HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Tuesday, April 25, 2006

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 45

Agak lama juga aku mendiam diri.. Tidak menyambung bicara yang terhenti. Ingin melihat reaksi mereka. Seorang kawan yang telah lama aku kenali. Hatiku pernah melekat kepadanya. Jatuh cinta dalam diam.

Seorang lagi baru saja dikenali. Tidak sampai setahun. Memegang status sebagai tunangku, Kerana apa? Kerana aku ingin menjadi anak yang baik. Menurut saja pilihan ibu. Aku tidak mahu ibu terluka kerana sikapku.

Aku tak tahu kini samada aku masih lagi memegang status itu. Mungkin juga lebih tepat bekas tunang selepas ini.

"Jo, ingat tak? Jo pernah bagi sebentuk cincin kepada Ha?” Johari mengangguk.

"Amir Zuhairi, you pun pemah bagi cincin kepada I kan?" Soalan yang sama aku tanyakan kepada dua orang lelaki yang berlainan. Nama penuhnya aku sebut. Dia tidak seperti Johari terus mengangguk. Mungkin sedikit pelik dengan pertanyaan ini.
"Kenapa ya Jo bagi cincin itu?" Aku mula mengasak. Johari terdiam. "Sebagai hadiah untuk orang yang Jo sayangi. .. "
"Ada sebab lain?" Nadaku semakin serius. Ia ini bukan perkara main-main.
"Jo harap Jo dapat hidup bersama dengan Ha suatu hari nanti."
"ltu saja?" Aku bertanya dengan serius.
"Yap, Jo impikan yang Ha akan pakai cincin itu dan Ha jadi milik Jo akhimya." Tanpa segan silu Johari meluahkan apa yang tersimpan di hatinya.
"I pun nak tahu juga ... kenapa you bagi cincin kat I." Sengaja aku menduga Amir Zuhairi. Bukan aku tak tahu itu cincin tunang.

Wajahku ditenung. Aku merenungknya kembali. Menanti jawapan yang keluar dari bibirnya. Tiada senyuman yang aku beri untuknya. Kalau dia boleh serius. Aku juga boleh buat begitu. Sakit hatiku dengan tuduhannya hari itu masih terasa lagi.


Dia menarik nafas panjang. Kemudian dilepaskannya. Wajah aku dipandang lagi. Mungkin dia tidak menyangka aku akan bertanya soalan itu.

"Tak ada sebab? Atau you suka-suka nak bagi?" Aku memancing jawapannya. Kali ini aku tidak fikir lagi samada dia tersinggung atau tidak dengan kata-kataku .. Masa untuk menjaga hati orang sepertinya telah berlalu. Dulu pun mana pernah aku jaga hatinya. Kenyataan itu membuatkan aku mahu saja tersenyum.
"ltu cincin tunang. Antara Zu dengan abang dah ada ikatan!" Dia menjelaskannya. Ada nada geram di situ. Budak -budak pun tahu inikan pu1a aku yang dah dewasa. Johari termangu-mangu. Antara percaya dengan tidak penjelasan Amir Zuhairi. Dia melirik ke jariku. Memang tak ada cincin di situ.
Perkataan abang masih disebut lagi. Aku ingatkan perkataan itu telah dihumbannya ke dalam tong sampah.
"Memang you tunang I. ltu du1u tapi sekarang tidak lagi!" Johari tersenyum sinis, memandang ke arah Amir Zuhairi yang diam membeku.

"Jo masih ada harapan lagilah ni ... " Separuh berbisik Johari menuturkannya. Senyuman menguntum di bibirnya.
"Memang Jo masih ada harapan lagi .... " Harapan untuk.aku .keluarkan dari ruang persahabatan ini .. Kata-kata itu hanya berlegar di kepalaku. Tidak aku luahkan.

"Cuma Ha musykil satu saja, apa yang telah Jo beritahu dia?” Aku memandang sekilas ke arah Amir Zuhairi depanku.
“Ada rahsia yang tersembunyi? Atau ada agenda tersendiri? Ha harap sangat Jo cakap dengan tulus ikhlas." Saat aku menuturkan begitu Johari terus membisu. Senyuman yang tadi menguntum kembali pudar.

Ingatanku kembali ke pertemuan dua minggu lepas.
“Siapa yang mereka cerita yang tak benar ini?” Pertanyaan itu aku ajukan kepada Amir Zuhairi di pertemuan kami yang lalu.

“Siapa yang pernah memberi cincin kepada Zu?”
“Siapa lagi kalau bukan you?”

“Abang tahu ada orang lain yang pernah berikan kepada Zu selain abang…”

Saat dia menuturkan itu, aku teringat akan Johari. Dialah satu-satunya lelaki yang pernah menghadiahkan aku sebentuk cincin. Lambang persahabatan katanya. Biar pun aku menolak tapi dia meminta aku menyimpannya jika pun tidak memakainya.
Dan kerana cincin itulah yang membawa kepada pertemuan kami bertiga di sini.

“Kenapa Jo buat Ha macam ini? Kita dah lama berkawan Jo... Ha tak sangka Jo akan mengkhianati persahabatan ini.” Lirihnya suaraku di malam ini. Rasa kesal menghantui jiwa. Kesal dengan sikap Johari.

“Kalau Jo tak boleh memiliki Ha, dia pun tak boleh juga!” Hilang kelembutan Johari dalam tutur katanya.

“Tapi antara kita dah tak ada apa-apa lagi Jo… Jo pernah beritahu Ha, tak mungkin Jo dah lupa?”

“Kenapa Ha tak faham-faham lagi. Jo buat semua itu kerana Jo sayangkan Ha. Jo tak boleh terima ada orang lain yang rapat dengan Ha. Tak ada sesiapa pun yang boleh gantikan tempat Jo.” Dalam marah aku macam mahu ketawa saat itu.

Dulu bukan aku yang meminggirkan Johari dari sisi. Johari sendiri yang berubah hati. Kini dia menyatakan bahawa tiada siapa yang boleh mengambil tempatnya. Sedangkan aku telah lama melepaskan dia dari hati ini. Tiada Johari lagi. Johari hanya imbasan kisah lalu.

Hidup ini seperti roda. Berputar dengan pantas. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Putaran itu membawa Johari kepadaku. Mengejarku bagai aku mengejarnya suatu waktu dulu. Cuma waktu itu, aku masih mengekalkan sifat maluku sebagai seorang perempuan. Tidak menunjukkan secara terang-terangan.

“Terima kasih Ha ucapkan atas kasih sayang Jo. Cuma cara yang Jo tunjukkan adalah salah. Lari dari landasan. Jika benar Jo menyanyangi Ha, Jo tak akan mereka cerita yang tidak benar…” Johari tidak perlu menjelaskan apa-apa lagi. Segalanya telah terang.

“Ha… maafkan Jo. Jo tak boleh kehilangan Ha.” Wajah Johari aku pandang. Rasa kasihan pun ada. Tapi apakah makna kasihan. Kerana sayang orang boleh melakukan apa saja. Kerana cinta juga orang boleh melakukan perkara di luar batas fikiran.

Amir Zuhairi diam memandang kami. Dia telah mendengar segalanya. Cukup jelas dan nyata. Pengakuan dari mulut Johari sendiri.

Pertemuan malam ini adalah bukti bahawa tuduhannya dulu adalah salah. Aku lakukan segalanya bukan kerana aku ingin kembali kepadanya. Tetapi untuk membuka matanya; menuduh sesuatu tanpa usul periksa adalah satu kesilapan.

“Zu… “ Amir Zuhairi menarik nafas. Johari termenung seketika. Menyesal agaknya dengan apa yang terjadi.

“A…. Abang minta maaf Zu..” Perlukah aku memaafkannya di atas keterlanjuran katanya. Memaafkan boleh tapi melupakan segalanya adalah amat sukar. Hati yang terusik masih lagi terasa pedihnya.

“Abang tak tahu apa yang berlaku saat itu. Kalau hati Zu sakit, hati abang lagi sakit. Kalau hati Zu luka, hati abang lagi terluka.” Ah, pandainya Amir Zuhairi memainkan kata-kata. Saat ini aku mengakui bahawa dia telah menunjukkan kehebatannya dalam berbicara.

Tapi untuk apa ya? Segalanya tidak bermakna lagi. Kata-kata itu hanya menambah rasa sakit di hatiku. Bukannya menjadi penawar.

‘Ha… Maafkan Jo..” Ada kesedihan dalam suara Johari.

Aku merenung ke wajah Johari. Lantas ke wajah Amir Zuhairi. Mereka saling bertatapan. Aku melihat Amir Zuhairi mengetap bibir. Kalau aku tiada di saat itu. Entah apa yang terjadi. Berlaku pergaduhankah? Tercemarkah keindahan restoran ini?

Jam bertali emas di pergelangan tangan aku pandang. Hampir 1 jam aku berada di sini. Segala-galanya bagiku telah selesai. Terima kasih TUHAN. Tidak sia-sia aku bangun lewat malam untuk bermunajat kepadaNYA. Kerana DIA MAHA MENDENGAR, DIA MAHA MENGETAHUI segalanya.

“Ok guys, I terpaksa pergi sekarang ni. Kerana menghargai kedatangan you berdua.. I ada hadiah teristimewa untuk you berdua. I hope you like it.” Aku menghulurkan beg kertas berwarna kuning untuk Johari. Beg kertas berwarna biru aku berikan kepada Amir Zuhairi.

Aku keluar dari restoran Sari Alamanda dengan dada yang lapang. Lepas ini aku tidak perlu berfikir lagi tentang mereka berdua. Pastinya Fiza telah sedia menanti di pintu masuk Carrefaur seperti janji kami.











8 Comments:

  • At Wednesday, April 26, 2006 12:28:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    kak ija..... *hentak2 kaki* koknya mengapa sih ada suspen lagi.. aku ngak bisa tidur jika begini...

    apa pun zu memang bijak2222

    pssstt.. apa ya isi dalam paper bagnya? kepingin benar sih mahu tahu isinya

     
  • At Wednesday, April 26, 2006 1:38:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Nisha,

    Berbalui Zu x tidur malam..

    Amir skrg. ni nak jadi jaga kat pintu rumah Zu...

    Tq Nisha selalu datang ke sini, ;p

     
  • At Wednesday, April 26, 2006 1:41:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Lia,

    Tidurlah dulu, kak ija dendangkan lagu Tidurlah Permaisuri kerana..
    suspennya masih berbaki..

    Zu tengah senyum2 bila ada orang puji...

    nak tahu isinya? jom kita serbu AZ & Jo

     
  • At Wednesday, April 26, 2006 2:41:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    bahang makin terasa, rasakan si Jo diatas perbuatan nyer...Amir plak lepas ni gigit jari ler...

    yg pasti, cincin2 tuh akan kembali ketangan pemberi nyer...betul tak Ija:)

    tak sabar nak tunggu n3 baru yg lebih xpress :-D

     
  • At Wednesday, April 26, 2006 4:49:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    kak ija sajelah tuh... kat mana nak serbu AZ & Jo?

    kak ija, kak ija... k ija dah janjikan.. AZ utk saya kan? *dgn muka paling manja* bg contact no. dia saya nak call tanya... hehehehe

     
  • At Wednesday, April 26, 2006 4:49:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    yg tu saya yg send

     
  • At Saturday, April 29, 2006 12:43:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Tie,

    Akan tahu juga bila hadiah dibuka,
    Amir tengah bermuram durja,
    Jo pula membawa lara...

     
  • At Saturday, April 29, 2006 12:46:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Lia,

    Betul tu Lia masa inilah Lia kena tunjuk skill pujuk Amir,
    tapi kan Lia, Lia ada persaingan..

    Ada 2 orang dah beritahu itu pun nak jumpa Amir..

    Kak Ija dah keliru pula
    ;p

     

Post a Comment

<< Home