HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Monday, May 22, 2006

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 51

Ada sendu di matanya...
Ada resah dalam bicaranya..
Segalanya bersatu
Berlagu pilu

Aku melangkah malas menuju ke pintu kereta yang terbuka luas. Sedar, langkahku diperhatikan oleh mak cik Zubaidah. Baru sebentar tadi aku bersalam dengannya. Lagaknya aku seperti seorang model yang begitu berhati-hati dengan setiap langkah. Takut tersungkur. Penontonnya pula sudah pasti mak cik Zubaidah dan anak lelakinya.

Amir Zuhairi tersenyum memandang. Berdiri di sisi pintu kereta. Menanti penuh sabar Aku mengambil tempat di sebelah pemandu. Dia tahu aku tidak dapat berbuat apa-apa di hadapan ibunya. Menurut saja tanpa membangkang.

Kalaulah mak cik Zubaidah tiada di situ tak perlulah aku membazir senyuman untuknya. Baik aku senyum kat En. Taufik. Sekurang-kurangnya hatiku tidak sakit.

Ish… geramnya. Rasa tidak puas hati membuak-buak di dalam dada. Tak tahu kepada siapa harus aku luahkan. Mengapa masa ini dia pulang ke rumah! Tak bekerja ke dia? Aku telah berkira-kira tidak akan bertemu dengannya.. Tapi kiraanku kurang tepat. Hasilnya aku terpaksa juga berhadapan dengannya.

Pintu kereta ditutup. Aku memasang tali pinggang keselamatan terlebih dahulu. Risau juga kalau-kalau dia terlebih ‘gentleman’ dan menolongku mengenakannya. Tak mahu aku! Ibunya masih berada di tepi pagar lagi. Mana tahu dia cuba mengambil kesempatan pula menunjukkan betapa baik dan ambil beratnya terhadapku..

Enjin dihidupkan. Kereta berjalan perlahan. Tidak sampai beberapa minit dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Apa hal pula ni!

“Eh… apa you nak buat ni? Berhenti kat sini pula!. Kang orang pandang, lain pula ceritanya.” Aku diserang bimbang. Waktu begini memang jalan agak lengang sedikit. Kebanyakan orang masih lagi di pejabat.

“Ini milik Zu….” Kotak baldu kecil berwarna merah hati itu dihulurkan kepadaku. Aku memandang sekilas tapi tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Tahu kotak itu berisi cincin pertunangan kami.

Diamku membuatkan dia mengeluh. Lantas tanganku ditarik dan kotak itu diletakkan di atas telapak tanganku. Gerakannya yang pantas itu membuatkan aku tak sempat nak mengelak.

Aku letakkan kembali kotak itu di atas dashboard.

“I tak mahu ambil barang yang I dah bagi kat you. Buruk siku namanya… Dah bagi barang ambil balik.” Kata-kataku mengejutkanny;a. Kemudian dia ketawa terbahak-bahak. Apa yang lucu dengan peneranganku.

“Ini bukan pasal buruk siku atau tidak. Cincin itu memang sepatutnya Zu yang simpan. Bukan simpan tapi dipakai!” Kata-katanya tidak aku endahkan. Aku memandang sekeliling. Memang agak sunyi. Manalah tahu tiba-tiba sahaja pintu kereta Honda itu diketuk. Kes lain pula yang timbul. Tak mahu aku!

“Kalau nak cakap apa-apa pun carilah tempat lain. Janganlah berhenti kat sini.”
“Zu takut ke?” Dia tersengih. Dah tahu aku tak selesa dia bertanya lagi. Pertanyaannya pun macam menyindir aku saja. Aku menarik muka masam.

“Selagi Zu tak ambil kotak ini…. Selagi itulah kereta ini tak bergerak!” Dia tahu aku risau dengan keadaan kami. Lantaran itu sengaja dia nak menakut-nakutkan aku. Tapi memang benar, perasaan takut itu tumbuh di hatiku. Jantungku bergerak pantas macam orang berlari 1km.

Tak mahu memanjangkan cerita, kotak itu aku ambil. Daripada aku duduk di dalam kereta bersamanya, baik aku mengalah kali ini.

“Jalanlah…. Nak tunggu apa lagi!”
“Macam itulah, kan senang cerita. Jimat masa.” .Dia memandu semula ke atas jalanraya. Malas aku nak melihat ke wajahnya. Pastinya dia tersenyum kemenangan. Aku mengikut cakapnya bukan bermakna aku kalah. Itu pun kerana terpaksa.

**

Aku memandang ke luar tingkap. Hati bertanya juga ke mana dia akan membawaku. Namun mulutku teramat berat untuk memulakannya. Bagiku segalanya tak perlu lagi. Antara kami tiada apa yang akan dibincangkan. Keputusanku adalah muktamad. Pertunangan ini mesti diputuskan.


**

Dia membawaku ke Ampang Park. Awal-awal lagi aku telah mengingatkannya bahawa aku perlu ke rumah Kak Ngah selepas ini. Jadi pertemuan kami akan mengambil waktu yang singkat.

“Zu nak risau apa, abang boleh temankan.” Itu pula jawapan yang aku terima. Sesekali aku terfikir juga, bertekak dengan dia tidak membawa aku ke mana-mana. Jawapannya pasti ada samada aku suka atau tidak.

Aku mengikut saja bila kami memasuki Restoran Cozy Corner. Dia mengambil tempat agak hujung sedikit.

“Nak order apa?”
“Tak mahu apa-apa. Masih kenyang lagi.” Jam di pergelangan tangan aku pandang. Jarum jam menunjukkan ke angka 3.

“Fresh orange dua..” Ujarnya kepada pelayan yang datang. Aku diam saja. Pandai-pandai pula dia memesan untukku.

Agak lama dia mendiamkan diri. Wajahnya diusap perlahan. Anak rambut yang jatuh ditolak ke belakang. Berbeza sekali penampilannya. Raut wajahnya tidak menampakkan keceriaan. Kerana akukah? Ah.. soalan itu pula hadir tiba-tiba.

“Zu ke mana seminggu ini? Puas abang cari. Talipon tak berjawab. SMS tiada balasan.” Dia memulakan perbualan.

“Tak ke mana-mana.. Cuma pergi jalan-jalan makan angin. Menenangkan hati yang terluka.” Tiada gunanya aku berselindung lagi. Biar dia tahu apa yang aku rasa saat ini.

“Zu marah lagi dengan abang?”
“Kalau you kat tempat I…..you marah ke atau you rasa gembira bila orang tuduh you macam-macam?” Dia terus terdiam.

“Abang minta maaf Zu…. Masa itu abang tak boleh nak fikir apa-apa!”
“So… sekarang ini you boleh fikirlah ya…?” Aku tahu dia tersinggung dengan kata-kataku. Tapi aku nak buat bagaimana. Rasa sakit ini membuatkan aku tidak perlu untuk menjaga hatinya. Mengeluarkan kata-kata sesuka hatiku.

“Kita datang sini buat apa?” Pertanyaanku yang agak kasar mengejutkan dia yang tunduk membisu.

“Abang betul-betul minta maaf Zu. Tolonglah beri abang peluang…” Lirih suaranya. Wajahku dipandang. Aku melarikan mata ke tempat lain. Tak mahu aku membalas pandangannya. Renungan matanya menggambarkan kekesalan. Ada rasa sayu di situ. Silap-silap aku boleh jatuh kasihan!

Hatiku bukannya macam kerak nasi. Yang bila direndam dengan air akan terus lembut. Orang sering membandingkan hati seorang perempuan seperti kerak nasi.

“Dah tak ada gunanya… Bila I fikir-fikirkan, kita memang tak sesuai untuk meneruskan perhubungan ini. I pun dah jelaskan dalam surat hari itu.”

“Zu…..” Suaranya antara dengar dengan tidak. Dia diam kembali. . Di mana hilangnya lelaki ego yang aku kenali dulu. Apakah sudah hilang kerana peristiwa hari itu!

“Abang berharap sungguh Zu. Tolonglah…..” Lelaki ini sudah mula merayu. Agaknya kalau diberi watak dalam sebuah filem, memang menjiwai habis.

“Amir Zuhairi, untuk apa kita meneruskan hubungan kalau di hati masih ada rasa curiga. Untuk apa menyambung ikatan kalau di dada masih menyimpan luka. Untuk apa mencuba lagi, sedangkan kita tak sekata?” Panjang jawapanku.

“Abang tak boleh Zu. Abang benar-benar dah jatuh cinta dengan Zu.” Hampir tersedak aku dengan pengakuannya.

“You jatuh cinta dengan orang macam I ini?” Jatuh cinta tapi you cakap macam-macam.” Istilah cinta memang pelik. Cinta membuatkan orang buta seketika. Cinta juga membuatkan orang berhenti berfikir sekejap.

“Tapi I memang tak cintakan you, Amir Zuhairi. Itu muktamad.” Aku pernah jatuh suka kepadanya. Mujurlah sebentar cuma. Tidak aku lebarkan rasa suka ini. Jika tidak aku pasti luka ini kian mendalam.

“Zu… sikit pun tak ada rasa sayang kat abang?” Dia tidak berpuas hati. Aku menggeleng.
“Zu bohongkan? Hari itu sebelum timbulnya perkara ini, Zu ada pakai cincin pemberian abang.” Ah, ingat pula dia! Aku ingatkan rasa marahnya dulu telah mengaburi pandangan matanya.

“Pakai cincin tidak semestinya yang I suka kepada orang yang memberinya…..” Aku tersenyum. Benarkah kenyataan itu? Aku bertanya kepada diri sendiri.

“Amir… I rasa tak perlulah kita bincangkan perkara yang dah lepas. Sekarang ini apa yang perlu you buat ialah you berterus terang dengan ibu you. Habis cerita. Kita tak payah pening kepala memikirkan segalanya….”

“Zu usah bertindak terburu-buru. Berilah masa untuk semua itu….”
“I rasa tak perlu. Pada I masa itu lebih dari mencukupi”
“Zu ada orang lain ke?” Aku memandangnya tajam. Baru sebentar tadi dia merayu. Kini soalan begini timbul pula.
“Ini masalah kita. Kenapa perlu libatkan orang lain. I tak fahamlah dengan you ini!”
“Jadi Zu tak ada orang lain?”
“Terpulanglah kepada you nak jawab macammana….” Malas aku nak melayan lelaki ini. Tadi suaranya lirih. Tiba-tiba bersemangat pula nak tahu kisah aku.

“Dah lama kita kat sini. I tak mahu balik malam-malam.. Rumah Kak Ngah pun tak sampai lagi”
“Kalau malas, abang boleh hantarkan….” Pelik pula. Tiba-tiba boleh ceria. Entah angin monsoon mana yang bertiup membawa keriangan kepadanya.

“Jangan lupa beitahu kat ibu you tentang apa yang kita bualkan hari ini.”
“Tahulah abang macammana nak buat Zu tunggulah nanti….” Dia tersengih. Macam ada rahsia yang tersirat pula.

Kepada sesiapa yang menanti-nanti munculnya Amir Zuhairi..... Saya letakkan potret dia bersebelahan dengan Zulaikha. Iras wajahnya seperti itu.... Harap-harap pembaca berpuas hati...

21 Comments:

  • At Tuesday, May 23, 2006 9:00:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Ija... adus mancungnya hidung AZ, awat le zu x cair dgn pujukan amir... hehehe kalau org le emmm bila bertentang mata emm terus kenyang.... x yah makan leh diet camni kalau jumpa dia ari2 hahahahha

    notie

     
  • At Tuesday, May 23, 2006 9:19:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Zu, buka lah hati mu...pandang ke matanye...kau pasti dpt melihat keiklasan di dlm nya..

    hehehhehe...ewah2 pandai jer nak nasihat si Zu...

     
  • At Tuesday, May 23, 2006 10:09:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    la knp zu ni....kesian kita tgk amir tu.amir pun satu mood kejap2 berubah,mcm mn la zu nak percaya.tp klu dah dok tuduh mcm mcm hati sayang pun jd sakit...

    harap2 lepas ni lebih thrill ye..alamak zu bukan makn muda mcm mn ni klu asyik main tarik tali jer...

    heheheheheheh...

     
  • At Tuesday, May 23, 2006 2:36:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    ija betul2 lampirkan gambar AZ? akak gurau2 aja ari tu........ maaf lah guarauan akak membuat ija kena kerja double. BTW tq.
    Punya lah hemsem AZ tu napa Zu tak terpikat?

     
  • At Tuesday, May 23, 2006 4:24:00 PM, Blogger babyarisha said…

    hrmm..kadang2 tersentuh gk dgn keadaan zu..kuatkan semangat & tegas dlm m'harungi dugaan.. tp zu..jgn la jual mahal sgt..nnt masuk perangkap amir tuh..amir tu ada byk helah..dlm diam dia ada prinsip best man win..

     
  • At Tuesday, May 23, 2006 5:24:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    hmmm.. mesti AZ plan ngan ibu dia utk cptkan majlis perkahwinan... Zu tolongla accept AZ semula... jgn AZ naik sawan...

    - nacha -

     
  • At Tuesday, May 23, 2006 5:34:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    "121ekjoer3r,vpiff" faham ke kak ija?

    hehehe *bila org dah tengok wajah AZ yang tampan tu, susahlah saya krn selama hari ni AZ hanya utk saya sorang... hehehe

    akak, cerita ni dah makin best... tak sabar nak tunggu next n3

     
  • At Wednesday, May 24, 2006 8:23:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    notie,

    rindunya kat awak...
    cam tu boleh simpan duit banyak2;
    hish3x Zu ni memang tolak tuahkan???

    ;p

     
  • At Wednesday, May 24, 2006 8:25:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    tie,

    zu memang dah buka hatinya...
    tapi entahlah bila AZ nak masuk dia tutup balik...

    he he..

     
  • At Wednesday, May 24, 2006 8:29:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    cri;

    bila hati telah terluka
    pujukan tidak memberi makna...

    skrg ni sem. break ke?
    slmt. beristirehat.
    ;p ;p ;p

     
  • At Wednesday, May 24, 2006 8:32:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    nisha;

    slmt. berxm, mg terus berjaya dgn. cemerlang.

    Amir tu biasa lukis pelan, itu sebab dia banyak plan...

    Zu x pandang rupa Amir sbb Hanif tu handsome juga... ha ha ha..

     
  • At Wednesday, May 24, 2006 8:37:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Kak Ida,

    Tak susahnya... gambar itu memang dlm. simpanan cuma nak pamirkan saja...

    Handsome2 pun kalau sering menyakitkan hati baik pilih orang lain.. ha ha ha

     
  • At Wednesday, May 24, 2006 8:53:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    babyarisha;

    lama juga x nampak di sini..

    Amir banyak helah,
    Zu pandai tepis...

     
  • At Wednesday, May 24, 2006 9:01:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    lia,

    kak ija kena tengok dictionary kali ni... kita belum lagi belajar bahasa Itali!

    sms berjela-jela... peminat AZ ni ramai sangat;;; sysss Sabtu ni jumpa AZ ya... ha ha ha..

    ;) ;)

     
  • At Wednesday, May 24, 2006 10:39:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Nacha,

    AZ sanggup menanti
    w/p seribu tahun lagi..
    biarpun hati ini disakiti
    beralah tidak sekali...

    ;p

     
  • At Thursday, May 25, 2006 2:32:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    ija, cepatla masukkan n3 baru..dah tak sabar2 nih..

     
  • At Thursday, May 25, 2006 2:42:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    *penat... penat...penat... minum air sat!*

    kak ija... uwaaaaaaaaaaaaaaaa... kenapa jadi cam ni? penat dhiya wat marathon... akhirnya...

    kak zu, jangan lah keras hati sgt. kesian kat abang amir tu... yang abang amir tu pun, g dgr ckp jo bingung-giler tu apsal?

    ish... ish... berdetap-detup pula jantung ni nak tahu kisah seterusnya. rasanya lepas ni mesti abang amir minta bantuan kembar nakal tu... ;)

    kak ija, cepat sikit sambung...


    *hugs kak ija kuat2 sambil cium pipi bertalu2... RINDU!*

     
  • At Friday, May 26, 2006 12:36:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    anonymous:

    ;p

    penulis senyum meleret..

     
  • At Friday, May 26, 2006 12:42:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    dhiya.....

    apa khabar? ke mana menghilang? kak ija pun duduk sama minum air barli, ;p

    kerana cinta Along Hana/Hani jadi buta seketika... Dia marah kat Jo tapi Zu jadi mangsa; Lepas itu dia pula jadi mangsa.... :(

    Ya kan? Kembar nakal tengah cuti sekarang ni, jadi boleh ganggulah...

    Hug Dhiya kuat-kuat juga, laga pipi kiri kanan... hem tak puas nak pandang! Rindu juga sama kamu, bila nak jumpa lagi ya???

    Salam sayang...

     
  • At Monday, May 29, 2006 8:51:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    a'kum to kak ija dan lain2..

    saya dah habis blajar la kak ija..
    skrg tgh practical..bulan 8 ni complete la semua.

    boleh la cari keja dan jumpa org yang handsome2 mcm AZ...

    hehehe...hati berdebar menunggu episod seterusnya..

     
  • At Tuesday, May 30, 2006 3:02:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    cri.. salam sejahtera,

    praktikal kat mana dik?
    moga terus cemerlang dan bertemu dgn. jejaka seperti AZ...

    dah jumpa khabar2kan kpd. kak ija ya... nak juga tengok hero LADHmu di dunia realiti..

    ;p

     

Post a Comment

<< Home