LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 6
“Lewat balik hari ini, Zu? Monyok pula muka itu….. Selalunya ceria.” Syikin menegurku.
“Bukan masalah kerja, masalah lain pula. Kau tak perasaan ke dengan kereta aku tu.” Aku menunjukkan kereta aku yang kemek sedikit. Syikin meninjau-ninjau.
Sambil menonton tv, aku menceritakan kejadian petang tadi kepada Syikin. Teman serumah ku yang seorang lagi tidak pulang. Menurut Syikin dia ke rumah mak ciknya di Ampang Jaya. Ibunya datang dari kampung.
Dulu Syikin pernah menggelarkan rakan sepejabatnya dengan satu gelaran yang kurang sedap didengar. Akulah yang menasihatinya supaya dia tidak berbuat demikian.
Kini, aku pula yang buat begitu kerana rasa sakit hati yang tak tertahan.
“Dengan Mr. Antu ini entah kenapa meluncur aje laju gelaran itu….. Paling tidak boleh aku lupakan senyuman sinis dan mengejek dia itu. Dia ingat aku tak boleh bayar agaknya…..Aku sanggup keluarkan duit tabung haji ke.. apa ke.., janji aku bayar. Pandang rendah pula pada aku.” Aku menjelaskan kepada Syikin dengan hati yang jengkel.
“Marah nampak.. masa tadi engkau diam aje…..Tak berani nak bersuara…..tapi pelik pula plat kereta Zu ingat pula!” ujar Syikin lagi.
“Malas aku nak bercakap lebih-lebih dengan Mr. Antu tu...Aku cakap banyak-banyak kang, dia report polis pula. Itu pun dah nasib baik dia tak bawa aku ke balai polis.Sesekali kena juga ambil sikap berdiam diri. Guna psikologi. Kalau tak mahu perkara yang tidak elok berlarutan…..”
“Dahlah... tak payah lagi bincang pasal Mr. Antu tu…Tunggu ajelah.. panggilan dia. Lepas itu settle semuanya. Aku pun harap-harap segalanya cepat diuruskan. Tak mahu aku jumpa dengan orang yang ego, sombong itu…..” Aku cuba mematikan persoalan tentang peristiwa petang tadi.
“Yang engkau tersenyum-senyum ni apa hal? Dahlah Mr. Antu itu macam itu. Engkau pun nak tambah lagi?” Aku menyiku Syikin.
“Very interesting story….. Entah-entah dia dah jatuh hati tak? Mana tahu cinta pandang pertama kat Cik Puan Zulaikha.” Ujar Syikin dengan senyum meleret. Dia pula tumpang menggunakan gelaran itu kepadaku.
“Aku tahulah... aku tak ada boyfriend. Usahlah engkau nak pandai-pandai nak memadan-madankan..… Nampak macam itu, entah-entah anak berderet macam komuter.” Syikin pula ketawa berdekah-dekah.
“Bukan hanya pandang pertama, pandang kedua pun aku tak ingin. Cuma aku kasihan kat dia…..” aku memberhentikan perbualan. Syikin mengangkat bahu, ingin tahu selanjutnya.
“Siapalah yang jadi isteri dia memang malang. Dapat suami yang mulut laser. Kaki bebel. Siapa yang tahan agaknya ya... Malang memang malang…” aku pula ketawa.
“Agaknya kan…….. si isteri pun boleh cabut lari dapat suami macam itu.” Aku tergelak kuat.
“Suka nampak tadi monyok aje…” Syikin ikut tertawa sama.
“Aku ceritakan pasal kemalangan itu. Yang engkau melalut2 apasal pula, Syikin? Nak berkenalan dengan dia ya?Ha.. bila dia call nanti nak aku bayar gantirugi…Aku bawa kau sekali.Boleh aku kenalkan.” Aku mengusik Syikin.
“Aku jenis yang setia.. Tunang aku tu nak letak di mana?” Syikin sudah pun bertunang dengan orang senegerinya. Bakal mengakhiri zaman gadisnya pertengahan tahun depan.
Sedar tak sedar, malam pun dah semakin larut. Kami beredar ke bilik masing-masing.
Entah kenapa sebelum tidur aku bagai terpandang-pandang senyuman sinis MR. 12*. Eee... bencinya, aku menyimpan sebal di hati.
Terang bulan di air tenang
Ikan kecil melompat riang
Sekali pandang marah membahang
Kenapa wajahmu datang bertandang
9 Comments:
At Thursday, June 23, 2005 4:33:00 PM, Anonymous said…
Adakah 'Cinta Pandang Pertama' sudah bermula? Tak sabar nak tunggu kisah seterusnya....
At Thursday, June 23, 2005 4:59:00 PM, Anonymous said…
dalam pada geram terselit rasa marah, kata org marah itu tandanya sayang. Sudah berputik ke kuntuman cinta?
Mekar dalam diam, buat pemuda misteri. Mengusik dan menyakat menguji hati nak dara, mencari jawapan dari soalan yg tersembunyi.
Tak sabar diya menanti. Cerita yang seterusnya nie kak. Aduhai...semakin hati bertanya, semakin debaran terasa, pelbagai imaginasi terolah. Diya menongkat dagu menunggu entry akak diya tersayang nie yg seterusnya.
p/s : akak...diya pun rindu gak kat akak sorg neh. Lama x chat ek. Kembar diya tue pun dah jejarang nak chat = D
At Thursday, June 23, 2005 6:38:00 PM, Anonymous said…
diya, mcm dalam cerita marah-marah sayang tu ke??? hihihihi...
dalam benci berputik rindu
dalam diam cinta berputik
sakit hatiku Tuhan saja yang tahu
dek kerana katamu yang tak berlapik
sinis senyummu berbekas di hati
tajamnya katamu menikam kalbu
aduhai si jejaka misteri
mengapa wajahmu yang kurindu?
amacam kak irja? hehehe... saja asah bakat berpantun... :D
At Friday, June 24, 2005 2:22:00 PM, Anonymous said…
kuch kuch ho ta hei..
teringatlak dulu mak penah ckp..jgn marah/benci sangat smpai ke hati..nanti jadi 'laki' (suami) hehehe..
marah tu tak semua tanda sayang..adakala mmg marahhhhh betul!!!! cuma pertemuan tu bermula dgn marah..:-D
At Wednesday, June 29, 2005 4:58:00 PM, Anonymous said…
anonymous
(lebih suka kalau dapat tahu nama sebenar, lebih mesra lagi....)
Cinta itu Misteri,
dtg. tak diundang,
dicari ia menghilang...
mungkin pandang pertama menyimpan makna tersendiri...
At Wednesday, June 29, 2005 5:01:00 PM, Anonymous said…
diya;
cinta masih jauh lagi...
tapi segalanya mungkin terjadi
jelinganmu meruntun rasa..
dlm. diam aku terpesona
hutang antara kita
masih belum berbayar..
nak tahu ikuti cerita seterusnya
rindu serindu2nya kat diya,
masa ini kak ija masih x dpt. bersuara bagai dulu...
At Wednesday, June 29, 2005 5:05:00 PM, Anonymous said…
aduhai dhiya...
makin pandai berpantun
dengar dik jejaka misteri
bertambahlah perasaan di hati
sedangkan Zu menyimpan amarah...
suatu waktu akan terluah segalanya.
suratan atau kebetulan
putaran waktu menentukan...
hug from kak ija
miss U like crazy... ;P
At Wednesday, June 29, 2005 5:06:00 PM, Anonymous said…
alzun,
bermula dengan marah,
berakhir dengan cinta...
berpisah dengan lara
bertemu lagi dengan dendam..
tkasih berkunjung ke sini
At Thursday, June 30, 2005 10:46:00 AM, Noor Suraya said…
ija,
mr antu adkah sepupu sepapat dengan antubuku? sekadar ingin tahu!
-dang nila-
Post a Comment
<< Home