HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Wednesday, August 02, 2006

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, 62(i)


Biar aku menangis air mata darah sekali pun keputusan tetap begitu. Dua minggu lagi aku bakal bertukar ‘title’. Apa pun yang mereka katakan, aku tetap dengan keputusanku. Pernikahan ini hanya sebuah janji sahaja. Tidak lebih dari itu. Dan dia tak boleh memaksa aku untuk terus menerimanya.

Aku melangkah malas menuju ke bilik En. Taufik. Muram wajahku agak jelas. Tadi Azira juga menegur. Katanya sifat ceria dan ramahku telah bertukar rentak. Alasanku risau tentang kesihatan mak. Aku berbohong lagi. Entah berapa banyak aku telah berbohong dengan mereka semua.

Dilihat dari luaran, ramai yang berkata aku amat beruntung. Aku terpilih daripada mereka yang lain. Terpilih untuk mengikut sunah nabi. Terpilih untuk hidup bersamanya. Dia memang mempunyai segalanya. Apa lagi yang aku mahukan? Ya, apa lagi yang aku mahu? Cuma hati ini tak dapat menerimanya. Masih lagi aku teringat lemparan katanya terhadapku dulu. Bagaimana aku harus hidup dengan orang seperti itu? Tuduhan itu masih terngiang-ngiang lagi di telingaku. Terasa terlalu baru berlaku!

Aku menghulurkan borang cuti kepada En. Taufik. Malas untuk berbalas kata. Sebenarnya aku malu kerana baru dua minggu lepas aku minta dia menandatangani borang yang sama.

Awal-awal lagi kak Ngah telah mengingatkan aku untuk mengambil cuti. Macamlah aku tak tahu nak mengisi borang. Segalanya perlu dingatkan. Ikutkan hati mahu saja aku ambil cuti sehari. Selepas majlis aku terus pulang ke Kajang.

“Balik kampung lagi?” Terpacul soalan itu dari mulut En. Taufik. Aku manganggukkan kepala. Mungkin dia hairan kerana cuti kali ini agak lama dari dahulu.

“Mak Zu dah sihat?”
“Alhamdulillah tapi keadaan dah macam ini, saya kena pulang selalu.” Sikap ambil berat En. Taufik membuatkan aku tidak sampai hati untuk membohonginya. Tapi aku terpaksa. Maafkan aku En. Taufik! Hatiku berbisik.

“Awak pun tak sihat ke?” En. Taufik merenungku penuh tanda tanya.
“Sihat. Kenapa En. Taufik?”
“Wajah awak tu menampakkan yang awak kurang sihat. Macam orang dalam masalah.”Janganlah En. Taufik bertanya lagi. Sikap ambil beratnya membuatkan aku bertambah sedih. Nak diluahkan tidak sama sekali. Aku tidak mahu mengheret orang lain ke dalam masalahku. Biar aku saja yang menanggungnya.

Apakah pandangan Azira dan En. Taufik sama?

“Saya kat sini. Mak saya kat sana. Saya risau En. Taufik bila mengingatkan mak saya.” Jawapan yang terbaik yang boleh aku fikirkan. Seharapnya dia tidak bertanya lagi.

“Awak ada masalah ke Zu?” Aku menggelengkan kepala. Teruk sangatkah muka aku?
“Kalau ada masalah, awak boleh ceritakan kepada saya. Usah simpan sorang-sorang. You have a friend to rely on…”
“Tak adalah En. Taufik. Saya penat agaknya. Selebihnya saya risau dengan mak saya.” Aku cuba untuk tersenyum. Bukan aku risau mak, aku risaukan diriku sendiri.

“Lega saya mendengar awak cakap begitu. Jika tak kerana saya ada hal minggu ini, hendak juga saya melawat mak awak” Kata-kata En. Taufik yang bersahaja membuatkan jantungku ligat berputar.

Bagaimana kalau dia datang jika majlis sedang berlangsung. Apa nanti kata mereka semua. Memang tujuan dia ikhlas untuk melawat mak tapi….

Aku berdiri kaku di depan pintu untuk keluar. En. Taufik tak boleh datang ke rumahku!

“Zu… “ Aku menoleh.
“Kenapa, muka awak pucat tiba-tiba ini!”
“Entah, saya rasa pening…” Alasan apa yang patut aku berikan lagi.
“Awak dah breakfast?’
“Minum susu saja.” Dengan dia aku boleh berterus terang. Kenapalah En. Taufik terlalu baik denganku. Kebaikannya membuatkan aku menjadi serba salah.

“Jika belum jomlah saya pun tadi tak sempat nak minum.”
“Tak mengapalah En. Taufik, saya tak lapar.”
“Muka awak macam itu pun masih nak berdiet lagi?” Kenapa orang mengaitkan tak ada selera dengan berdiet. Diet bukannya tak makan tapi memakan makanan yang seimbang mengikut kuantiti yang diperlukan oleh tubuh. Bukan makan berlebih-lebihan.

Sejak menerima berita itu, aku kurang berselera seperti selalu. Pagi tadi aku hanya minum segelas susu. Ajakan Azira untuk bersarapan sama pun aku tolak. Bukan hanya pagi ini tapi beberapa pagi lain juga.

Perubahan yang drastik itulah membuatkan mereka membuat berbagai tanggapan!

‘Terima kasihlah En. Taufik.” Aku keluar tanpa menoleh lagi


**

Hari ini aku akan pulang ke kampong. Hanya beberapa helai pakaian yang aku bawa. Aku tak peduli apa persiapan yang mak telah buat. Mereka pun tidak menyuruh aku membeli apa-apa. Hanya bawa diri sendiri.

Agaknya mak dan kak Ngah pun tahu akan sikap tidak ambil peduliku. Memang aku tidak peduli itu semua. Ikutkan hati aku ingin bawa lari ke mana sahaja aku suka untuk menenangkan fikiran. Biar dia duduk di depan tok kadi tanpa pengantin perempuan.


Mengikut perancangan aku akan memandu ke rumah kak Ngah. Kereta aku tinggalkan di situ. Kemudian aku akan balik ke Tapah bersama dengan kak Ngah. Aleh-aleh jadual asal bertukar pula. Kak Ngah meminta dia menjemputku. Kereta aku tinggalkan di rumah.

“Senang, balik nanti Amir boleh hantar. Masa itu dia dah jadi suami adik.” Perkataan suami itu memberikan rasa yang tidak enak di hatiku. Ia jika diikutkan lagi beberapa jam saja dia bakal menjadi seorang suami.

Dia telah sedia menanti bila aku pulang dari kerja di petang Rabu itu. Tak kerja ke? Aku bertanya sendiri. Tidak aku luahkan pertanyaan itu kepadanya.

Fiza tidak dapat mengikutku pulang. Dia juga ada hal lain yang perlu diselesaikan. Ialah aku kahwin pun macam tergesa-gesa sahaja. Pada Syikin aku telah khabarkan. Cuma Syikin tidak dapat hadir juga. Bila majlis besar baru dia datang. Itu katanya.

Aku rasakan diriku seperti seorang banduan yang telah melakukan kesalahan yang maha berat. Pergerakanku dikawal begitu ketat sekali. Apa salahnya jika aku memandu sendiri ke rumah kak Ngah? Aku biasa berbuat demikian.

Aku hanya memandangnya sekilas lalu membuka pintu pagar untuk memasukkan keretaku. Dia merenungku. Juga tidak mengeluarkan suara. Kami sama-sama diam.

Mungkin dia tahu diamku bersebab… Keruh di wajahku juga ada sebab tersendiri. Tapi kenapa dia tidak mempedulikan semua itu.

Lambat-lambat aku menapak semula keluar rumah.

“Satu beg sahaja?” Pelik agaknya bila dia mengambil beg dari tanganku.
“Bukannya cuti lama-lama nak bawa beg banyak…”

Rasanya ingin aku menjerit sekuat hati. Aku tak mahu terikat dengan dia lagi….


13 Comments:

  • At Wednesday, August 02, 2006 11:27:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Assalamualaikum....
    hi kak ija... zue nie.. peminat baru akk.. tgh excited baca.. tak kan sampai cni jer kali nie??... x sabar.. berdebar2 baca.. tiba2 sambung plak... alamak x sabar la kak.. :D
    aper pun tahniah kat akk.. sbb buat hati zue jd gundah gulana... :D bile baca cite akk nie, nama pun sama, zue try masukkn diri zue sama cam 'zu' cite akk.. feeling giler..
    ok la kak.. tahniah..
    (^o^) zue...

     
  • At Thursday, August 03, 2006 9:28:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    sian laa plk kt zu, nk kawen pn sedey.. emmm xpe laa, nnt2 epi laa tu yea..

    ~

     
  • At Thursday, August 03, 2006 11:25:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    Amir, lepaskan ajer Zu tuh...biar dia buat pilihan dia sendiri...
    kalo Amir sayang n cintakan Zu, ini lah pengorbanan yg paling berharga utk Zu...selamatkan Zu drpd berdosa pd seorang suami..
    baik lah lepaskan dia seperti yg dia minta "lepaskan Aku Dari Hatimu"....

    ahh...sedihnye...tak sanggup lihat keadaan Zu yg tak rela dinikahkan dgn lelaki yg dia benci, Amir lepaskan Zu:-(

     
  • At Thursday, August 03, 2006 2:29:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    aaaaaaarggh!!!
    Kak Ija...
    Naper ckit jer..
    Br nak feeling,tetiba..bersambung lak..
    Bila nak sambung ni?
    Jgn lama2 tau!
    X sabaar rasanyer nak tau kesudahan citer ni..

     
  • At Friday, August 04, 2006 11:59:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    salam zue,

    tkasih mengikuti e-novel ini..

    cerita ini akan habis di blog, insyaallah akan bersambung ke versi lain pula; ;p

    *watak zu akan mengingatkan kak ija kpd. "zue" nanti...* feeling x apa, usah menangis sudahlah, ahak!

    tinggalkan add. e-mail ya;
    ija

     
  • At Friday, August 04, 2006 12:00:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    bunga angkasa,

    lama x nampak kat sini, mg sihat selalu...

    kahwin kerana cinta
    hati mesti suka
    kahwin kerana terpaksa
    apa jawapannya???

     
  • At Friday, August 04, 2006 12:02:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    nisha_gal,

    apa khabar org. di sana?

    moga bahagia milik Zu akhirnya..

    En. Taufik? Memuja dari jauh, dalam diam..

     
  • At Friday, August 04, 2006 12:08:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Tie,

    ialah... dah org. x suka, dia hendak juga; tak tahulah AZ ni; apa istimewanya Zu tu; dia x mau lepaskan!

    mungkin juga kerana cinta n sayang lalu AZ tak mahu melepaskan Zu;

    Sian Zu kan?

     
  • At Friday, August 04, 2006 12:11:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    anonymous
    (letakkanlah nama...)

    kerana sayang, kak ija buat 2 versi, harus diingat ya, last ep. ini hanya di e-novel; sambungannya berada di tempat lain...

    sedih juga nak berpisah dgn. pembaca setia..hu hu hu

     
  • At Friday, August 04, 2006 4:26:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    buat zu..terima la amir tue..
    dia baik giler..
    heh~...
    (",)

     
  • At Friday, August 04, 2006 4:39:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    violet,

    baru nampak nama di sini, welcome!

    minat kat AZ ke? baik-baik pun Zu tak berkenan, nak buat cam mana?

     
  • At Monday, August 07, 2006 11:19:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    hi kak ija,

    Minat giler ngan citer ni,pas ni akan bersambung kat mana plak ye?kalau dah di bukukan,war-warkan la pada kita org peminat setia citer ni.

    tq
    nani

     
  • At Monday, August 07, 2006 10:31:00 PM, Blogger - Ija - said…

    nani,

    terima kasih menjadi peminat & pembaca setia. baru nampak nama nani kat sini...

    tinggalkan e-mail/blog add. ya.. senang nak berhubung nanti..

    sayang selalu,
    ija

     

Post a Comment

<< Home