HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Friday, March 24, 2006

APA PERLU DIBUAT

Semalam saya menerima panggilan talipon dari seseorang, cerita yang disampaikan memang meruntun hati nurani saya. Cerita yang saya buat LEPASKAN AKU DARI HATIMU telah diciplak oleh seseorang. Dan ianya disiarkan di sebuah blog lain tanpa pengetahuan saya. Memang diambil bulat-bulat. Dengan headingnya sekali. Tertulis nama penulis tersebut.

Hak cipta saya adalah hak terpelihara. Apa yang saya tulis adalah dari minda saya. Bukan mudah sebenarnya nak menulis sesuatu cerita. Ia mengambil waktu juga untuk seorang penulis yang baru merangkak-rangkak seperti saya. Itu satu bab. Mengolahnya untuk menjadi bahasa yang menarik supaya terus dibaca oleh orang lain adalah bab lain pula. Sayangnya bila apa yang kita buat dicedok oleh orang lain dan mengaku dia punya adalah sesuatu yang paling mendukacitakan.

Pagi ini saya menerima e-mel daripada seseorang memberitahu perkara yang sama. Blog tersebut memang telah saya lawati. Patutlah dalam seminggu ini hati saya rasa tak sedap saja.... Macam ada perkara kurang baik akan berlaku.

Terima kasih tak terhingga untuk mereka yang begitu prihatin dengan apa yang terjadi kepada saya. Jasamu amat saya hargai sekali. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Saya masih terfikir-fikir samada nak meneruskan cerita ini. Nak masuk n3 baru pun saya hentikan buat seketika. Apa pendapat pembaca sekalian? Pandangan dari semua amat dialu-alukan.

Jawab TB
- Irena : Zu & Amir tunggu masa saja... :p, n3 40 dah ada..
- Mie : Lepas ni banyak kejutan lagi, kak ija kejam ke... tongkat dagu tengah fikir :p
- Refqah : TQ dtg. sini, bahagian kan menjelma akhirnya..
- Jaja : Have A Nice Day 2u too..
- Syarifah : sabarlah sayang..
- Noor : tq buat koleksi, usahlah nangis.. nanti kita jumpa kat pwtc ya! :p
- Noor : n3 40 dah ada, 41 saja belum..
- Noor ; penantian satu penyiksaan, kepastian satu penawar :p
- Azalia : wkmslam.. sambungan ada, kena tunggu...
- Lia : 40 dah ada..., sila baca :P
- Mar : bertapa ada sebabnya...; bestnya kalau Mar dpt. bersama 25/3 ni..
- Syena : Bersambung tetap sambung ;p
- Syena: n3 40 itu tersilap letak yg. pendek,, he he
- Emy : ala.. sedihnya dengar rayuan awak, bclah n3 40 ya..
- Shani : nak bertapa dulu ni, baru ada idea canggih :)
- Tie : Ek.. rindu kat Amir n Zu saja, kat kak Ija tak ke?
- Ibu Manja : n3 40 tu dah dipanjangkan, sila baca :D
- Shani : terima kasih :)
- Ann : nanti talipon kak Ija ya... boleh kita ronda2 dgn. novel baru :p
- Kak Noor : problem tu x habis lagi, problem lain dtg. tp Zu x tahu lagi...
- silent readers, tkasih dtg. berkunjung ke sini...

8 Comments:

  • At Friday, March 24, 2006 5:14:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    LADH di ciplak!!!!!.....mahluk mane yg yg tau malu telah menciplak karya Kak Ija ni....eeeee geram nyer sy.....
    K Ija boleh bg blog org yg tak bertaggungjawab tuh....Tie nak tgk...
    sabar yer K Ija...jgn cepat putus asa, ni dugaan & cabaran...K Ija boleh tak kalo kita amik tindakan keatas pencetak rompak tuh??...K Ija terus kan karya mcm biasa, kami sebagai pengunjung blog ni sentiasa akan menyokong Akak....

     
  • At Friday, March 24, 2006 9:02:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    ada juga org mcm ni erkk.. teruskan aja.. pasal orang yang menciplak karya ni.. try bcakap dgn dia kenapa dia buat mcm ni..

     
  • At Saturday, March 25, 2006 3:08:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Ija

    Terkezzzut gak sy dgn citer nie...bykan ler bersabar & kuatkan semangat anda...jgn disebabkan perkara nie anda putus asa utk terus berkarya...Ini hanyalah salah satu dugaan & cabaran yg anda harus tempuhi utk menjadi seorg 'prolific writer'...Cheers! Semoga berjaya!

     
  • At Tuesday, March 28, 2006 1:45:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    mmg xpatut sape yg ciplak ija nyer karya ni... sape laa agak nye org yg xtahu malu tu. xhormat hak cipta ija.. tmpg marah utk ija jgk :(

    kite rase cite ni patut di teruskn...

    ~

     
  • At Wednesday, March 29, 2006 1:11:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Kak Ija,

    Do not give up because all of this stupid people. I thought perhaps you can insert some code to avoid other people from copying it. Penah tgk several blogs doing that. But you have to ask around on how to do it. Whatever it is, I'll always support you. But, pls do not stop this e-novel. Keep us updated! Cheers~
    -normah-

     
  • At Thursday, March 30, 2006 12:30:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Tie,

    Tkasih... LADHM x ada dah di blog itu. Cepat betul moderator itu ambil tindakan...

    Thx for your support.

     
  • At Thursday, March 30, 2006 12:39:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    anonymous,

    thx.. perkara dah selesai.
    cuma x sempat nak ambil address address si penghantar 2..

     
  • At Friday, March 31, 2006 9:58:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    salam kak ija...

    apa khabar?
    sejak dah balik Msia ni, dah jrg online..
    and also dah lama tak singgah umah akak...

    and tup tap terkejut bila baca pasl isu ciplak menciplak nih.....

    apa akak nak buat?

    > saya sarankan akak buat sesuatu utk melindungi hakmilik akak ni...
    bermesyuarat la dgn enovelist lain yg expert pasal komputer ni

    > consult ngan tukang penciplak tu..iskk..iskk..Allah Maha Melihat apa yg kita lakukan...

    > teruskan berkarya....Yes...itu sudah pasti...

    FIGHTING KAK IJA!!!

     

Post a Comment

<< Home