digosok. Betapa sayangnya Pn. Nora kepada Kira, rasanya ingin dia mengambil alih tempat Kira. Tidak sanggup dia melihat Kira mengalami derita sebegitu. Luluh hati seorang ibu.

“Jangan ambil dia…” Ayat itu diulang lagi. Kira menangis tersedu-sedu walaupun matanya masih terpejam.

Seorang doktor menghampiri Pn. Nora. Dari kenyataan doktor tersebut tahulah Pn. Nora apa yang telah terjadi.

“Anak mak cik mengalami pendarahan. Mujur dia dibawa ke hospital dengan cepat. Namun kami minta maaf kerana tidak dapat menyelamatkan bayi di dalam kandungannya.”

“Memandangkan keadaannya yang lemah; dia mungkin ditahan untuk beberapa hari.” Beritahu lagi doktor wanita yang mudah tersenyum itu.

“Kira….” Pn. Nora mengusap tangan Kira. Kenapa dia tidak perasaan bahawa anaknya itu mengandung. Pn. Nora menyalahkan diri; jika tidak dia tidak akan membiarkan Kira pergi sendirian ke pusara Syahmi.

***

Beberapa hari telah berlalu. Kira telah pun pulang ke rumah. Namun sikapnya bertambah murung. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Makan pun ala kadar sahaja. Itu pun setelah dipaksa oleh Pn. Nora. Dia tidak mahu kesihatan Kira semakin terjejas.

Cuma satu hari itu, Kira menjadi ramah...

“Ibu.. kenapa abang Syahmi tinggalkan Kira?” pertanyaan itu masih diulang lagi. Penjelasan telah diberikan namun Kira tidak henti-henti bertanya.

“Kira nak beritahu berita gembira kepada dia, tapi dia dah pergi dulu tinggalkan Kira…” Airmata yang jatuh berjujuran dikesat dengan belakang tangannya. Pn. Nora membiarkan saja Kira bercakap.

“Tapi Kira rasa bersalah sangat, Kira tak jaga harta peninggalan abang Syahmi. Dia pun tinggalkan Kira. Semua orang tak sayang Kira….”

“Ibu ada Kira, ibu sayangkan Kira. Semua yang terjadi itu adalah dugaan dari Tuhan. Kita sebagai hambanya harus redha.”

“Kira sedih sangat bu…. Patutnya malam itu Kira beritahu dia.. Kira tunggu-tunggu tapi dia tak balik-balik. Rupanya dia terus ke hospital.”

Pn. Nora menjadi pendengar setia. Biarlah Kira mengungkapkan segala yang terbuku di hati.


2 Comments:

Post a Comment

<< Home