HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Wednesday, May 25, 2005

MENJELANG TANGGAL ITU...

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi... Segala persiapan telah pun dibuat dengan rapinya. Bab masak memasak utk. kenduri, mak serahkan kepada adik iparnya. Tak perlu tercari-cari siapa nak masakkan lauk pauk yang banyak itu. Memang adik ipar mak pakar dalam memasak. Dia pun mempunyai kedai makan sendiri.

Aku bangga walau pun ayah telah lama meninggal namun hubungan kekeluargaan ini tidak terputus bahkan semakin bertambah erat. Kad undangan telah pun diedarkan kepada sahabat dan rakan taulan. Jauh dan dekat. Waktu2 beginilah biasanya yang lama tak berjumpa akan berjumpa. Tentu bertambah meriah dgn. berbagai cerita. Maklumlah zaman persekolahan telah lama berlalu pergi. Kini kami semakin menginjak dewasa. Rupa & ketrampilan semakin berbeza.

Makcik pula sibuk bertanya perihal mak andam & pelamin & baju pengantin. Tidak ketinggalan kawan2 lain. Ada yg. membuat tawaran & diskaun yg. hebat kerana sahabat. Tapi ya... aku kurang berminat kerana aku inginkan pernikahan yang sederhana sahaja. Tak perlu sanding-sanding... bertukar2 baju bagai model catwalk. Kesederhanaan menjadi pilihan. Yang penting majlis berjalan dgn. lancar tanpa ada apa2 gangguan.

Peralatan kamar tidur telah pun aku tempah dari kedai. Aku & bakal suami sama-sama memilih mengikut citarasa kami. Sebenarnya aku pun tidak menyangka bahawa tanggal itu akan tiba terlalu cepat. Hanya beberapa bulan saja kami berkenalan...ialah bila hati dah berkenan utk. apa menunggu lama2 lagi. Dah jodoh.... Kenal lama pun kalau dah bukan jodoh yg. ditentukan, tidak juga akan bersama. Bukankah mendirikan masjid adalah suatu perkara yg. baik. Perkara yg. baik-baik amat dituntut disegerakan.

Pernah aku bertanya kepadanya...mengapa aku menjadi pilihan. Katanya dia menerima aku kerana aku yg. seadanya. Menerima kebaikan dan keburukan yg. ada. Bukan melihat kepada paras rupa. Yang lebih meruntun hati dia berani berterus terang & berjumpa dengan ibuku menyatakan hasratnya. Terasa dia begitu ikhlas sekali. Keluarga aku pun menyokong perhubungan ini.

Menjelang tanggal itu... ada masanya aku menjadi tidak keruan. Ada resah, ada suka, ada sedih & entah apa2 perasaan lagi bercampur baur. Agaknya perasaan beginilah yang ditanggung oleh pasangan yang telah melaluinya. Lebih menyedihkan aku kerana ayah tiada bersama utk. mewalikan pernikahan anaknya. Dia terlebih dahulu pergi menemui Ilahi... Dalam masa bertunang dan menanti hari bersejarah, ada saja dugaan yg. dtg. Ada yg. ingin menghulur kasih.. Masih ingin mencuba.... walaupun telah dijelaskan yg. diri telah terikat. Peliknya dunia ini. Mengapalah bunga di dalam jambangan orang lain yang menjadi pilihan? Mengapa masih tak mahu memahami biar pun berkali2 dijelaskan?

Menjelang tanggal itu, ada debaran menusuk di dada....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home