LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 9
Amir Zuhairi memandu kereta perlahan. Tidak tahu ke mana arah untuk dituju. Nak pulang ke pejabat pun pasti mengambil masa yang lama. Waktu-waktu begini, jalanraya semakin tenat. Apatah jika menuju ke Kuala Lumpur. Baik dia berjalan-jalan dulu.
Tanpa banyak berfikir, kereta di belok ke kiri. Stereng diputar menghala ke South City Plaza. Bangunan yang tidak sampai dua tahun beroperasi itu bagai menggamit kehadirannya.
Kereta di parkir. Amir berjalan perlahan. Melihat ke dalam bangunan tersebut. Banyak juga kedai di sini. Getus hatinya. Terdapat juga pasaraya besar di situ. Nama pun dah gah. Begitu cepat tuan punya pasaraya itu mengembangkan sayapnya. Entah kenapa dadanya terasa berdebar.
Amir berjalan lagi. Tiba-tiba matanya tertancap kepada pasangan di sudut sebuah kedai kasut. Macam pernah jumpa. Tapi siapa ya? Hatinya bertanya sendiri. Belum dapat memusatkan fikiran siapa gerangannya perempuan itu.
“Jo… U cakap nak jumpa sekejap saja…” suara perempuan itu agak jelas di pendengaran. Memang jaraknya dengan pasangan itu agak hampir.
“Ha….. tolong pilihkan kasut untuk Jo. Banyak sangat ni… tak tahu mana satu yang sesuai…” suara lelaki membalas pula.
Entah kenapa perbualan tersebut menarik minat Amir. Hasrat untuk berganjak dari kedai itu terhenti. Amir pura-pura melihat beberapa jenis kasut.
Amir Zuhairi sempat menoleh sekilas. Dia bersetuju dengan kenyataan lelaki itu. Memang cantik rekaan kasut tersebut. Sesuai dengan baju perempuan itu.
Amir tersenyum sendiri melihat wajah perempuan tersebut. Dah bertukar rona kini. Agak masam. Bunga-bunga pertelingkahan antara kekasih, agaknya.
Yes…. Tudung biru itu mengingatkannya kepada perempuan itu. Perempuan yang pernah melanggar belakang keretanya dulu. Tudung itulah yang dipakainya semasa kejadian perlanggaran itu sebulan lalu.
“Ha.. Jo tanya ni…..
Bagilah pendapat!
Selalunya taste Ha memang tepat dengan citarasa Jo.
Please….”
Oh lelaki itu namanya Jo. Amir Zuhairi membuat andaian sendiri. Pandainya lelaki itu memujuk. Dengan ekor matanya dilihat Zulaikha masih lagi tidak bersuara. Degil juga Zulaikha ini! Amir Zuhairi berbicara di dalam hati.
“Ok lah… sesuai dengan Jo..” Zulaikha yang telah duduk bangun semula. Mungkin malu agaknya dengan sales girl yang mendengar perbualan mereka.
Amir Zuhairi mencari jawapan. Persoalan itu mengasak dadanya yang kian berlari kencang. Kenyataan tentang tunang membuatkan Amir Zuhairi diburu resah. Ada rasa sendu di hujung hatinya.
Dhiya & Eita, mg berpuas hati dgn. n3 di atas..
2 Comments:
At Tuesday, July 26, 2005 5:51:00 PM, Anonymous said…
hehehe... sukanyaaaaa... amir dah mula rindu merindu nampaknya... di hati dah berputik kasih tanpa di sedari agaknya...
psssttt, kak ija... update lah selalu... pleaseeee... *buat muka kesian, moga2 kak ija pertimbangkan...*
At Tuesday, July 26, 2005 10:01:00 PM, Anonymous said…
kak ija..yessssss....ada gak entry. Diya kat kampus ni slalu masuk nak baca e-novel. Tapi kat com lab nie kekadang susah nak upload kan diya nye e-novel. Sedih nye...
upload la selalu ya akak syg...diya syg akak...nampaknya, amir mula memendam rasa....mula ada perasaan agaknya ya....
bagaikan amir bakal mencipta nostalgia bersama dengan zulaikha je.
Post a Comment
<< Home