HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Monday, October 31, 2005

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 21

HUTANG

Kami melangkah memasuki ruang Restoran Sri Melayu di Jalan Conlay. Waktu menunjukkan ke angka 3.30 petang. Ramai juga pengunjung ke sini. Maklumlah hujung bulan.

Sebenarnya sudah beberapa kali dia menghubungiku mengharapkan sebuah pertemuan. Cuma aku masih cuba melarikan diri. Sengaja menolak pelawaannya yang entah ke berapa kali.

Dan hari ini aku tewas juga. Kerana antara aku dan dia masih ada lagi perkara yang belum dan perlu diselesaikan.

Aku mengajak Syikin untuk menemani bersama. Alasannya tak mahu kacau daun. Hish..kacau daun apa? Bukannya pertemuan seorang kekasih dengan kekasih. Hanya pertemuan biasa.

“Pergilah Zu….
“Sekurang-kurangnya akan menyelesaikan segala persoalan?” Syikin seakan memberi semangat.
“Persoalan apa?” Aku bertanya seperti orang bodoh.
“Kau ada hutang dengan dia kan! Lebih cepat kau bertemu dengan dia, cepatlah kau bayar hutang tu..”

Hutang! Kalau bukan kerana terpaksa tak mahu aku bersusah payah datang ke rumah Kak Ngah di AU2 Keramat petang Sabtu ini. Lebih baik aku berulit dengan novel atau merihatkan badan di katil yang empok.

Tapi betul juga, cara yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah dengan berhadapan dengan masalah itu. Bukan melarikan diri.


Janjinya pukul 3 petang dia akan menjemputku. Aku leka di dalam bilik memikirkan bagaimana dengan pertemuan ini. Apa yang akan aku bualkan nanti. Lepas makan balik sajalah… buat apa lama-lama. Hatiku pula berdetik.

Ketukan di pintu bilik bergema. Terjengul kepala Kak Ngah.

“Adik, Amir dah datang. Keluarlah…” Kak Ngah tersenyum meleret apabila menyebut nama Amr.

Ini yang aku malas ni.. Bila sebut nama dia saja semua ahli keluargaku akan tersenyum, Macam ada perkara tersembunyi sahaja.

Masing-masing memandang ke arah tangga bila kami turun. Abang Izwan menghadiahkan senyuman. Tidak terkecuali Amir Zuhairi. Entah apa yang difikirkan oleh mereka di saat itu aku pun tak tahu.

Kami pun berlalu setelah Amir Zuhairi bersalam dengan Kak Ngah dan Abang Izwan.

“Pergi dulu Kak Ngah.” Beritahuku lalu memeluk Kak Ngah.

Hari ini aku memakai blouse berwarna biru dipadankan dengan slack hitam. Tudung pula aku memilih warna biru berbunga pink.

Dari rumah Kak Ngah ke Restoran itu tidak mengambil masa yang lama. Aku lebih suka berdiam diri. Tak tahu apa yang hendak dibualkan. Segalanya rasa janggal sekali. Aku hanya memandang ke luar tingkap sepanjang perjalanan.

Aku tidak bertanya ke mana arah tujuan kami. Apa yang diberitahu kami akan keluar makan-makan saja. Aku mengikut saja ke mana Amir Zuhairi membawaku.

Kalau ikutkan hati, mahu saja aku menyuruhnya ke kedai mamak di Taman Melewati. Boleh juga aku makan tosai yang telah lama tidak aku rasai.

“Dah sampai…” Ujarnya lembut. Mematikan lamunanku.

Dan di sinilah kami berada.

Kekoknya aku berada di hadapannya. Nak makan pun rasa tak larat. Pada hal menu yang dihidangkan kebanyakannya adalah kegemaranku.

Kalau depan Johari tidaklah aku rasa janggal begini. Kadang-kadang aku malu pula sebab semua makanan aku ingin rasa.

“Tak padan yang kecik!” Johari sering mengusikku dengan kata-kata itu.

“Kenapa tak makan?” Tanyanya.

Lamunanku terhenti. Hidangan itu masih tak berganti dari tadi. Dia pula, beberapa kali telah bangun dan duduk dengan menu yang berlainan.

“Tengah diet ke atau takut gemuk?” Dia membuat kenyataan sendiri.

Aku hanya diam. Malas nak menjawab apa yang nak dikatakannya.

“Makan lebih-lebih pun hari ini bukannya akan menggemukkan.”

“Kalau kurus sangat pun bukan elok…” Banyak pula omelannya.

Dia bangun lagi. Membawa sepotong kek coklat moist. Alahai, bila terpandang kek coklat moist itu seleraku terus terbuka. Macam tahu-tahu saja Amir Zuhairi ini kegemaranku.

“Thanks.” Ucapku. Dia tersenyum.

“Coklat boleh membuatkan mood seseorang berubah. Menjadi ceria.” Aku pun pernah terbaca artikal berkenaan coklat.

Sudu ku capai. Makan dengan perlahan sekali. Bila aku mengangkat muka, pandangannya bersabung dengan pandanganku.

“Emmm… boleh tak you pandang ke lain. I rasa tak selesalah….” Aku meletakkan sudu kembali ke piring. Macammana aku nak makan dalam keadaan begini. Asyik-asyik muka aku yang dipandang. Di kampung dulu macam itu juga, tak puas-puas lagi ke? Rasa nak sahaja aku tutup muka ini. Macam wanita di padang pasir. Baru dia tahu.

Dia mengukir sebuah senyuman. Terserlah lekukan di dagunya.

“I suka tengok you makan. Sweet sekali… Itu yang tak puas nak pandang.” Jawapannya membuatkan aku tersedak. Cepat-cepat aku capai fresh orange.

Sedikit demi sedikit aku mula rasa selesa dengan perbualan ini. Memang hari ini dia berbeza dengan dia yang aku temui di hari kemalangan itu.

“You suka warna biru ya?” Mungkin dia merujuk kepada pertemuan kami yang tak rasmi beberapa kali.

Aku cuma mengangguk.

“You ajak makan ni sebab nak minta ganti rugikan?” Aku terus kepada sebab sebenar pertemuan ini.

“Beritahulah… berapa yang perlu I bayar.” Harap-harap wang yang aku bawa cukup untuk melangsaikan hutangnya. Memang aku tak tahu berapa jumlah sebenarnya. Tetapi menurut teman-temanku boleh mencecah ke ratusan ringgit.

“Sebab pertama memang begitu. Tapi ada sebab lain lagi.” Dia tersenyum.

Aku mengangkat bahu.

Tak semena-mena sudu yang aku pegang terjatuh ke lantai. Aduhai.. masa beginilah perkara yang tidak diingini berlaku. Malunya aku. Nampak ketara sangatkah gentarnya aku. Di saat begini, sudu pun boleh terpelanting..

Dia memandangku lagi.

‘Nak I ambilkan sudu…lain.” Dia menawarkan pertolongan.

“Tak payahlah.. lagi pun rasanya I dah kenyang.”
Tanpa menunggu lagi sambungan kata-kataku, dia terus bangun. Kembali ke meja dengan sudu di tangan.

Aku terpana.

*****

"Ha....!" Aku mendengar seseorang memanggil namaku.
Aku berpaling. "Jo..." Secara spontan nama itu keluar dari bibir.
Aku tertanya-tanya bagaimana Johari boleh berada di sini. Di saat itu juga aku melihat Amir Zuhairi berjalan ke arah meja.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL-FITRI BUAT PENGUNJUNG SETIA DI SINI. JARI SEPULUH SAYA SUSUN MEMOHON AMPUN DAN MAAF DI ATAS KETERLANJURAN KATA, TERSILAP BAHASA DAN GURAUAN YANG MENYENTUH RASA. MOGA GEMBIRA DI SYAWAL YANG MULIA INI.

5 Comments:

  • At Wednesday, November 02, 2005 11:02:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    dhiya datang!!! (buat marathon baca semua episod yg tertinggal) :D

    kak ija jamu apa raya ni? dhiya nak chocolate moist cake... sama cam fav. Zu, hehehhe...

    alahai, kenapalah johari tu kacau daun? tak leh langsung kasi chance pada Amir n Zu... :(


    kak Ija, selamat hari raya & maaf zahir batin! :D

     
  • At Sunday, November 06, 2005 1:10:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    suspens! suspens! apa yg jo buat kat ctu plak? xkan dia mengintip zu?!

    kak ija, next n3 bila?! :D

     
  • At Tuesday, November 15, 2005 12:53:00 AM, Blogger - Ija - said…

    dhiya,
    apa khabar? lamanya x bersembang dgn. adik sorang ni!

    nak cake kena dtg. rumah kak ija (specially made 4 dhiya..)

    Johari pun tak terduga, terjumpa Zu dgn. org. lain, ini yg. buat dia semakin 'angin'

    slmt hari raya, slmt. berxm dhiya..

     
  • At Tuesday, November 15, 2005 12:56:00 AM, Blogger - Ija - said…

    eita,

    sepatutnya jo date dgn. zu tp x jadi, amir jd pengganti..

    nak tahu apa yg. jadi, ikuti n3, 22 & 23..

     
  • At Tuesday, November 15, 2005 12:57:00 AM, Blogger - Ija - said…

    nisha,
    selamat hari raya utk. mu, dik!
    (boleh bagi e-mail nisha kat kak ija, please..)

    johari mcm. terbau2 aje zu kat situ.. :D

     

Post a Comment

<< Home