HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Tuesday, May 30, 2006

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 52

“Awalnya bangun anak dara ni!” Fiza mencuit pinggangku. Aku yang sedang leka menggoreng keropok terkejut sekejap. Cuma senyuman aku berikan.

Selepas subuh tadi aku terus ke dapur. Hari ini aku bertugas semula. Jadi memang hasratku untuk bawa ole-ole untuk kawan sepejabat. Sama-sama merasa. Kalau bagi yang belum digoreng tak cukup pula.

“Ada apa-apa ke? Rajin sangat hari ini?” Fiza tak puas hati bila aku asyik senyum saja. Keropok yang siap digoreng diambil satu, lantas dimasukkannya ke mulut.
“Emm… memang terlebih rajin pula hari ini..” Aku mengiakan saja cakap Fiza. Senyuman memang tidak lepas dari bibir.
“Aa… ini mesti nak bagi kat buah hati..” Fiza pula tersengih-sengih.
“Buah hati mana pula ni…. “ Sengaja aku bertanya semula kepada Fiza. Skarf yang aku pakai aku ikat kemas-kemas. Tak pakai nanti berbau pula rambutku.

“Alah.. kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu pula..! Atau terlalu banyak buah sampai tak tahu yang mana satu!” Bukan aku tak faham. Tapi sengaja aku buat-buat tak faham.
“Nak buat apa bagi kat dia?”
“Faham juga rupanya. Orang kalau dengar buah hati tu.. Hati bagai digeletek. Suka tau. Tapi lain pula dengan Zu ni. Macam tak suka saja…”
“Dia jauh kat sanalah. Tak kan nak hantar pula. Lagi pun semalam kan aku dah pergi rumah ibu dia. Dia dah merasa pun.. Pastilah ibunya yang menggoreng..”
“Lain tau kalau buah hati yang menggoreng dengan ibu yang menggoreng. Mestilah sedap lagi kalau buah hati yang bagi…” Dia mencapai sekeping lagi keropok.
“Pandainya bercakap, macam ada pengalaman saja…” Aku bercakap tanpa menoleh Fiza. Risau pula leka berbual hangus pula keropok tu.

“Pengalaman belum ada lagi tapi kawan-kawan aku banyak yang bercerita macam itu. Terasa diri dihargai kalau buah hati yang beri.” Dia terus menguyah dan mencicah dengan sos yang dibeli dari negeri Pantai Timur itu.

“Memang keropok ini sedapkan? Tak rugi beli banyak-banyak. Ikannya pun terasa. Tak lah macam di sini. Tepung saja yang lebih.” Fiza mengomeh lagi.

Aku membelinya di Losong. Hanif yang membawa kami ke situ. Memang tempat itu terkenal dengan keropok lekornya. Masa balik itu kami juga singgah di Kuala Kemaman. Mencari otak-otak. Harganya pun lebih murah.

“Eh dah pukul berapa ni.” Fiza memerhati jam di pergelangan tangan.
“Pukul tujuh. Masih awal lagi…” Fiza mematikan kebimbanganku.

Keropok yang siap digoreng aku masukkan ke dalam tupperware. Tidak ketinggalan sosnya sekali. Semuanya tiga tupperware.

“Nah yang ini kau bawalah kat pejabat.. “ Tupperware itu aku hulurkan kepada Fiza.
“Thanks… ini yang buat aku sayang kat kau Zu. Rajin… sure tunang kau pun sayang kat kau kan?”
‘Dah bagi tu tak payahlah nak puji lebih-lebih!. . Ambil sajalah… “
“Lagi satu jangan sebut pasal tunang pagi-pagi ni. Sensitive tau!” Fiza mengangkat kening.
“Peliklah Zu ni. Teringat orang Trengganu ya, kalau tunang disebut tak boleh..”
“Mana ada? Pandai saja buat cerita. Dahlah aku nak tukar baju. Kang lambat pula.!” Api dapur gas itu aku padamkan.
“Nak mengelaklah tu…” Fiza berlalu ke ruang tamu membawa tupperware yang telah elok terletak di dalam beg plastik.
“Ingat judo ke nak elak-elak ni…”
“Betullah tu… Zu ini kan pakar elak mengelak.” .
“Ha.. jangan nak melencong pula cakap tu!” Aku mengingatkannya. Fiza ketawa. Tahu arah mana perbuaalan kami. Dia merujuk dengan sikapku masa di rumah Syikin. Memang masa tu aku mengelak habis dari menjawab panggilan talipon dua orang jejaka. Tempiasnya terkena juga kepada Fiza.

Sejak Syikin memberitahu dia akan berpindah; hubungan aku dan Fiza makin bertambah rapat. Dia pun jarang pulang lewat. Waktu dulu angka jam melewati 8 malam baru dia tiba di rumah.

Betullah ada hikmah di sebalik sesuatu yang terjadi itu. Cuma kita sebagai manusia sahaja yang tidak mengetahuinya. Bila telah berlaku baru kita berfikir ke arah itu.

**

Tupperware yang aku bawa aku letakkan di atas meja yang terletak di satu sudut. Kami memanggilnya coffee corner. Barang-barang yang dikirim oleh teman-teman; aku letakkan di atas meja mereka. Memang tidak dapat aku nafikan, aku datang awal hari ini. Awal daripada waktu yang aku selalu datang.

“Dah balik rupanya orang jauh ni… Makin menawan pula! Ada cerita menarik ke?” Azira datang kepadaku. Bersalam dan memeluk tubuhku. Pipi kami berlaga kiri dan kanan beberapa kali. Naik lemas pula aku bila Azira memelukku irat-irat.

“Aku bukan orang jauhlah.. Macam orang tak jumpa beberapa tahun.” Aku mengungkaikan pelukan. Azira ni kalau dapat memelukku memang kejap habis. Wajahku dibelek-belek. Apa hal pula Azira ni pagi-pagi berkelakuan begini. Peliknya!

“Yang kau pandang aku ini apa hal? Rimaslah! Macam aku ada buat salah saja?”
“Macam kena dera saja Zu ni?”
“Dera?”
‘Kena berdiri kat tengah panas! Berjelaga” Aku ketawa. Azira ni memang teliti sungguh. Orang lain tidak pula menegurku begitu.

“Em.... biasalah. Kau bukan tak tahu aku ni alahan sedikit.” Teringat aku suatu waktu dulu. Aku mengikuti satu latihan. Baru satu hari kulitku bertukar warna, sehinggakan kawan-kawan yang tak tahu mengatakan aku balik dari bercuti di tepi laut.

“Nah ini untuk awak…” Bungkusan yang berbalut kertas berbunga-bunga itu aku hulurkan kepadanya.
“Apa dalamnya?”
“Nak tahu tengoklah sendiri…. Tapi buka kat rumahlah ya!”
“Thank you…” Azira memelukku lagi. Macam dalam drama pula.

“Itu siapa punya?” Bungkusan berbalut kemas itu menarik perhatian Azira.
“Siapa lagi, untuk boss kitalah…” Aku menjawab perlahan.
“Bilik dia gelap saja.” Kalau dia ada tadi tidaklah hadiah itu terletak di situ. Pelik pula kebiasaannya En. Taufik datang awal. Lebih awal daripadaku.

“Rindu ke?” Wajah Azira aku pandang. Dia tersenyum manis.
“Hish! Rindu apa pulak ni… Tak baik bergossip di pagi hari!”
“Bukan gossip. Tapi boss kita tu kan bila lalu bilik engkau ni. Dia mesti pandang. Keluar pejabat pandang. Masuk pejabat pandang. Aku boleh kira dalam satu hari entah berapa kali dia pandang. Dia kan tahu yang engkau ni bercuti.” Aku mengangkat bahu. Malas nak ambil tahu.

“Apa namanya kalau dah macam itu. Ada rindu tersorok di hati.”
“Alah apa salahnya dia pandang. Dia ada mata. Dah terbiasa. Tak ada apa-apa, usah pula nak mengada-adakan cerita. Kang kalau tak betul siapa yang malu? Azira juga yang malu….” Aku pula ketawa.

Di luar teman-teman sudah mula memenuhi meja. Aku menoleh ke jam Ada yang membawa plastik bungkusan makanan. Mana yang rajin akan membawa bekal sendiri. Keadaan yang sunyi tadi bertukar suasana. Agak ceria sedikit.

“Tapi kan…..” Azira berhenti seketika.
“Apa lagi lah dia ni… “ Aku membetulkan tudung yang tiba-tiba tercabut pinnya. Masa inilah dia nak terbuka. Mujur Azira di depan, kalau En.Taufik … tak tahu apa nak aku buat.
“Dalam seminggu ini, ada seorang lelaki itu asyik menalipon saja. Bertanyakan Cik Intan Zulaikha…”
“Biasalah tu. Dah aku tak ada memanglah orang bertanya.” Kata-kata Azira tidak aku hiraukan. File di depan aku belek-belek isinya.
“Bukan macam itu. Yang ini pelik sedikit. Bila meminta dia meninggalkan pesanan.. Dia enggan. Katanya kau kenal sangat dengan dia…” Hatiku berdebar tiba-tiba. Tapi aku dapat agak siapa pemanggilnya. Mujur juga pemanggil itu. tidak menerangkan apa-apa,, jika tidak haru jadinya.

“Kau ada apa-apa yang dirahsiakan ya?” Azira mula menjadi perisik.
“Rahsia apa pula pagi-pagi ni. Merepek saja….”
“Kalau tak rahsia,.. maknaya ada ‘secret admirer’ lah ni…” Azira macam memikirkan sesuatu. Aku mengangkat bahu. Tidak mahu berkata apa-apa. Diam itu adalah jawapan yang terbaik.

“Lupa nak bagi tahu, hari ini boss tak ada. Kalau nak jumpa esok baru ada…” Azira keluar lalu mengenyitkan mata.

“Jangan lupa ya, beritahu kat rakan-rakan luar tu…. Ada sesuatu untuk mereka kat coffee corner. Kau pun dengan segala hormat dijemput merasa."

15 Comments:

  • At Wednesday, May 31, 2006 12:51:00 PM, Blogger nisha_gal said…

    hi Kak Ija

    Tq for n3 ni,bestlah tapi kan dah rindu kat En Taufik pulak

    hehe

     
  • At Thursday, June 01, 2006 5:32:00 PM, Anonymous lia said…

    kanda ija, rindu banget sih sama kanda ija, kapan ya kita bisa ketemu?

     
  • At Thursday, June 01, 2006 9:31:00 PM, Anonymous ija said…

    hi nisha,

    Rindu kat En. Taufik?
    satu perkembangan terbaru ni...

    salam sayang,
    kak ija

     
  • At Thursday, June 01, 2006 9:35:00 PM, Anonymous ija said…

    dik lia,

    kanda pun kangen sama kamu,
    knp sis enggak muncul ari itu..
    kok sudah janji?

    lain kali kita ketemu ya...
    sama novel baru kamu...

    ;p

     
  • At Friday, June 02, 2006 12:34:00 AM, Anonymous dhiya said…

    *garu kepala* tetiba je kak lia jadi bibik indon... dah tukar kerja ke? hikss...

    Kak Ija, nanti kalau kak ZU n abang AMIR tu kahwin, bolehlah hire bibik indon bernama adileah tu ye? jadikan watak dia bibik yang ingat2 lupa... HAHAHAHA...

    alamak! kak Lia kejar dhiya lah... *nyorok belakang kak Ija*

    ala... mana abang AMIR ni ilang? mesti tgh buat plan baru nak pikat kak ZU semula tu...

    ishhh... kembar tu mana plak perginya. dah sebulan cuti sem. ni tak muncul2 lagi...

     
  • At Friday, June 02, 2006 7:51:00 AM, Anonymous lia said…

    OOOOOOOOOOOOO.... sesuka hati jer pangil aku bibik indon... nanti kamu dhiya, aku bilang sama mas AZ, kamu membuli aku ya..

    ingat dhiya tu nyorok belakang kak ija, akak takut ker? tak heran.....*muka selamba*

     
  • At Friday, June 02, 2006 1:27:00 PM, Anonymous ija said…

    dhiya..

    alahai rindunya kat dia..
    dhiya x tahu ke... itu kerja part time lia .. he he..

    bagus jg cadangan itu, tp kot2 Zu kahwin dgn. org. lain ke... nak hire juga ke?

    cepat dhiya nyorok kat belakang almari ni... belakang kak ija dia nampak!

    Amir out-station; Kembar comel tu buat kerja amal utara sana...

    ;p

     
  • At Friday, June 02, 2006 1:32:00 PM, Anonymous ija said…

    Lia;

    AZ x ada g lawat projek di Johor!
    Sebab itu kembar berani tiada siapa yg. larang.. he he...

    Ok juga ya main kejar-kejar, berpeluh juga badan...

     
  • At Friday, June 02, 2006 2:10:00 PM, Anonymous lia said…

    Sampai hati tau, kak ija komplot dgn dhiya..*nangis hentak2 kaki*

    tpkan...kalau kerana AZ, jadi bibik pun bibiklah.. psstt... kita pandai masak nasi indon tau...dhiya tu pandai ke? kak ija tahu mcm mana msk nasi indon? tak tahu kan... *tunjuk muka bangga*

    Eleh... mcmlah tak nampak dhiya kat belakang almari tu...

     
  • At Friday, June 02, 2006 4:06:00 PM, Anonymous dhiya said…

    kak lia...
    report lah kat abang AMIR tu, kita tak heranlah! tak tahu ke ni lah adik kembar kesayangan abang AMIR n kak ZU tu! *senyum bangga*

    kak Ija..
    janganlah kak ZU kahwin dgn en. TAUFIK tu. tak bestlah. nanti kembar tak leh gurau2 n manja2 dgn kak ZU... please kak ija...*buat muka comel ala2 kucing dlm citer SHREK utk tarik perhatian kak Ija*

    tak pun... bibik tu keje dgn ibu jelah. boleh buli bibik tu masak nasi indon yang ntah camner rasanya tu... :D



    tak yah nyorok2, nanti abang AMIR balik, kita report kat abang AMIR je... nanti bibik mesti kena marah sebab abang AMIR sayang kembar!

    ;)

     
  • At Friday, June 02, 2006 4:15:00 PM, Anonymous ija said…

    Alah Lia.. (manja2 gitu panggil Lia..)

    jgnlah hentak kuat sangat, itu konkrit lama,,,kang roboh siapa yg. susah... Amir n Zu juga susah..
    kembar pun susah juga sbb x ada org. nak masak nasi indon.

    Nasi Indon? 1st dengar ni...
    Boleh masuk list menu baru he he..

    Dhiya...keluarlah...
    Lia dah nampak x leh nak menyorok
    ;p

     
  • At Friday, June 02, 2006 4:35:00 PM, Anonymous ija said…

    dhiya..

    Zu di persimpangan, tengok Lia tengok Dhiya.. (mcm. org. nak cross jalan)... sorang nak jadi bibik, sorang kembar penghibur lara... manyak susah lo...

    Kalau x mahu Zu kahwin dgn. En. Taufik, cepat2lah suruh Amir pujuk Zu itu... Lambat2 putih mata pula!

    Psst... Dhiya (berbisik sedikit) Bibik itu ada permit ke tidak? Nak bagi kerja kena pantau kan bibik tu suka dengan Mas Amir..

    (^^);p

     
  • At Friday, June 02, 2006 9:28:00 PM, Anonymous kak ida said…

    Ni apa ni???

    Ada adengan sandiwara pulak di sini?

    Eh eh budak2 ni, bukan nak kemas rumah, ke, basuh baju,ke, main sandiwara pulak dia.

    kak long ida belum makan lagi ni, ija bila nak masak???

    (kan da terjangkitsandiwara korang.... hehehe)

     
  • At Sunday, June 04, 2006 10:29:00 PM, Anonymous ija said…

    kak ida...
    lamanya tak dengar cerita,
    (salam & peluk kak ida)

    kalau AZ x ada mcm. itulah...
    ada perang mulut sedikit...
    nasi di daput tu dah hangit
    sorang pun tak sedar!
    bantal pun berserakan...
    abis kekabu sana sini..

    sian kat ida, lapar ya..
    ari ni x payah makan nasi indon
    kita gi sari indah alamanda sajalah...

    ;p

     
  • At Monday, June 05, 2006 2:57:00 PM, Anonymous lia said…

    komplot2 *tunjuk muka selamba*

     

Post a Comment

<< Home