HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Friday, June 29, 2007

CINTA DI MATANYA (iii)

Malam itu diadakan majlis untuk kaum keluarga saja. Selesai bergambar mereka duduk mengelilingi hadiah yang diletakkan d hadapan pelamin.

"Banyaknya hadiah yang kak Kira dapat!" Suara sepupu Kira yang berumur 10 tahun itu teruja melihat bungkusan yang pelbagai warna.
"Esok-esok bila Zira kahwin mesti dapat lebih banyak hadiah." Zira adik Kira tidak mahu mengalah. Padahal dia baru saja mahu menjejakkan kaki ke IPTA.
"Eh.. belajar belum habis lagi dah fikir ke situ pulak!" Puan Nora mencubit anak bongsunya. Geram dia dengan perangai Zira yang tak tahu cakap bertapis.
"Dah ada kawanlah tu.. Kahwinkan saja mak." Kira mengusik adiknya.

Hadiah dibuka satu persatu. Berbagai hadiah yang diterima mereka. Malam itu Syahmi tidak bercakap banyak. Pandangannya asyik tumpah ke wajah isterinya. Leka dia sebentar...

"Uish... patutlah berat, ada orang hadiah lesung batulah.. Apa simboliknya ya.." Zira yang membuka bagai orang berfikir.
"Supaya isteri abang ni selalu buat sambal belacan." Keluarga yang hadir di situ ketawa.
"Blender ada, buat apa nak susah2..."
"Guna lesung batu lagi sedap sambalnya. Original.." Opah menyampuk.
"Dengar tu Kira, ikut petua opah. Orang yang dah banyak makan garam.." Syahmi menyokong.
"Banyak makan garam nanti dapat sakit darah tinggi!" Kira tersenyum. Gembira dia dapat mengenakan suaminya.
"Akak ni betullah, tak banyak simpulan bahasa masa sekolah kot!"

Memang Zira suka mengusiknya. Mereka selalu saja bertelingkah. Ada saja jawapan adiknya itu. Tapi Kira tidak kisah semua itu kerana. Hubungan mereka memang akrab walaupun jaran usia mereka hampir 5 tahun.

Kira memerhatikan satu hadiah yang masih belum dibuka. Bagai diatur-atur hadiah itu akan dibuka terakhir sekali. Pemberian daripada Hafidz.

'Siapa nak buka hadiah yang last ni... " Zira bersuara.
"Pengantin bukalah..", hadiah dihulurkan ke arah Kira. Kira dan Syahmi berpandangan.

Kad yang disertakan dibuka lantas dibaca. Kira terdiam seketika. Dia serbasalah samada mahu dihulurkan kepada Syahmi. Apa kata suaminya bila bait-bait ayat dibaca. Sudahnya dia meletakkan di sini.

"Kad itu tulis apa kak?"
"Tak ada apa-apalah. Ucapan biasa selamat pengantin baru."
"Zira nak baca... "
"Tak payahlah." Kira berkata tegas. Lantas kad dihulurkan kepada suaminya. Syahmi pula bagai tahu dengan isyarat mata Kira supaya kad itu tidak dibuka.

"Cantiknya kak. Lebih cantik yang mak andam punya.!" Zira menunjukkan kekaguman pabila melihat hadiah yang dikeluarkan daripada kotak itu. Kira dan Syahmi berpandangan. Dia ingin tahu apa reaksi suaminya. Namun Syahmi buat selamba saja.

"Siapa bagi kak?"
"Kawan abang... " Jawapan Syahmi menyelamatkan Kira. Kira tahu jika dia menjawab akan banyak lagi pertanyaan yang bakal keluar dari mulut adiknya.

Ingin aku gapai bintang di langit tinggi
Sayangnya aku tiada kekuatan diri
Aku hanya mampu berdiri di sini
Melihat dirimu berlalu pergi

SELAMAT PENGANTIN BARU, KIRA
- Abangmu, Hafidz -

Sehingga mereka melangkah ke dalam kamar pengantin, Kira masih tidak dapat melupakan ayat puitis itu. Satu pertanyaan muncul di kepalanya; kenapa Hafidz menulis begitu.

Kata-kata itu mengocakkan ketenangannya... Otaknya tidak mahu berhenti dari terus memikir. Apa kata suaminya jika Syahmi membuka kad yang berada di tangannya?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home