LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 10
Kehadirannya di kedai itu tidak disedari oleh Zulaikha. Namun Amir Zuhairi berpuas hati. Semenjak kemalangan itu memang dia menyimpan hasrat untuk menghubungi Zulaikha. Entah kenapa hatinya sering sahaja berbelah bagi.
Nak meminta ganti rugi, keretanya bukanlah rosak teruk sangat, jika dibandingkan dengan kereta Zulaikha. Sekadar bertanya khabar, apa pula kata Zulaikha. Sedangkan di hari kemalangan itu dia bersuara dengan nada sinis.
Amir Zuhairi memang sedar sikapnya hari itu agak keterlaluan. Siapa yang tidak marah.. Disebabkan kejadian hari itu membuatkan dia terlewat setengah jam untuk satu temujanji.
Baginya masa sangat berharga. Amat penting tidak kira itu temu janji persendirian atau pun perniagaan. Seboleh-bolehnya dia mesti hadir awal daripada orang yang ingin ditemuinya. Ini adalah prinsipnya sejak dulu lagi.
Mujurlah orang yang ditemui hari itu dapat menerima alasannya. Jika tidak mungkin orang tidak akan mempercayainya. Paling teruk kepercayaan orang lain terhadapnya akan hilang
“Boleh saya dapatkan kad nama saudara?” Sopannya Zulaikha meminta. Suara lembut itu bagai membuai perasaannya.
Permintaan Zulaikha untuk mendapatkan kad namanya tidak dilayan. Sengaja dia tidak memberinya kerana rasa marah yang menebal di hatinya waktu itu.
Pun begitu Amir Zuhairi rasa kagum dengan sikap Zulaikha. Walaupun disindir tapi Zulaikha terus meminta maaf. Tidak malu mengakui kesilapan sendiri.
Suara lembut
itu bernada tegas. Itu yang membuat dia teringat-ingat seraut wajah itu.Kad nama Zulaikha direnung kembali. Amir Zuhairi tersenyum lagi.
Cinta boleh hadir bila-bila saja. Cinta dicari tidak ditemui. Cinta dikejar semakin jauh. Cinta datang tanpa diundang. Perasaan itu ada dalam diri semua orang. Amir Zuhairi berfalsafah sendiri.
Senyuman itu hanya seketika sahaja di wajah Amir. Ianya bertukar rona bila teringatkan lelaki di samping Zulaikha hari itu.
Tak salah kalau dia menalipon. Lagi pun ada perkara yang masih belum diselesaikan lagi antaranya dan Zulaikha.
Satu perkara yang Amir Zuhairi pasti. Zulaikha memang menggemari warna biru. Mengikut skala warna, biru bererti romantik, lembut.. Jauhnya dia berangan mengenai Zulaikha.
Lagu nyanyian Allahyarham Sudirman, Milikkah Siapakah Gadis Ini seakan berkumandang di mana-mana. Harap-harap Zulaikha masih belum berpunya lagi. Doa Amir Zuhairi di dalam hati.
2 Comments:
At Wednesday, July 27, 2005 8:45:00 PM, Anonymous said…
wahh.. tak sangka amir zuhairi dah bijak menyusun kata, berfalsah tentang cinta juga tahu ttg terapi warna... penangan zulaika ke sehingga amir jadi tak keruan sebegitu rupa?
itulah, mengapa di layan marah tak bertepi... kan dah jadi rindu pada seraut wajahnya, pada lembut tutur bicaranya...
Cinta... cinta... cinta...
Wujudnya entah bila...
Sekelip mata meresap dalam jiwa...
Andainya tidak dicari...
Datangnya mengetuk pintu hati...
Jika dibiarkan...
Ianya layu tidak sempat berkembang...
Namun andai kukejar...
ianya jauh berlari...
Lalu bagaimana lagi caranya...
untuk aku memiliki sekeping hati milikmu?
*pssst... kak ija, mcm nilah! mudah2an kak ija akan update selalu selepas ini ye... ;) *hug kak ija kuat2*
At Saturday, July 30, 2005 2:01:00 PM, Anonymous said…
dhiya...
(senyum baca komen dhiya...)
bila cinta menguasai dada
bicara pun berbunga-bunga
tapi hati masih segan menyapa
kerana bertindak mengikut rasa..
kiranya Amir dalam dilema
disimpan bagai beban
diluah tertahan-tahan..
kita tengok nanti strategi Amir,
hug dhiya juga; muuah..
Post a Comment
<< Home