HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Friday, July 20, 2007

CINTA DI MATANYA (vi)



Hujan dan panas bertukar musim. Siang dan malam silih berganti. Kira memandang jauh ke hari depan. Masuk hari ini telah dua minggu suaminya tiada di sisi. Biarpun mencuba berbagai cara Syahmi tetap tidak dapat mengingkari arahan. Dia tetap juga melapurkan diri di negeri Pantai Timur itu.

Hanya panggilan talipon dan sms mengubat rindu yang memenuhi hati Kira. Mujurlah dia masih tinggal di rumah keluarganya. Sekurang-kurangnya dia tidaklah sunyi... Ibunya ada untuk meluahkan segala rasa.

"Menung lagi... " Teman sepejabat mengejutkannya. Ingatan itu telah membuatkan dia terleka seketika. Rupanya dia masih lagi berada di pejabat.
"Nak buat macammana lagi.. Terpaksalah aku hadapinya. "
"Sorry, kalau aku tanya; bagaimana perasaan kau bila ditinggalkan? Ialah kiranya kau kan masih dalam bulan madu lagi." Pertanyaan teman membuatkan hati Kira menjadi sedih. Dia telah menceritakan kepada Lina tentang pertukaran suaminya ke sana.
"Kalau nak kira perasaan; berbagai perasaan bercampur aduk. Ada rindu, sedih, duka, lara, sebak; pendekkata tak ada yang gembira."
"Tapi macammana pun aku kena hadapinya.."

***

Rindu kat Kira.
Minggu ini abang balik...
Tak sabar nak jumpa sayang!

Entah berapa kali SMS yang serupa diterima daripada suaminya. Kira tersenyum.

Kira pun rindu kat Abang.
Menanti penuh setia..

SMS Syahmi dibalas. Seketika kemudian talipon bimbit itu berbunyi. Lagu Take Me To Your Heart dari kumpulan MLTR itu berkumandang. Memenuhi ruang bilik Kira yang serba biru. Dan mereka terus berbual melepaskan rindu.

***

"Kira ambillah cuti beberapa hari, ikut abang pergi sana..." Syahmi memberikan cadangan. Harap-harap Kira akan memberikan pertimbangan. Mati kutu dia selama berada di sana. Bukan dia tidak bertemu dengan teman-teman baru yang ramah mesra cuma dia rasa kehilangan bila bersendirian di rumah.
"Masa ini tak bolehlah abang; Kira banyak kerja.."
"Tak kasihan kat abang?" Syahmi seperti tidak berpuas hati dengan jawapannya.
"Kasihan, siapa yang tak kasihan tapi tunggu dululah... Insyaallah Kira temankan abang kat sana."
"Sabar tu kan ke separuh daripada iman..." Kira senyum meleret. Dia cuba menyembunyikan rasa hatinya yang sebenar. Dia tidak mahu suaminya itu tidak dapat menumpukan kepada tugasan yang diberi; kerana terlalu asyik merinduinya.

4 Comments:

  • At Saturday, July 21, 2007 2:51:00 PM, Blogger insyirah said…

    salam...
    first time baca citer cinta di matanya dari bahagian pertama sampai bahagian keenam,seronok sangat. harap ija dapat menulis sambungan citer ni coz tak sabar rasanya nak tahu apa yang berlaku seterusnya. good luckye...

     
  • At Saturday, July 21, 2007 11:27:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    insyirah;
    terima kasih berkunjung ke sini;

    cerita ini akan berakhir tak lama lagi; terharu kerana menyukai jalan ceritanya...

    ;p

     
  • At Monday, July 23, 2007 10:59:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Ija, kenapa x pjgkan aje citer ni. buat citer psl Kira dgn `org yg terdahulu' tu. hehehe... mesti best punya.

    - nacha -

     
  • At Sunday, July 29, 2007 9:51:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    nacha;

    thx 4d comments
    nak tahu selanjutnya kena
    rajin ke mari...

    ;p

     

Post a Comment

<< Home