LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 37
Nak buat apa belikan aku gelang emas. Buat acara membatalkan air sembahyang? Tarikh perkahwinan kami masih jauh lagi. Tak kanlah nak beli dari sekarang. Aku masih memikir-mikir ...
"Amoi, itu Pak To mahu belikan, angkat sajalah ... " Suara lelaki (aku agak tuan kedai itu) yang agak berumur itu membuatkan aku memandangnya. Tak sangka pula dia akan berkata begitu.
Bertahun-tabun duduk di Malaysia pun masih lagi kurang fasih betbahasa Melayu. Hatiku mengomel sendiri. Yang Amir ni pun satu, tersengih-sengih macam kerang busuk mendengar komen penjual di kedai itu.
Aku memandang lagi ke arah gelang tersebut. Memang cantik rekabentuknya. Campuran emas kuning dan platinum menarnbah serinya. Ukiran bunga yang terdapat di gelang tersebut menjadikan ia unik sekali. Hati teruja sebentar.
"Cantikkan!" Amir Zuhairi meminta pendapatku.
"Em ... " Hanya itu yang aku jawab. Kepala aku anggukkan.
Aku tidak dapat menyembunyikan perasaan. Kalau dah cantik tak kanlah aku nak kata tak cantik kerana tidak menyukai tuan yang bertanya. Cuma ia agak besar jika dibandingkan dengan tanganku yang kecil.
"Memang sesuai .... " Rasa hairan timbul di hatiku apabila Amir Zuhairi terns membelinya. Dia meminta lelaki yang melayan kami membungkusnya dengan kertas hadiah.
Untuk siapa? Kalau untuk aku tak mungkinlah menyuruh lelaki Cina tu membungkusnya.
"Hairanke?" Macam tahu-tahu saja apa yang berlegar di kepalaku. Dia tersenyum apabila melihat aku bagai tengah berfikir.
"Jeolous?" Dia bertanya lagi.
"Tak! Tak ada masa nak jeolous..." Untuk siapa pun kenapa aku harus ambil berat. Terpulang kepada siapa dia nak berika. Ssesiapa pun aku tak kisah!
"Kalau nak beritahu .. , beritahulah, kenapa nak tanya itu, ini ... " Malas aku nak melayan karenah Amir Zuhairi.
"Abang beli untuk orang yang paling bermakna, paling disayangi dan segala-galanya dalam hidup abang .... " Dia berhenti seketika. Aku menunggu ucapan seterusnya dari Amir Zuhairi.
"Selepas dia, Zu yang abang sayang. Cuma sayang abang dengan Zu lain sedikit!" Lain bagaimana pun tidak aku ketahui. Aku tak mahu tahu itu semua.
"Zu marah ke?" Soalan apa pula ni...
"Nak marah kenapa pula?" Aku bertanya semula.
"Terpulang kepada you lah; nak sayang siapa pun. I tak mahu masuk campur!"
"Jawab pun macam orang berjauh hati saja ... " Pandai-pandai pula dia mentafsir akan jawapan yang aku berikan.
"You ni main serkap jarang saja" Sungguh! Aku tidak berpuas hati bila Amir Zuhairi berkata begitu.
"Seronok, tengok Zu macam itu. Tak lah abang saja yang bercakap!"
Baru aku faham kenapa dia begitu. Sengaja nak mengusik aku. Aku teringat kata Syikin bahawa Amir Zuhairi bukan semudah itu untuk dipermainkan. Dia lebih licik daripada apa yang aku sangkakan.
"Abang suka tengok Zu marah! Makin marah makin 'cute'. Jelingan Zu tu yang buat abang tak boleh tidur malam. Asyik teringat-ingat saja."
'Eh .. you ni kalau tak melalut boleh tak?" Aku kurang senang dengan kata-katanya.
"Tulus konon, tadi tu you cakap sayang orang lain!" Eh ... kenapa pula ayat itu yang terkeluar dari mulutku. Nampak sangat aku macam tak senang hati bila dia menyayangi orang lain. Lagilah disalah tafsir oleh dia.
Giliran Amir Zuhairi pula tersenyum. Sukalah dia dapat mendengar aku bercakap macam itu.
"Oklah ... abang tak mahu panjang-panjangkan cerita. Yang penting abang tak mahu kita bertengkar. Barang kemas itu untuk ibu abang. Bakal ibu mertua Zu!"
Cakap ibu dia sudahlah! Ini tambah-tambah pula ayat lain. Sengaja nak ingatkan akulah ni. Hi ... Menyampah betul!
"Hari ini hari lahir dia ... " Amir Zuhairi menerangkan panjang lebar.
"Eh apa pasal you tak cakap awal-awal? I pun nak belikan sesuatu untuk mak cik." Aku teringat kepada Mak Cik Zubaidah. Perwatakannya memang menarik hatiku. Lemah-lembut walau pun barn dua kali kami bertemu. Untung siapa yang jadi menantunya.
Menantunya? Bukankah aku bakal menantunya. Betul juga kata Amir, itu bakal ibu mertuaku. Tapi yang kurang menarik minatku adalah anaknya. Kata orang nak kan anak mesti menambat hati ibunya terlebih dahulu.
lni dah terbalik. Aku tak perlu mengambil hati sesiapa sebab semua orang sayang kat aku. Mak Cik Zubaidah menyukai aku. Kembar berdua itu pun memang menganggap aku seperti kakak mereka. Cuma abang mereka ini .....
"Zu ... " Dia menepuk lembut lenganku.
"You ni tak faham ke cakap orang? I talc suka orang pegang-pegang I" Aku menepis tangannya.
"Abang panggil banyak kali, Zu diam saja ... Abang pun malu juga bila orang lain pandang. Dengar abang cakap sorang-sorang." Alasan yang logik.
"Zu ni kuat mengelamun." Aku mengangkat bahu.
"Tapi abang suka juga. Disebabkan itu kita dapat berjumpa. Nak kahwin dah pun!" Lagi-Iagi persoalan itu yang diulangnya. Bosan betul di pendengaranku.
"I nak beli something untuk mak ciklah ... "
'Tak payahlah! Abang dah beli. Anggap saja itu hadiah daripada kita berdua."
"Tak mahulah! Tadi you yang bayar semuanya. I nak juga beli." Dia menggelenggelengkan kepala. Akur dengan kedegilanku.
"Nak beli apa ya?" Aku bertanya sendiri.
Aku terlihat deretan tudung. Dari jauh aku terlihat warna-warna lembut. Sesuai juga kalau diberikan kepada mak cik Zubaidah.
"Jom, kita ke sana tu." Aku menunjuk kepada tempat jualan tudung. Amir Zuhairi mengikut saja tanpa banyak bicara.
Aku memilih corak sulam dan wama yang sepadan dengan mak cik Zubaidah. Sambil itu aku tanya juga pendapat penjual tersebut. Setelah berpuas hati kami beredar dari situ.
"Lepas ini ikut abang jumpa ibu ya?" Aku menganggukkan kepala. Tak sabar nak berjumpa dengan mak cik Zubaidah yang baik hati. Amir Zuhairi di sebelahku pun tidak aku hiraukan lagi.
16 Comments:
At Thursday, February 02, 2006 11:59:00 AM, Anonymous said…
Ija, cepatnya cete awk bsmbung, msh sempat lagi ya.... x letih ke lepas jln jauh. Amir cam ada hrpan aja gamak gayanya.....jeng. jeng makin tambah trill aja cete nya - yati
At Thursday, February 02, 2006 3:31:00 PM, Anonymous said…
thanks Ija...idea makin mencurah2 nampak nyer, bertambah creative...hehehhe...
tak sabar nak tggu Zu jumpe bakal Mak Mentua dan tak sabar nak dengar Zu tersasul panggil Amir 'Abang'...hehhehe....
At Thursday, February 02, 2006 4:45:00 PM, Anonymous said…
Yati;
tq call ari tu; nice talking 2U;
dah lama idea terperap so balik ari tu terus curahkan kat PC;
Amir menanti penuh harapan...:p
At Thursday, February 02, 2006 4:51:00 PM, Anonymous said…
Tie;
tq...
Zu tersasul pun cuma depan mak cik Zubaidah; lepas tu I n U balik..
Amir geleng kepala sj..
;p
At Friday, February 03, 2006 10:45:00 AM, Anonymous said…
Ija...... klu amir mnanti dgn penuh hrpan, gitu jugalah dgn sy. Etah bilalah waktu tu smpai, tdklah kita ketahui... TQ dgn nasihat Ija pd sy - Yati
At Friday, February 03, 2006 12:03:00 PM, babyarisha said…
ija, moga zu terbuka hati menerima amir..
At Sunday, February 05, 2006 11:06:00 PM, Anonymous said…
ermm....nape slow sgt pace citer nih?^_^
At Friday, February 10, 2006 8:19:00 AM, Anonymous said…
Ija - nice to see your new homepage,good inspiration from u.
Smlm x keja, x sihat, hai bila lagi nak brsmbong nie.... letih tunggu dah nie - yati
At Friday, February 10, 2006 11:56:00 AM, Anonymous said…
Ija....
cantik n cool jerr b/ground baru ni...sejuk mata memandang...tp kan kebykkan tulisan tak nampak lah, maybe U kene change text color...
At Tuesday, February 14, 2006 1:42:00 AM, Anonymous said…
Yati,
d doakan mg hari-hari berikutnya secerah mentari, seindah rangbulan..
At Tuesday, February 14, 2006 5:20:00 PM, Anonymous said…
nisha,
apa khabar? dah kembali ke Australia? slmt. meneruskan pengajian...
lakunan Zu boleh dinobatkan sbg aktress terbaik! sesekali bakal mak mertua bersuara, Zu kelu nak berbicara..
At Tuesday, February 14, 2006 5:21:00 PM, Anonymous said…
tie,
thx for the comment...
perasan jugak tp x sempat nak tukar..
At Tuesday, February 14, 2006 5:24:00 PM, Anonymous said…
anonymous..
terima kasih...
part lajunya belum tiba lagi..
;p
At Wednesday, February 15, 2006 2:32:00 PM, A Shy Millionaire said…
Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!
Saya ada website jana wang seumur hidup. Peluang jana wang seumur hidup di sini.
Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)
At Thursday, February 16, 2006 5:20:00 PM, Anonymous said…
Ija...what happen to U??....lama nya tak muncul & n3 pun dah 2 weeks takde...we all semuanya tertunggu2 khabar dr U...U tak sihat ker or pc U yg tak sihat:)
harap semuanyer ok & setia ku disini..hehehehe..
At Wednesday, March 01, 2006 8:36:00 AM, Anonymous said…
apehal lama sgt xda n3 baru nih?
Post a Comment
<< Home