HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Sunday, March 05, 2006

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 39

Kereta Honda Accord 2.0 Vtec berwarna emas itu meluncur laju. Pemandunya menumpukan perhatian di jalanraya. Tidak terusik sedikit pun dengan aku yang resah di tempat duduk penumpang. Rasa janggal nak memulakan perbualan membuatkan aku berfikir. Mencari ayat yang mudah. Hendak tak hendak aku terpaksa juga gagahkan diri bersuara.

“You sukalah….” Dia menoleh.
“Apa yang suka ni…. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba saja keluar statement tu!”
“Pasal cadangan ibu you lah…”

Aku teringat kembali perbualan kami malam tadi. Hasrat aku untuk pulang ke Kajang terbantut. Nak pergi ke rumah kak Ngah pun tak jadi. Apa tah lagi mak cik Zubaidah memberitahu bahawa ada perkara penting yang perlu dibincangkan.

“Mak Cik dah fikir-fikir…; apa kata perkahwinan Zu dan Amir dipercepatkan?” Aku menjadi kaku seketika. Persoalan itu datang dengan tiba-tiba. Mendadak saja. Tak pernah terlintas pun perkara tersebut di fikiranku.

Aku merenung Amir Zuhairi sejenak. Tapi dia hanya selamba sahaja mengadap layar tv di depannya. Sedikit pun tidak tersentuh dengan pertanyaan ibunya. Bahkan dia boleh makan lagi kudapan yang terletak di atas meja kopi itu.

Hish… geramnya. Hatiku mendengus dengan sikapnya. Harap-harap dia dapat membantuku menjawab pertanyaan ibunya. Menoleh ke arahku pun tidak. Aku hampa.

“Masanya suntuk sangat mak cik. Tak sempat nak buat persiapan nanti.” Aku memaniskan muka. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
“Tentang itu Zu tak payah risau sangat, kawan-kawan mak cik ramai yang boleh membantu.”

Aduhai! Tubuhku terasa menggigil. Dahlah dengan anaknya aku tidak berapa baik sangat! Ditambah pula dengan kes mempercepatkan perkahwinan. Silap-silap mahu aku pitam di sofa empuk itu.

“Saya perlu berbincang dulu dengan mak di kampung.. ” Masih lagi mencari alasan.
“Mak cik ni bukan apa, risau pula bila Amir tu selalu berulang ke rumah Zu. Tak elok dipandang orang..." Dia diam seketika.

"Orang tengah mabuk cinta ni, tak sedar apa yang dilakukannya. Semuanya betul saja…. Kalau dah ada ikatan sah, orang pun tak bercakap lagi!”

Mabuk cinta? Kenyataan itu memang sesuai untuk anak bujangnya. Tapi sorry bukan untuk aku! Hatiku berbisik.

Dalam hati aku berdoa kalau boleh perkahwinan ini biarlah jauh lagi. Yang Amir ni diam membisu sahaja. Bagilah cadangan yang bernas. Atau agaknya dia pandai-pandai beritahu ibunya begitu. Itu yang buat tak kisah saja. Tak patut betul!

“Abang rasa tak silap cadangan ibu tu. Tak lah abang asyik berulang ke rumah Zu macam yang ibu cakap tu…”
“I tak minta pun you datang selalu jumpa I… yang you selalu datang tu kenapa?”
“Datang jumpa tunang sendiri pun tak boleh? Ada undang-undang ke yang melarang seseorang itu tak boleh berjumpa dengan tunangnya?”
“Cakap dengan you ini susahlah….” Aku mengeluh. Menarik nafas perlahan.
“At least bila kita kahwin, bolehlah duduk serumah…” Sengihnya memang menyakitkan hatiku.

Aku hilang punca untuk menjawab. Perkataan kahwin itu membuatkan aku jadi berdebar. Mustahil dia tidak berfikir yang hubungan aku dengannya begini. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Nak kahwin dalam masa terdekat? Tanganku menjadi sejuk. Bukan kerana penghawa dingin di dalam kereta itu. Tapi ada rasa yang aku tak tahu apa dia. Takut? Mungkin!

“Zu tak suka ke kalau kita percepatkan tarikh perkahwinan ini?” Dia bertanya bila aku tidak membalas kata-katanya tadi.
“Emmm…ki..kita bincang lain kalilah….” Aku menjadi tidak tentu keruan. Dahiku mula berpeluh. Hembusan nafas kian laju. Kedua tapak tangan aku temukan. Erat.
“Lambat laun kena berbincang juga…” Walaupun dia tidak memandangku tapi aku dapat lihat senyuman yang tersungging di bibirnya. Mengejeklah tu! Menjengkelkan!
“Maknanya… memang cadangan you lah!” Aku tidak menuduh. Tapi dari cakap-cakapnya membenarkan kata-kataku itu.
“Siapa yang tak suka kahwin?” Soalan apa pulak ni…
“Nanti I buat survey untuk pertanyaan you tu…” Dia ketawa. Apa yang lucu sangat?
“Zu ni pandai juga buat kelakar ya… Macam ini selalu kan elok. Taklah asyik serius. Cakap pun selalu nak marah-marah sahaja…” Ee… dah pandai pula beri komen kepada kata-kataku.
“Tapi kan.. kalau panggil abang lagi elok. Abang pun boleh tersenyum sepanjang hari..”
“Lambat lagilah….”
“Tapi rasanya tak lambat lagi….’ Dia berkata penuh makna. Memandangku sekilas.

*****

“Nak singgah mana-mana tak?” Aku menggelengkan kepala. Kalau boleh aku ingin sampai ke rumah. Ingin merihatkan badan.
“Kita jalan-jalan dululah..”
“Semalam dah jalan. Penatlah…” Aku berkata perlahan. Mohon simpati. Malas aku nak berlama-lama dengan dia. Setiap kata-kataku ada saja jawapannya.

“Eh.. you dah terlajak ni!” Dia tidak membelok ke arah rumahku. Aku mengingatkannya kalau dia terlupa.
“Temankan abang dulu. Lepas ni baru abang hantar balik…” Suka-suka saja dia buat keputusan. Aku membatukan diri.
“Marah?”
‘Dah tahu orang marah, tanya lagi!”
“Alah… hal kecil pun nak marah. Kalau selalu marah, cepat tua tau?”
“Kalau macam tu… you carilah yang lain!”
“Macam mana abang nak cari yang lain, kalau asyik ingatkan Zu sorang saja…” Mahu aku sasau melayan dia ni..
“Kita pergi Alamanda sekejap sahaja...”

Aku melepaskan keluhan kecil. Nak menjerit pun tak guna. Kereta tetap juga menuju ke destinasinya. Lainlah kalau aku yang memandu.

*****

"Semalam tu siapa yang talipon Zu?"
"Kawan." Rupanya dia pasang telinga dengan panggilan yang aku terima.
"Lelaki ke perempuan?" Aku memandang minuman di depan mata. Ajakannya untuk minum-minum melepaskan dahaga aku turuti.
"Kenapa nak tahu?"
"Abang tanya pun tak boleh? Sepatutnya masa ini kita boleh berbincang apa-apa pun secara terbuka. Kita nak duduk serumah nanti.."

Straw aku pusing-pusingkan. Nak berterus terang atau tidak. Kalau berterus terang, apa pula lagi pertanyaannya. Aku tidak mahu menjadi kajian soal selidiknya. Tapi matanya masih merenung ke arahku. Menanti jawapan yang keluar.

"Rasanya I pun tak pernah tanya apa yang you buat. Dengan siapa you talipon.."
"Zu tak pernah bertanya. Kalau Zu tanya abang akan jawab." Macammana aku nak bertanya sebab aku memang tak minat untuk ambil tahu kisahnya.
"Semua soalan you, I kena jawab ke?"
"Lelaki kan?" Dia menjawab sendiri. Nampaknya aku akan bertekak dengannya lagi.
"Terpulanglah pada you nak kata perempuan atau lelaki.. "

Aku hadiahkan kepadanya sebuah senyuman. Pertama kali rasanya aku tersenyum dengan ikhlas di depannya. Aku tinggalkan soalan itu untuk dia menjawabnya. Rasa tidak puas hati tergambar di wajahnya. Bagaimana agaknya jika dia tahu yang menaliponku adalah Johari?

*****

“Seronok.. jumpa mak mertua?” Tegur Syikin bila aku melangkah ke dalam rumah.
“Bakal mak mertua…” aku membetulkan ayat Syikin. Bekalan yang dikirim oleh mak cik Zubaidah, aku hulurkan kepada Syikin.
“Ada seronok ada tak seronok…”
“Kenapa pulak macam itu?”
“Banyak sebabnya….”
“Sebab anak dia ke?” Syikin dah tersenyum.
“Lebih kurang macam itulah…. Tapi ada benda lain yang makin menyesakkan aku”









































4 Comments:

  • At Monday, March 06, 2006 10:16:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Ija...makin suspen lah citer ni...garapan yg menarik...
    all the best for U....

    harap dibukakan pintu hati Zu utk Amir...

     
  • At Monday, March 06, 2006 1:13:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Nisha_gal,

    Tak tahulah, Zu ni terkena penyakit apa? Hatinya kena dicuci dulu baru boleh terima Amir

    TQ....

    ;)

     
  • At Monday, March 06, 2006 1:14:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Tie,

    TQ, dtg. lagi baca ya..

    Kunci pintu hati Zu dah hilang, itu sbb dia macam tu

    ;p

     
  • At Thursday, March 16, 2006 2:05:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    nisha_gal,

    apa khabar? mg baik2 di australia;

    aduhai.. dah berapa orang kak ija dera ini... mg lepas ini x ada org. lagi rasa terdera..

    n3 baru akan menyusul
    salam dari M'sia
    ;p

     

Post a Comment

<< Home