HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Monday, June 12, 2006

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 55


Pertelingkahan dengan mak sebentar tadi membuatkan aku terasa seperti orang yang sangat bersalah. Apatah lagi selepas itu mak macam tidak mahu bercakap denganku. Dia terus masuk ke bilik dan tidak keluar selepas itu.

Aku duduk termangu-mangu di ruang tamu. Sedikit sebanyak kekesalan wujud dalam hatiku. Kesal kerana terpaksa melukakan hati mak dengan kata-kataku itu. Bukan niatku untuk mengecewakan mak. Tapi aku terpaksa berterus terang. Kerana berterus terang itu membuatkan mak menjauhkan diri dariku. Memang aku kesal bila melihat wajah mak yang sedih. Mak yang mengandungkan aku selama 9 bulan 10 hari. Mak yang mendidik dan mengajarku hingga aku dewasa dan berjaya di kedudukan sekarang.

Apa yang aku terasa, mak langsung tidak mahu menerima penjelasanku. Sebaiknya aku pula yang disalahkan. Aku tahulah mak memang dah jatuh sayang dan suka dengan bakal menantunya. Jadinya semua yang aku buat dipandang tak betul. Dah aku tak suka tak kanlah aku nak meneruskan pertunangan ini. Buat apa aku menggembirakan hati semua orang sedangkan hati aku terluka.

Payahnya jika ia melibatkan perkara yang bersangkutan dengan keluarga. Sangkaku mak akan memahami. Rupanya apa yang berlaku di sebaliknya pula

Amir pun satu, janji nak selesaikan masalah tapi diam membisu. Dah cakap macam-macam denganku tapi buat tak tahu. Agaknya cukup dengan kata maaf saja, aku boleh melupakan segalanya. Memang kata maaf mudah diucap tapi untuk melupakan sama sekali tidak mungkin. Aku akan mula mengingatinya bila saja terpandang wajahnya. Tak kan itu pun dia tak faham!

Tangga ke bilikku aku jejak satu persatu. Aku memandang bilik mak yang tertutup rapat. Aku berhenti sebentar di muka pintu. Hasrat untuk mengetuk aku batalkan begitu saja. Biarlah mak tenangkan fikiran dahulu.

**

Ketukan di pintu membuatkan aku terkejut dari lena. Dalam memikir aku tertidur sekejap. Buku yang tertutup di muka aku angkat. Aku berjalan malas ke pintu bilik. Membukanya dengan perlahan.

“Mak, masuklah….” Mak yang berdiri di depan pintu aku pelawa masuk.
“Ada orang cari adik kat depan.” Pendek saja ucapan mak.
“Siapa mak?” Kata-kata mak membuatkan aku mencari siapa gerangannya. Apakah Amir yang datang? Tak mungkin. Dia kan masih out-station.
“Turunlah tengok sendiri.” Aku tersenyum. Bicara mak macam marahnya dah hilang.
“Sekejap, nanti adik turun.”

Aku membelek-belek wajah di cermin. Tak nampak macam orang yang bangun tidur. Jika tidak malu juga nak turun. Aku membetulkan rambut. Tudung yang tersangkut aku capai.

Suara orang berbual aku dengar tatkala menuruni tangga. Suara orang lelaki dan orang perempuan silih berganti. Suara lelaki itu macam biasa saja aku dengar.

Ha! Encik Taufik? Apa hal pula dengan buat kat sini. Aku rasa ingin saja berlari ke tingkat atas untuk menukar baju. Dengan t-shirt lengan pendek dan jeans membuatkan aku rasa tidak enak berhadapan dengannya.

Masa lunch semalam tidak pula dia menyatakan akan datang ke rumahku. Cuma aku ada memberitahunya bahawa aku akan pulang ke kampong di hujung minggu. Mak tersenyum memandangku. Tapi kenapa senyuman mak macam berlainan saja. Macam ada sesuatu yang tidak kena pula.

“Kenalkan mak ini En. Taufik boss kat tempat Zu kerja”
“Maaflah mak cik tiba-tiba datang saja tak beritahu.” En. Taufik menjelaskan.
“Tak mengapa, mak cik gembira juga dapat berkenalan dengan kawan sepejabat Zu.” Pandai pula mak menjawab.

Di sebelah En. Taufik aku lihat ada seorang wanita agak berumur. Lebih kurang sebaya mak. Di sebelah wanita itu ada seorang perempuan muda.

“Zu, kenalkan ini mak saya..”
“Apa khabar mak cik?” Aku bersalam dengan wanita yang dipanggil mak oleh En. Taufik.
“Ini adik saya, Munirah..” Aku bersalam pula dengan Munirah. Dia tersenyum manis kepadaku. Terasa jauh pula perbezaannya. Munirah berbaju kurung sedangkan aku simple saja. Janggalnya.

“Duduklah dahulu ya, berbual-bual dengan mak.” Aku meminta diri ke dapur. Mereka menganggukkan kepala.

Aku membawa air teh dan keropok yang telah digoreng dan meletakkan di atas meja.

“Susah-susah saja Zu ni…” Mak En. Taufik bersuara. Ayat itu memang biasa aku dengar di mana-mana.
“Tak susah mak cik, benda-benda ini memang dah ada.” En. Taufik melirik ke arahku. Senyum mendengar jawapan yang keluar.

“En. Taufik, mak cik, Munirah, mak jemputlah minum.” Cawan yang berisi dengan air teh aku letakkan di depan mereka. Senyuman aku hadiahkan kepada tetamu itu.

Mak ramah pula bertanya itu dan ini. Dalam sekelip waktu perbualan mak dan mak En. Taufik nampak begitu mesra. Banyak juga perbualan mereka berkisar tenang anak-anak dan keluarga.

Aku hanya mencelah sekali sekala. Munirah aku tengok macam seorang yang pendiam. Suaranya hampir tidak kedengaran. Dia baru sahaja habis belajar.

Hampir sejam mereka di rumah akhirnya mereka meminta diri untuk pulang. Pajero milik En. Taufik makin hilang dari pandangan. Kalau En. Taufik seorang yang datang pasti aku akan bertanya bermacam soalan. Kerana dia dengan mak dia terpaksalah aku kawal percakapanku.

Aku duduk kembali di sofa. Ingin mengemas cawan yang telah kosong. Mak pun turut sama duduk. Wajah aku dipandang lembut.

“Mak dah tahu sekarang kenapa adik nak sangat memutuskan pertunangan.” Aku terpinga-pinga dengan kenyataan mak yang tiba-tiba saja.
“Kenapa pula ini mak?” Aku berhenti daripada meletakkan cawan ke dulang.
“Sebab En. Taufik itu kan?”
“Mak, En. Taufik itu tak ada kena mengena dalam hal ini.” Penjelasanku harap dapat meredakan kemarahan mak dari tadi.
“Kalau tak ada kena mengena kenapa dia datang sini. Siap bawa sekali dengan mak dia.”

“Mak kan dengar tadi, dia dan keluarganya baru saja menghantar adiknya ke Ipoh. Adiknya kan baru ditugaskan di sana. Kebetulan pula adik pulang ke kampong jadi dia singgahlah. Tak kan itu pun salah mak?”

“Salah memang tak salah tapi lain macam saja kedatangan mereka itu.”
“Lain macam apa pula ni mak. Mak ini suka menyangka yang bukan-bukanlah!.”
“Mak tahulah adik, mak dah lama hidup. Sekilas ikan di air dah tahu jantan ke betina ke.”
“Dia itu boss adiklah mak, Tetamu kan patut dihormati.”
“Dia tahu ke adik dah bertunang?” Aku memandang mak.
“Tak tahu… tak kanlah adik nak mencanangkan semua orang kat pejabat itu yang adik dah bertunang.”
“Sebab itu mak nak ingatkan adik. Mana tahu ada orang ingat adik masih belum berpunya lagi.”
“Apa kaitannya mak?” Tak faham aku dengan cara mak ini.
“Jika belum berpunya tak mengapa ada orang nak bertanya. Tapi jika dah bertunang, haram orang lain masuk meminang.”
“Siapa yang mak maksudkan ini?”
“Tak kan adik tak dapat meneka. Boss adik itulah. Siapa namanya? Ha Taufik itu?”

“Mak, ke situ pula. Adik dengan dia memang macam itu. Walau pun dia boss adik tapi kami macam kawan baik. Lagi pun dia ada beritahu yang dia dah ada pilihan.”

“Mak harap jangkaan mak ini silap….” Aku melihat ke wajah mak. Macam ada lagi perkara yang belum selesai.

Ingin aku menimbulkan kembali tentang ikatan antara aku dan Amir tapi biarlah dahulu. Bila kemarahan mak dah reda aku akan bercakap lagi. Malam ini masih ada lagi untuk memperkatakan segalanya.

16 Comments:

  • At Monday, June 12, 2006 9:01:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    * Senyum sekerat* Zu,kenapa tak bagi tahu yang zu dah bertunang kan En. Taufik dah datang masuk meminang.... betul tak tekaan kak noor Zu balik Tapah ada org nak merisik dia.

    Kak nOOr

     
  • At Monday, June 12, 2006 10:08:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    *senyum sumbing*
    sikap Zu merahsiakan pertunangan nyer telah menjerat diri sendiri...
    bukan salah En Taufik sbb dia pernah bertanye tp Zu yg tak berterus terang...Zu patut paham dgn kata2 Mak dia...dah besar panjang takkan tak paham2...hehehehe....

     
  • At Monday, June 12, 2006 12:20:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    akum kak ija dan semua...

    p/s: kak ija anonymous yang kt comment ep 55 tu saya la.sory terlupa tulis nama..

    pandainya en. taufik buat rancangan,siap bawa mak sekali pulak tu..hehehe
    kak, knp AZ tak muncul2...tgh pasang strategi ker???kesian zu masalah dtg byk sangat kt dia..

     
  • At Monday, June 12, 2006 12:22:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    sorry lagi sekali...

    comment ep.54.. bukan ep. 55

    -cri-

    p/s:ni sbb asyik fikir pasal AZ la ni....hehehehehe

     
  • At Monday, June 12, 2006 6:22:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Kak Noor,

    buah cempedak dah jadi nangka
    tapi cempedak boleh goreng
    nangka kena buat masak lemak + ikan masin....

    manalah Zu tahu macam itu jadinya; En. Taufik tu diam2 ubi berisi!
    wa....

     
  • At Monday, June 12, 2006 6:24:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Tie;

    Zu bukan tak faham..
    tapi tak sangka boss macam itu..
    senyap2 datang!

    Zu garu kepala, tongkat dagu...

     
  • At Monday, June 12, 2006 6:28:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    cri..

    masalah Zu makin bertingkat...
    En. Taufik tu buat kunjungan mesra!


    AZ tu out-station, minggu depan dia adalah...
    tengoklah apa dia buat kat Zu pula

     
  • At Monday, June 12, 2006 6:30:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    cri...

    fikir jangan fikir...
    tiba2 AZ kat depan mata...
    jgn. main-main mata pula!

    :p

     
  • At Monday, June 12, 2006 6:34:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Nisha...

    Zu dah terperap kat bilik tu!
    memang dia x percaya En. Taufik datang...

    AZ tu ada dekat2 Zu,
    cuma Zu x nampak saja..
    ;p

     
  • At Monday, June 12, 2006 6:35:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    This comment has been removed by a blog administrator.

     
  • At Tuesday, June 13, 2006 10:23:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    *tongkat dagu sambil duduk atas tangga* sian AZ.. tulah cakap tu tak ingat2 kan en taufik dah masuk jarum

     
  • At Tuesday, June 13, 2006 6:08:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    best..tak sabar la nak tengok aper tindakan amir seterusnya...
    mesti dia nak percepatkan tarikh perkahwinan..
    eee...bestnya..

     
  • At Wednesday, June 14, 2006 3:15:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Lia,

    AZ pun tongkat dagu juga,, sedang memikir; dia berjalan ke hulu hilir!
    mujur dia x tahu En. Taufik buat kunjungan!

    ;p

     
  • At Wednesday, June 14, 2006 3:19:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    anonymous;

    nak jadi pengapit ke? dialu2kan;
    pilih pasangan pengantin...
    - Zu n Hanif
    - AZ n Zu
    - Zu n Taufik
    - ?? n Zu

    siapa yg. menangis?
    ;p

     
  • At Wednesday, June 14, 2006 8:50:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    kak ija... saya yg akan menangis krn AZ pasti akan ke hulur hilir bagai tak cukup tanah apabila tahunya kemunculan ??

     
  • At Wednesday, June 14, 2006 1:30:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Lia,

    nah towel buat pengelap air mata..
    terharu akan kesetiaan Lia kpd. AZ!

    cuma identiti ? belum diketahui AZ!

     

Post a Comment

<< Home