LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 42
Aku menghempaskan diri di katil. Cincin di jari aku tanggalkan serta merta. Aku letakkan kembali di dalam kotaknya. Tempat yang sepatutnya ia berada. Laciku tutup..
“Kenapa ni…” Syikin memasuki bilik tanpa disedari. Aku memandang wajahnya.
“Aku dah ketuk tau. Banyak kali, tapi kau yang tak dengar..” Mungkin dia ingat aku memarahinya.
“Ada masalah ke Zu? “ Soalan itu aku biarkan tanpa jawapan.
“Bergaduh dengan Amir?” Dia menyoal lagi pabila melihat aku diam.
Nama itu disebut. Entah kenapa aku benci mendengar nama itu. Benci dengan apa yang terjadi sebentar tadi.
“Biasalah… gaduh sikit-sikit. Aku pun ada masanya bertengkar juga dengan tunang aku. Tapi kami sedar akhirnya pertengkaran itu ada masanya baik... Apa yang terkeluar masa sedang marah itu ada betulnya. Dari situ juga kita dapat menilai dan memperbaiki kelemahan diri” Syikin menerangkan panjang lebar tanpa tahu apa yang sebenarnya terjadi . Mungkin dia ingat kami bertelingkah perkara yang remeh-remeh.
Memang benar seperti kata Syikin sebelum aku keluar tadi. Amir akan membuat kejutan. Dan inlah kejutan itu. Kejutan yang tidak dapat aku terima sama sekali. Tak masuk akal!
Kalaulah kau tahu Syikin. Kami bukan setakat bertengkar saja. Tapi Amir telah menuduhku seperti seorang perempuan yang tak bermaruah. Tak pandai jaga diri. Aku tak sangka Syikin.. Dia tega menuduhku sedemikian rupa. Tak tahu apa yang telah meracun fikirannya sehinggakan dia bersikap begitu.
Aku cuma berkata-kata di dalam hati. Tidak aku luahkan kepada Syikin.
Tanpa disedari air mataku menitis. Inilah kali pertama aku menangis kerana dia. Seorang lelaki yang bernama Amir Zuhairi. Bukan aku bersedih kerana dia ingin memutuskan pertunangan ini. Tapi aku sedih mendengar tuduhannya. Benarlah kata pujangga kata-kata yang tajam itu lebih tajam lagi dari sebilah pedang. Menikam dan menusuk hingga ke jantung hati.
Hatiku pilu sungguh. Syikin menepuk-nepuk belakangku. Cuma menenangkanku. Itulah sikap Syikin yang paling aku sukai. Dia sebolehnya cuba menolongku. Mencari jalan penyelesaian dan memberi pendapat ke atas setiap masalah yang aku hadapi.
Aku merenung ke wajah bakal pengantin yang tak sampai dua minggu ini. Terpancar keceriaannya. Patutkah aku menceritakan segalanya. Aku tak mahu merosakkan keceriaan di wajahnya.
Aku bersedih dia pun akan ikut sama bersedih. Syikin yang suatu masa dulu risau kerana dia belum bertemu jodoh, kini kelihatan tenang sekali. Dia tua dua tahun dariku. Cuma aku lebih senang memanggilnya dengan nama sahaja. Tidak menggunakan panggilan kakak.
“Nak ceritakan dengan aku? Tengok wajah kau yang berkerut itu membuatkan aku berfikir yang masalah ini bukannya kecil..” Aku diam. Menguis-nguiskan kaki di atas karpet berwarna kuning yang terbentang di hadapan katil.
“Kau dah jatuh sayang dengan Amir ya…” Sempat juga Syikin bergurau.
Sayang? Aku tak tahu samada perkataan itu bertapak di hati. Apa yang aku tahu, bila pulang dari PD aku seakan mahu menerimanya. Aku memujuk hati untuk menerimanya. Kini bila pintu hatiku terbuka sedikit lain pula jadinya.
Sepi berlegar di bilik tidurku. Aku pandang ke sudut bilik. Banyak koleksi novel yang tersusun di situ. Ada novel lama. Ada novel baru. Ada juga novel yang masih belum aku baca. Masih kemas dalam balutan.
“Lepas ini baiklah segalanya. Amir itu kan caring. Kalau dia marah pun tak lamanya. Entah-entah dia banyak kerja. Itu sebabnya dia macam itu..” Syikin membuat tafsiran sendiri.
“Mungkin jua dia buat macam itu untuk menarik perhatian kau. Alah… macam budak-budak yang suka buat perangai bila ibu-bapa tak endahkannya..” Bicara Syikin bagai angin lalu.
Kau tak tahu apa sebenarnya terjadi Syikin. Kalau kau tahu pasti kau akan terkejut. Mungkin juga kau tak sangka Amir bersikap begitu. Kata-kata itu setakat di hati saja.
“Sudahlah… Tak payah fakir banyak sangat! Aku ada masak nasi dagang tau. Lepas ini kau tak merasalah nasi dagang buatan aku. Kalau hendak kena datang ke Trengganu.” Ujar Syikin sambil tersenyum.
Aku memang suka nasi dagang. Biarpun aku orang Perak tapi nasi dagang adalah makanan yang paling aku minati. Dulu-dulu pernah juga Syikin mengusikku supaya cari orang Trengganu saja. Hari-hari boleh makan nasi dagang. Beritahunya.
Aku menghadiahkan senyuman. Pura-pura tersenyum ‘Ini yang buat aku sayang sangat dengan kau Syikin. Tahu saja nak memujuk hatiku.. Lepas ini mana aku nak cari ‘consultant’ bila aku ada masalah ya…”
Kami ke ruang dapur. Aku cuba menceriakan wajah. Aku tak mahu Syikin menganggap yang bukan-bukan. Biarlah dia tak tahu apa yang bergelodak dalam kepalaku. Aku akan cuba menyelesaikan masalahku sendiri. Caranya akan aku fikirkan kemudian.
Sampai hatimu Amir… Aku berbisik sendiri!
8 Comments:
At Tuesday, April 04, 2006 5:13:00 PM, Anonymous said…
Ija....
kesedihan Zu turut mengganggu emosi ku :(
maaf, ni pandangan sy ajer....
kalo boleh Ija garapkan cite ni dgn lebih menarik dan mempunyai kelainan dr cite2 @ novel2 yg sedia ada...maksud sy jgn lah asyik2 watak2 nye pendam memendam n salah faham...buat lah cite yg lebih daring & realistik...bkn ape rasa nye dah terlalu byk cite yg terjd salah faham pastu baru nak menyesal...
At Tuesday, April 04, 2006 5:15:00 PM, Anonymous said…
kenapalah si amir tu buat tuduhan mcm tu... cek pun tak lagi dah kecoh2
At Monday, April 10, 2006 8:40:00 AM, Anonymous said…
tie,
ari ni jgn. sedih-sedih ya..
tkasih bagi komen tu, saya akan fikirkan scence yg. lebih mencabar bila ia bertukar menjadi novel nyata..
At Monday, April 10, 2006 8:41:00 AM, Anonymous said…
lia,
amir ada sebab tersendiri bila dia cakap macam tu; tunggu....
;p
At Monday, April 10, 2006 8:42:00 AM, Anonymous said…
nisha_gal,
apa khabar org. di sana?
zu memang sedih tapi dia dah tahu sikap sebenar amir..
At Wednesday, April 12, 2006 8:54:00 AM, Anonymous said…
ija cepatla sambung...
At Wednesday, April 12, 2006 12:58:00 PM, Anonymous said…
way to go kak ija
-normah-
At Thursday, April 13, 2006 2:56:00 PM, Anonymous said…
normah,
:p
Post a Comment
<< Home