HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Monday, January 16, 2006

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 35

MELIHAT KE DALAM DIRI
Selepas menunaikan solat Isyak, aku duduk di atas katil. Novel ‘Rindu di Kalbu” terbitan Alaf 21 aku selak satu persatu. Itu novel pertama karya penulis baru yang tinggal di Kajang. Aku dapat tahu ramai juga penulis Alaf 21 yang tinggal di sekitar Kajang dan Bangi. Ada juga beberapa penulis yang telah aku temui.

Beberapa muka surat aku baca, aku menutupnya kembali. Entah kenapa mata ini amat payah untuk dipejamkan. Aku teingat pertemuanku dengan Amir Zuhairi@tunangku. Tunang? Sudahnya kau akui juga dia tunangmu? Getus hatiku.

Apakah aku bersikap tidak adil kepadanya? Boleh dikatakan dia mempunyai beberapa
ciri-ciri lelaki pilihan kalau pun bukan lelaki idaman. Tidak terlalu handsome tetapi mempunyai seraut wajah yang menarik. Hidung agak mancung. Kulit tidak terlalu cerah. Ada lekukan di bawah dagunya.

Agak serius. Bila tersenyum dapat mencairkan hati wanita. Cakapnya pun lembut denganku. Atau apakah dia berbuat begitu untuk mengambil hatiku?

Zulaikha, diam-diam sempat juga menganalisa peribadi tunangmu? Sekali lagi ada bisikan suara di telingaku.

Cintailah orang yang menyintaimu bukan orang yang kamu cintai. Terimalah orang yang menyukaimu bukan orang yang kamu sukai. Kata-kata itu entah berapa kali aku dengar dan baca. Kak Ngah pun pernah berkata begitu. Mak apa lagilah. Amir Zuhairi itu memang ‘perfect’ di pandangan matanya.

Tapi bila terkena diri sendiri, rasanya sukar juga untuk menerimanya. Ialah kita biasa menasihati orang lain. Memberi nasihat memang mudah. Untuk membuat sendiri apa yang dikatakan agak payah juga.

Aku masih tidak dapat melupakan Johari? Nama itu pula hadir dalam ingatanku. Agak lama juga aku tidak mendengar beritanya. Merajukkah dia? Untuk apa pula aku terkenang.

Mengingati seorang kawan apa salahnya. Ada masanya. harga sesebuah persahabatan lebih bernilai daripada cinta. Semenjak aku memberitahunya yang aku sudah bertunang, Johari mengambil sikap berdiam diri. Cuma dia masih tidak mempercayai bahawa aku betul-betul telah bertunang. Lewat SMS lalu dia mengatakan bahawa aku menipu dengan ceita tunang ciptaan sendiri untuk mengelak darinya.

Kenapa tidak memberi peluang kepada Amir Zuhairi? Pertanyaan itu mengasak hatiku. Beri peluang? Ya.. kenapa tak diberi peluang? Soalan itu hadir kembali.

Soal hati ini terlalu kompleks! Kadang-kadang walau pun seseorang itu terlalu baik sekali pun, bukan mudah untuk menerimanya. Bertakhta di hati. Hati bukan boleh dipujuk-pujuk.

Kata-kata Azira membuatkan aku berfikir lagi. Betulkah En. Taufik “bossku” yang masih ‘eligible’ itu suka kepadaku. Bagaimana Azira pula boleh perasan akan sikapnya? Sedangkan aku sedikit pun tidak pernah terfikir ke arah itu.

Hubungan aku dengannya hanyalah hubungan di antara pekerja dengan majikan. Tiada apa-apa selain daripada itu.

Benarkah aku tidak perasan? Kenapa malam ini semua persoalan itu datang serentak? En. Taufik pernah menceritakan kisah keluarganya kepadaku. Mungkin dia fikir aku boleh dipercayai. Itu sebab dia bercerita.

Dia pernah bercerita bahawa dia membujang hingga kini kerana menyara adik-adiknya yang bersekolah. Bapanya meninggal semasa usianya 18 tahun. Adik beradiknya ramai. Kerana dia anak sulung, segala tanggungjawab terletak di atas bahunya.

Dia juga seperti orang lain pernah membina harapan untuk mendirikan mahligai bahagia. Tapi kekasihnya berkahwin dengan orang lain kerana tidak sanggup menunggunya terlalu lama. En. Taufik ingin memastikan bahawa adik beradiknya berjaya dahulu.. Kekasihnya bertemu orang lain yang mempunyai segala-galanya lebih daripada dia.

Kekecewaan itulah membuatkan dia lebih bersemangat untuk terus mengejar cita-cita yang terbekanglai. Rezekinya murah mungkin kerana berkat doa ibunya. Mungkin juga waktu sukarnya telah tiba ke penghujung jalan. Akhirnya dia di sini menjadi bossku. Dan masih bujang lagi.

Aku pun tidak tahu kenapa dia menceritakan segalanya. Itu kisah beberapa bulan lalu.. Semasa aku menerima bunga mawar kuning, dia pun ‘excited’ ingin tahu siapa pengirimnya. Ah… mungkin dia pun bergurau juga seperti orang lain.

Bagaimana kalau telahan Azira itu tepat? Azira ini kadang-kadang dapat membaca apa yang tersirat. Tak mungkinlah! Kata-kata itu hanya mainan. Azira hanya ingin mengusik kerana dia tidak tahu aku telah bertunang.

Masa bertunang ini darah manis! Aku pun tak tahu di mana kemanisannya. Itu kata orang tua-tua zaman dahulu. Masa bertunang akan banyak dugaan yang mendatang. Siapa yang tahan akan berjaya mengatasi dugaan tersebut.

Agaknya inilah antara ujian semasa alam pertunangan!

Lagu negaraku di corong radio mengejutkan aku. Sudah pukul 12.00 tengah malam rupanya. Mata.. tidurlah cepat, aku ingin bangun awal pagi esok.

11 Comments:

  • At Monday, January 16, 2006 1:33:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Nisha_gal;

    Zu mula nampak kebaikan Amir
    tapi belum boleh menerimanya lagi,
    dia masih mencari arah...

    Moga gembira bersama famili, cuti2 M'sia ke?

    ;p

     
  • At Monday, January 16, 2006 5:30:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    si Jo & En taufik ni tak yah ler nterframe...kacau daun lah...hehehhe

     
  • At Monday, January 16, 2006 8:56:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    salam rindu buat kak zu dr diya di lembah sintok,

    Usai memenuhi masa senggang sempat kak zu mengenangkan tunang sendiri ya?

    Dalam diam, mula memikirkaan semua kebarangkalian yang tidak pernah terlintas di fikiran.

    Kadang-kadang benda dan perkara yang kita anggap remeh sebenarnya terlalu penting dan complicated...tak sesenang yang dijangkakan. Sesuatu yang complicated itu sebenarnya adalah senang seandainya di lihat dari satu sudut yang lain. Mungkin sekarang, kak Zu mula menilai dari satu sudut yang berlainan dari sebelum ini...kerana itu hati mula menyedari kebaikan tunangan sendiri.

    Tapi hati pula mula menyanyikan irama sendiri, membentuk pertanyaan dalam diri. Manakan tidak, satu demi satu takbir yang sebelum ini kabur mula dimengertikan maksud yang tersirat.

    Diya menanti entry yang seterusnya kak ija. Salam sayang buat Kak Ija dan Kak Zu dari Nurul.

     
  • At Tuesday, January 17, 2006 8:29:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Tie,

    inilah dugaan yang perlu Zu selesaikan mengikut akal bukan perasaan...

    taufik itu memuja dalam diam..

    ;D

     
  • At Tuesday, January 17, 2006 8:31:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    nisha_gal,

    seronoknya kat langkawi,
    bercuti skrg. ni x sesesak cuti sekolah..
    shopping banyak2 ya nanti kirim kat kak ija.. ;p

    pantai cenang melambai mesra..

     
  • At Tuesday, January 17, 2006 8:38:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    diya...

    salam sayang peluk cium daripada kak ija; sibuk lagi? MAK dah ada n3 baru ke?

    bila melibatkan hati & perasaan, agak sukar untuk membuat keputusan;
    dipandang mudah tapi hati sering berbelah bagi..
    perlu bertenang dan berfikir dari segi logik dan realitinya..
    tapi tahap pemikiran seakan tertutup bila kita hanya lihat sesorang itu dari satu sudut sahaja..

    zu tengah berfikir ni...
    ikatan ini makin membebankan;
    antara hati & perasaan
    tak tahu yang mana satu!

     
  • At Thursday, January 19, 2006 12:58:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Nisha;

    Angin Langkawi membuai mesra,
    Hati teruja tidak terkata
    N3 seterusnya akan ke udara
    Buat masa ini sabar-sabar aje..

    Dah habis shopping? Duduk kat Kuah seronok, kedai berderet.. jln. kaki pun boleh...

    moga ceria di M'sia,
    ;p

     
  • At Thursday, January 19, 2006 3:37:00 PM, Blogger babyarisha said…

    Hye ija..
    2day is my 1st day baca all episod of LADHM.
    Interesting stories..xpatut wat cerpen tp ala2 novel gitu..maybe ija boleh varietykan perangai amir&zulaikha..cm gitu je..'nak tak nak...nak tak nak..'
    but still a good attempt..
    xsabar nk tgu episod seterusnya...
    Congratulation ija...

     
  • At Friday, January 20, 2006 2:54:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    babyarisha;

    tq, n slmt.dtg. ke LADHM..
    1st time nampak di sini;
    Amir n Zulaikha ada lagi rentetannya..

    Appreciated apa yg. arisha nyatakan, dtglah lagi ke sini..

    ;p

     
  • At Saturday, January 21, 2006 12:42:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    dah dapat kejar.. tahniah ija!
    semoga zu dan amir zuhairi akan bertemu jodoh

     
  • At Saturday, January 21, 2006 1:49:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    seriadriani;

    bunga telor dihias lawa
    diberi kpd tetamu yg tiba
    kalau dah jodoh tidak ke mana
    di singgahsana bergandingan mesra

    ;p

     

Post a Comment

<< Home