HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Tuesday, June 20, 2006

ADA RASA DI SEBALIK WAJAH..






Setiap kali aku menatap wajahnya,
Jemu itu tidak pernah hadir
walaupun merah wajahnya terpamir
Bencinya membuatkan aku semakin rindu
Entah kenapa, tarikannya terlalu dalam…..
- Amir Zuhairi



Waktu dulu aku tidak mengendahkannya
Kehadirannya aku anggap biasa saja
Bila dia semakin menjauh
Aku kian menyedari
Dialah yang bertakhta di hati
Kini, aku terasa begitu kehilangan
- Johari




Aku terpana saat terpandang wajahnya
Kelembutan suaranya membuatkan aku terbuai
Ingin aku terus mendekati dirinya
Namun dia seperti merpati
Mesra tapi akan terus lari bila didekati

- Hanif

Perasaan itu kian berkembang
Menjadi haruman mewarnai kasih
Namanya ku bawa hari ke hari
Tercatat indah dalam sanubari
Inginku lafazkan rahsia di hati
Cuma kekuatan belum tiba lagi

- Taufik Hakim

16 Comments:

  • At Tuesday, June 20, 2006 2:50:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Ija....pandainyer buat sajak curahan hati pemuda Malaya terhadap Zu.....

     
  • At Tuesday, June 20, 2006 4:02:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Ija....
    Kursus biasa aja cuma kesihatan x berapa bagus, namun begitu yati slu berdoa mendapat kesihatan yang baik..... Memanglah A & Z tu tak sealiran namun bisa, asam didarat ikan dilaut, di dalam kuali bersatu juga. Semua bisa di atur! Apa pun akhirnya, endingnya biarlah berkesan disanubari peminatmu :-) A'kum !

     
  • At Tuesday, June 20, 2006 4:05:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Ija, Lupa pulak sajak mu kali ini amat berkesan di dalam hati ku - yati !

     
  • At Tuesday, June 20, 2006 5:21:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    kaknoor,

    baru nak mencuba bakat,
    harap menjadilah...

    ;p

     
  • At Tuesday, June 20, 2006 5:23:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Salam Yati,
    moga segalanya baik2 belaka.....

    Ikan di laut, asam di darat
    dalam kawah tak terkacau juga..

     
  • At Tuesday, June 20, 2006 5:24:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Salam Yati,
    moga segalanya baik2 belaka.....

    Ikan di laut, asam di darat
    dalam kawah tak terkacau juga..

    thanks kerana menyukai sajak ini
    (sajak ke namanya???.. lebih kpd. curahan rasa..)

     
  • At Wednesday, June 21, 2006 8:14:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    a'kum kak ija dan semua....

    wah kak ija...makin mengancam la,klu saya jadi Zu la..pasti pening memikirkan semua jejaka2 tu..

    tp yang pasti luahan perasaan semua jejaka tu tangkap syahdu la...

    p/s: To Zu- All the best to u!!
    Yang pasti best men win...
    p/s: nama en. taufik tu , taufik hakim ker??? sedap jg..tingkah laku pun sopan,hormat org tu...
    pening...pening...

     
  • At Wednesday, June 21, 2006 2:19:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    hmmm... ramai gak boprend si Zu tu yek... agak-agaknya mesti yg no 1 tu jugak pilihan hati.. jgn kak ija tukar org lain sudah ler...

    sape plak nak temankan AZ.. sian dia

     
  • At Wednesday, June 21, 2006 3:07:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    kak ija,
    kalaulah apa yang kak ija katakan pada saya melalui panggilan telefon itu benar belaka...

    alamatnya... saya nak boikot abang amir n kak zu sampai bila-bila! :P

    sokong kak lia... sapa pulak nak teman abang amir kembar ni... :( mesti dia jadi pendiam & perahsia balik nanti... tak best lah.. abang amir yang macam sekarang ni yang best...



    Pssst...kak Ija, Dhiya 'terjumpa' catatan abang Amir dalam diari birunya, bersama-sama gambar kak Zu...

    Biar badai menimpa
    Biar ombak melanda
    Biar ribut mengganas

    Hanya kau di mata
    Dan selamanya di hati ini!

     
  • At Wednesday, June 21, 2006 3:47:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Dhiya, ape yg Kak Ija cite dlm phone?? bagitau lerr...

    Ija, bila nak sambung n3??

     
  • At Friday, June 23, 2006 8:06:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    dhiya, akak ada boleh temankan abang amir.. tak yah risau yer..
    *tepuk pale dhiya sambil jeling manja kat kak ija*

     
  • At Saturday, June 24, 2006 1:19:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Salam cri,
    dah jumpa mcm. AZ ke?

    Zu pening dgn. AZ sj, dgn. yg. lain2 tu dia biasa saja...

    tangkap syahdu? boleh buat lagu ni..

    Taufik Hakim tu memang baik, silap haribulan Zu terjatuh hati kat dia; ;p

     
  • At Saturday, June 24, 2006 1:22:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    lia,

    silap tu sayang, bukan banyak tp ramai... ha ha ha; belum sampai sebelah tangan lagi...

    yg. tu usah risau lia, ramai yang berminat kat sana tu...

    ;p

     
  • At Saturday, June 24, 2006 1:28:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    dhiya;

    jgnlah begitu... k.ija usik-usik sayang; nak tengok response; ha ha

    eh... x baik curi2 baca diari AZ, jk dia tahu mana dia nak letak muka;
    helaian lain x sempat baca ya...

    kata AZ;
    - aku kan tetap menanti
    w/p ke hujung nyawa nanti
    biar kau tahu
    kasih ini mekar selalu
    tak pernah mati...

    ;p

     
  • At Saturday, June 24, 2006 1:31:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Tie,

    cakap2 dgn. Dhiya tu x termasuk dlm. N3; gurau2 manis!

     
  • At Saturday, June 24, 2006 1:33:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Lia,

    tengah pujuk Amir supaya cari yang lain, tp ayat tak cukup power, tak menjadilah...

    AZ masih menanti di luar pagar rumah Zu..

     

Post a Comment

<< Home