HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Thursday, March 02, 2006

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 38

Kami tiba di Ampang Jaya agak lewat.petang itu. ltulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke rumah mak cik Zubaidah. Sebelum itu pemah juga mak cik Zubaidah mempelawa aku untuk ke rumahnya. Cuma aku saja yang tidak mahu pergi. Belum tiba waktunya lagi.

Aku memandang sekeliling. Rumah teres dua tingkat yang terletak di comer lot itu nampak kemas sekali. Lamannya dipenuhi dengan bunga kertas dan bunga-bunga lain. Ada juga pokok buah-buahan .. Di satu sudut diletakkan kerusi tempat merihatkan badan sambi! menyedut udara petang. Melihat halaman rumah itu membuatkan aku jatuh hati. Cukup tenang sekali.

Mak Cik Zubaidah telah sedia menanti di depan pintu dengan senyuman. Aku menghulurkan salam dan mencium tangannya. Dia memelukku dengan kemas. Pipiku dicium kiri dan kanan. Memang terselah sayangnya di saat itu.

"Kak Zu ... lamanya tak jumpa." Hana dan Hani muncul tiba-tiba. Seperti mak cik Zubaidah aku pun pun dipeluk irat-irat. Bagai tidak mahu dilepaskannya ..
"Rindunya dengan kak Zu. Rindu banget." Pipi aku menjadi tempat persinggahan pipi mereka.
"Eh .. kak Zu makin kurus sekarang ni.. Risau nak jadi isteri orang ke?" Sempat Hani berbisik di telingaku.

Pandangan mata mereka amat tajam sekali. Walau pun agak lama tidak bertemu. Rakan­rakanku ada yang berkata begitu. Cuma aku buat indah tak indah sahaja. Ketarakah perubahan aku sekarang ini?


"Jemputlah masuk Zu ... Kot ya pun jemputlah kak Zu duduk dulu barn nak bercerita panjang!' Mak Cik Zubaidah menegur sikap anak -anak gadisnya.


Amir Zuhairi telah menghilangkan diri ke tingkat atas. Mungkin memberi peluang kepada adik kembamya untuk bermesra denganku. Maklumlah lama juga kami tidak bersua. Memang banyak yang perlu dibualkan.


Sepuluh minit kemudian, aku dijemput ke meja makan. Melihat kepada apa yang terhidang, tiba-tiba seleraku terbuka luas. Ada pulut kuning, rendang ayam, puding custard, kek coklat, mi bandung dan berbagai makanan lain.


Rasa-rasanya macam birthday aku pulak. Bukannya birthday mak cik Zubaidah. Mak Cik Zubaidah mengambil tempat di kepala meja. Aku duduk di sebelah kanannya. Hana di sebelahku. Hani pula duduk bertentangan dengan Hana. Ini bermakna Amir Zuhairi akan duduk bertentangan denganku. Begitukah peraturan mereka? Rimasnya ...


"Ada jemput orang lain ke Hana?" Rasa ingin tahu, aku ajukan kepada Hana.

"Kita-kita saja. Selalunya mak cik empat beranak. Hari ini istimewa sikit, ada orang bam." Mak Cik Zubaidah menerangkan sambil tersenyum.

Akulah yang dimaksudkan orang barn itu. Rasa girang mak cik Zubaidah terpancar di wajahnya. Alahai ... kalaulah mak cik Zubaidah tahu, apa yang ada di hatiku di saat ini, apakah keriangan itu akan berpanjangan?

Aku menjeling ke arah pulut kuning. Harumnya daun pandan dan wamanya yang cantik membuatkan aku rasa tidak sabar pula untuk menjamahnya.


"Banyaknya juadah ... "
"Ini semua ibu yang buat. " Hana tersengih.


Tidak lama kemudian Amir Zuhairi mengambil tempat di sebelah mak cik Zubaidah. Aku pura-pura tak nampak akan kehadirannya. Tapi apa pilihan yang aku ada sedangkan dia telah ada di depan mata.


Majlis dimulakan dengan sedikit ucapan dari Amir Zuhairi. Tentang bertuahnya mereka mendapat ibu seperti mak cik Zubaidah. Yang membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang. Suasana menjadi hening seketika.


Aku pun turnt terkena tempiasnya. Aku juga teringat mak di kampung. Mak juga membesarkan aku tanpa ayah di sisi. Terasa pengorbanan mak besar sekali. Banyak kehendak aku yang diturnti. Cuma bila masuk bab tentang jodoh, aku tidak berapa bersetuju….


“Zu… jangan segan-segan nak makan ya. Anggap saja yang Zu sebahagian dari keluarga ini.” Ujar mak cik Zubaidah mesra, setelah doa dibaca.


Aku tidak segan sebenarnya, bahkan pulut kuning itu bagai memanggil-manggil aku. Cuma mata itu asyik merenung ke arahku membuatkan aku menjadi bagai hilang arah.


“Kak Zu, ada orang itu tahu yang kek ni kegemaran kak Zu. Jadi dia pun beli special untuk kak Zu. Konon-kononnya untuk ibu….” Hana memecahkan keheningan seketika.


Aku diam. Tidak menokok atau menambah apa yang Hana beritahu.


“Tak percaya? Kalau tak percaya tanyalah kat Along.”


Lambat lagilah kalau aku nak bertanya kat Amir Zuhairi. Hana ini sengaja nak mengenakan aku ni…. Mana pernah aku beritahu Amir Zuhairi yang aku sukakan kek coklat lembab itu. Amir tersenyum simpul. Agaknya hatinya kini sekembang bunga mawar apabila mendengar pujian itu.


“Eh… macam ada yang kurang saja kat jari Zu..” Teguran mak cik Zubaidah membuatkan aku terhenti untuk mengambil makanan.


Barulah aku perasan yang cincin pertunangan tiada di jari manisku. Kenapalah aku boleh cuai sangat? Apa aku nak jawab ni? Tak mungkin pula aku beritahu mak cik Zubaidah yang aku tidak dapat menerima anaknya. Kang majlis yang tenang ini menjadi sebaliknya pula.


“Cincin tu cantik sangat…. Saya rasa sayang pula nak pakai” Itu jawapan terbaik yang datang di kepalaku. Amir Zuhairi tersenyum sinis memandangku. Tahu sebenarnya itu bukan jawapan yang betul.


“Cantik pun kena pakai juga. Itu bermakna yang Zu dah ada yang punya.” Walau pun lembut kata-kata mak cik Zubaidah tapi entah kenapa aku rasa terkena.


“Bukan apa… mana tahu ada orang lain suka kat Zu. Sekurang-kurangnya bila nampak cincin tu tak berani nak dekat. Kang ada orang itu ‘frust’ menonggeng pula.”


“Betul tu kak Zu.. “ Hana menyampuk. Amir Zuhairi berlagak tenang dengan wajah selambanya.


Kami beraleh ke ruang tamu semula setelah usai makan dan mengemas. Hadiah yang dibeli tadi aku berikan kepada mak cik Zubaidah. Amir pun turut sama.


“Cantiknya…..” Hani bersuara menunjukkan rasa takjub bila gelang tersebut terletak di pergelangan tangan mak cik Zubaidah.


“Zu yang pilihkan….” Tiba-tiba saja Amir Zuhairi bersuara. Nak ambil hati aku agaknya. Padahal aku tidak terlibat langsung dalam pemilihan itu.


“Along, birthday Hana nanti.. belikan macam ini juga ya…”
“Hani pun nak juga….”
“Tak malunya… Nak minta-minta hadiah…”
“Bolehlah ... Along…” Hana dan Hani terus memujuk.
“Nanti Along fikirkan dulu….”


Hana dan Hani menarik muka masam. Merajuk agaknya mendengar kata-kata Along mereka,


Hadiah yang aku beri dibuka pula oleh mak cik Zubaidah.


“Lawanya… sesuai pula dengan kain yang Hana bagi ni…” Hana memegang-megang tudung itu.
“Ibu dah lama mencari warna ini, kan ibu?”


Perbualan kami dikejutkan oleh deringan talipon. Hand-setku rupanya.
“Maaf ya….” Aku terus mengambil talipon tersebut.


Tertera nama Johari di situ. Aduhai, kenapalah dia menalipon aku di saat ini. Sebelum sempat aku menjawab, deringan itu mati pula.


Aku meletakkan talipon berhampiran denganku. Entah kenapa aku rasakan pandangan Amir Zuhairi berlainan pula. Hairan! Tak kanlah terganggu dengan deringan itu. Lagi pun dia bukan tahu siapa yang menalipon. Aku melabuhkan kembali badan di sofa.


Deringan talipon berbunyi sekali lagi. Johari lagi! Nak apalah mamat ni. Aku meminggirkan diri ke sudut lain.
“Hello….”
“Dekat mana Ha?”
“Kat rumah tunang…”
“Tunang ciptaan Ha ya? Nak bohong dengan Jo?”
“Betullah… Mana ada tipu-tipu!” tiba-tiba saja aku rasa marah dengan kata-kata Johari.
“Yang Jo jumpa hari itu ke?”
“Yalah… siapa lagi. Call Ha ni nak apa?” Aku cuba tidak meninggikan suara. Risau pula apa nanti anggapan mak cik Zubaidah.
“Nak dengar suaralah… Lama dah kita tak berjumpa.”
“Oklah Jo. Lain kalilah kita berbual”


Belum sempat lagi Johari menjawab aku telah mematikan talian. Entah kenapa aku rasa gelisah. Amir Zuhairi merenung aku dengan pandangan tajam. Janganlah dia bertanya apa-apa tentang panggilan itu. Doaku dalam hati.



Hana dan Hani meminta diri untuk ke bilik mereka. Meninggalkan aku, Amir Zuhairi dan mak cik Zubaidah di situ. Hatiku macam rasa tidak sedap sahaja melihat keadaan itu.


“Zu… malam ini tidur di rumah makcik ya…” Aku mendiamkan diri memikir-mikir.


“Maaflah, kalau saya menolak permintaan mak cik. Lagi pun saya tak bawa baju tukar…” Itulah alas an yang paling baik untuk diberikan.

Aku sudah merancang-rancang sendiri. Selepas meraikan hari lahir mak cik Zubaidah, aku mesti pulang ke rumahku atau pun ke rumah Kak Ngah. Tak mahu aku berlama-lama di rumah ni. Apatah lagi sebumbung dengan Amir Zuhairi.


Pelik pulak, selepas aku menerima panggilan talipon itu. Amir Zuhairi macam tidak mahu berbual denganku. Wajahnya kelihatan tegang sekali. Janganlah perubahan itu disedari oleh mak cik Zubaidah.

*****
Untuk semua pengunjung LADHM....Maafkan saya kerana telah lama tidak meletak n3 baru. Sambungannya telah lama ada dalam draft cuma saya tidak meletakkannya di sini. Terima kasih untuk yang bertanya khabar.. Saya sihat cuma ada waktu-waktunya saya 'terseliuh' juga. Buat waktu ini tak dapat nak jawab TB. Salams sayang dari Ija.

5 Comments:

Post a Comment

<< Home