HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Thursday, December 08, 2005

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 29

ADA RASA MEMBEKU DI HATI....

Aku merenung cincin di jari. Terasa beratnya ia berada di situ.

"Tak habis-habis lagi membelek cincin itu dari tadi?" Teguran Kak Ngah mengejutkan aku. Dia berdiri di pintu bilik. Berapa lama agaknya dia di situ, aku tidak tahu.

"Cantiknya... Pandai Amir pilih! Kak Ngah pun teruja...." Tak semena-mena pujian itu diberikan kepada Amir Zuhairi.

Kalaulah mereka tahu apa yang terjadi di hari itu....

Atas desakan mak dan mak cik Zubaidah; kami keluar bersama membeli barangan yang diperlukan untuk majlis pertunangan itu. Habis bershopping di Sogo kami ke Semua House, menjenguk di Habib.

"Zu pilihlah mana satu yang berkenan.... " Kami duduk di hadapan deretan cincin yang berbagai bentuk rekaannya.

"Mana-mana pun boleh, I tak kisah!" Dia terdiam. Memang aku tidak kisah semua itu. Hanya sebentuk cincin sahaja. Ia tidak memberi apa-apa makna padaku. Lainlah kalau aku membeli bersama orang tersayang....

"Cuba yang ini..." Dia mengambil sebentuk cincin dari jurujual itu.

Ingin memasukkan ke jari manisku. "Tak apa.... I boleh pakai sendiri." Pandai-pandai pula nak menyarungkan ke jariku.

Dia tersenyum melihat keenggananku.

Entah berapa bentuk cincin yang aku cuba. Ada saja yang tak kena di matanya. Macam dia pulak yang memakainya.

Akhirnya dia tertarik untuk membeli sebentuk cincin. Rekaannya simple tapi menawan hati. Aku sempat memandang kepada tag harga di cincin tersebut.

"Cari yang lainlah..." Aku merendahkan suara.

Dia memandangku. Ingin tahu kenapa aku boleh berubah. Tadi bersetuju.

"Emm... harganya itu..." Suaraku masih rendah. Macam oang berbisik pula.
"Kenapa?"
"Tinggi sangat.." Aku kurang senang. Beli mahal pun tak mungkin dapat membeli hatiku.
"Tak apalah...... Bukannya selalu beli pun. Untuk yang teristimewa mesti pilih yang terbaik."

"Baju tunang dah ada?" Dia bertanya sejurus kami keluar dari Habib. Aku menggelengkan kepala. Nampak sangat aku tidak berminat ke arah itu semua.

Memang aku tidak terfikir tentang baju apa yang perlu dipakai di hari tersebut.

"Oklah.. kita cari baju tunang dulu..." Mungkin dia perasaan bahawa aku memang dah penat. Dalam masa sehari semua perlu dicari. Mahu patah kakiku berjalan ke sana sini.

"Kalau tempah sempat lagi ke?" Dua minggu lagi majlis pertunangan ini. Ada tailor yang boleh menjahit dalam masa seminggu..
"Tengok tailor juga...."

Eh tak kan semua benda dia beli untuk aku? Aku punya dia belikan. Dia punya pun dia yang belikan. Tak sayang duit ke?

"Berjalan pun boleh mengelamun!" Usiknya bila aku tidak mendengar apa yang dikatakannya.
"Kalau tak sempat, beli siap aje..."
"Kita cari kat butik di Pertama... "

Bersetuju saja dengan saranannya. Kalau tak cari hari ini maknanya aku perlu keluar dengan dia lagi. Eh.. tak mahu aku. Penat pun penatlah....

"Penat?" Ingatkan dia tak tahu.... Nampak sangat agaknya mukaku yang tak bermaya. Cakap pun sepatah sepatah.

Aku bersetuju saja dengan baju pilihannya untukku. Pandai pula dia memililh warna biru, warna kegemaranku.

Lagu "Staircase to Heaven" mengejutkan aku dari peristiwa dua minggu lepas. Tanpa melihat nama pemanggilnya aku menjawab.

"Assalammu'alaikum Kak Long...." Siapa pula yang pandai-pandai memanggil gelaran itu. Suara macam biasa dengar.
"Eh... silap nomborlah... "
"Kak Zu... dah bertunang ni... tak kenal orang pulak?" Diiringi dengan ketawa yang panjang.

"Pandai-pandai tukar nama siapa suruh?"
"Betullah kan..... Along lawannya Kak Long."
"Belum lagilah...."

Nampaknya bertambahlah masalah aku kali ini. Berita yang Hana dan Hani itu adik Amir Zuhairi tidak menggembirakanku.

"Kak Long... Along kirim salam..." Aku terdengar deraian ketawa lelaki! Sukanya dia...

Jam di dinding aku pandang. Pasti mereka telah pun tiba di Kuala Lumpur.

"Kak Zu... you owe me something.... " Talipon dimatikan.

18 Comments:

  • At Thursday, December 08, 2005 5:50:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    ija..
    sorryla lama tak melawat blog ija ni..tersangatla busynye..
    seronok betul bila dah tau zu n amir dah bertunang..happy giler ;-))
    tapi zu tu terlampau keras pulak hati nye.. sudah2la tu.. amir tu kan best orangnye.. kelakar pun kelakar, sweet pun sweet..

    keep up the good work!

    email anom - yang_anom@yahoo.com

     
  • At Thursday, December 08, 2005 9:59:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    hi

    bl zulaikha nk beri ruang pd Amir utk bertakhta dihati dia...heheee

     
  • At Friday, December 09, 2005 2:36:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    nisha_gal:

    hati perempuan ni sukar nak ditafsir;
    ada org. dah sayang
    tapi masih sukar nak menerima..

     
  • At Friday, December 09, 2005 2:39:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    anom,

    baru nampak kat sini; mg. sihat selalu.. lamanya menghilang..

    kita tengoklah nanti, apa reaksi Amir bila dah jadi tunang Zu...

     
  • At Friday, December 09, 2005 2:40:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    amy;

    kita serahkan pada Amir
    biar dia lembutkan hati Zu..


    :p

     
  • At Friday, December 09, 2005 9:11:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    ija, sorrylah, ketinggalan keretapi. lepas ija ckp dah byk entry hari tu, ni baru berkesempatan menjenguk dan marathon.
    tak sabar untuk tunggu seterusnya.

    zu, lupakanlah jo yang kubayangkan dah sedikit tua itu.. ambiklah amir yg lagi hensem tuh. hehehe.. sorry la ija! :D

     
  • At Friday, December 09, 2005 10:18:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    yes! lama menanti, akhirnya ada gak n3... 2 sekali lak tu... :D :D :D

    akhirnya bertunang jugak zu+amir... tp.. sob.. sob... hati zu masih sekeras kerikil :(

    ps. kak ija, apa yg zu owe dgn twin tu?

     
  • At Saturday, December 10, 2005 11:52:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    seriadriani:

    slmt. mula bertugas..

    hati zu nak kena bedah ni;
    keluarkan batu2 & besi yg. keras tu..

    seri... aik.. amir tu hensem?
    nak revise balik part tu..

    :p

     
  • At Saturday, December 10, 2005 11:58:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    eita;

    bila hati dah suka semuanya indah belaka,
    bila hati x suka yg. indah menjadi
    hodoh, terang jd malap....

    iou tu..
    tunggu episod seterusnya...

    :p

     
  • At Monday, December 12, 2005 1:34:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    haha..hehe...hihi... *gelak gembira ni :p*

    kak ija... penat menunggu akhirnya berbaloi juga... sayang kak ija!!! kalo hari2 update, lagi tambah2 sayang... ;)

    tak payah bedah hati Zu tu kak ija... kalau kena dengan caranya, sure cair hati zu tu. for sure amir know how... ;) dia kan ala2 mamat gorgeous-ego-romantic :D

     
  • At Wednesday, December 14, 2005 8:49:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    dhiya;

    lamanya x berkicau di sini,
    rindu sangat...

    amir tu penuh dgn. idea
    nak memikat zu..
    tambahan pula ada c kembar tu...

    agaknya melompak sakan dia..
    kalau zu membalas cintanya..

    :p

     
  • At Thursday, December 15, 2005 7:55:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Ija, benar katamu.... kita mrancang tpi Allah adalah prancang yang maha Agung. Smoga ktabahn tetap ada dlm diri saya

     
  • At Thursday, December 15, 2005 7:56:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Ija, benar katamu.... kita mrancang tpi Allah adalah prancang yang maha Agung. Smoga ktabahn tetap ada dlm diri saya - yati

     
  • At Friday, December 16, 2005 8:52:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Yati;

    Mg. yg. terbaik menjadi milikmu..

    Lain org. lain dugaan & ujiannya;
    Ada waktunya hikmah itu tidak kelihatan sehinggalah tiba waktunya...
    akhirnya kita tahu kenapa cubaan seperti itu diberikan..
    Hanya DIA yang tahu...

    Ija masih ingin & tetap mendengar segala luahan...

    Bahagia tetap ada di hujung sana cuma cepat atau lewat sahaja..
    Tabahlah hati....

    Ija

     
  • At Friday, December 16, 2005 10:46:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Ija,

    Apa kata mu tu benar belaka... sebagai insan kita tak akan lepas drp menghadapinya, kekadang tu ada insan yang cuba mengambil kesempatan pada kelembutan dan ketulusan hati kita, namun begita diri ini tak pernah kecewa dengan setiap perkara yang medatang dalam meniti kegelombang kehidupan yang penuh duri dan ranjau yang sentiasa bergelora dan tak tahu kan bila berakhir... hanya DIA sajalah yang tahu.....u now want a mean! k - yati

     
  • At Friday, December 16, 2005 12:32:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    dear yati;

    kelembutan bkn bermakna seseorang itu senang diperkotak-katikkan;
    mudah utk dipergunakan & diambil kesempatan...

    kelembutan tapi berani memperkatakan kebenaran & mempertahankan hak, tegas dlm. membuat keputusan akan lebih dihormati & org. lain akan cuba berfikir bbrp kali utk. menindas (?)

    sering mendoakan yg. terbaik utk. shbt. yg. menanggung beban..

    masih di sini, mendengar segalanya ialah.... ija

     
  • At Friday, December 16, 2005 2:50:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Ija,

    Lidah akan kelu utk berkata tidak dlm setengah kata2..... entahlah 2 mungkin tlalu bsempati pd mereka...
    I'm for holiday from this evening, so jumpa dalam sms - yati

     
  • At Friday, December 16, 2005 3:19:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    yati:

    slmt. bercuti...
    mg. cuti2 ni dpt. melihat ke dalam diri..
    mencari kembali apa yang telah hilang;

    cu then..

     

Post a Comment

<< Home