HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Monday, March 20, 2006

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 40


Dewan yang terletak di tepi kolam renang itu menjadi gamat tiba-tiba. Di luar terdengar deburan air. Jenaka pence ramah membuatkan peserta membuka mata luas-luas.

"Saya lihat ramai yang dah comer baring. Ada yang belok ke kiri. Ada yang belok ke kanan. Lampu merah pun dah kena langgar... "

DaIam jenakanya peserta dengan sendirinya terasa tersindir. Mana tidaknya masingĀ· masing memejamkan mata. Suara penceramah tidak kedengaran lagi. Agaknya tilam empuk terbayang di depan mata. Maklumlah waktu telah menunjukkan ke angka 3.00 petang. Perut masih kekenyangan lagi. Mata pun semakin berat. Walaupun penceramah cuba menyampaikan yang terbaik tapi peserta tidak mengambil peduli.

"Bangun ... " Arahan diberi.
"Berdiri haIa ke dinding ............... Saya tahu awak semua rasa mengantuk. Jadi kita buat senaman ringan."

Peserta mengikut saja apa yang diarahkan oleh penceramah. Bagus juga .. Aku membenarkan tindakan penceramah tersebut. Sedari tadi aku juga cuba rnenahan mata ini dari terpejam. Pandai juga dia membuatkan kami terasa segar semula.

Telah tiga hari aku berada di sini; berkursus. Aku, En. Taufik dan seorang ternan lagi terpilih untuk datang ke sini. Ilham Resort, begitulah nama tempat ini. Mungkin kerana ia berdekatan dengan pantai membuatkan pusat peranginan ini diberi nama begitu rupa.
Mungkin juga mereka yang menginap di sini akan dibanjiri dengan ilham. Aku ada juga mendengar khabar bahawa beberapa penggambaran cerita tv pemah diadakan di sini.

Walaupun aku jauh dari kota namun fikiranku masih tidak dapat melupakan segalanya. Keceriaan yang aku paparkan tidak menggambarkan keseluruhan isi hatiku.

Tiupan angin pantai terasa menampar mukaku. Akitiviti petang kami adalah menyusuri pantai ini. Penat juga rasanya.
Semalam kami ke rumah api di atas bukit. Aduhai tak terkata penatnya. Dari atas bukit tersebut amat jelas lautan yang luas terbentang. Penat memang penat tapi aku senang sekali di sini. Sudah lama aku tidak menjalankan aktiviti begini. Seboleh-bolehnya aku ingin melupakan segalanya yang membelenggu fikiran.

Aku memandang ke dada laut dari apartment ini. Alangkah damainya kalau hatiku setenang itu. Lautan di kala subuh, aimya seakan tidur. Tidak terganggu. Dan cahaya bulan yang menyimbah ke permukaannya membootkan aku terpana seketika. Begitu indahnya alam ciptaan YANG MAHA ESA.
Perbualan petang tadi berpusat di kepalaku. Entah kenapa ada peserta lain yang dalam gurauan cuba memadankan aku dengan En. Taufik. Aku yang mendengar usikan mereka terasa merahnya pipi. Pada hal mereka tahu bahawa En. Taufik itu boss aku. Mestilah kami memang mesra macam di pejabat tu. Lagi pun kami memang mengenali antara satu sarna lain. Dan di sinilah .. aku diuji sekali lagi. Betapa dalam rancak perbualan ini aku diajukan dengan pertanyaan itu ....

"Zu. " kalau saya tanya soalan peribadi bolehke?"
"Kalau soalan yang tak memberatkan, boleh saja ... " Aku menjawab tulus.

Lama En. Taufik mendiamkan diri.
"Zu dah ada seseorang ke?"
"Seseorang macam mana tu?" Hatiku berdebar tiba-tiba. Kenapa En. Taufik ini? Lain macam saja soalannya....
"Seseorang yang di dalam hati?"

Perbualan ini bukan sekadar persoalan antara seorang boss dengan pekeIjanya. Tetapi menjurus kepada soalan hati dan perasaan.

Aku menjadi serba salah. Jawapan apa yang sewajarnya aku berikan. Dalam diam aku menarik nafas dalam-dalam. Kalau kata tiada, aku ada seseorang .. Wajah Amir Zuhairi terbayang di depan mata. Cuma yang pasti dia tidak berada dalam hatiku.

Benarlah kalau kita menyorokkan sesuatu, banyak perkara yang harus kita bersedia untuk menjawabnya. Ada ke tiada? Macam tiada tapi ada, macam ada tapi tiada? Kedatangan aku ke sini pun tanpa pengetahuan Amir Zuhairi. Teruknya Amir Zuhairi dapat tunangan seperti aku.

"En. Taufik pula macammana? Dah ada yang berkenan di hati?" Tanpa menjawab soalannya, aku pula bertanya.
"Orang tanya dia, dia pula tanya kita." Ujarnya ketawa. Wah! Makin terselah kacaknya En. Taufik ni, bila sesekali ketawa. Mesti ramai yang tergoda.

'En. Taufik, belum jawab soalan saya tadi."
"Ada .. " Jawabnya lambat-Iambat.
"Tahniah, jangan lupa jemput saya bila tiba harinya ... " Dia mengangguk.
"Orang dekat ke orang jauh?" Mulutku gatal pula bertanya.
"Orang dekat ... "
"Oh ... Tak lah bergaduh bila tiba giliran balik kampung nanti.." Dia tersenyum.
"Tapi. .. saya tak tahu dia macammana?"

Aku menunjukkan rasa hairan. Tadi kata ada tapi tak pasti pula. Macam-macamlah En. Taufik ni.
"Awak fikirkan apa Zu?"
"Tak ada apa-apa .... "
"Awak hairan ke denganjawapan saya tadi?"
"Sikit -sikit.."
"Saya tak ada keberanian lagi nak cakap dengan dia .. "
"Kalau dah suka, cakap sajalah En. Taufik ... Diam-diam ni mana dia nak tahu. Entah­-entah dia pun macam En. Taufik. Malu nak cakap. Lelakilah mesti memulakan dulu .. "

Aku memberi galakan kepada En. Taufik. Macam aku pula pakar cinta. Padahal masalah aku masih belum selesai lagi.
"Macammana kalau dia menolak?" En. Taufik ni macam budak kecil pula.
"En. Taufik ini .. belum cuba lagi, dah fikirkan gagaL En. Taufik kena baca buku "Dare to Fail" ni ... "
"Tak sangka awak ni pandai pula berbincang tentang subj ek ni ... " Aku tersengih.

"Awak dah ada yang punya ke Zu?" Kalau tadi dia menyoal berlapik, kini direct to the point. Aku diam.
"Kalau saya kata ada?" Matanya jatuh ke jariku.
"Tapi awak nampak macam tak ada sesiapa lagi ... " Eh .. pandai-pandai pula En. Taufik ni. Tak pakai cincin bukan bermakna tiada ikatan lagi.

Kalaulah aku kata tiada? Sebaris ayat itu mampu menggoreskan sekeping hati walaupun tidak terus melukakannya. Dan yang pasti hati Amir Zuhairi akan tergores.

Malam itu aku menerima panggilan daripada Amir Zuhairi. Hendak tak hendak aku memberitahunya bahawa aku berada di Port Dickson. ltu pun kerana dia datang ke rumahku dua hari lalu.

Banyak soalan yang diajukan kepadaku. Namun suaranya bersahaja. Tidak menunjukkan rasa marah dengan tindakanku. Tidak memaklumkan pemergianku ke PD kepadanya. Kenapa dia tidak pernah ambil hati dengan sikapku selama ini? Aku cuba mencari jawapan. Kerana cintakah? Lalu segalanya diterima dengan rela?

Selepas aku berbual dengannya, masuk satu mesej.

"Ha ... apa pun terjadi, Jo tak akan biarkan Ha pergi begitu saja .... "

Aku semakin bingung. Kenapa Johari menghantar mesej begitu? Tidak bolehkah dia berhenti menggangguku lagi?

Maafkan saya terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyambung ep. ini. Kalau ia tidak bertepatan dgn apa yang terlukis di hati pembaca, maaf dipinta ya... Tagboard pun tak sempat nak jawab lagi.
Oh ya... Pesta Buku akan bermula minggu ini. Ada sesiapa yang berminat nak pergi? Kalau ada boleh juga kita bertemu dan beramah mesra..... Biar kita jadikan pertemuan ini sebagai permulaan kepada sebuah persahabatan yang lebih akrab. Biasanya kita kenal di alam maya, apa kata kita jadikan ia satu realiti. Tentu makin manis dan menarik.
Insyallah, 25 March ini saya akan berkunjung ke sana. Banyak novel-novel baru yang nak diborong. Tak sabar rasanya menanti hari itu..

6 Comments:

  • At Monday, March 20, 2006 3:54:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Hi Ija...

    Zu patut berterus terang...baik pd En Taufik ataupun Jo...
    sian kat Amir...

    *pameran buku tu kat mane??

     
  • At Monday, March 20, 2006 4:44:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Ija,

    Ini Sharifah ni dari S'pore.
    Yg tulis artikel e-novel tu.
    Sedih dengar semua nak gi Pesta Buku. Kita jauh! tak dpt gi!
    Kak Su pun suruh gi, siap kasi kod word lagi kat blog dia.

    Sedihnya.... macam nak minta tolong borong buku!

    Salam buat Kak Su, Radha...

     
  • At Tuesday, March 21, 2006 12:22:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Zu yg cari masalah...dia sendiri yg tak berterus terang...

    rasanyer bukan senang dia nak lepas dr Jo...

    harap Amir terus bersabar...

    Taufik tu bertepuk sebelah tangan...

    Ija, selesaikan kan lah kekusutan Zu...hehehehhehe...

     
  • At Friday, March 24, 2006 12:54:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Hai Tie,

    Bila diam ia menjadi api sekam yang membakar, yg. terasa hanya empunya diri..

    pwtc dari 24/3-2/4
    jomlah...jumpa kak ija di sana..

    ;)

     
  • At Friday, March 24, 2006 12:57:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    syarifah,

    terima kasih x terhingga tulis artikal tu..
    saya pun sedih juga x dapat bertemu dgn. org. yg. mengulas e-novel itu, harap2 suatu hari kita akan bertemu juga...

    Insyaallah, salam akan disampaikan kpd. kaksu..

    Moga kita bertemu akhirnya...

     
  • At Friday, March 24, 2006 12:59:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Nisha,

    Masalah x lepas lagi, masalah lain datang;
    Johari - tindakan di luar dugaan
    Amir - Menanti penuh resah,
    mengharap keajaiban
    Taufik - Diam-diam aku menyintaimu

    Jom jumpa kak Ija di PWTC..
    ;p

     

Post a Comment

<< Home