HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Monday, January 08, 2007

Ep. 6 - Bawalah Aku Pergi



Menanti penuh pengharapan
Cahaya yang berkelipan....
Bagai pelangi, indah dan menawan...



Hari ini Ain datang lebih awal daripada hari kelmarin.. Kak Fidah telah beritahu awal-awal lagi bahawa dia akan datang lewat. Pergi check-up di klinik. Maklumlah kak Fidah baru saja di peringkat permulaan kehamilan. Segala-galanya mesti diberi pemerhatian dari awal. Tambahan pula anak sulong.

Ain memerhati meja tulisnya. Bilik yang dikongsi dengan seorang teman dipandang sepi. Tiada apa yang perlu dilakukan saat ini. Nak berkemas pun bukannya banyak sangat.

Tugasan mengajar telah disiapkan terlebih dahulu. Sambil menanti waktu belajar bermula, Ain melepaskan pandangan keluar. Memerhatikan kanak-kanak yang berkumpul. Ada beberapa kumpulan. Mungkin mengikut kesesuaian masing-masing. Berbual sesama sendiri.

Kanak-kanak pun telah pandai memilih sahabat sendiri. Apalah lagi bila telah dewasa kelak. Desis hati Ain.

Taw ria anak-anak yang berada di dalam lingkungan umur 4-6 tahun itu mengundang memorinya yang lalu. Keriangan mereka membuatkan Ain mengingat kembali zaman kanak-kanak. Begitulah dia dahulu. Berkawan dengan semua orang. Tetapi yang rapat hanya beberapa orang sahaja.

Kesemua rakan-rakannya perempuan. Kecuali Fitri yang sering saja ingin turut serta di dalam kumpulannya. Tidak dipedulikan ejekan teman-teman lain bila dia berkawan dengan perempuan.

Ah! Kenangan itu datang lagi. Kawan-kawan baiknya semua telah pergi jauh. Hanya dia yang masih berada di sini. Tidak berganjak dari dahulu hingga kini. Cuma bezanya dia mengajar anak-anak kecil. Sedangkan rakan-rakannya menjadi pengajar kepada anak-anak remaja.

Azarishah menyambung pelajaran di Australia. Belum ingin kembali ke tanah air walau pun tempoh belajar hampir tamat. Ingin bekerja dahulu katanya. Menimba pengalaman di negeri orang.

Farizah pula di utara tanah air. Rakannya yang ini telah kurang sedikit sifat ‘tomboynya’. Jika dahulu kalau Ain dipermainkan orang. Farizahlah yang bakal membela. Hampir tercetus perkelahian bila Hanif sengaja menyorokkan beg yang dibawanya. Agaknya putaran waktu dan pergaulan yang meluas membuatkan sikapnya bertukar agak lembut.

Zulaikha kini di Kuala Lumpur. Tamat belajar di UTM dia terus bekerja. Nak kumpul duit lepas itu baru nak fikirkan sambung belajar.. Itu yang diceritakan kepada Ain. Khabar terbaru yang diterima Zulaikha bakal mengakhiri zaman bujang dengan abang angkatnya.

Pada hal lelaki itulah yang paling dibencinya dahulu. Pernah katanya jika Amir itu adalah lelaki yang terakhir, dia tidak teragak-agak untuk tidak memilihnya sebagai teman hidup. Kini kata-kata itu terkena kembali kepada dirinya. Ah, itulah jodoh. Walau dielak bagaimana rupa ia tetapkan datang juga.

Sewaktu Zulaikha ingin melarikan diri daripada dijejaki Amir; Ainlah tempat dia mencurahkan rasa. Ya lah ada juga manusia yang tidak tahu bahawa orang tidak menyukainya. Makin dibencinya, makin pula menghampiri.

Dan Fitri sahabar karibnya pun berada di UK. Cuma dia yang masih di sini. Melupakan cita-citanya untuk seketika. Jika tidak dia pun akan bersama mereka yang lain.

Teman-temannya memang hairan kerana dia menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tapi dia ada sebab tersendiri kenapa berbuat begitu. Biarlah buat sementara waktu dia menyimpan segalanya di hati. Tidak dicurahkan kepada sesiapan walaupun kepada Fitri.

Lamunan Ain dikejutkan oleh bunyi tangisan seorang kanak-kanak. Lamanya dia mengelamun. Ain mengucap panjang. Entah kenapa hari ini dia boleh terfikirkankan itu semua.

Di satu sudut dia melihat seorang anak lelaki menangis. Menghentak-hentakkan kaki ke tanah. Oh.. patutlah hari ini hari Isnin. Dua hari berada di rumah. Tak puas bermanja dengan ibu bapa. Atau mungkin juga terlebih manja. Lalu hari Isnin mulalah buat perangai tersendiri.

“Tak mahu ke sekolah.. Tak mahu ke sekolah!“ Lengan baju si bapa ditarik. Airmata yang mengalir dikesat dengan uniform sekolah.

“Papa nak pergi kerja. Helmi tinggallah di sini. Tengok itu ramai kawan-kawan Helmi. Mereka tak menangis pun.” Si bapa menunjuk kepada beberapa orang kanak-kanak yang melihat perlakuan mereka. Ada yang berbisik sesama sendiri.

Pujukan si ayah tidak berhasil. Malahan semakin kejap tangan ayah ditarik. Sebelah tangan lagi memegang pintu kereta.

“Nak ikut papa. Nak ikut papa… “ Kata-kata itu diulang beberapa kali.

Ain memandang dari jauh. Dia merasa kasihan melihat telatah bapa si kanak-kanak. Mungkin agaknya telah terlewat ke tempat kerja. Asyik memandang jam di tangan. Tapi si anak masih tidak berhenti menangis. Malahan semakin kuat pula.

Baju yang berwarna ‘purple’ dibuat mengelap si air mata. Hampir basah sebelah baju tersebut.

Si bapa meraut muka. Memandang ke wajah anak lantas beraleh ke arah lain. Pagi yang ceria tidak pula melambangkan keceriaan anaknya. Masihkah bapa mampu bersabar? Si bapa diam tidak berkata. Mungkin berfikir. Mencari kata-kata yang sesuai untuk diluahkan. Supaya anaknya itu tidak menangis lagi.

Rasa belas bertapak di hati Ain. Belas melihat si bapa yang di dalam keadaaan serba salah. Kasihan melihat anak yang ingin terus bermanja.

Ain menapak ke tempat anak dan bapanya berdiri. Sedar yang Ain menghampiri, si bapa menoleh.

“Maaflah cik gu, anak saya buat perangai hari ini..” ujar si bapa.
“Selalunya ibu dia yang hantar. Tapi semalam ibunya pergi kursus. Itulah jadinya macam ini.” Sambil menerangkan matanya tidak lepas daripada memandang jam di tangan. Dia mengeluh sebentar.

“Saya minta tolong sesangat supaya cik gu pujuk anak saya ini. Kalau tidak kerana saya ada mesyuarat hari ini harus saya mengambil cuti hari ini.” Helmi masih terus menarik baju bapanya.

Beginikah keadaaan setiap pagi? Ain menyoal diri sendiri.

Helmi masih masih lagi menangis. Sedikit pun dia tidak berpaling ke arah Ain.

“Kenapa ni sayang? Papa nak pergi kerja kan… “ Ain memujuk lembut. Tangan Helmi dipegang. Mujur anak itu tidak menepis. Jika tidak di mana pula Ain akan menyorokkan muka di depan bapa Helmi.

“Helmi nak ikut papa gi kerja…” Itu jawapan yang diterima. Dalam sedu sedan dia menjawab.
“Sayang… Papa Helmi kena pergi kerja. Nak cari duit. Duit itu nanti nak belikan baju Helmi. Nak beli barang-barang lain. Tak ada duit tak boleh nak dapat semua itu.” Ain berkata ikut apa yang dirasa saat itu.

“Papa pergi kerja. Helmi pergi sekolah. Semua orang ada tugas sendiri. Sini Helmi ramai kawan. Kat tempat papa semua orang besar-besar. Orang pergi kerja tak bawa budak kecil…” Ain menerangkan panjang lebar.

Ain melihat senyuman di wajah bapa Helmi bila dia berkata begitu. Tangisan Helmi bertambah kurang. Cuma ada lagi titisan airmatanya. Namun tidaklah laju seperti tadi.

“Salam tangan papa sayang…. Papa nak pergi kerja. Habis belajar nanti papa datang ambil. Helmi. Helmi nak jadi orang pandai tak?” Dia mengangguk.
“Nak jadi pandai Helmi kena belajar rajin-rajin. Hari itu cik gu dengar Helmi dah boleh habiskan satu buku cerita. Cerita apa ya?” Wajah yang monyok tadi bertukar ceria. Yes! Ain berbisik sendiri. Berjaya juga dia memujuk anak kesayangan bapa itu.


Ain memandang sekeliling. Dia mencari wajah Syahira. Seingatnya Syahira agak rapat dengan Helmi. Mereka berada di dalam kelas yang sama. Syahira digamit supaya datang menghampiri.

“Terima kasih cikgu.” Ujar papa Helmi.
“Sama-sama…” Ain melemparkan senyuuman manis.
“Oh.. boleh saya tahu siapa nama cik gu?” Sempat juga bapa Helmi bertanya ketika nak masuk ke CRV biru tua tersebut.
“Encik boleh panggil saya Ain.”
“Terima kasih Cik Ain” Ujarnya sekali lagi.

Uh! Lega hati Ain bila Helmi berjalan beriringan dengan Syahira. Kereta CRV milik bapa Helmi itu pun telah lama meninggalkan ruang parkir tadika tersebut.

Terdengar juga perbualan Syahira dengan Helmi.
“Kenapa awak menangis tadi?”
“Saya nak ikut papa pergi kerja….”
“Mama dan abah kita pun kerja. Tapi kita tak mahu ikut! Kita nak duduk kat sini. Cikgu Ain cakap bila kita belajar kita boleh jadi budak pandai…”

Ain tersenyum. Kanak-kanak cepatnya merajuk, cepat pula boleh dipujuk jika kena gayanya. Banyak juga karenah mereka. Inilah hari-hari yang paling merumitkannya. Mujur juga dia selalu memujuk adik kecilnya bila menangis. Jika tidak entah di mana nak dicari idea waktu pagi macam itu.


Ain terus menapak ke kelas yang bakal dihadirinya. Hari ini dia terus bersemangat untuk mengajar. Baginya itu adalah salah satu cabaran untuk dia menghadapi hari-hari esok.

Untuk teman-teman Selamat Berada di Tahun 2007, moga datangnya penuh dengan cahaya indah yang menyinari hidup kalian.

4 Comments:

  • At Wednesday, January 10, 2007 4:41:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    salam....


    zu nak kawen dengan amir?????? berita baik ni....
    kak ija senyap2 jer..rupanya ada plan baik...

    adakah cerita ni mmg ada kaitan dari LADH atau sambungan ker???

    akak sihat ker????

    p/s:kim salam kat Amir yer, kata kat dia petua apa dia pakai sampai dpt pujuk Zu????


    -cri-

     
  • At Thursday, January 11, 2007 4:05:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    lagu ni dr AZ tuk ZU :-D

    Tercipta UtkKu by Ungu

    Menatap indahnya senyuman diwajahmu
    Membuat ku terdiam dan terpaku
    Mengerti akan hadirnya cinta terindah
    Saat kau peluk mesra tubuhku

    Banyak kata
    Yang tak mampu kuungkapkan
    Kepada dirimu

    Aku ingin engkau slalu
    Hadir dan temani aku
    Disetiap langkah
    Yang meyakiniku
    Kau tercipta untukku
    Sepanjang hidupku

    Aku ingin engkau slalu
    Hadir dan temani aku
    Disetiap langkah
    Yang meyakiniku
    Kau tercipta untukku
    Meski waktu akan mampu
    Memanggil seluruh ragaku
    Ku ingin kau tau
    Kuslalu milikmu
    Yang mencintaimu
    Sepanjang hidupku

    Aku ingin engkau slalu
    Hadir dan temani aku
    Disetiap langkah
    Yang meyakiniku
    Kau tercipta untukku
    Meski waktu akan mampu
    Memanggil seluruh ragaku
    Ku ingin kau tau
    Kuslalu milikmu
    Yang mencintaimu

    *k ija, lagu ni best tau!!
    pasang lah bila2 k ija nak update LADH....ni kire 2nd song la after "Menanti Sebuah Jawaban" :-))

     
  • At Friday, January 12, 2007 12:05:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    salam cri,

    lamanya dia menyepi,
    apa khabar?

    TK2 sebuah cerita lain,
    nama itu sengaja dimasukkan supaya
    hilang rindu pembaca kat Zu & AZ..

    ... alhamdulillah kak ija sihat,
    *actually baru baik dari demam.. ;p*

    p/s: Amir tu tengah kursus intensif nak pujuk Zu..

     
  • At Friday, January 12, 2007 12:18:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Salam Tie,

    AZ suatu nama yang tak lepas dari hati.. ;p

    lagu itu dah dengar,
    iramanya mengasyikkan..
    insyaallah akan diletakkan
    bersama n3 LADH (?)

    1. Menanti Sebuah Jawaban
    2. Tercipta Untukku
    3. Relaku Pujuk (?)

    Sayang,
    Ija

     

Post a Comment

<< Home