HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Thursday, June 08, 2006

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 54


Aku tiba di rumah mak lebih kurang pukul 9.00 pagi. Oh... seronoknya. Tangan mak aku salam dan cium. Tubuh mak aku peluk, pipi mak pula menjadi mangsa kucupan aku yang bertalu-talu. Mak hanya tersenyum saja. Tahu sangat dengan perangai anak bongsunya itu. Kalau tinggal berdua begitulah... Tapi jika ada orang lain di sekeliling tahu pula nak kontrol sikap begitu.

"Apa khabar mak?"
"Dah buat mak macam orang lemas, baru nak tanya khabar?" mak menggeleng-gelengkan kepala. Bahuku dipeluk erat.
"Rindulah mak...."
"Adik kan nak jadi isteri orang, ubahlah sikit perangai itu." Aduh pagi-pagi lagi mak dah memulakan ceramah. Salahkah aku melahirkan rasa rindu kepada mak dengan cara begitu. Apa kaitan pula dengan nak ubah perangai.
"Mak, masak apa sarapan pagi ini? Laparlah..." Aku mengubah topik.
"Cakap pasal kahwin mulalah melencong ke arah lain. Tak tahulah adik ini, apa yang ditakutkan dengan kahwin pun tak tahulah. Orang lain nak kahwin suka..! Tak sabar..." Inilah yang aku malas nak balik. Tak habis-habis nak mengasak dengan soalan yang sama.
"Mak, kita cerita pasal itu lepas ini. Adik lapar sesangat.... Pagi tadi minum susu saja. Sebab nak bersarapan dengan mak." Aku bangun dari sofa yang berwarna biru itu mengikut mak ke dapur.

"Uh... sedapnya." Aku mengangkat tudung saji. Di atas meja terhidang capati dan kari daging. Piring yang tersedia ada aku isikan dengan capati.
"Capati yang mak buat memang bestlah. Tak lawan yang jual kat kedai itu.."
"Kalau cam itu.. adik kena belajar juga. Dah kahwin nanti, boleh hidangkan untuk Amir.." Hampir aku tercekik mendengar cakap mak. Tak habis-habis dengan nama mamat sorang ini. Tak bagi peluang aku nak tenang-tenang.
"Mak ini, masa makan janganlah sebut nama dia.. Tak seleralah nak makan..." Air nescafe aku capai. Meneguknya untuk meredakan tekakku.
"Adik ini mesti makan tak baca Bismillah. Sampai tersedak. Suka pun kenalah makan perlahan.." Aku tersedak pun kerana mak juga.
"Kalau Amir tengok, apa katanya. Bakal isteri makan gelojoh.."
"Mak, karanglah cerita pasal lelaki pilihan mak itu. Sekarang ini adik nak makan puas-puas." Agaknya apa kata mak bila dia tahu kepulangan aku kali ini bukan setakat melepaskan rindu. Tapi terselit agenda lain.

*****

"Apa?" Suara mak meninggi mengejutkan aku. Bila aku menyatakan hajatku selepas makan tengahari. Masa itu mak sibuk membelek-belek kain sutera dan tudung yang aku bawa dari Terengganu. Kain yang dipegangnya diletakkan di atas meja. Mata mak tajam merenungku.

Tak sangka pula kata-kataku itu menimbulkan kemarahan mak. Aku bercakap pun bukan dengan suara yang tinggi. Mak pula menyambut cakapku dengan bahasa begitu. Sedih juga rasanya.

"Jangan nak buat hal lah Zu.!" Nama pendekku digunakan. Kalau dah macam itu memang mak benar-benar marah denganku. Aku diam sebentar. Menarik nafas untuk mengatur ayat supaya mak tidak terus naik angin.

"Mak dengarlah dulu apa yang adik nak katakan. Ini belum habis cakap lagi, mak dah marah-marah.." Aku masih bersuara lembut.
"Siapa yang tak marah, kalau perkara macam ini boleh dibuat sesuka hati saja..." Mak memang seorang yang lembut tapi ada kalanya dia bertukar menjadi seorang yang terlalu tegas.
"Zu buat ini bersebablah mak.. Bukan saja-saja nak buat macam itu."
"Zu ini tak fikirkan perasaan orang lain langsung. Senang saja buat keputusan sendiri." Mak memalingkan muka. Merenung jauh keluar.
""Zu memang tak sayangkan mak... " Suara mak menjadi begitu lirih di pendengaranku. Menjadikan aku di dalam keadaan serba salah. Jika tak cakap masa bila pula aku nak beritahu segalanya.

9 Comments:

  • At Thursday, June 08, 2006 12:38:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    ahh!! sudah..!!...Zu lebih dulu bertindak...

    mane Amir ni?? lamanye outstation...tgk ni ape Zu dah buat..

     
  • At Thursday, June 08, 2006 12:45:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    alahai...mak Zu tu mcm mak saya la,kena jaga angin dia betul2.klu dia dah marah kain sutera pun dia x pandang.heheheh..rasanya semua mak kt m'sia ni mcm tu jg kan bila anak dia buat hal pasal bab kawin ni..

    betul la atie,mn Amir ni..cepat la balik.Kak ija promise yer yg AZ akan buat sesuatu yg giler2 smpai Zu pening kepala..

    'kudaku lari kencang rasa hati
    ku girang..A
    Z dan Zu riang.....'

    p/s:nak tanya cik taufiq tu dgn AZ saper lagi tua??

     
  • At Thursday, June 08, 2006 4:08:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Nisha, jgn ler sebut2 nama Hafiz..nanti dia muncul plak..hehehhe...En Taufik lagii...adusss..pening kepala Zu nak pikir....hehhehe...

    Amir???....oooo Amir cepat lah balik..!!....

     
  • At Friday, June 09, 2006 8:33:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    huhuhu..
    best..tp pendeknya..
    tak puas aaaa..

     
  • At Monday, June 12, 2006 12:53:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Tie,

    Amir diam membisu
    Zu buat tindakan dahulu
    tak perlu lama menunggu
    kerana Zu ingin begitu..

     
  • At Monday, June 12, 2006 12:56:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    anonymous (letakkanlah nama senang nak panggil..)

    AZ tu x tahu apa.... Zu dah penatlah x sangka mak dia x sokong langsung!

    AZ nak buat gila2, yg. risaunya dia jadi gila...ha ha ha

    En.Taufik tu lebih senior bbrp thn saja..

     
  • At Monday, June 12, 2006 1:00:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    nisha,

    ttg itu Zu memang pantas,
    cuma nak menerima AZ sj lambat, lebih lambat dari kura-kura!

    bila AZ balik kita tengok apa tindakan dia!

    Hanif sihat2 di Trg. Bila Zu gi sana nanti, dia akan tunggu..he he

     
  • At Monday, June 12, 2006 1:03:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Tie,

    Zu pening dgn. AZ saja
    tambah pening bila mak dia menentang hajat di hati!

    wa........

     
  • At Monday, June 12, 2006 1:04:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    anonymous

    tak puas?
    nak puas bc n3 54..
    happy reading!

     

Post a Comment

<< Home