HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Friday, August 11, 2006

PROLOG





















~ MENANTI SEBUAH JAWABAN ~ ~ PADI ~

Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu...
Seiiring jejak kakiku bergetar
Aku telah terpagut oleh cintamu

Menelusup hariku dengan harapan
(Namun kau masih) terdiam membisu

Reff.
Sepenuhnya aku ingin memelukmu
Mendekap penuh harapan
Tuk mencintaimu
Setulusnya aku akan terus menunggu
Menanti sebuah jawaban
Tuk memilikimu

Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
Semoga kau tau isi hatiku
Dan seiring waktu yang terus berputar
Aku masih terhanyut dalam mimpiku

Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu...


*****

Amir Zuhairi mendengar lagu itu sepenuh jiwa. Liriknya yang puitis memang menyentuh hati kecilnya. Suara penyanyi kumpulan band yang terkenal itu membuainya sekejap. Bila diamati bait-bait lagu itu memang sinonim dengan apa yang dialaminya kini.

Dia teringat kepada Zulaikha. Apa yang dilakukannya kini? Kenapalah terlalu payah untuk seorang perempuan bernama Zulaikha menerimanya. Hanya kerana keterlanjuran kata tempohari Zulaikha makin menjauh. Kata maaf darinya bagai angin lalu. Sedikit pun Zulaikha tidak pernah menimbangkannya.

Berkali-kali dia merayu kepada Zulaikha. Berbagai cara dia lakukan! Hingga kini begitu saja sikap Zulaikha. Dinginnya bagai salju di kutub utara. Yang entah bila akan cair! Begitu keraskah sekeping hati milik Zulaikha?

Namun kenapa Zulaikha juga yang diimpikan menjadi teman hidupnya? Tidak jemu dia menanti. Ada sesuatu dalam diri Zulaikha yang membuatkan dia tidak mahu melepaskan Zulaikha dari hatinya. Kalau boleh biarlah Zulaikha berada di dalam hatinya untuk selama-lamanya. Kejamkah dia jika bersikap begitu. Amir Zuhairi buntu...

Mungkin benar agaknya orang berkata tentang cinta.. Bila cinta bertakhta di penjuru hati, apa saja rintangan akan dilalui. Untuk menyerah kalah tidak sekali. Dia akan terus mencuba sehingga Zulaikha berubah hati. Biar Zulaikha tahu dia bukan main-main.

Namun sesekali hatinya tergugat juga. Khabar dari kak ngah Zulaikha membuat dia tidak senang duduk. Dia perlu tahu sejauh mana hubungan Taufik dengan Zulaikha'nya'. Mereka satu pejabat. Walaupun Zulaikha mengatakan tiada orang lain antara mereka namun sikap Zulaikha begitu membimbangkan. Apatah lagi Zulaikha masih menyembunyikan hakikat bahawa dia tunangan orang.

Cuma dia tidak mahu menuduh seperti dahulu. Cukuplah sekali!. Dia tidak akan mengulangi lagi. Kalaulah boleh dia ingin bertemu dengan Taufik. Biar Taufik tahu bahawa Zulaikha telah berpunya. Biar Taufik memadamkan apa yang terbetik di hatinya dan mengundurkan diri

Tapi ada benteng yang menahan dia daripada mengambil langkah itu. Apa kata jika Zulaikha tahu dan mengambil tindakan drastik. Dia tidak sanggup! Zulaikha akan terus melarikan diri.

Biarlah tindakannya mengikut peribahasa. "bagai menarik benang dalam tepung". Benang tak putus dan tepung tidak berselerakan.

Ah! Zulaikha memang benar-benar telah mengkucar-kacirkan kehidupannya! Membuat hatinya tidak keruan. Begitu hebatnya perempuan bernama Zulaikha ini!

*****

Lagu dan lirik ini ditujukan kepada Tie & sesiapa yang meminati iramanya. Sedutan di atas bukanlah sambungan kepada ep. 62 tp sebahagian daripada kandungan LADHM.




9 Comments:

  • At Friday, August 11, 2006 11:52:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    terharu dgn keluhuran & keiklasan cinta Amir pd Zu....

    uuuwaaarr!!! sayu n terharu sgt.. rase nak nangis baca 'prolog' ija pagi ni...

    bertambah terharu bila mendengar lagu yg sedang berkumandang....
    ija, thankssss....
    lirik n lagu yg cukup mendalam makne nya...

    Ija ade 1 lagi lagu yg sesuai, Dealova ~ Once

     
  • At Friday, August 11, 2006 3:41:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Salam Tie,

    1 kali berjumpa pun AZ dah buat hal dgn. Zu, x sangka pula dia yang terlebih cintakan Zu...

    Tie boleh menjiwai apa yg. AZ rasa ya... nak nangis x apa, usah nangis berterusan, nnti siapa nak pujuk??

    Once-Dealova liriknya mmg. puitis, tapi MSJ membayangkan pengharapan yg. begitu tinggi, cuma dia x tahu samada impiannya boleh terharap...

    Kata Amir,
    - aku hanya boleh berharap
    yang menentukan hanya dirimu..

    Thx menjadi pembaca setia...

    Sayang, Ija

     
  • At Friday, August 11, 2006 10:12:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Assalamualaikum...
    k'ija... zue nie.. dh habis ker? sedihla baca luahan hati az.. kalu zu cite nie x nk, 'zue' nie ada... waaa.. cian az.. nti kirim salam kt az yer..:P jgn la wat sad ending.. nie pn dh nk meleleh.. x tahan.. x leh tdo mlm nieh... rajin k'ija.. nti buat ag yer..
    ni e-mail zue. snag2 kte chat yer..okess.. tq.. luv u..
    - zue_adia@yahoo.com

     
  • At Friday, August 11, 2006 11:34:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    nisha...

    pantun dulu2 berbunyi:-
    apa diharap padi seberang
    ntah berbuah ntahkn tidak
    apa diharap kasihnya org.
    ntah bercerai ntahkan tidak

    pantun AZ lain pula:
    ku tunggu2 padi seberang
    hasil dituai terus menjadi
    berharap kasih zu seorang
    moga dapat sehidup semati..

    moga Nisha sihat di sana,
    ;p

     
  • At Friday, August 11, 2006 11:38:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    salam zue,

    AZ masih termenung menatap potret Zu, insyaallah cerita ini akan membuatkan pembaca tersenyum akhirnya...

    nak chat boleh; kak ija hanya boleh ol waktu malam sahaja..

    gembira kenal dgn. Zu alam realiti!
    ;p

     
  • At Saturday, August 12, 2006 6:07:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    buat AZ,
    lepaskan je zu tu..Violet ade...hehehe...

    buat zu,
    kalau x nk AZ violet nak~~~~~~....
    jgn marah...
    hehehehe...

     
  • At Sunday, August 13, 2006 12:11:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    sedihnyerrrrr.....tp..x sabarlah nk tau kesudahannyer...ape pun akak nak ucapkan tahniah la pade ija cerite ni mmg sedih...cume akak harap tolongla email akak bile dah ade sambungannye...teruja sgt nk tau dan akak ni peminat setia ija .
    wassalam...nie email akak..
    rkh3009@yahoo.com
    t.kasih.

     
  • At Sunday, August 13, 2006 7:02:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    violet,

    boleh saja...
    nanti ija balut AZ cantik2 dan pos gunakan xpress laju, usah terkejut dapat bungkusan besar ya... ha ha..

    *AZ ini pun tak fahamkan, dah org. tak suka masih lagi terus mencuba*

    ija

     
  • At Sunday, August 13, 2006 7:19:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    kak rkh3009,

    terima kasih jd pembaca n peminat setia cerita ini.

    risau pula ija kerana cerita ini ramai yang menangis nanti... *bukan niat nak buat begitu...*

    perkembangan terbaru akan ija khabarkan, ;p

    ija

     

Post a Comment

<< Home