HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Friday, June 16, 2006

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 56



Di pejabat masih lagi ramai yang bekerja walaupun telah melewati masa. Beginilah bila tiba penghujung bulan. Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Jadi kami sebagai pekerja yang begitu berdedikasi memang telah lali dengan rutin begitu. Tiada yang merungut. Tambahan boss kami yang suka tersenyum itu pun turut sama ‘stay back’.

Cuma kelonggaran diberi kepada staff yang memang ada hal penting. Yang bujang-bujang memang tiada masalah. Paling seronok selepas itu kami akan beramai-ramai ke restoran. Tidak mengeluarkan belanja sedikit pun. Ialah boss yang tidak lokek dengan senyuman itu; tidak lokek juga dalam hal belanja makan. Patutlah ramai yang memuji sikap boss aku ini. Pandai mengambil hati pekerja.

Aku tiba di rumah semasa siaran bulletin utama masih lagi di layar tv. Pembacanya sicantik manis Nor Azlina dan pasangannya. Entah aku dah lupa pula siapa nama pembaca lelaki itu.

Ruang tamu sunyi sepi. Mungkin Fiza sedang berihat dalam biliknya. Lupa aganya dia menutup tv. Tak tahu berjimat budak ini. Dahlah tariff bil elektrik naik…Syikin, pengantin baru itu masih lagi berbulan madu. Kalau suaminya datang, dia tidak akan tinggal di rumah ini. Mereka akan menginap di hotel.

Perutku masih kenyang lagi. Tadi En. Taufik membawa kami ke Pizza Hut. Sejenak baru aku perasan ada bungkusan di atas meja. Bungkusan yang berbalut kertas biru berbunga pink itu aku pandang sekali imbas. Nama yang tertera di kad tidak aku nampak kerana ia dihalang oleh hadiah itu.

Tv aku tutup, terus masuk ke bilik untuk merihatkan badan.

**

Pintu bilik diketuk bertalu-talu. Aku yang masih di dalam bilik air tergesa-gesa keluar. Tuala aku capai untuk menutup bahagian atas tubuhku.

Fiza terjengul di muka pintu. Tersengih bila melihat aku dalam keadaan begitu.

“Aku dengar bunyi kereta tadi. Lepas itu senyap pula! Itulah nak pastikan… “
“Sorry tak talipon awal-awal tadi, aku pulang lewat.” Ujarku sambil membetulkan tuala.
“Dah selesai mandi ke?”
“Baru habis, bila dengar pintu diketuk macam nak roboh itu yang tergesa-gesa keluar ini.” Kata-kataku membuatkan Fiza menarik muncung.
“Tangan aku yang lembut ini boleh ketuk macam itu kuatnya ke?” Tak mahu mengalah juga Fiza ini.
“Sesekali.. bukan pintu saja, rumah pun boleh roboh!” Fiza ketawa.
“Pandai ya mengata orang!”
“Bukan mengata, usik-usik saja… Kan usik mengusik membawa bahagia..”
“Tadi ada orang tinggalkan barang untuk Zu.” Fiza masih lagi berdiri di muka pintu.
“Sekejap ya.. Aku pakai baju dulu lepas itu aku keluar. Tak selesalah dalam keadaan macam ini.”
“Baru aku tahu, Zu ini seksilah pakai macam ini. Mujur aku perempuan, kalau aku lelaki….” Fiza tidak menghabiskan ayat itu, matanya dikelip-kelipkan. Dibiarkannya ayt itu tergantung. Tapi senyumannya meleret panjang.
“Kalau kau lelaki… buat apa aku duduk serumah dengan kau!”
“Zu ini usik sedikit pun dah marah…”
“Marahke macam itu, aku rasa ok saja! Sekejap lagi aku keluar ya, kang berbual sampai tak sempat aku nak pakai baju..”

Fiza terus berlalu dari muka pintu. Kalau orang datang ke rumah memang tak baik macam itu. Bersembang di depan pintu. Macam suruh orang cepat pergi saja. Aku ingat pesan mak, tak baik berbual macam itu. Kena jemput masuk ke rumah… Ah mak penuh dengan nasihat.

**


“Orang itu lama tunggu Zu. Sian aku tengok dia..”
“Itulah datang tak mahu talipon dahulu, tanggung sendirilah….” Selamba aku menjawab.
“Hampir 45 minit dia tunggu. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Cuma aku kata kau mungkin ada hal.”
“Simpatinya aku..... Setia sungguh orang itu kan!” Hadiah itu masih tidak aku ambil. Sudahnya Fiza yang ambilkan. Diunjukkan kepadaku.
“Zu ini teruklah, boleh cakap macam itu dengan tunang sendiri?”
“Aaa…. Dia datang ke tadi? Mimpi apa pula tiba-tiba saja datang. Selalunya talipon dulu.”
“Nak beri kejutanlah tu. Zu bukalah, nak tahu juga apa dia bagi. Untungnya dapat tunang macam itu. Lama tak jumpa dapat hadiah. Kalau selalu berpisah, balik dapat hadiah. Eeee bestnya…” Fiza melahirkan rasa seronoknya. Macam dia pula yang mendapat hadiah.
“Alah… nak ambil hatilah tu... Kebanyakan lelaki belum dapat macam itulah! Dah dapat kata orang habuk pun tak ada.!”
“Tapi, Zu memang beruntung, belum apa-apa dah dapat habuan. Tak dapat masa lepas kahwin pun tak apa. Sebab sekarang dah kumpul harta.”

Kertas yang membalut kotak tersebut aku buka berhati-hati. Risau terkoyak. Lagi pun kertas itu memang cantik sekali. Pandai pula Amir Zuhairi memilih warna kesukaanku.. Aku pula suka mengumpul kertas hadiah yang diperolehi. Boleh juga aku ingati siapa pemberinya.

Kotak sederhana besar itu aku buka. Di dalamnya ada pula kotak kecil. Bila aku keluarkan kandungannya. Fiza menjerit kecil.



“Cantiknya Zu...” Loket berbentuk hati itu dibelek-belek
“Pandainya dia memilih hadiah. Aku rasakan mesti ada simboliknya di sebalik pemberian hadiah yang begini. ”
“Apa simboliknya…” Aku bertanya macam orang tak berfikir.
“Loket itu umpama hati dia yang satu.. Hatinya yang satu itu, dia serahkan kepada tunang tersayang…” Aku mencebek. Orang lain tengok pun dah boleh membuat interpritasi sendiri.
“Cantik ke? Aku rasa macam biasa saja yang ada kat kedai tu!”
“Memanglah kat kedai itu biasa tapi bila dah diserahkan kepada seseorang benda itu dah jadi luar biasa. Amat bernilai! Bukan semua orang boleh senang-senang dapat macam ini.”
“Pakailah Zu… Mesti dia suka jika Zu pakai.” Fiza memujukku. Eee.. Minah sorang ni jadi penyokong kuat Amir Zuhairi rupanya. Bukan dia tak tahu sekarang ini aku tengah berperang. Agak-agaknya berapa upah yang dia dapat…

“Kad itu tak nak baca ke?” Diunjukkan sampul biru yang berisi kad itu.
“Romantiknya… Sampul biru, kertas hadiah pun warna biru… ” Lambat-lambat aku ambil kad itu dari Fiza.
“Kalau Zu tak nak baca biar aku yang bacakan…”
“Eh.. mana boleh! Nampak tak nama siapa tertera kad sampul itu. Bukan nama Fiza tapi nama Intan Zulaikha…”
“Dah tahu sendiri punya cepat-cepatlah baca. Macam aku cakap tadi, kalau tak mahu aku dengan rela hati boleh bacakan…”



Biar hatimu terus membeku
Aku kan tetap menunggu
Kerana hatiku memang pasti
Zulaikha milik abang yang abadi

Sayang dari Abang,
AZ


“Kalaulah aku yang terima kad dan hadiah ini memang akulah orang paling bahagia sekali..” Itu komen Fiza setelah membaca kad tersebut.

“Satu lagi tunang Zu cakap dia akan datang lagi….”
“Kenapa kau tak cakap awal-awal. Ini dah malam tau? Apa kata jiran-jiran nanti. Orang lelaki datang ke rumah sewa orang perempuan.”
“Zu ini gabra habis bila dengar tunang nak datang…”
“Ialah… talipon saja tak boleh ke?”
“Orang dah rindu, macam itulah….”
“Kalau dia datang nanti, tolong beritahu dia aku dah tidur. Good night…” Aku masuk ke bilik bersama-sama dengan kad dan hadiah pemberian Amir Zuhairi yang baik hati itu. Bukan aku tak tahu kebaikannya itu mempunyai sebab….

11 Comments:

  • At Friday, June 16, 2006 11:06:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    'Biar hatimu terus membeku
    aku kan tetap menunggu
    kerana hatiku memang pasti
    Zulaikha milik abang yang ABADI'

    -adoi....romantiknya ayat!!!
    tak tahan saya menbacanya..
    mesti dalam hati Zu berbunga2 kan,
    hati yg membengkak mesti surut
    sikit sakitnya...

    -bahagianya rasa......

    p/s:bila Zu nak pakai loket tu????
    mesti kembang hidung AZ tgk Zu pakai loket dia beri kan.. :-)

     
  • At Friday, June 16, 2006 12:10:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Nisha;

    Apa khabar org. sana?

    X sia-sia AZ g out-station, banyak ilham dia dapat...
    Zu terkejut habis bc wording tu..
    ish ish ish...

     
  • At Friday, June 16, 2006 12:13:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    cri...

    betulke hati Zu dah surut atau semakin membengkak...

    loket tu Zu simpan dlm. almari dan kunci elok-elok...

     
  • At Friday, June 16, 2006 5:22:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    sampai hati Zu simpan loket tu dlm almari jerr...kalo Amir tau kecik ati dia...
    tp kita tau Zu sebenarnya suke sgt dpt hadiah cumer dia nak cover jerr...hehehehhe...betul tak Ija??

     
  • At Friday, June 16, 2006 5:30:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Tie,

    Hati Zu sukar diduga;
    Dia mcm. laut
    Tak tahu bila masa tenang
    dan bergelombang

    ;p

     
  • At Friday, June 16, 2006 10:05:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    KAK IJA!
    HUWAAAAA... KENAPA BUAT CAM NI? KENAPA JADI CAM NI? KENAPA? KENAPA? KENAPA? SIBUKLAH EN. TAUFIK TU! TAK SUKA DIA DGN KAK ZU!

    *KALAU DENGAN DHIYA, BOLEH KOT!* hihihihi...



    tapikan... tak sangka r... abang amir tu romantik habis! aduhhh, ayatnya... bisa berhenti degupan jantung!

     
  • At Saturday, June 17, 2006 12:05:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Dhiya...

    Awat x suka En. Taufik! Dia caring habis! Oh ya kembar tu x tahu lagi.

    Zu makin resah.. makin dia menjauh makin pula AZ tunjukkan sikap romantiknya... Zu kelu!

    En. Taufik pun sudi nak berkenalan dengan Dhiya... he he

    ;p

     
  • At Monday, June 19, 2006 9:15:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    kak ija!!!!!! *jerit kuat2 kat telinga kak ija* saya nak loket tu *hentak2 kaki*

    anyway... cite kak ija ni makin panas bikin hati tak sabar nak tungu next n3

     
  • At Monday, June 19, 2006 9:47:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Lia,
    (offer Lia duduk dulu, hidang nasi lemak sambal sotong & nescafe ais..)

    ambillah Zu tak nak tp diam-diam ya.. jgn. bagi AZ nampak, jika dia nampak dia ambil balik dari Lia, sbb itu utk Zu shja... he he..

    tq... muuuuuah!

     
  • At Monday, June 19, 2006 10:30:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Ija,
    Makin tambah dairing lagi cerita Ija nie..... apa pun kasi peminat mu gembira, yati x kisah apa akhirnya... tapi yang pasti Zu dgn Amir pasti bersatu kalau x salah firasat hati ku :-) betul ke????

     
  • At Tuesday, June 20, 2006 8:35:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Yati..salam untukmu
    Dah balik dari kursus? Mesti seronok bercuti dgn. anak2..

    Hati AZ n Zu tak sealiran,
    Endingnya akan menceritakan segalanya...

     

Post a Comment

<< Home