HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Thursday, April 13, 2006

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 43

Aku masuk ke bilik En. Taufik. Menghulurkan borang cuti yang telah diisi. Dia mengambilnya. Membaca apa yang tercatat di situ.

"Nak ambil cuti seminggu?' Aku menganggukkan kepala.
'Lamanya... Cuti kahwin ke?"
"Ya.. " Aku menjawab pendek. Terasa nak mengusik 'boss' yang begitu ramah pagi-pagi ini.
"Betul ke Zu?" Riak mukanya terkejut sangat. Rasa hairan bertandang ke hati.
"Betul.... " Aku tak sempat menyambung ayat bila dia telah bertanya.
"Saya tak terima kad jemputan pun!" Aku tersenyum. Kenapa pula 'boss' ku ini gelabah habis bila timbul soal perkahwinan.

"Memanglah kad tidak diedarkan sebab bukan saya yang akan kahwin." Senyuman di bibir aku simpan kemas.
"Pandai awak ya, pagi-pagi dah kenakan saya.."
"Selalu orang kata 'Black Monday, atau Gloomy Monday jadi saya nak ceriakan keadaan." Sebenarnya bukan ceriakan keadaan. Aku buat begitu kerana ingin menutup hatiku dari terus berfikir tentang kisah yang baru terjadi.

"Saya nak ikut boleh ke?" Apa pula boss ku ni pagi-pagi dah melalut.
"Boleh.. tapi En. Taufik tak dijemput."
"Bukan saya nak pergi rumah orang kahwin, nak temankan awak.." Lawak apa pula En. Taufik ni. Tiba-tiba saja aku berasa berlainan mendengar ungkapan darinya. Terkedu aku dibuatnya. Tak tahu apa yang perlu dijawab.

Borang cuti masih di tangannya. Belum ada tanda-tanda bahawa dia akan menurunkan tandatangan.

"Saya dah ada teman En. Taufik. Terima kasihlah..." Ujarku lambat-lambat. Perlahan. Dia ketawa. Apa kata orang lain nanti. Aku cuti boss pun turut cuti. Jauhkanlah segalanya.

"Boleh juga saya jadi pemandu pelancung. Saya dulu lama juga tinggal di Trengganu..." Aku diam. Rasa bersalah pula kerana bersikap prasangka kepadanya. Dalam kepalaku hanya berdoa supaya dia cepat-cepat turunkan tandatangan.

"Kat mana rumah kawan awak tu?"
"Chendering..."
"Dah ada tempat penginapan?" Ada tanda risau dalam hatiku bila En. Taufik terlalu prihatin. Tapi cepat-cepat aku hapuskan.
"Semuanya dah disediakan..." Cepatlah tandatangan, janganlah nak bertanya lagi. Ujar hatiku. En. Taufik macam berfikir sebentar. Aku dapat mengagak apa yang berlegar di kepalanya.

"Saya dah tengok kalendar. Minggu itu memang tak ada apa-apa aktiviti." Aku memberitahunya sebelum sempat dia bertanya.
"Awak ni ada telephati ke.., tahu saja apa yang nak saya tanya.." Senyuman pagi aku lemparkan walaupun aku rasakan senyuman itu agak hambar.

"Terima kasih En. Taufik" Aku ucapkan kepadanya bila dia menurunkan tandatangan di atas borang itu. Gembiranya hatiku. Masa begini amat aku perlukan untuk menenangkan hatiku yang rawan.

"Balik nanti jangan lupa bawa ole-ole untuk saya..." ucapnya tika aku hampir ke muka pintu.
"Insyallah.....Ada apa-apa nak minta saya belikan ke?"
"Awak pergi dan balik dengan selamat pun dah cukup." Macamlah aku tak biasa ke sana sini. Tapi ialah orang dah mendoakan keselamatanku sepatutnya aku hargai.

*****

"Wah senyum meleret!" Entah bila Azira berada di depanku. Dia mengatur langkah; mengikutku ke dalam bilik.
"Mestilah.... orang nak bercuti! Tak kanlah nak menangis.."
"Boss benarkan pulak cuti lama-lama.." Aku pernah menceritakan kepada Azira tentang hasratku untuk menghadiri perkahwinan teman serumah.
"Ada sebab ke aku tak boleh cuti lama-lama. Bukannya selalu pun.."
"Manalah tahu kot kot ada orang tu rasa kehilangan..." Lain macam pula nada Azira.
"Siapa yang rasa kehilangan?"
"Tepuk dada tanya selera..."
"Memanglah selera aku hari ini nak makan pizza, Kau nak belanja tak.? Bila-bila masa aku boleh pergi.." Aku tersenyum bila Azira mencebekkan bibir.

"Susah betullah cakap orang yang tak faham ni..."
"Habis yang kau cakap berbelit-belit lagi serabutkan kepala aku tau.." Azira bermain-main dengan paper weight yang dihadiahkan oleh seorang teman yang baru pulang dari luar negeri.
"Cakap tu straight to the point. Senang orang nak faham..." Aku menambah lagi bila Azira asyik dengan paper weight tersebut. Kagum agaknya dengan rekaannya yang agak unik.

****

"Zu... aku tanya sikit boleh tak?" Macam rahsia besar sahaja Azira bertanya. Bunyi macam orang berbisik.
"Sejak bila pula minta izin nak bertanya ni..."
"Manalah tahu kau tak suka pula?"
"Belum tanya macammana nak tahu suka ke tak suka?"
"Mamat yang kita jumpa kat Alamanda itu, pernah talipon tak?"

Jantungku berlari kencang. Tak sangka soalan itu yang Azira ajukan.. Aku sekarang ini sedang mencuba lenyapkan nama itu dari kotak fikiran. Azira ini pula timbulkan persoalan itu. Azira merenung ke wajahku. Mungkin dia perasan akan rona wajahku yang berlainan pola.

"Kenapa Zu? Sorry ya kalau kau tersinggung dengan pertanyaan aku tu.."
"Tak ada apa-apa. Terkejut sekejap. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba kau tanyakan soalan itu. Dah jatuh minat kat dia ke?"
"Entahlah.. Tiba-tiba sahaja aku boleh terfikirkannya. Bukan ada maksud apa-apa. Cuma bila aku teringat cara dia pandang kau yang menimbulkan persoalan.. pastilah ada rentetan selepas itu.."
"Ke situ pulak! Kalau orang lain pulak pandang macam itu?"
"Siapa? En. Taufik?" Belum apa-apa Azira telah memotong cakapku.
"Tak ada nama lain ke yang kau sebut. Asyik-asyik dia saja.." Rasa tidak puas hati aku lepaskan.
"Kata orang kalau marah-marah ada rahsia yang tersembunyi di sebaliknya..." Azira menekan-nekan pula kalkulator di atas meja. Sikapnya begitulah ada saja benda yang diusiknya bila berbual. Tangan tak pernah diam.
"Tak betul memanglah aku marah... Tak kan nak diam sahaja."
"Tapi kalau betul pun apa salahnya.." Ee.. geram pula aku dengan Azira ini. Ada saja jawapannya.
"Kau ini tak ada kerja ke? Dah lama dalam bilik aku ini. Kang ada orang cakap makan gaji buta pula."
"Tahulah kau nak mengelak bila timbul perkara-perkara macam ini."
"Samalah macam awak tu Cik Azira. Mengata dulang paku serpih, mengata orang melebih-lebih. Pagi-pagi pula tu.."
"Oklah... nak menghalaulah itu..." Azira seakan merajuk.
"Eh merajuk ke? Nanti aku panggil En. Taufik pujuk nak?" Topik pagi itu berkisar kepada En. Taufik pula. Kemudian kami sama-sama ketawa. Azira tahu aku pula mengenakannya.
"Dia lebih sesuai pujuk Cik Intan Zulaikha berbanding dengan Cik Azira..." Azira masih tidak mahu mengalah.

"Cik Azira kita bincang lain kali ya tentang topik ini. Tak termasuklah dalam schedule saya."

Sambil tersenyum Azira bangun dari kerusi. Tahu yang dia patut keluar dari bilikku. Kalau bersembang dengan Azira macam cerita 1001 malam. Ada sahaja ayat yang keluar dari bibir merahnya untuk membidas cakapku.

"Petang ini free tak? Temankan aku pergi Alamanda. Nak cari hadiah untuk kawan aku tu. Kau kan memang expert dalam memilih hadiah ni." Panjang ayat yang aku buat tanpa memberi peluang kepada Azira. Macam memberi arahan pula.
"Ok. Boleh saja. Untung-untung jumpa lagi dengan mamat itu. Mana tahukan kali ini dia yang belanja. Kat Secret Recipe pula..." Sempat lagi dia mengusikku. Sengihnya tak habis.

Aku hanya tersenyum. Menggeleng-gelengkan kepala melihat Azira berlalu pergi. Senyumannya masih tersungging.

Jawab TB yang lepas:-
Irena : Zu tengah baling dadu ni dah pening nak fikir
Yatinana : TQ suka cerita ni, datanglah bertandang lagi...
Mie : Ada sebab agaknya dia ambil cerita ni cuma caranya salah
Emi : TQ prihatinmu.. kita ada jumpa kat PWTC arit tu kan?
Nisa: Insyaallah cerita ini akan diteruskan selagi terdaya dan diperlukan
Shani : Nak panggil edisi siasat knp dia ambil cerita ni..
Sharifah : Tkasih letak komen tu, dah check cerita tu dah tak ada..
Norb_aina : TQ; skrg. dah x ada cerita LADHM tp cerita lain memang ada..
Ibu_manja : TQ; sambung tetap sambung.. :)
Kak Atie : Tkasih jua dtg. ke sini menceriakan blog Ija
Wafa : 1st time nampak kat sini, tkasih datanglah lagi (Wafa ada di CESB ke ari tu?)
Kak Noor: Kita pun x sangka jd cam tu...
Lia : boleh pergi kat capaian terawal..
Izawani : Macam-macam sikap org. ni... tp dah settle skrg. ni..
NC : Tkasih, datanglah lagi
Notie : Sabar Notie... setakat ini kes dah selesai, tkasih atas perihatinmu... Ingatkan Amir ni nak bagi kek ke? teringat2 kek yg. x sempat dirasa :(
Tie : Amir akan muncul juga; simpan dulu rindumu...
Emi : Merajuk? Tak lah... kalau Zu merajuk adalah...
Ibu_manja : Zu putus tunang dah ada org. tunggu...
Enigma : Kita tanya2 tp org. tu tak muncul2 juga... x kan invisible kot?
Iera : Wa'alaikummusalam, org. tu memang berani..
Choco : 1st time nampak kat sini, tkasih, datanglah lagi ..
Ann: Kalau itu yg. Amir pinta, bila2 masa Zu setuju saja.. ;p
Mie : Siapa yang kejam ni Amir/Zu/Jo? he he
Norb_aina : Aduhai ramainya org. menangis bila Zu-Amir putus tunang.
Irena : Kenapa tak suka? Amir dah suka
Tie : Teringat pula lagu Jgn. Pisahkan
Noor : Rasa itu yg. mahal ni, tksih menjiwai watak Zu
Noor: Nak wrestling kat mana tu?
Kak Noor: Amir tu tersilap bahasa... sudahnya dia yg pening kepala
Nisha_Lee: Amir tu nak gertak saja...
Lyn : Pandai awak teka ya? Kita tengok adegan seterusnya..
Noor: kata Jo biar putih tulang jangan putih mata
Norb_ina : Amir marah dulu baru siasat! Yg. untung Taufiq juga...
Klena : Tengok kiri kanan nak cari siapa yg. sedang merintih ni..
Ellio8: Kalau x mahu Zu dgn. Taufiq dgn. siapa ya nak dipadankan?
Emi : Sambungannya tetap ada, tunggu......

6 Comments:

  • At Friday, April 14, 2006 2:34:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    asyik2 En Taufik...

    bila Amir nak muncul ni???...

    Ija, selesaikan cepat2 kemelut di muara kasih si Amir & Zu..hehehehe

     
  • At Monday, April 17, 2006 11:06:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Ija - makin tmbh pns cerita nie. Namun ku tahu sebgaimana katamu, peminat tak suka Amir n Zu tputus tgh jln. So bagi peminat gembira. bagi happy ending for the story. Yati rasa awk leh buat tu.... Namun bagi Yati....

     
  • At Thursday, April 20, 2006 12:17:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Tie,

    En. Taufik tu menanti masa saja.. he he

    Amir akan muncul jua... usahlah risau

     
  • At Thursday, April 20, 2006 12:19:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Yati,

    Amir n Zu... tunggu endingnya..

    Tiap masalah ada jalan penyelesaian, cuma lambat atau cepat saja. Dan cara ia diselesaikan...

    Moga tabah menempuh kehidupan ini...

     
  • At Thursday, April 20, 2006 12:24:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Nisha_gal,

    apa khabar?

    yang terduga itulah yang terjadi..

    Taufik tu dah lama memendam rasa,
    tunggu saat dan ketika..

    nisha.. (jk x keberatan beri e-mail nisha, boleh post ke address e-mail kak ija) tq

    ;p

     
  • At Wednesday, April 26, 2006 8:43:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Salam Nisha..

    Thanks beri add e-mail.

    N3 baru dah ada, silalah baca..

     

Post a Comment

<< Home