HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Tuesday, June 06, 2006

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 53


Kesibukan sepanjang minggu itu membuatkan aku tidak dapat bertemu En. Taufik. Kami hanya sempat bertukar senyuman sahaja. Dia lalu di depan bilikku. Mengetuk pintu, mengangkat tangan dan pergi begitu sahaja. Aku hanya memandang tingkah lakunya dan membalas dengan mengangkat tangan juga.

Hadiah yang aku belikan untuknya masih terletak kemas di sudut almari buku. Aku masih lagi mencari waktu yang sesuai untuk hadiah itu beraleh tangan. Menurut Azira sejak seminggu En. Taufik sibuk dengan pelbagai mesyuarat. Apatah lagi pejabat kami akan membuka cawangan baru di tempat lain. Sebagai ketua yang menerajui bahagian kewangan, En. Taufik memang terlibat secara terus.

Jumaat pagi, aku melihatnya di dalam bilik. Tidak sibuk bagai selalu. Selain daripada ingin memberinya buah tangan, ada perkara berkaitan kerja yang perlu dibincangkan dengan En. Taufik.

Pintu pejabatnya aku ketuk. Menolak perlahan lalu mengucapkan salam kepadanya. Salamku dijawab. Dia mengangkat wajahnya lalu mempersilakan aku duduk. Beg yang berisi ole-ole itu aku letakkan di sisi. Memang dia tidak perasan. Dia begitu asyik dengan kertas di atas mejanya.

“Zu, apa khabar?”
“Alhamdulillah sihat, En. Taufik.”
“Sibuk sangat kebelakangan ini… Baru ini saya dapat bertemu dengan awak.” Aku mengangguk kepala.
“Apa cerita dari sana? Seronok bercuti?” Hasrat aku nak bercakap tentang kerja terbantut.
“Seronok sampai nak duduk sana lama-lama.” Pagi yang ceria. Aku harus bercakap dengan nada yang gembira juga.


“Dah jumpa boyfriend baru ke? Atau awak dah tersangkut dengan orang sana; hingga tak mahu balik ke sini?” Seketika muka ku dipandang.
“En. Taufik ini… saya ke sana bukannya nak cari boyfriend. Saya pergi sana kerana menghadiri majlis perkahwinan house-mate saya…” Pagi-pagi dia telah mengusikku dengan cerita boyfriend. Angin apa pula En. Taufik ini.
“Cakap macam itu pun dah marah? Pagi-pagi kalau buat muka masam macam itu rezeki susah nak masuk!” Dia tersengih. Seronok agaknya dapat mengusik aku di pagi ini. Lama tak berbual boleh dia bercakap begitu.

“En. Taufik lagi rugi tak ikut, kalau tidak pasti En. Taufik boleh berkenalan dengan orang sana. Ramai yang comel-comel… “ Aku pula menggiatnya.
“Awak kenakan saya pagi-pagi ini ya Zu. Itulah yang saya suka berbual dengan awak. Boleh berlebih kurang. Pandai pula berjenaka. Tak ambil hati!” En. Taufik bercakap sambil tersengih.

Memang aku mengakuinya. Dengan En. Taufik aku boleh berbual dengan bebas. Tidak rasa janggal. Biarpun dia ‘boss’ aku. Dia boleh dimasukkan di dalam kategori ‘boss’ yang pandai berjenaka, mudah tersenyum. Cuma bila berbual tentang hati dan perasaan, aku akan melencong kea rah lain. Mujurlah dia tidak bertanya yang bukan-bukan.


“Saya nak ikut hari itu awak yang tak benarkan?” Ah! Kena aku sebiji. Hampir aku terlupa hari itu dia ada berkata begitu.

“Ramai yang comel pun tapi tak semudah itu saya berkenan. Saya dah jelaskan kepada awak hari itu, saya ini dah rasa suka kat seseorang itu. Orang dekat saja. Tak payah cari yang jauh-jauh.” Persoalan dah bertukar nada. Malas pula aku nak mendengarnya. Untuk memendekkan cerita.

“Oleh kerana En. Taufik terlebih memuji saya pagi ini jadi saya hadiahkan barang ini kepada En. Taufik.” Beg kertas itu aku hulurkan kepada En. Taufik.

“Hari itu saya bergurau saja Zu…” En. Taufik bagai malu-malu pula menerima pemberianku.
“Saya ikhlas En. Taufik. Kalau tak minta pun saya bagi juga. Cuma maaflah ya sebab terlewat memberinya.”
“Terima kasih Zu. Ingat juga awak kat saya!” Beg kertas tersebut diambilnya. Matanya melihat ke arah bungkusan berbunga itu.
“Hadiah tak seberapa En. Taufik, harap-harap En. Taufik menyukainya.”
“Apa yang Zu beri semua saya suka….. “ Kata-kata itu terhenti. Dia melemparkan senyuman. Aku tahu En. Taufik suka berjenaka.

Lapuran yang aku siapkan aku berikan kepada En. Taufik. Dia mengambilnya dan menyelak beberapa helaian. Dia mengangguk-nganggukkan kepala.

“Zu, hari ini saya belanja awak makan.” Pelawaannya mengejutkan aku.
“Ada apa-apa ke En. Taufik?” Kebiasaannya kami akan keluar makan secara berkumpulan.
“Tak kan ada apa-apa saja boleh belanja Zu..”
“Mereka dah tahu ke?” En. Taufik memandangku. Hairan dengan pertanyaan ku agaknya.
“Oh… hari ini kita berdua saja..” Aku menjadi serba salah. Keluar ramai-ramai itu memang selalu juga. Tapi keluar berdua ini aku rasa janggal pula. Aku termanggu-manggu sebentar..

“Awak keberatankah?” Dia menyoalkku setelah melihat aku mendiamkan diri.
“Atau ada orang yang marah nanti?”
“Tak adalah…! Siapa yang nak marah?” Aku bertanya kembali.
“Kalau macam itu, apa yang awak risaukan?”
“Bukan risau En. Taufik tapi terkejut sedikit! Tak kanlah sebab saya bagi ole-ole itu En. Taufik nak belanja saya?” Aku berkias.
“Sebenarnya dah lama saya nak belanja awak, ada sebab lain….” Dia tersenyum lagi. En. Taufik ini macam ada simpan rahsia saja.

Betulkah tiada siapa yang marah? Aku pula bertanya kepada diri.aku semula. Tak ada salah juga aku menerima pelawaan En. Taufik.

“Pukul 1 nanti kita keluar!” Itu kata muktamad En. Taufik.

Aku keluar dari bilik En. Taufik dengan perasaan berbelah bagi. Betulkah tindakan aku menerima pelawaan En. Taufik.

Menanti jarum jam bergerak ke angka 1 aku diburu beberapa persoalan. Apa yang penting sangat hingga En. Taufik ingin mengajakku keluar...

N3 pendek untuk ep. 53... setelah beberapa diedit, inilah hasilnya. Selamat bercuti untuk yang akan bercuti. Penulis pun nak bercuti, balik kampung. Oh... rindunya untuk disapa angin bukit. Sesiapa yang bercuti hala ke Cameron Highlanda bolehlah jumpa dengan Ija...

11 Comments:

  • At Tuesday, June 06, 2006 11:39:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    *cekak pinggang* ZU tu jgn nak mengada2 jatuh hati kat en taufik...
    *tolak en taufik jauh2 pas tu letak AZ kat depan mata*

     
  • At Tuesday, June 06, 2006 12:30:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    lia,

    ari tu jadi bibik rupa2nya merangkap spy AZ;

    syssss... jgn. bising2, bagilah Zu peluang, En. Taufik tu ikhlas nak belanja, rezeki jgn. ditolak...

    jom Zu belanja kat Big Plate,
    marilah....

     
  • At Tuesday, June 06, 2006 2:35:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Nisha,

    Dah jatuh hati dgn. En. Taufik pula ya? Padan juga dgn. Zu kan?

    Bisik kat Nisha...
    "Harap2 AZ masih out-station;
    biarlah Zu makan dgn. tenang.."

     
  • At Tuesday, June 06, 2006 2:38:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    a'kum...

    kak ija,sihat???
    wah en taufik cuba nasib nampak...kita ikut jer mana yang baik untuk zu kita sokong..

    knp la AZ tu handsome sangat..posing kat tepi tu pulak..
    muka mcm pelakon korea jer..

    kak ija ni suka buat jantung org berdegap degup la...

    keluar mkn nanti jgn jmpa AZ dah la yer..sian kar en taufik.AZ nanti mesti nak tunjuk macho kat tunang dia ka...

    ** kita practical kat syarikat 'nadi penghubung antara bandar'...x boleh tulis secret..

    **moga2 masin mulut kak ija,dpt la kita jumpa org mcm AZ kat sini..hehehehehhee

     
  • At Tuesday, June 06, 2006 2:58:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    *cekak pinggang jugak*
    ape ni, ramai nyer komplot nak satukan Zu & En Taufik..!!

     
  • At Tuesday, June 06, 2006 3:10:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    *Senyum sekerat* Ija tak sangka ada juga peminat En. Taufik.. Ingatkan akak sorang aja ahakss Makaseh.

     
  • At Tuesday, June 06, 2006 4:28:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    ija kalau letak gambo Xi junying citer sad sonata tu emmm gerenti le aku berpaling tadah dari Az trus ke en Taufik...hehehehe cair tgk senyuman manisnya...

    En taufik cuba jangan tak cuba...best man win apa! hahahahah mesti peminat AZ mengamuk ni bila Zu beralih arah hehehehe chayo chayo en taufik

    notie

     
  • At Wednesday, June 07, 2006 1:55:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    hai cri,

    seronok kerja? mg2 cri jumpa org. mcm. AZ, dah jumpa beritahu ya...

    jantung cri berlari kencang,
    jantung zu lagi pantas!

    apa2 boleh e-mail kak ija..
    moga berjaya selalu..

     
  • At Wednesday, June 07, 2006 1:57:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Tie,

    Zu menyorok, takut dengar suara Tie yg. bernada tinggi tu..

    Tak salahkan... En. Taufik pun baik juga...

    ;p

     
  • At Wednesday, June 07, 2006 1:59:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    anonymous.. (rasa2 mcm. kenal aje...)

    En. Taufik tu kan baik..
    kaya dengan senyuman!
    manalah hati tak tertawan..

     
  • At Wednesday, June 07, 2006 2:01:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    notie,

    gambar tu x ada, jk ada dah lama letak... pass pass lah kat sini;

    En. Taufik nak mencuba..
    mana tahu cubaan mengena..
    AZ juga yg. merana!
    he he

     

Post a Comment

<< Home