TIADA KE2 [Wajahmu Di Mana-Mana](Ep. 3)
"Oh… Mil tengok tv ke tv tengok kau. Dari tadi tak bergerak2 pun. Lawak jenaka itu tak menarik minat ke? Selalunya kau yang terkekek-kekek ketawa melihat gelagat pelakun senario tu. Hari ini diam tak bersuara. Dah buang tabiat ke?" Suara yang kuat menerjah ke telinga Kamil. Amat bingit sekali.
Kamil Irsyad cepat-cepat tersedar. Jauh betul lamunannya. Sahabat yang seorang itu ditoleh sebentar. Mulut Aris memang tak ada filter. Apa dia nak cakap dikeluarkan tanpa berfikir. Ada pula dikatanya aku buang tabiat. Orang tengah memerah otak ini dia tak tahu.
“Aris, kau kenal tak dengan mak cik yang jual nasi lemak itu..” Pertanyaan itu terus diajukan kepada Aris.
“Oh.. mak cik Noriah itu ya? Apa pula tak kenal. Kan aku ni pelanggan setia macam kau juga! Kenapa? Dah berkenan dengan mak cik itu. Nampak muda lagi tau!" Aris bercakap tanpa henti.
Bantal di depan tv dilempar ke arah Aris yang masih ketawa. Geram betul Kamil dengan sahabat serumahnya. Ada saja yang dijawab. Sepatah yang ditanya, sepuluh patah yang dijawab. Tapi Kamil tidak mengambil hati. Walaupun Aris begitu tapi hatinya baik.
“Oh.. kalau nak usik orang pun tengoklah cara usik. Dengan aku memang tak padan. Dengan engkau padanlah!” Kamil memulangkan paku buah keras. Aris tersengih.
“Aku belum habis cakap kau dah potong… Macam ini tak payahlah cerita. “ Kamil mengalihkan pandangan ke arah tv semula.
“Kau kan tak minat nak tahu. Buat apa nak tanya?” Kamil pura-pura jual mahal.
“Eh… ceritalah. Hendak juga aku tahu apa topik panas ini."
"Malaslah! Aku belum habis cakap kau dah sambung yang bukan2…"
“Alah… Kamil ceritalah. “ Aris memujuk.
Kamil tidak mengendahkan permintaan Aris. Majalah di depan pula dicapai. Kamil masih membelek-belek isi dalam majalah tersebut. Cuti-cuti ni kalau ke sini best jugak. Kamil bercakap sendiri bila terpandang foto laut membiru yang tertera di muka surat itu.
“Kamil, aku janji aku tak menyampuk apa yang kau cakap.” Nampak benar Aris ingin tahu apa cerita di sebalik kata-kata Kamil tadi.
“Mak cik itu ada anak perempuan tahu!”
“Cantik tak?”
“Bila cakap perempuan saja, mesti tanya cantik! Tak ada benda lain...”
“Sorry! Aku excited bila kau sebut mak cik itu ada anak perempuan. Selama ini aku tak tahu pun."
9 Comments:
At Friday, November 10, 2006 4:45:00 PM, Anonymous said…
Kak Ija,
sakit ker??
ape yg dah jadi??...kite risau la akak ckp mcm tuh...
At Saturday, November 11, 2006 1:03:00 AM, Anonymous said…
Salam Alaik...
kak ija? akk ok x? nape ckp cm tu? sure seme peminat akk risau... kenapa akk kene direhatkan? harap2 & kami berdoa akk & fmily sentiasa sihat & dibawah lindungnNya...mmg la zue & rmai peminat2 akk t'tunngu2 n3 nie.. tp akk kene jaga juga kesihatan... harap2 ape jua masalah dpt diatasi...ok la kak.. take care..
Selamat Hari Raya ...
Maaf zhir batin..
(^-^)
-zue-
At Wednesday, November 15, 2006 12:00:00 PM, Anonymous said…
Salam ija lama tak dgr cite... Ija sakit apa? Harap sekarang dah sembuhyee
At Sunday, November 19, 2006 11:40:00 PM, Anonymous said…
Tie,
Terima kasih ambil berat,
kak Ija dah sihat w/p masih sakit sikit2..
kak Ija macam Zu jatuh tangga;
Sayang,
Ija
At Sunday, November 19, 2006 11:44:00 PM, Anonymous said…
Selamat Hari Raya Zue,
bila nak jemput kita dtg. ke rumah;
lepas raya ari tu jatuh tangga;
tapi alhamdulillah dah ok..
cuma x boleh aktif,
wa....
sayang,
ija
At Sunday, November 19, 2006 11:52:00 PM, Anonymous said…
Salam Kaknoor;
Dah jumpa baru nak tulis kat sini,
terima kasih bertanya khabar?
Insyaallah, gi x-ray nanti..
Sayang,
Ija
At Sunday, November 19, 2006 11:59:00 PM, Anonymous said…
Nisha,
Salam Aidilfitri,
Macammana sambutan di sana?
Kak Ija, ok...
tp kena berhati2 bila turun tangga.. x boleh jalan laju2..
Thx atas doa..
Sayang,
Ija
At Tuesday, November 21, 2006 8:34:00 AM, Anonymous said…
k ija sakit ke? kenapa tak buat announcement kat TV3? hehehehe...
lagi satu buleh tlg kirim salam kat abg kamil irsyad & tlg bgtau kat abg amir kita dah ada abg baru.. *senyum ayu+shy2 cat+ctrl shomel*
At Monday, November 27, 2006 11:07:00 PM, - Ija - said…
Lia,
TV3 nak buat siaran langsung; tp kita tolak kerana x mahu jadi 'glamour'; he he..
Amir nak setia pada yang satu;
tapi Kamil Irsyad masih kosong lagi, bolehlah isi borang...
*print borang banyak-banyak*..
miss U Lia...
Post a Comment
<< Home