HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Thursday, July 06, 2006

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 58


Mesyuarat yang sedang berjalan sedikit pun tidak menarik perhatianku. Telingaku tidak menangkap sepenuhnya apa yang dikatakan oleh pengerusi. Entah kenapa, sejak pagi lagi ada rasa kurang senang bermain di hati. Rasa berdebar-debar. Aku bertanya sendiri. Tapi jawapannya tiada.

Mujurlah mesyuarat kali ini tidak serancak mesyuarat lalu. Perkara berbangkit pun kurang. Segalanya mudah kali ini. Tiada banyak yang membangkang. Masing-masing boleh dikatakan setuju dengan apa yang dikatakan oleh pengerusi.

Seketika, wajah mak melayang di depan mata. Sejak hal tempohari, kami jarang berbual di talipon. Mak macam berjauh hati saja. Aku talipon pun dia bercakap antara hendak dengan tak hendak.. Agak hambar. Kurang mesra.

“Cik Zulaikha, ada apa-apa yang perlu dikatakan?” Suara En. Taufik menyapa di telingaku. Aku terpinga-pinga. Jika tidak kerana Azira yang menyikuku pastilah aku masih melayan perasaanku.

Wajahku dipandang oleh mereka yang hadir. Aku melemparkan senyuman. Malu jika diketahui mereka bahawa aku bukan di dunia nyata sebentar tadi.

“Tak ada apa-apa..” En. Taufik merenungku. Kemudian dia bertanya ke arah teman di sebelahku.

“Kenapa kau tadi? Ingatkan siapa? En. Taufik panggil dua kali tahu!” Azira bertanya ketika kami beriringan keluar. Jam sudah pun menunjukkan ke angka 12.00 tengahari.

“Entah, aku rasa tak sedap hatilah. Thanks sebab kejutkan aku tadi. Jika tidak tak tahu mana aku nak letakkan muka ini!” Bukan aku tak nampak pandangan mereka yang ada di bilik mesyuarat tadi. Masing-masing melemparkan senyuman yang kurang manis. Ialah dalam mesyuarat tapi aku fikirkan tentang hal lain pula.

***

Talipon bimbit yang aku ‘off’ sepanjang mesyuarat aku ‘on’ semula. Tabiatku memang begitu. Dalam mesyuarat aku tidak mahu diganggu dengan panggilan talipon. Tambahan pula nak melayan karenah lelaki seorang itu.

Kalau tak menjawab panggilannya; dia akan menghantar pesanan ringkas. Tak cukup dengan itu talipon pejabat pula menjadi mangsa. Memang tak senang aku dibuatnya. Payahnya menghadapi dia! Sejak akhir-akhir ini aku macam dikongkong pula. Segala pergerakanku semua nak tahu. Tak tahu penyakit apa yang telah dihadapinya kini. Memang teruk sekali.


Beberapa saat kemudian talipon merengek minta dijawab. Tertera nama Kak Ngah.

“Adik pergi mana tadi? Kak Ngah talipon banyak kali tak berangkat.” Hati yang reda, berdebar kembali. Berita burukkah?. Jika kak Ngah talipon berkali-kali maknanya ada hal penting.

“Mesyuarat tadi. Ada apa-apa ke kak Ngah?”
“Mak sakit dik” Jawapan kak Ngah membuatkan aku hilang arah. Longgar kepala lututku.
“Sakit? Hari itu adik balik, dia sihat saja. Sakit apa kak Ngah.” Patutlah aku rasa kurang enak di hari ini. Hati berdebar-debar saja.

“Sakit lama datang balik. Tak tahulah apa yang menyusahkan hati mak. Adik tahukan, mak tak boleh susah hati atau terkejut.” Kata-kata kak Ngah membuatkan aku terdiam. Sebab akukah mak jadi begitu. Ah! Orang tua memang akan sakit-sakit. Kereta lama pun sakit juga. Aku menyedapkan hati.

“Kak Ngah nak balilkkah?”
“Emmm… tunggu abang Izwan uruskan hal dia dulu. Lepas itu baliklah. Kak Ngah nak drive masa ini, faham-faham sajalah keadaan kak Ngah ini.” Aku ternampak-nampak perut kak Ngah yang makin memboyot. Tak lama lagi aku bakal menerima anak buah.

“Sekarang ini siapa jaga dia kak Ngah?” Risau bertamu di hati. Ah, takutnya aku membayangkan segala kemungkinan-kemungkinan itu.

“Anak jiran sebelah yang tengah tunggu keputusan periksa itu ada…” Aku mengucap syukur di hati. Jiran sebelah mak itu memang rajin juga bertandang bila aku pulang ke kampong. Beginilah bila tiada siapa yang menemani mak. Hanya jiran yang dapat membantu.


***

“Hari ini saya minta kebenaran nak pulang awal En. Taufik. Esok saya nak ambil cuti.” Terus sahaja aku menyatakan tujuan aku datang setelah memberi salam. Mujurlah dia ada di dalam biliknya waktu makan tengahari. Tak ke manakah dia? Aku tertanya-tanya juga.

Wajahku dipandang lama. Aku masih berdiri di hadapannya..

“Maaflah mengganggu masa lunch En. Taufik.” Aku menyambung kata-kataku bila En. Taufik tidak mengalihkan pandangannya. Mana tahu pula dia inginkan ‘privacy’ di hari ini. Apa kena pula En. Taufik ini. Macamlah ada sesuatu yang aneh di wajahku.

“Zu, duduklah…” Baru dia mempelawaku bila melihat aku masih lagi berdiri di hadapannya.
“Terima kasih… tapi saya tak boleh duduk.”
“Kenapa? Dah tak sudi nak duduk pula kat bilik saya?” Alahai En. Taufik masa inilah dia nak bergurau pula. Aku dah bimbang separuh mati.
“Tak lah sampai macam itu. Tapi hari ini saya memang hilang mood.”
“Bergaduh dengan boyfriend?” Apa hal pula dengan ‘boss’ aku ini. Awal-awal aku dah cakap nak balik cepat.
“Mak saya sakit En. Taufik.. Petang ini saya nak balik.” Suaraku lirih. Memang aku di dalam kesedihan.
“Balik dengan siapa?”
“Drive sendirilah En. Taufik. Waktu macam ini jalan kurang sesak. Petang ini saya tak masuk kerja.”
“Nak saya temankan?” Eh… En. Taufik ini begitu bermurah hatinya dia.
“Terima kasih En. Taufik. Janganlah nak bergurau dengan saya masa saya tengah sedih ini.”
“Saya tak bergurau. Saya serius Zu…”
“Terima kasih sekali lagi. Tapi saya boleh drive sendiri.” Apa kata mak nanti jika En. Taufik yang menghantar aku bukan Amir Zuhairi. Lagilah mak kata sangkaan dia hari itu memang tepat sekali.
“Oklah… drive carefully. Jangan pula awak pecut sampai 140km/jam. Kalau nak ambil cuti lagi, talipon saya saja. Kirim salam kat mak Zu Harap-harap saya dapat datang lagi ke kampong Zu.” Dia tersenyum.
“Thanks En. Taufik.”
“Take care. Satu lagi jangan lupa makan. Nanti awak pula yang jatuh sakit!” Aku menganggukkan kepala lalu melemparkan sebuah senyuman. Perihatin sungguh boss aku ini. Untunglah siapa yang dapat dia....

Salam untuk para pembaca semua, samada yang tertera nama di tagboard atapun yang hanya baca diam-diam dan malu untuk meletakkan nama di situ. Tak kira apa pun kategori saudara/saudari semua, saya amat menghargainya. Untuk makluman semua, usah terkejut ya! Cerita ini akan berakhir bila-bila masa saja. Mungkin dalam 4-5 episod lagi. Tapi ini tidak bermakna cerita ini akan menemui penamatnya. Cuma ia akan tamat di blog ini sahaja....

Saya tahu ramai yang meminati Amir Zuhairi di luar sana. Tidak kurang juga yang meminati Taufik Hakim. Ia dua nama itu bakal bersaing tapi siapakah sebenarnya yang dapat memiliki Intan Zulaikha? Mungkinkah Johari dan Hanif yang tiba-tiba saja dapat meraih kembali hati seorang Zulaikha?

Selepas LADHMu akan muncul cerita baru, "Tiada Lagi Cinta..." Tunggu ya...
Salam kasih untuk semua...

9 Comments:

  • At Thursday, July 06, 2006 4:13:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Kecian yer kat mak zu...harap tak ada apa yang berlaku.

    Amboi baiknya hati En. Taufik sanggup offer nak hantar Zu balik Tapah .Bertuah siapa yang dapat Encik Taufik.

    Ija... kak noor nak balik Tapah agak-agak En. Taufik boleh tolong hantar tak...ahaks

     
  • At Friday, July 07, 2006 7:49:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    1. kesian dekat mak Zu yang sakit sebab susah hati. biasalah org tua memang selalu gitu.. sabar ya Zu

    2. En Taufik ni sengajalah nak buat hal.. Dulu tu bukan main banyak masa apa pasal tak nak ngorat Zu. masa Zu tengah ada masalah dgn AZ barulah dia nak mengendeng..

    3. kak ija, Congrats sis!! tak sabar nak tungu new envl

    4. *jeling tajam kat kak noor* nape suka sangat kat en Taufik tu...

     
  • At Friday, July 07, 2006 8:27:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Kak Noor,

    Bila jadi apa-apa Zu lah yg. paling menyesal...

    En. Taufik memang baik cuma dia lambat sikit tunjuk kat Zu.

    Ija tanya dulu kat En. Taufik ya.. Oh dia cakap Kak Noor tu siapa? Kakak Zu ya, kalau kakak Zu boleh, senang dia nak korek pasal Zu. ha ha.... ;p

     
  • At Friday, July 07, 2006 8:35:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Lia,

    Mak Zu terkejut sbb Zu nak putus tunang, mana dia nak letak muka?

    En. Taufik teropong dari jauh w/p dekat dgn. Zu, dia nampak line clear sj.. itu yg. dia nak tambat hati Zu.. tapi En. Taufik baik kan kan? Sayangnya bunga dipuja milik orang!

    Thanks Lia, new envl dalam perjalanan, ;p

    Bisik2 kat Kak Noor, nampak tak mata Lia tu dah serong! Jawab Kak Noor...

     
  • At Friday, July 07, 2006 8:47:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    tajuk cam tak menyokong AZ aje...sedih2x.

     
  • At Friday, July 07, 2006 10:40:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    kak ija...

    dah nak habis ker citer ni???
    harap kesudahannya akan buat semua pihak senang hati...

    mak Zu sakit betul2 ker atau ada agenda dengan AZ...
    AZ kan byk idea bernas kan,sape la tahu..ada udang disebalik char kuew tiew..hehehhe..

    p/s:- saya dah jumpa si jantung hati saya...:-)

     
  • At Friday, July 07, 2006 1:32:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    anonymous;

    usahlah sedih....
    Zu pun tengah sedih ni..

     
  • At Friday, July 07, 2006 1:37:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    cri,
    masih training lagi?
    sukanya dengar dpt. org. mcm.AZ
    ceritalah sikit kat kak Ija...

    sakit mana boleh buat main-main,
    skrg. ni Zu kat kampung..

    endingnya?
    ada org. meneka dalam kesamaran...
    he he...

     
  • At Friday, July 07, 2006 5:16:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    nisha_gal,

    Zu tutup telinga bila dengar pasal kahwin.. Zu x mahu... apatah lagi dgn. AZ, hua...

     

Post a Comment

<< Home