HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Wednesday, November 16, 2005

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 24

KELIRU
Aku melepaskan pandangan ke luar jendela. Langit gelap tak berbintang. Angin malam bertiup lembut. Terbuai-buai langsir terkena angin di tingkap separuh terbuka itu.

Kata-kata emak memenuhi ruang kepala. Berulang-ulang. Cepatnya waktu berputar. Begitu cepat juga emak membuat keputusan.

“Mengapa Zu?” Syikin inginkan kepastian.

Sejak mendapat panggilan emak, aku tidak banyak bercakap. Apa yang Syikin cakap antara dengar dengan tidak sahaja. Minatku untuk menonton tv juga mati.

Aku meraup wajah sendiri. Jari jemari memintal-mintal rambut. Kemudian duduk menongkat dagu. Berfikir.

Bila berkeadaan begini, Syikin amat mengerti. Masalah besar sedang melanda dalam diriku.

“Dari tadi aku lihat kau macam ini…”
“Makan pun sikit sangat. Kalau tidak ulam-ulam dalam piring itu habis kena baham!” Waktu-waktu begini Syikin masih sempat bergurau.

Menu malam ini memang menyelerakan. Sambal tumis udang, ikan sepat goreng, kailan goreng dan ulamnya kacang botol dan pegaga. Tidak ketinggalan sambal belacan dan budu yang dibawa oleh Syikin dari Trengganu. Tapi aku kurang berselera menikmatinya.

“Selalunya kan… kalau seseorang itu tak lalu makan, asyik menung sana menung sini itu tandanya dah diserang sejenis penyakit!” Syikin menyikuku lalu tersenyum.

“Aku sihatlah! Mana ada sakit..”
“Kalau sakit tentu aku tak duduk di sini, berihat di hospital.”

“Sakit yang tak terpandang oleh mata kasar, hanya hati sendiri yang mengetahui.” Syikin berfalsafah.

“Mengaku sajalah Zu…”Syikin separuh merayu.

“Nak mengaku apa? Aku tak buat salahlah…” Sengaja aku mengusik Syikin pula.

“Risau aku tengok. Sejak tadi mundar mandir. Sekejap duduk sekejap bangun.”
“Ceritalah Zu…. “

“Otak aku sarat sangat ni. Tak tahu nak fikir macam mana lagi! Buntu betul.” Memang aku teramat buntu saat ini.

Syikin masih menunggu.

Apa yang emak beritahu, itulah yang aku ceritakan kepada Syikin. Tidak satu pun yang tertinggal.

“Tahniah. Masin mulut aku!” Perkataan itu meluncur laju dari bibir Syikin sebaik saja aku habis bercakap.

.“Aku ingatkan kau bersimpati tapi tidak. Terlebih suka pulak dia.” Aku menarik muka dan mengetap bibir. Geram sungguh dengan perangai Syikin

“Sukalah sebab kawan aku ada ‘body-guard’ tak lama lagi!”
“Sakit pening ada orang ambil peduli..” Sesekali kalau biarkan Syikin bercakap mengalahkan mak nenek pula.

“Betul juga kata emak Zu, nak tunggu apa lagi.. “
“Atau masih mengharap Johari?”

“Zu pernah cakapkan Johari itu tak ada dalam kamus hidup Zu lagi.” Syikin semakin serius berkata. Macam aku berhadapan dengan mak pula.

“Orang perempuan ini biar orang lelaki suka lebih kepada kita, jangan kita yang terlebih suka kepada mereka. Dari situ kita akan tahu bahawa mereka amat menghargai kita…”

“Bukan macam Johari itu! Dulu…endah tak endah, sekarang ini terkejar-kejar. Tambahan pula ada persaingan. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah.” Ini yang aku tak tahan dengan Syikin. Habis semua diputar kembali.

“Terima MR 12* tu? Tak terfikir langsung dia bakal jadi…..” Aku tak jadi menyambung ayat itu.

“Aku yakin….dia memang bersungguh-sungguh tu.”
"Aku fikir tak! Dia pun tersepit macam aku ini." Aku mencelah kata-kata Syikin.

“ Kalau tidak pinangan tak akan dihantar. Nak dapat anak, hati emak kena tawan dulu.”
“Bagus strategi dia.” Syikin tersenyum lebar.

“Terima sajalah…. Tak perlu nak pening-peningkan kepala” Syikin menutup mulutnya. Beberapa kali aku tengok dia menguap.
Tak sedar aku malam semakin larut.

Apa pun yang Syikin katakan.. Hatiku masih tetap tidak mahu menerimanya.
Di corong radio, aku mendengar bait-bait lagu ini...
- Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain sebagai ganti
Mengapa dinanti...

- Patahkan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati,,,


9 Comments:

  • At Wednesday, November 16, 2005 10:01:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    mcm ada suara yg beritahu akak ada new update. pagi2 dah melanggok depan pc. masak belum lagi ni...........
    apa dok si zu tu jual mahal sangat? tak pe le, hati pompan tu mcm kerak nasi, kejap lagi lembut le tu. betul ke ija?
    sementara idea tu tengah melambak2 byk ija, cepat2 lah give new update.. tak sabo nak tahu..... thanx

     
  • At Wednesday, November 16, 2005 12:08:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Ija..
    adala dalam 2 minggu tak melawat blog Ija.. tup2 sampai 4 episod dah ready.. apalagi.. marathon la..
    tak sangka ari ni pun dapat habuan ye..

    Ija.. cepat sikit dah tak sabar menunggu ni.. teruskan usahamu..

     
  • At Wednesday, November 16, 2005 6:36:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    abang amir, bagusnya strategi...
    pikat hati bakal mak mertua dulu, barulah hati anaknya di curi! ;)
    tapi kenapalah kak zu tu macam tak sudi?
    nak kata pasal jo, kan dah tak der dalam kamus hidup lagi...
    apa salahnya di buka sedikit pintu hati...
    kerana cinta tak kan dapat kalau tak di beri...

    Namun ku keliru...
    Telah membunuh...
    Cinta dia dan dirimu...

     
  • At Thursday, November 17, 2005 10:53:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Alahai...

    Dhiya takkan tak tau..abang amir kan mmg la pandai. Namanya pun abang si kembar yang nakal mcm dhiya n diya kan.

    Kalau nakkan anak..mestilah amik hati mak mertua dulu..barulah seisi keluarga mertua pun suka. Aiyark...pepandai jer diya ni..kahwin pun belum dah pandai kasi tips... * tertawa kecil*

    Alah...kak zu..cuba-cubalah buka hati pada abang Amir...abg Amir serius tue...but diya juz nak cakap...

    " Masin benor mulut kak zu ye. Atenya..arie tue kan ke Kak zu kate.. abg Amir tunang kak Zu. Elok benorlah...kan ke dah jadi tunang tue..melepaslah si Jo tue gamoknye yea...Abg amir pun dah disayangi bakal mertua tue "

    *tersenyum manis melihat screen monitor*

     
  • At Friday, November 18, 2005 2:51:00 AM, Blogger - Ija - said…

    kak ida,
    terima kasih dtg. membaca.

    terharunya mendengar kak ida cakap macam itu; eh... jgn. lepas ini kak ida disergah oleh org. kerana x sempat masak dah lah!

    zu tu, bukan jual mahal cuma terlebih berhati-hati.

    (kak ida ada e-mail ke? tinggalkan kpd. ija)

     
  • At Friday, November 18, 2005 2:55:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    anom,

    terima kasih dtg. membaca blog ija.

    lepas raya ni asyik nak menulis aje... dtglah lagi membaca.

    (anom.. tinggalkan address. pl.. :p)

     
  • At Friday, November 18, 2005 3:03:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    dhiya:

    xm cam mana?
    tq.. sibuk2 sempat jenguk blog kak ija.

    w/p dah pikat hati mak,hati anak belum pasti dalam genggaman! zu pun ada strategi juga...ha ha ha

    - di lubuk hatiku tersimpan
    ada rasa dendam
    yg. engganku ceritakan...

    (itu lagu favourite kak ija)

     
  • At Friday, November 18, 2005 3:07:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    diya:

    zu nak belajar dgn. diya,
    nak dapatkan tips! :p

    ari tu zu terlepas cakap...,
    nak lepaskan diri...
    psss.. amir tu x dengor sbb dia diam aje.

     
  • At Friday, November 18, 2005 3:11:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    nisha_gal,

    zu x berani mencuba lagi..

    johari tetap mengejar walau ke mana zu pergi..

     

Post a Comment

<< Home