HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Saturday, September 02, 2006

TIADA KEDUA [Siapa Geranganmu...] (Ep. 1)








Di matamu..
Tersimpan sejuta rahsia
Izinkan aku
Mengungkapnya dengan kata




Pagi yang dingin. Mentari belum lagi menampakkan wajahnya. Ain masih leka memerhati hidangan yang tersedia di atas meja. Kerusi ditarik perlahan. Dia duduk di situ. Kuih di atas meja tidak diambilnya. Sekadar memerhati sahaja.

"Hei, anak dara tak baik menung-menung mengadap makanan!" Suara ibunya mengejutkan dia.
"Bukan menung lah bu. Memerhati saja... Nampak sedap tapi tak ada selera..." Ibunya tahu apa yang bergolak di hatinya saat ini.
"Jika tak kerana hal ini, ibu tak meminta pertolongan dari Ain." Jujur ibunya menerangkan.
"Tapi Ain tak biasalah ibu. Malulah..."
"Sekali inilah saja.. Dulu pun Ain pernah juga menolong.." Pujukan ibu membantutkan Ain untuk terus menjawab.

Makanan itu direnung lagi. Ain masih berfikir lagi. Sebenarnya dia tidak pun perlu berfikir. Dia mesti melaksanakan tugas yang diberikan oleh ibunya. Tidak boleh lagi mengelak. Tapi entah mengapa hatinya masih berbelah lagi.

"Ajaklah Iqbal sekali. Minta dia temankan..." Emm.. nak ajak Iqbal. Lambat lagilah itu. Bukan dia tak tahu sikap adiknya yang seorang itu. Kalau nak minta tolong orang kemain manis lagi pujukan. Kalau Ain meminta pertolongan pula ada saja alasannya.

"Nak ajak dia bu? Ibu sendirilah beritahu dia. Kalau dengan Ain, dia itu liat sikit. Ada saja alasannya." Ibunya menggelengkan kepala. Dua beradik itu memang ada saja perkara yang ditekakkan. Pantang saja berjumpa.

Jika dilihat dari saiz badan memang orang akan berkata bahawa Ain adalah adik bukan kakak. Tubuh Ain yang comel tidak menampakkan yang usianya telah mencecah ke angka 23 tahun.

***

"Penatnya...." Ain baru dapat meletakkan badan di kerusi yang tersedia ada. Dari tadi dia tidak menang tangan. Walaupun begitu dia gembira kerana jualan hari ini hampir habis. Dibeli oleh pelanggan tetap ibunya.

Pergelangan tangan di pandang. Jam kecil itu menunjukkan hampir pukul 8.45 pagi. Sebentar lagi mentari akan naik meninggi.

Setelah bertekak dengan Iqbal tadi, akhirnya dia sendiri yang terpaksa menggalas tugas ibunya. Mujurlah rumahnya tidak jauh dari gerai ibunya. Jika tidak tak mahu dia. Tapi dia pun perlu memikirkan ibunya. Penat-penat masak akhirnya terbuang begitu sahaja. Sedangkan itu adalah satu daripada mata pencarian ibunya.

Nak harapkan ayahnya. Entah di mana dia kini. Khabar pun tidak dikirim setelah ke Kuala Lumpur mencari kerja. Bukannya susah sangat. Entah apa yang dicari di sana pun tak tahu. Nak bekerja di mana-mana pun boleh. Bukan di Kuala Lumpur saja.

Beginilah agaknya sikap segolongan orang. Hanya memandang kerlipan cahaya neon di kota besar. Bagi mereka di situlah punca rezeki. Tapi mereka tidak tahu bahawa rezeki itu ada di mana-mana. Cuma usaha saja yang perlu.

Lainlah macam pendatang asing. Mereka berhijrah kerana di negeri mereka memang tiada kerja untuk mereka. Kehidupan mereka amat susah. Itu sebabanya mereka mengambil risiko untuk meninggalkan keluarga tercinta demi sesuap nasi.

Ain mengomel sendiri.

Terasa panas pula. Ain mengipas-ngipas mukanya dengan kipas yang dibeli dari kedai RM2.00. Walaupun murah tapi kelihatan cantik sekali.

Ain melepaskan pandangan ke depan. Jalanraya masih tidak sibuk lagi. Mungkin kerana hari ini hari cuti. Dia perasan akan kelibat seseorang. Dari tadi dia nampak lelaki itu. Mukanya tidak jelas di balik lembaran suratkhabar.

Ain menjadi pelik dengan sikap lelaki itu. Dari tadi hanya berdiri di situ. Ain mengagak-ngagak dalam setengah jam. Orang datang dan pergi silih berganti. Mana yang membeli nasi lemak buatan ibunya pasti sudah kenyang menikmatinya di rumah.

Tapi dia masih di situ. Menjadi pak pacak.

"Menanti temankah dia?" Ain membuat andaiannya sendiri. Bertanya sendiri walaupun dia tahu jawapannya hanya pada lelaki itu.

Untuk apa aku nak sibuk-sibuk pasal dia. Bukannya saudara mara aku. Sudahnya Ain menjawab sendiri.

Lebih menggusarkan Ain, mata lelaki itu tidak lepas dari memandangnya. Tadi ramai orang datang ke gerainya. Mungkin dia tidak perasan sepenuhnya. Kini orang semakin tiada.

"Orang jahat nak merompak aku?" Rasa takut mula mencengkam dalam hatinya. Itu sebabnya dia menunggu-nunggu orang lain tiada. Ain mengira-ngira hasil jualan kuih dan nasi lemak yang dibuat ibunya. Agak lumayan juga untuk hari ini.

Dadanya semakin berdebar bila lelaki itu melangkah menghampirinya. Rupa lelaki itu tidak seperti penjahat. Ah.. penjahat sekarang berbagai rupa. Dalam baik mereka mengena juga. Jika tidak masakan sebuah bank di Kuala Lumpur dirompak tanpa senjata. Perompak berjaya melarikan wang tanpa menggunakan kekerasan.

Orang jahat ada dalam berbentuk rupa. Mana nak kenal hati mereka!

Apa patut aku buat jika lelaki itu mengkasarinya. Menjerit? Ain memandang barang-barang di atas meja yang bakal dijadikan senjata.

"Adik...." Panggilan lelaki itu mengejutkannya. Ain terpanggil untuk menatap wajah di depannya...

13 Comments:

  • At Sunday, September 03, 2006 11:11:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    assalamulaikum ija..
    cerita lepaskan aku dari hati mu tu dah tamat ka..??

     
  • At Sunday, September 03, 2006 2:55:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    wa'alaikummussalam natrah,

    cerita tu cuma ditamatkan dlm. blog saja, kisah sebenar insyaallah akan beraleh ke versi lain pula, doakanlah ya..

    terima kasih meminati dan terus membaca kisah Amir Zuhairi & Intan Zulaikha..

    p/s: tinggalkan add e-mail ya..

    ija

     
  • At Sunday, September 03, 2006 5:11:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    oooo..
    ok aaa tu..
    kalu ader novel jdn lupa umumkan..
    tak sabar nak tau kesudahan percintaan mereka berdua..

     
  • At Sunday, September 03, 2006 5:24:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    natrah,

    insya'allah akan diberitahu nanti..
    salam,
    ija

     
  • At Monday, September 04, 2006 9:48:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    salam kerinduan utk kak ija :)

    Tiada Kedua dah kuar, 1 permulaan yg baik...tp jgn perap Amir & Zu lama2 yerr...nanti jdk pekasam...hehehehehehe...

     
  • At Monday, September 04, 2006 10:37:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    salam...

    kak ija, sorry lama menghilangkan diri....hehehhehehe,bukan apa saja cari identiti diri yang hilang.

    saya kini akan jadi pengikut cerita baru ni pulak..
    mcm harapan kengkawan yang lain,jgn lupa inform yer klu ada berita baik pasal Zu dan AZ..

    tq..

    p/s:AZ saya kirim salam kt kak ija!!

     
  • At Monday, September 04, 2006 11:44:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Salam Tie,

    Lain cerita lain heroin & hero.

    Ada org. suka pekasam, potong2 + cili api, org. lalu kat belakang sure x perasan...

    Thx, insyaallah berita terbaru akan diwar2kan..

    Sayang utkmu...
    Ija

     
  • At Monday, September 04, 2006 11:47:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Salam Cri,

    Seronok dpt. berbual denganmu...
    Moga diri yg. dicari akan ditemui & boleh membuat penilaian sendiri.

    Bila cinta bermain di dada,
    Segalanya indah belaka...
    Namun usah lupa
    Mungkin keindahan itu hanya sebentar cuma...

    Perkembangan terkini akan dimaklumkan, tq....

    Sayang...
    Kak Ija

     
  • At Tuesday, September 05, 2006 5:09:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    cak!!!! kita rasa dah letak msg kat sini tp hari ni cari cam dah hilang pulak *garu kepala* kak.. saya nak buat special request buleh tak? bulehlah yer...

    1. buleh tak akak buat hari2 n3 baru

    2. akak letaklah setiap n3 tu panjang2 baru best baca

    2 saja permintaan saya...

    syayang kak ija...
    daaaaa

     
  • At Wednesday, September 06, 2006 9:05:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Lia sayang,

    Gosok2 bahu, oooo Macam dah senget sebelah, ;p

    Permintaanmu akan dikaji, ditimbang dan dibuat rumusan..ahak!

    *Kenyit mata dapat tahu org. tu dating semalam...*

    Sayang utkmu jua...
    Ija

     
  • At Friday, September 08, 2006 8:53:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    nisha_gal,

    lama x nampak di sini...

    Dulu jumpa dgn. Zu & Az..
    Kini bersua pula dgn. Ain & Kamil

    Tq, Insyaallah akan diwar2kan..

    Salam sayang,
    kak Ija

     
  • At Friday, September 08, 2006 4:40:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Assalamualaikum Ija,

    Kamil namanya. Baru dok tertanya-tanya sendiri.... "siapakah jejaka yang bakal menggegarkan TIADA KEDUA".

    Permulaan yg interesting ..... rasa tak sabar nak baca next episode, he he he he.

    Walaubagaimanapun, jgn lupa ye khabarkan berita gembira dr ZU & AMIR.

    Norrihan

     
  • At Monday, September 11, 2006 2:28:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Salam Norrihan,

    LADHM menemukan Amir n Zu
    TK2 pula bakal menemukan Ain n Kamil Irsyad...

    Insyaallah; yg. terkini akan diwar2kan.. ;p

    Sayang selalu,
    Ija

     

Post a Comment

<< Home