HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Monday, April 24, 2006

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 44


Aku duduk di Restoran Sari Indah, Alamanda, Putrajaya. Jam menunjukkan ke angka 8.00 malam. Masih awal lagi. Tetamu yang aku nanti masih belum lagi nampak kelibatnya. Janjinya kami akan bertemu di sini pada pukul 8.15 malm. Masih ada 15 minit lagi.
Sengaja aku memilih tempat yang agak tersorok sedikit. Tersorok tapi aku masih boleh nampak lagi tetamu yang dijemput. Air karot susu aku sisip perlahan. Nak makan pun, aku masih kenyang lagi.

Dari dalam restoran itu aku lihat Johari berjalan santai. Dia masih lagi Johari yang dulu. Seorang yang mementingkan ketetapan waktu. Dia berdiri sebentar di pintu masuk restoran. Matanya mencari-cari arah meja yang patut di tuju. Aku melambaikan tangan.

Kerusi ditarik. Dia duduk di sebelahku. Melemparkan senyuman. Aku pun turut tersenyum.
“Apa khabar Ha?” Ujarnya lembut.
“Baik…”
“Tak sangka Ha call hari itu, nak jumpa Jo.” Dia menyambuang bicara.
“Kita dah lama tak jumpakan? Tak suka bertemu dengan Ha ke?”
“Mana boleh tak suka, pucuk dicita ulam mendatang. Tak cukup tapak tangan, nyiru ditadahkan.” Siap dia berperibahasa melambangkan kegembiraannya.

Aku teringat hari yang aku menalipon Johari. Memang tergambar kegirangan di suaranya.
“Ada pa-apa ke Ha talipon ini?’ Itu antara isi perbualan kami.
“Rindu agaknya…” Aku bermain dengan kata-kata. Menjadi pelakun sementara.
“Kalau rindu bila nak jumpa?”
“Itulah yang talipon ni. Nak jumpalah...!” Aku melembutkan suara sebaik mungkin.


“Minum saja?” Kata-kata Johari mengembalikan aku dari lamunan.
“Emm.. Petang tadi dah makan.”
“Itu petang. Ini malam. Jangan risau, order apa saja. Jo akan bayarkan..Lagi pun dah lama Jo tak belanja Ha”
“Terima kasih tapi Ha kenyang lagi.” Jam di tangan aku pandang. Sepi memenuhi ruang seketika


‘Kenapa?” Johari bertanya melihat keresahanku.
“Tak ada apa-apa.”
“Jo orderlah… kata lapar tadi?” Aku menutup keresahan di hati.


Angka jam telah menunjukkan ke 8.20 malam. Orang semakin ramai masuk ke restoran ini. Aku sukakan suasana di sini. Agak tenang dan santai. Kalau dari luar restoran ini nampak eklusif sedikit.

Kalau dia tak datang macammana? Aku tertanya-tanya. Johari di sebelah tidak aku hiraukan lagi.


“Makin lama tak pandang Zu, makin cantik pula?”


Aku tak sempat menjawab. Di depan restoran aku melihat dia berjalan menuju ke meja. Wajahnya memang serius. Jika dibandingkan dengan Johari yang berwajah ceria. Macam langit dengan bumi. Walaupun begitu, aku mengucap syukur di dalam hati kerana kehadirannya membuatkan kerjaku akan berjalan dengan lancar.


Johari dipandang sebentar. Kemudian matanya menyorot ke wajahku. Wajah sombongnya kembali lagi. Dahinya berkerut. Mungkin dia tidak menyangka bahawa Johari ada bersamaku di saat ini.


“Kenalkan. Johari…” Aku tahu mereka telah kenal. Cuma aku sengaja berbuat begitu untuk meredakan keadaan.


Johari tersenyum. Kasihannya dia, senyumannya tidak dibalas. Aku tak tahu apa anggapan Amir Zuhairi pada waktu itu. Mungkin anggapannya benar. Bahawa antara aku dan Johari memang telah terjalin satu hubungan.


"Thanks menerima jemputan ini.." Kepalanya dianggukkan. Matanya tidak lepas dari memandang aku. Terkejut agaknya kerana aku boleh bersikap biasa. Siap dengan senyuman paling manis untuknya.


"Nak order apa-apa?" Aku melambaikan tangan ke arah waiter.
"Fresh orange satu." Beritahunya kepada waiter yang bersedia dengan pen dan kertas.
"Makan Encik?"
"Hendak makan nanti, saya panggil." Waiter pun berlalu pergi.


Johari di sebelahku diam memerhatikan Amir Zuhairi. Seronok aku melihat pertemuan mereka berdua. Seorang berwajah ceria. Seorang berwajah serius. Nak kata Amir Zuhairi marah. Tidak pula. Cuma senyuman memang tiada di bibirnya.

"Kenapa dia kat sini?" Johari berbisik lembut di telingaku. Aku senyum mendengarnya. Mengambil waktu untuk menjawab.
"Sekejap lagi tahulah...." Balasku agak perlahan.

Amir Zuhairi yang duduk bertentangan denganku merenung tajam. Kurang senang agaknya dengan cara aku dan Johari berbual. Mungkin dia juga ingin tahu butir-butir perbualan kami. Aku buat-buat tidak endah dengan renungannya. Biarlah! Johari pun satu hal. Sengaja bersikap romantik. Ada persaingan di dalam diam.

Aku kini bebas berbuat apa saja. Nak senyum atau pun berbual dengan sesiapa saja yang aku suka. Kalau Amir Zuhairi nak cemburu pun biarkan! Dan pastinya tiada sebab juga dia nak cemburu. Dia yang memulakan segalanya.

"Tentu you berdua terkejut kenapa I aturkan pertemuan ini?" Aku merenung Amir Zuhairi di depanku. Dia tunduk menyedut fresh orange. Johari di sebelah terdiam bila aku berkata begitu. Ada resah dalam dirinya. Senyuman yang tadi bermain di bibirnya terhenti serta merta.


"I pun tak mahu nak ambil masa panjang. Cuma ada perkara yang perlu diselesaikan di sini. Simpan lama-lama pun tak elok juga…" Amir Zuhairi bagai tersentak. Ada keluhan keluar dari bibirnya. Untuk apa? Cuma dia yang boleh menjawab.

Hampir dua minggu aku memikirkan jalan penyelesaian. Beberapa malam aku tidak dapat tidur dengan tenang. Dan waktu-waktu begitu kepada siapa aku harus meminta tolong. Selain daripadaNYA, Tuhan Pencipta Alam. DIA yang mendengar segala resah di hatiku. Dan kepada DIA aku memohon pertolongan.

Lalu inilah jalan penyelesaian yang terbaik yang ditunjukkan. Aku perlu berhadapan dengan kedua lelaki ini. Dua pasang mata lelaki itu menatap wajahku. Menunggu penuh sabar butir-butir perkataan yang akan keluar dari bibirku. Mereka seperti pesalah dan aku pula seperti seorang hakim yang akan menjatuhkan hukuman.

Aku pandang wajah keduanya. Ada debaran bermukim di hati. Ya Allah, berikan aku kekuatan ini untuk meneruskan bicaara ini.. Aku berbisik sendiri.

Sebenarnya N3 ini telah saya masukkan semalam, tapi tak tahu apa sebabnya ia tiada di blog. Ini kali ke 3 mg tak hilang macam semalam.

6 Comments:

  • At Tuesday, April 25, 2006 9:50:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Ija...thankssss.....

    tp aper tujuan Zu buat mcm tuh???
    naper panggil Jo & Amir....
    tah2 betul Jo yg buat onak pd Amir & Zu...kalo betul nampak nyer Zu bijak menyelesaikan masalah....


    Ija, I really love yr story...all the best for you...

     
  • At Tuesday, April 25, 2006 5:04:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    memangler tak hilang tp knp tergantung nih..... aduhh koknya kena nungu lagi sih...kapan mau di tunggu n3 baru nya?

     
  • At Tuesday, April 25, 2006 5:10:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    memangler tak hilang tp knp tergantung nih..... aduhh koknya kena nungu lagi sih...kapan mau di tunggu n3 baru nya?3F

     
  • At Wednesday, April 26, 2006 8:38:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Tie,

    Zu dah fikir2, itu jln. penyelesaiannya, pertembungan antara Jo & Amir, saksikan nanti siapa yang bengkak mata...

    :)

     
  • At Wednesday, April 26, 2006 8:39:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Nisha,

    Ingat Nisha, teringat2 kangaroo di sana, suka tengok anak kat koceknya...

    Masalah Zu selesai, masalah Amir pula... ha ha ha

    TQ suka n3 ini;
    Salam dari bumi Malaysia

     
  • At Wednesday, April 26, 2006 8:41:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Lia,

    Lo bila kamu pulang dari Indon..
    Enggak payah tunggu2, n3 ni express...

    Kapan kita mahu ketemu lagi?

     

Post a Comment

<< Home