HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Tuesday, January 03, 2006

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 32


Sabtu yang cerah. Cuaca yang panas membuatkan aku lebih suka memerap di rumah. Mata memandang ke arah pokok bunga di halaman. Nampak daun-daun seakan kekuningan. Kasihan pokok itu. Macam hidup segan mati tak mahu. Malangnya dapat tuan seperti aku!

Hari bekerja pulang agak lewat. Selain dari menyiapkan kerja ada pula aktiviti lain. Sesekali aku turun ke padang. Berriadah. Melonggarkan otot-otot yang tegang. Duduk seharian di pejabat di dalam bilik berhawa dingin, agak memenatkan juga. Tiada peluh yang keluar. Sesekali melepaskan ketegangan bersama-sama rakan sealiran amat menyeronokkan.

“Tak keluar ke hari ini Zu?” Aku sekadar menggelengkan kepala.
“Nak relax kat rumah….”

“Semenjak bertunang ini, makin memerap kat rumah. Nak jadi tunang mithali ke?” Sah. Syikin dah memulakan ceramahnya. "Ada ke istilah tunang mithali?"

"Mana tahukan cik abang tu tak bagi keluar rumah?"
“Merepeklah! Tak ada sebab juga yang aku perlu keluar dengan dia…”

“Masa bertunang inilah kita belajar mengenali antara satu sama lain. Kalaulah tunang aku dekat, tak lah aku duduk di rumah hari Sabtu ini…” Syikin menambah.
“Malaslah aku nak tengok muka dia!” Jawapan itu membuatkan Syikin menggelengkan kepala.

“Malas-malas pun dah ada perjanjian di antara kau dan dia. Tak nak pandang pun, esok-esok kena pandang juga. Malah lebih dari itu…..” Syikin mempamerkan senyuman meleret. Meninggalkan ayat yang tergantung.
“Senyum-senyum ini kenapa? Mesti ada benda lain yang tersirat!” Aku menampar lengannya.
“Eh… boleh terasa pulak! Ingatkan tak faham….” Senyuman Syikin bertukar pula kepada ketawa.
“Tak kuasa nak fikir semua tu..” Aku mengangkat bahu.

Sejak aku menolak pelawaan Amir Zuhairi hari itu, dia tidak menalipon lagi. Serik agaknya. Atau pun mungkin dah berputus asa. Biarlah. Tenang hidup aku seketika.

Tapi SMS dari Amir Zuhairi tetap aku terima. Rajin pulak tu walaupun aku tidak membalasnya. Mana dia pergi dia beritahuku. Untuk apa pun entahlah. Aku tak pernah bertanya.

“X jwb pun x apa, tp abang tahu Zu bc msg ni…”

Macam tahu-tahu pula yang sms darinya aku baca. Ialah, mana tahu kalau message tu berkaitan dengan Mak Cik Zubaidah. Aku kena baca juga. Yang tak seronoknya tiap kali aku membaca message darinya, aku terpaksa menyebut abang. Nak muntah rasanya bila lima huruf itu aku sebut. Siapa yang bagi permission dia membahasakan dirinya abang tak tahulah. Sesedap rasa saja nak sebut!

Talipon bimbitku berbunyi membuatkan aku berlari ke dalam rumah.

“Assalammu’alaikum…” Suara Hana bergema di telinga.
“Wa’alaikummussalam…” Jawapku sambil tersenyum.

Kami berbual bertanya khabar. Agak lama juga aku tidak berbual dengan si kembar itu. Mereka agak sibuk dengan studi kebelakangan ini.

“Kak Zu, kami nak datang rumah kak Zu malam ini.”
“Hana dan Hani ke?”
“Tak… Kami bertiga..”
“Kak Zu nak jemput Hana kat mana?” Aku inginkan kepastian.
“Ada orang nak hantar…”
“Housemate Hana ke?” Apa yang diberitahu oleh Hana hari itu, ada di antara teman serumahnya yang mempunyai kereta.
“Kalau macam itu Kak Zu kena pergi membeli apa yang patut untuk dimasak malam ini.”

Memang barangan dapur banyak yang tak ada. Cadangnya aku akan membeli di esok hari untuk dibuat stok.
“Tak perlulah susah-susah kak Zu. Ada orang nak belanja….” Hana pula ketawa.
“Wah! Kawan Hana dapat durian runtuh ke?”
“Bukan kawanlah kak Zu. Along yang beria-ia nak belanja.” Aku terkedu.

Along? Maknanya Amir Zuhairi. Dalam diam dia memasang strategi tersendiri. Pandainya. Menggunakan si kembar itu untuk bertemu denganku. Kalau dah bersama si kembar memang aku tak dapat memberi alasan lagi.

“Kak Zu… “ Suara Hana mengejutkanku.
“Ya…” Aku menjawab pendek.
“Ingatkan kak Zu tak ada tadi. Beberapa kali Hana panggil kak Zu…” Entah kenapa bila nama itu disebut aku macam tak ada mood nak berbual lagi.

“Makan di mana Hana? Kak Zu terus ke tempat itu sajalah.” Aku memberikan cadangan.
“Hana tak tahulah kak Zu. Along yang nak belanja…”
“Dia beritahu selepas maghrib nanti dia akan jemput kak Zu…” Aduh.. Nak jemput makan pun pakai orang tengah!

Kalau tak gunakan orang tengah tak dapatlah tunang awak tu nak makan bersama… Wahai Zulaikha! Ada suara yang bagai berbisik di telingaku.

“Eh.. Along Hana mana tahu rumah kak Zu?”
“Kak Zu bagi alamat, Along tu mesti dapat cari punyalah…” Hana menjawab dengan yakin.

"Siapa?" Syikin menyoal bila melihat aku bagai memikirkan sesuatu.

"Hana, ajak dinner malam ini...... Ada orang nak menyelam minum air. Nak makan ketam tapi order udang!" Sebutan itu lancar dari mulutku.

Syikin ketawa berdekah-dekah. Faham sangat bila peribahasa ciptaanku keluar bagai air yang mengalir. Dia dapat mengagak.

"Itulah nak mengelak sangat. Sekarang dah tak tertepis! Aku fikirkan... Amir tu bukan calang-calang orang yang sesenangnya untuk kau buat main-main." Syikin bagai memberi peringatan kepadaku.

***

Kami tiba di Yankies Hut lebih kurang pukul 8.30 malam. Dari rumah aku ke tempat itu tidaklah begitu jauh. Cuma mengambil masa lebihkurang 15 minit sahaja. Amir pula macam telah biasa dengan restoran tersebut.

Di luar restoran itu memang telah berderet beberapa kereta. Malam ini ramai juga pengunjung restoran tersebut. Sekarang ini orang tidak memilih waktu untuk makan di luar. Dahulu selepas gaji sahaja akan penuh restoran tapi kini tidak lagi. Tengah bulan pun penuh juga. Silap-silap haribulan meja penuh.

Kami memilih untuk makan di rumah yang bertangga itu. Macam rumah kampung pula. Hana dan Hani duduk bersebelahan. Aku memang tidak pilihan. Duduk bersimpuh di sebelah Amir Zuhairi. Amat janggal sekali aku rasakan. Tapi nak buat macammana! Nak tak nak aku kena hadapi juga.

“Adik, kami pilih dulu. Dalam 10 minit datang balik ya..” Amir Zuhairi memberitahu pelayan yang membawa menu itu.

Menu diunjukkan kepada aku.

“Zu pilihkan untuk abang, boleh?” Alahai memang dia sengaja nak menguji aku ni.
“Em… dah berabang-abang ni. Romantik betul Along ni.” Hana dan Hani tersengih-sengih. Memandang aku dan kemudian beraleh ke arah Amir Zuhairi.
“Hana dan Hani pilihkanlah. Kak Zu tak pandailah…” Aku memberi cadangan.

“Mana boleh kak Zu. Along dah bagi penghormatan pada Kak Zu untuk memilih.” Hani pula memberikan sokongan. Tak patut betul si kembar ni. Memang tak boleh nak minta tolong.

“Betul ni. Tak menyesal nanti kalau kak Zu pilih yang mahal-mahal.” Aku cuba berjenaka. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu saat itu.

“Apa susah kak Zu. Ada orang nak bayar. Mahal-mahal pun demi tunang tersayang, mesti sanggup kan Along!” Hana mengusik.

Aku tidak mengangkat muka. Mata aku pandang ke arah senarai menu satu persatu. Aku memesan Ikan Siakap Kukus Ala Thai, Sayur Campur, Tom Yam Campur, Udang Goreng Tepung dan Sotong Bercili kepada pelayan yang datang kembali dengan pen dan kertas.

Minuman pula Amir Zuhairi memesan jus mangga, jus oren untuk Hana dan Hani. Aku lebih suka memilih air barli tanpa ais.

“Cayalah… Kak Zu tahu tak makanan yang dipesan itu semua kegemaran Along.”
“Ia ke?”
“Memang serasilah ni… Makanan pun sama taste!” Hani pula menambah.

“Kira-kiranya abang memang bertuahlah. Tak payah beritahu pun Zu dah tahu!” Kata-kata Amir Zuhairi seakan hampir dengan telingaku.

Aku tunduk. Rasanya darah merah menyerbu ke muka. Apatah lagi bila suara Amir Zuhairi kedengaran lembut sekali. Tak kanlah nak menggoda aku semasa Hana dan Hani ada bersama.

“Along cukuplah tu… Tengok, muka kak Zu pun dah mula merah.. Macam cili.”

Mereka ketawa serentak. Aku memang tak berani langsung nak memandang Amir Zuhairi. Tapi aku dapat rasakan bahawa matanya tunak memandang ke arahku.

“Eloklah macam itu.. tak payah nak sapu blusher.” Aku menjadi bahan usikan pula.

Sementara menanti makanan yang dipesan tiba, kami bercerita hal-hal lain.

“Kak Zu ceritalah macammana boleh berjumpa dengan Along ni.. You owe me…..” Hana mula mengorek asal pertemuan antara aku dan Amir Zuhairi.

“Tanyalah kat Along Hana..” Aku pasti Amir Zuhairi akan menyimpan cerita itu kemas-kemas di hatinya.
“Tanya dah tapi Along tu secretive sangat..” Hani pula memberikan pendapat.

“Along tu macam gelaran pengutip hutang ya Hana, Hani!” Aku teringat panggilan daripada Amir Zuhairi beberapa bulan lalu sebelum kami bertunang. Patutlah bercakap fasal hutang, memang Along pun.

Aku memandang Amir Zuhairi. Dia hanya tersengih. Pasti dia dapat mengagak kenapa aku berkata demikian. Tadi kenakan aku, sekarang biar dia tahu pula.

“Tapi Along kami bukan Along tu..kak Zu.” Hana dan Hani berkata serentak.
“Kalau Along kamu tak bercerita, kak Zu pun tak mahu beritahu. Nak tahu juga kenalah minta Along ceritakan.” Aku mematikan topik tersebut.

Kami memulakan sessi makan setelah Amir Zuhairi membacakan doa. Memang menyelerakan sungguh, hinggakan aku terlupa bahawa Amir Zuhairi berada di sebelah. Aku kurang senang bila dia mengambil dan meletakkan makanan di dalam pingganku. Hana dan Hani hanya memandang tanpa berkata apa-apa. Mungkin mereka menganggap bahawa aku dan Amir Zuhairi seperti pasangan lain yang dalam percintaan.

Sesekali tangannya bersentuhan denganku semasa mengambil ikan kukus. Aku tak tahu samada Amir Zuhairi tidak sengaja melakukan begitu. Atau dia cuba mengambil kesempatan di hadapan adik kembarnya.

*********

Maaf ya pembaca yang budiman, PC saya buat hal... beberapa kali cuba masih tak menembusi blog ni. Agaknya tahun baru dia pun nak rihat. Ini saya pinjam NB cik abang, lega at last boleh juga di publish. Untuk semua SELAMAT TAHUN BARU DARI IJA... Moga tahun 2006 ini lebih memberi makna buat semua. Harapan saya juga LADHM akan tamat secepat mungkin. Ada yang bertanya kenapa tak jadikan novel saja? Itu masih lagi KIV....

12 Comments:

  • At Tuesday, January 03, 2006 9:29:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    selamat tahun baru untuk ija sekeluarga.
    Ingat kan sedang rehat2, sebab tu x de new n3. rupa nya ada masaalah pc...........

    Pandai amir cari jln alternative, ya. Tapi zu ni terlebih cerdik lah. tau aja dia taktik amir.
    semangkin hot nampak nya cerita ni......... Keep it up..

     
  • At Wednesday, January 04, 2006 12:56:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    slmt berada d 2006,
    apa khabar kak ida?

    n3 dah lama siap, cuma x leh posting; e-maill kak ida pun x sempat nak jawab; tp ija happy sangat terimanya...

    cerdik zu, cerdik lagi amir...
    salam utk kak ida n famili, mg. ceria selalu..

    ;p

     
  • At Wednesday, January 04, 2006 8:06:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Ija,
    Hai bagaikan berjanji lak. PC yati kat ofis nie pun bermslh tak leh guna, all my folder pun mogok. Yati x tahulah klu dia mmg mogok terus. Mencabar sungguh di aal thn 2006 nie.
    Buat novellah ceta nie, pasti sylah org pertama akn beli jika tlh di pasaran. Slmt HRKorban dr yati skelurga.

     
  • At Wednesday, January 04, 2006 1:20:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Yati,

    slmt di 2006,
    urusan anak2 dah beres ke?

    novel?
    insyallah.. tahun ? belum pasti lagi!

     
  • At Wednesday, January 04, 2006 1:23:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    nisha..

    dah jejakkan kaki di m'sia tercinta ke? mesti seronok sungguhkan dpt. jumpa famili..
    di negeri mana?

    ada waktu mungkin kita boleh berbual atau berjumpa...

    salam dari kak ija..

     
  • At Thursday, January 05, 2006 11:20:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Ija, - urusan anak hampir selesai wlupun ada x selesai.... cuma my pc aja bermasalah. Mogok lagi, so keja masih banyak tertangguhlah gamaknya. entahlah Ija. - yati

     
  • At Friday, January 06, 2006 11:22:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    pandai amir ni, ade2 je cara dia... hehee ;)

     
  • At Friday, January 06, 2006 2:58:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    nisha;

    welcome back tomorrow..
    slmt menyambut hari raya korban di malaysia..

    flight kul brapa?
    mg happy bersama famili..

     
  • At Friday, January 06, 2006 3:01:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    bunga angkasa;

    zu x sangka amir guna taktik tu;
    memang berkesan!

    slmt. hari raya korban,
    balik kampung ke?

    :p

     
  • At Sunday, January 08, 2006 11:56:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    kak ija...

    tersenyum diya di computer lab faculty baca kak ija punya entry. pelik budak kiri kanan tgk diya tersenyum sorg2

    Alahai kak ija...
    terbang semua masalah dalam kepala...hilang tensen diya..hehe...hana dan hani sporting habis.

    Salam aidiladha dari diya, di lembah sintok buat kak ija sekeluarga.

     
  • At Monday, January 09, 2006 8:52:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    diya;

    slmt. menyambut hari raya aidil-adha, mg gembira bersama keluarga.

    mujurlah org. sekeliling x hantar diya ke klinik, ingat kena dah terkena sakit apa....

    Zu x leh cakap apa Diya; dia kena tayang gigi selalu coz c kembar ada sama...

    salam sayang, hug diya n laga pp banyak kali...

     
  • At Monday, January 09, 2006 2:31:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Nisya,

    Slmt. menyedut angin M'sia
    Moga gembira menyambut Aidil-Adha bersama famili,..

    Kak Ija beraya di Kajang saja..
    Nisya beraya di mana?

    Ceria selalu
    ;p

     

Post a Comment

<< Home