HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Tuesday, September 13, 2005

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 15

Hujan di luar turun dengan lebat sekali. Airnya yang mencurah-curah di atap rumah memainkan lagu yang tiada irama. Senada sahaja. Sesekali terdengar desiran angin yang bertiup dengan kencang.

Sudah seminggu bumi Tuhan tidak disimbahi air. Pokok bunga di luar pun hampir mati kekeringan. Mujurlah tiada berita mengenai catuan air di radio. Jika tidak, ada kerja tambahan yang perlu aku lakukan selepas pulang dari kerja.

Hujan ini satu rahmat bagi mereka yang telah lama menanti.

Aku menarik laci di meja solek. Terpandang bekas cincin yang terletak rapi. Sudah lama bekas itu berada di situ. Aku biarkan begitu sahaja sejak menerimanya.

Bekas itu aku buka perlahan-lahan. Terpancar sinar dari batu cincin tersebut. Memang cantik. Pandai juga orang yang memilihnya. Tepat dengan citarasaku. Tiga batu bersusun.

Melihat cincin itu mengingatkan aku kepada pemberinya. Tentang sebuah penantian, juga tentang sebuah jawapan. Segala-galanya masih tertangguh hingga ke hari ini.

Bukan aku bermain teka teki. Atau sengaja menyiksa hatinya. Namun pemberian sebentuk cincin itu amat mengejutkan sekali. Ternyata kesungguhan yang bermukim di hatinya.
Seharusnya seorang perempuan akan merasa begitu gembira sekali bila ada lelaki yang beria-ia menyatakan rasa hati. Tapi kenapa tiada rasa ceria atau rasa lain yang membahagiakan?

“Terima ajalah… Dia bersungguh-sungguh itu.” Suara Syikin menembusi telingaku berlawan dengan deruan hujan.

Entah bila masa dia masuk ke bilikku. Tidak aku sedari. Aku melihat senyuman yang bermain di bibirnya. Agaknya sudah lama dia di situ.

“Apa ni… masuk bilik orang tak minta kebenaran dulu!” Sengaja aku meninggikan suara.

“Ada orang itu dah kemaruk cinta. Sampai tak sedar namanya dipanggil beberapa kali. Pintu diketuk pun tak dengar. Apatah lagi kalau pencuri yang masuk.” Syikin duduk di birai katil tanpa dijemput.

Matanya melirik ke arah cincin yang aku pegang. Berbahasa isyarat, supaya aku cerita selanjutnya.

“Siapa bagi?” Cincin itu telah berada di tangan Syikin. Dibelek-beleknya. Sesekali dicuba di tangan kanannya.

“Rahsia….” Aku memberikan jawapan.

“Tak muat…” Ujarnya perlahan.

“Memanglah tak muat. Sebab cincin itu untuk aku, yang muat hanya jari ni…” Aku menunjukkan jari manisku.

“Memang tak patut. Diam-diam saja dah terima cincin tanda.” Ada nada rajuk dalam suara itu.

“Zu…. Ceritalah…. Siapa jejaka yang bertuah itu. Bukan Johari kan?” Rayuan Syikin aku balas dengan senyuman.

“Nanti tahu juga….”

Tidak sempat menghabiskan ayat. Deringan talipon bimbitku mengejutkan kami berdua.

“Aku keluar dululah…. Buah hati kau pun dah talipon tu…. Aku pun tak mahu ganggu.” Syikin keluar dari bilikku sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Nanyian itu aku tahu dia tujukan kepadaku.

4 Comments:

  • At Thursday, September 15, 2005 3:47:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    aduhai...
    termenung memikirkan apa tue kak zu? Janganlah diterima cincin bermata tiga tu...kesian la kat twin yang dah mula jatuh hati pada kak zu nie...

    kak ija..
    cepat halang zu dari terima lamaran tue...huhuhu...diya x suka arrr * menangis sambil hentak2 kaki*

    hehe...mcm budak kecik la plak...sayang kak ija.....

    * memujuk * akak...diya nk n3 lg...

    x sabar neh

     
  • At Friday, September 16, 2005 11:56:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    diya... shhh *letak jari kak bibir* amir lah kasi cincin tu...

    kak ija...
    dhiya pun nak n3 lagi.., cepat lah kak ija... debaran di dada makin kencang nih... :D

     
  • At Saturday, September 17, 2005 3:38:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    alahai diya..

    kononnya Zu nak sorok..
    tp terpaksa tunjukkan cincin itu kpd. Syikin.

    Zu tengah fikir ni samada nak terima ke tak nak..; tak suka? apa alasanmu diya? org. dah bersungguh2 tu tak patulah...dihampakan.. :)

    dan tugas si kembar tu kena pujuk kak zu'nya'...

    sayang juga kpd. diya

     
  • At Saturday, September 17, 2005 3:47:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    dhiya;
    (muncul juga adik akak ni..selepas mengadu sakit ari tu..)

    cincin itu,
    cantik dipandang...
    pasti indah juga; andai disarungkan di jari manis Zu...

    siapakah jejaka yg. bertuah itu?
    sms ke ********** untuk pilihan anda!

    diya; sabarlah sayang..

     

Post a Comment

<< Home