HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Monday, August 14, 2006

MAAF DARI HATI...

*Ada waktu kita berbicara..
Ada masa kita bersua.....*

Salam sayang untuk pembaca semua,

Pertama saya memohon maaf kerana terdapat kekeliruan kepada pembaca. Mungkin ada yang menyangka bahawa Ep. 62(ii) adalah episod akhir untuk e-novel "Lepaskan Aku Dari Hatimu". Ini berpunca dari apa yang tercatit sebagai "Final".

Untuk makluman semua Ep. 62(ii) adalah Ep. akhir yang ditulis di dalam blog ini. Saya berbuat begitu untuk memberi ruang kepada versi lain pula. Jadi segala persoalan, yang tersirat dan tersurat akan diketahui dalam edisi sebenarnya. Insyaallah....

Terima kasih kepada pembaca yang memberikan sokongan dan komen-komen yang membina. Perhatian anda semua amat dihargai.

Selepas ini saya akan menyiarkan cerita2 pendek/puisi yg. pernah tersiar dan dari koleksi sendiri sebelum e-novel baru "TIADA KEDUA" bermula.

Ada yang bertanya samada kisah AZ & Zu adalah kisah benar?
Jawapan saya: Ia adalah adunan daripada realiti dan imaginasi. Mungkin sifat Zu ada di dalam diri pembaca sendiri. Mungkin juga karektor AZ ada dalam diri teman-teman rapat di sekeliling kita.

Salam sayang,
Ija

2 Comments:

  • At Tuesday, August 15, 2006 1:26:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Ija....kaknOOr akan selalu singgah kat cini nak tahu perkembangan zu sehingga ke hardcopy.

    Dah jumpa gan zu ahaksssss.......memang keras hati & berani terutama di jalan raya ahaksss.

    Cerpen pendek....cadangan yg baik untuk peminat Zu melepas kan rindu.

     
  • At Tuesday, August 15, 2006 2:36:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    kaknoor,

    Zu jeling manja kat kaknoor,
    dia teruja ada org. itu prihatin, ahak! ;p

    *KakNoor pasal jlnraya dia berani,
    masa jumpa Amir Zuhairi dia
    terkedu pula,... menci dia ingat
    AZ marah macam itu, wa wa wa...*

    terima kasih atas sokongan,
    sayang kaknoor, muuuuuahhhhh!

    ija

     

Post a Comment

<< Home