HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Thursday, July 07, 2005

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 8

Senyuman tidak lekang dari bibir Johari. Dia merasa begitu gembira sekali. Tak diduga Zulaikha menerima pelawaannya. Walaupun pada mulanya Zulaikha agak keberatan. Johari tidak peduli lagi. Yang penting hari ini dia akan bersama Zulaikha menyambut hari lahirnya..

Dia mengingati masa lalu. Tiap-tiap tahun Zulaikha tak pernah lupa akan hari lahirnya. Hadiah dengan sekeping kad. Kemudian mereka akan meraikannya. Ada sekali itu, Zulaikha menghadiahkannya sebiji kek coklat berbentuk hati. Menurut Zulaikha, kek itu dibuat sendiri khusus untuk Johari.

Zulaikha menarik muka masam bila dia tidak percaya bahawa kek tersebut adalah hasil tangan Zulaikha sendiri. Johari menggiat mengatakan kek itu dibeli di kedai.

Kemudiannya, Zulaikha menghadiahkan sebuah senyuman bila Johari memuji bahawa kek itu memang sedap. Zulaikha.. tinggi cita-citanya. Ingin membuka sebuah kedai kek bila dia tak larat nak bekerja lagi. Nak cuba jadi ‘boss’ sendiri. Tak mahu kerja di bawah arahan orang lagi.

Johari mengeluh sendiri. Kenangan itu datang semula. Kenapa dia tidak pernah menyelami hati Zulaikha sebelum ini. Zulaikha sering dijadikan tempat untuk mencurahkan masalah. Zulaikha yang selalu menjadi pendengar setia. Zulaikha sering memberi keyakinan bila dia tidak dapat membuat sesuatu keputusan. Dalam urusan kerja pun Zulaikha banyak membantunya.

Pernah juga Zulaikha menemaninya semasa dia bermain bola. Duduk di tepi padang. Pada hal dia tahu Zulaikha tidak menyukai sukan itu. Deminya Zulaikha sanggup sahaja. Hinggakan semasa perlawanan bola pun, Zulaikha boleh tertidur dalam hingar bingar penonton memberikan sokongan kepada pasukan yang dipilih.

Bila diingat-ingat kembali, memang dia sering mengambil kesempatan di atas kebaikan Zulaikha. Ajakan Zulaikha ke aktiviti seni di Dewan Bahasa dan Pustaka. Atau menonton teater di Istana Budaya, sering ditolaknya.

Bukan itu saja. Kepada Zulaikha diberitahu bahawa aktiviti itu hanya membuang masa. Akhirnya Zulaikha pergi bersama-sama rakan sealiran.

Dia tidak pernah ambil tahu apakah Zulaikha berkecil hati dengan sikapnya.

Selama perhubungan itu, dia tidak pernah cuba memahami Zulaikha. Anehnya... persahabatan ini tetap berpanjangan kerana dia amat menyenangi Zulaikha. Zulaikha yang tidak banyak karenah.

Cuma hubungan mereka semakin renggang bila dia bertugas di tempat lain. Semenjak dia menceritakan tentang gadis idamannya, Zulaikha jarang bertanya khabar. Perhubungannya dengan Zulaikha terputus begitu sahaja.

Apa yang diharap tidak pula berakhir seperti yang dirancang. Gadis idamannya itu mengakui bahawa dia telah bertunang. Pedih sungguh hati Johari di saat itu.

Lantas, dia teringat akan Zulaikha. Agaknya inilah perasaan Zulaikha yang terasa di pinggirkan. Kebaikan-kebaikan Zulaikha pun bagai tayangan video di layer mindanya.

Hari ini dia tertekad. Hati Zulaikha akan ditawan kembali. Rugi kalau dia melepaskan Zulaikha begitu sahaja. Walaupun Zulaikha seakan menjauhkan diri tapi dia akan terus mencuba.

Hati perempuan macam kerak nasi. Akan lembut juga akhirnya. Johari membuat tafsiran sendiri.

Namun bagaimana untuk dia merealisasikan impiannya. Zulaikha kini amat berbeza. Dulu dia penurut, mudah kasihan, jarang meninggikan suara. Kalau ada yang tidak berkenan di hati. Dia akan mendiamkan diri. Tak mahu timbulkan pertelingkahan. Segala rasa tersimpan di hati. Kini sikap itu seakan hilang dari diri Zulaikha.

Hari ini dia akan buktikan dengan perbuatan. Bukan dengan kata-kata sahaja. Biarlah dia yang memberi hadiah kali ini. Moga hari lahirnya akan menjadi hari yang bersejarah dalam hidupnya dan Zulaikha.

Johari bersiul-siul kecil. Lagu ‘Suatu Masa’ ciptaan M.Nasir keluar satu-satu dari bibirnya. Johari menunggu hari petang dengan rasa yang tidak sabar.

........Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu……..
Kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya.....

Warna2 cintaku kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang nak ku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan dipersiakan
Dan di suatu masa di hari nan indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima……….


********

rasanya cerita ini agak hambar, tapi itu yang terbaik dapat dibuat.....

2 Comments:

  • At Sunday, July 10, 2005 4:35:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    dhiya rasa dhiya dah tulis something kat sini 2 hari lepas. tapi apsal tak der ye... *wondering*

    Johari... Johari... *geleng kepala*
    tidak tahukah awak setiap kesabaran itu punya hadnya. wanita memang mcm Zulaikha mmg cukup setia dan sabar melayan karenah awak 1 ketika dahulu.

    Tapi andai kesabarannya sampai kemuncak, rasanya sukar untuk dia berpaling semula setelah dia membuatkan keputusan. Dan keputusannya adalah menjauhkan diri dari awak Johari. Setelah dia pasti, tiada gunanya lagi dia masih mengharapkan kasih awak yg tak pernah wujud pun untuknya selama ini.

    sedarlah, masa berubah dan manusia juga berubah! tak kan selamanya nak hidup dalam angan-angan panjang yg tak berkesudahan... :)

    kak ija, sorry tertulis panjang plak... rindunya kat akak!!! *hugs*

     
  • At Thursday, July 14, 2005 8:44:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    dhiya;

    hug dulu, melepas rindu...
    (kak ija pun wondering,, ada org. kidnap comment dhiya kot..)

    Johari ni x mahu mengalah...org. tak nak lagi dia nak dekat...

    tersedar dah lewat, Zulaikha dah pergi jauh tp nak dikejar juga..

    teringat Dr. Zul, apa tindakan dia ya..

     

Post a Comment

<< Home