HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Tuesday, November 15, 2005

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 23

DITELAN MATI MAK, DILUAH MATI BAPAK

Panggilan emak sebentar tadi membuatkan aku terus menggeletar. Terasa mahu aku pitam saat itu juga. Emak memang sihat. Tidak sakit apa-apa. Cuma berita yang mak sampaikan menjadikan aku seperti orang sakit. Lidah aku kelu seketika.

“Ada orang berharap sungguh….”
“Secara lisannya mak dah pun bersetuju.” Ucap mak panjang lebar.

“Bersetuju apa mak? Berharap apa?” Aku terpinga-pinga.

“Susah betul bercakap dengan kamu ni…"
“Benda senang macam ini pun tak faham!” Dapat aku bayangkan wajah mak kalau kami berhadapan. Dengan matanya yang sengaja dibesarkan bila aku bertanya kembali.

“Memang adik tak faham sungguh. Mak cakap berbelit-belit. Cuba mak beritahu dalam ayat yang mudah.” Terasa aku seperti guru BM bila bercakap dengan mak begitu.

“Ada orang masuk meminang. Mak dah pun menerimanya. Tunggu saja hari bila nak adakan majlis pertunangan.” Jelas mak. pendek.

Aku yang mendengarnya terasa pening tiba-tiba. Janganlah migrane aku datang pada saat ini.

“Siapa dia mak? Senang-senang aje mak nak terima tanpa bertanya adik dahulu?” Aku menunjukkan rasa kesal.

“Adik tak kenal dia pun. Diam-diam mak buat keputusan sendiri.” Suaraku semakin sayu. Terasa air mata hampir menitis. Sebak membanjiri hati.

Sepatutnya aku gembira mendengar berita ini. Ialah dalam umur masuk 27 tahun ada org. yang berminat denganku. Tapi tidak dengan aku. Perkhabaran itu seperti satu hukuman pula.

Sampai hati emak menentukan haluan hidup aku sendiri. Aku dah dewasa. Umur pun dah 27 tahun. Tapi mak pula yang memandai-mandai menetapkan jodohku. Walau pun zaman dah bertukar, pemikiran mak masih sama dengan zaman dahulu.

“Apa pula kamu tak kenal. Kamu dah jumpa pun bakal tunang kamu itu..” Emak menyambung lagi.

Ini dah kes teruk. Mak dah pula mengatakan entah siapa-siapa itu bakal tunang aku. Bila pula aku dah berjumpa dengan mamat ini.

“Belum apa-apa lagi mak dah mengaku dia bakal tunang adik. Mak tak tanya pun pendapat adik. Mak janganlah nak bergurau dengan adik. Ini hidup adik…” Aku semakin merasa tertekan.

“Kamu kenal kan… Anak mak cik Zubaidah itu. Alah yang datang masa majlis kenduri kesyukuran Kak Ngah itu.” Kata-kata mak mengingatkah aku kepada majlis itu.

“Budak lelaki yang bersembang dengan kamu tu. Yang selalu mak cerita dulu. Tak kan kamu tak ingat lagi. Bukannya lama sangat majlis itu.” Telefon di tanganku hampir terlepas mendengar kata-kata emak.

“Adik belum nak kahwin lagi mak!” Aku separuh menjerit.

Dengan Amir Zuhairi… Hish lelaki itu tak sudah-sudah nak menyusahkan hidup aku. Pandai-pandai pula dia hantar rombongan. Macam manalah dia boleh mengikut saranan emak dia. Tak sangka ada juga lelaki yang ikut saja cakap emaknya. Tak faham sungguh.

“Tolonglah…. Mak. Adik tak mahu. Janganlah paksa adik.” Aku memohon simpati emak.

“Apa yang kurang dengan budak itu. Kerja pun bagus. Rupa pun sedap mata memandang. Budi bahasa pun tak kurang.” Aku tahu kata-kata emak mesti merujuk pertemuan di majlis itu.

Pandainya Amir Zuhairi berpura-pura. Tak sangka pula aku kedatangan mereka bukan sekadar lawatan sahabat lama. Rupanya mempunyai agenda tersendiri. Aku saja yang tak tahu menahu.

Patutlah mak cik Zubaidah sering memandang aku dan Amir Zuhairi. Kemudin senyum sendiri. Yang Amir ini satu hal, terlebih ramah lagi dengan ‘artificial smiles’nya.

“Macam mak beritahu tadi. Mak dah bersetuju. Tak mungkin mak nak menolak pula. Mak cik Zubaidah itu pula kawan mak. Mak tak nak kecilkan hati dia..” Inilah payahnya kalau kawan dengan kawan mengatur hidup anak-anak.

“Kamu pun tak ada kawan lagi. Atau pun kamu masih lagi menunggu Johari tu? Kawan lama-lama pun tak menjadi juga.” Mak semacam mengeluh.

Aku terdiam seketika, bila nama Johari dibabitkan sama. Memang aku akui segala kata-kata emak. Tak dapat disangkal lagi. Tapi mengapa pula Amir Zuhairi jadi pilihan? Sampai emak pun tertarik dengan MR. 12*.

“Bagilah adik berfikir dulu mak…” Aku masih tidak berputus asa.

“Tak payah fikir-fikir. Mak buat segalanya yang terbaik untuk adik.” Itu kata putus mak.

“Mak dengan mak cik Zubaidah tak perlulah mengatur hidup adik mak. Mana tahukan Amir itu dah ada pilihan. Kan susah nanti jadinya.” Aku memberitahu mak.

“Amir itulah yang beria-ia nak kan kamu!” Kenyataan itu tambah mengejutkan aku.

Aku terdiam. Apa lagi nak dicakapkan. Mak telah pun membuat keputusan.

“Terpulanglah kepada mak….” Akhirnya aku menjawab lemah.

Gagang talipon diletakkan setelah perbualan berakhir dengan salam.

Tiba-tiba saja hati aku yang sedih bertukar rentak bila teringatkan Amir Zuhairi. Kalau dia berada di depan aku saat ini… tahulah apa aku nak buat dengannya. Perang besar pun peranglah. Apa aku peduli.

Apa perlu aku buat. Bertemu dengannya? Hish… tiap kali dia mengajak keluar aku sering menolak. Aleh2 aku pula yang bagai tak sabar untuk bertemunya.

Kalau tak bertemu bagaimana harus ada jalan penyelesainya? Aku menjadi semakin bingung...

6 Comments:

  • At Tuesday, November 15, 2005 1:22:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    erk...alahai kak zu..tue la..kan dah masin mulut kak zu..dari bergelar tunang olok2..kan dah jadi tunang in real. :D

    mesti si kembar bertepuk tgn bila tau siapa bakal kakak ipar..or si kembar mengamuk sbb dia org x pernah tau abg amir dia org dan kak zu kenal tetiba jer abg mereka dah bertunang...

    kak ija........
    update cepat..diya x sabar nie...

     
  • At Tuesday, November 15, 2005 12:13:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Tahniah pd adik ija kerana cepat buat new episod. Best nya......
    harap2 episod baru dlm masa 2 / 3 hari lagi ya. akak pun mcm x sabo nak tau cite selanjut nya.

     
  • At Wednesday, November 16, 2005 12:59:00 AM, Blogger - Ija - said…

    diya,
    Zu belum lagi diikat, masih bebas..ha ha ha..

    sikembar tu belum lagi sempat 'menyelongkar cinta misteri' abang amir!

     
  • At Wednesday, November 16, 2005 1:01:00 AM, Blogger - Ija - said…

    anonymous,
    (alahai.. beritahulah nama..)

    terima kasih. teruskanlah membaca.
    skrg. ini mood menulis begitu baik.
    n3 baru dah ada..

     
  • At Wednesday, November 16, 2005 1:01:00 AM, Blogger - Ija - said…

    anonymous,
    (alahai.. beritahulah nama..)

    terima kasih. teruskanlah membaca.
    skrg. ini mood menulis begitu baik.
    n3 baru dah ada..

     
  • At Wednesday, November 16, 2005 1:02:00 AM, Blogger - Ija - said…

    nisha_gal,

    terima kasih jadi pengunjung setia, krn nisha kak ija masukkan n3 lagi..

    selamat membaca.

     

Post a Comment

<< Home