HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Wednesday, October 18, 2006

TIADA KEDUA [Hatiku Bukan Milik Sesiapa](Ep. 2)

Hatiku masih di sini, belum waktunya untuk dimiliki

Ain mengemaskan bekas-bekas yang telah kosong. Dia amat berpuas hati sekali. Jualan hari. ini memang 'sold-out'. Pastinya ibunya gembira. Tidak sia-sia dia mengambil alih tugas yang diberikan.

Namun hatinya merasa jengkel sekejap. Itu gara-gara mamat yang separuh tiang itu. Ada ke dia kata aku gadis pingitan? Memang tak sayang mulut betul! Ain mengomel sendiri.

"Habis hari ini Ain?" Suara lembut ibunya menegur. Tika itu dia meletakkan periuk dan bekas yang telah kosong di sink yang berhadapan dengan tingkap dapur.Dia menoleh ke arah ibunya. Terkejut sebentar dengan teguran ibunya yang telah pulang dari menziarahi kematian.

"Tengok oranglah ibu!" Ain mengusik ibunya. Ibu jarinya ditunjukkan tanda bagus. Tersenyum menampakkan gigi yang putih bersih. Tersusun rapi.

"Tapi lain kali malaslah Ain nak pergi...". Dia menerangkan lambat-lambat. Risau pula hati ibunya terguris.

"Jualan habis pun tak puas hati? Kalau macam ini lakunya Ain jaga, ibu rasa memang elok Ain yang menguruskan jualan pada hari Ahad".
"Bukan macam itu bu.. Ain tak sukalah pada mamat sorang itu..." Wajah mamat itu kembali ke ruang mindanya.
"Ada orang minat kat anak ibu ya?" Ibunya mengusik.
"Minat apa? Macam penyangak saja!" Ain tidak dapat melupakan peristiwa pagi tadi.

"Itu sebab Iqbal tak mahu temankan kak Ain. Kalau Iqbal ada kat situ, pasti mamat tu tak berani nak kenaI". Iqbal yang entah dari mana datangnya menyampuk tiba-tiba.
"Banyaklah alasan! Dah tak mahu temankan ada saja sebab nak bagi." Ain masih tidak berpuas hati. Dia memang tidak berpuas hati dengan sikap Iqbal adiknya. Kalau Iqbal ada pastilah mamat itu tak berani mendekati.

"Bukan tak mahu kak tapi bagi peluang. Ha kan dah dapat kenaI dengan mamat itu". Iqbal tersenyum meleret. Tangannya lincah mencapai kuih yang tinggal beberapa keping di atas meja.

"Handsome tak kak? Kalau banding dengan Iqbal mana lebih macho?" Iqbal terus mengusik lagi.
"Perasan!" Ain mencapai senduk. Ingin dia mengetuk kepala adiknya dengan senduk tersebut. Kenapa dengan aku ini? Dia menyoal diri sendiri. Tadi pun dia bersikap begitu dengan pemuda itu.

"Ain tak baik main senduk! Kata orang dulu-dulu kalau ketuk kepala dengan senduk nanti jadi monyet:". Entah betul entah tidak kata ibunya dia tidak tahu. Tiada bukti yang mengatakan begitu.

"Kak Ain ini entah apa-apalah.. Adake senduk itu dibuat main-main. Orang senduk itu buat kacau benda yang dimasak. Itu pun tak boleh fikir ke?" Iqbal bercakap dengan mulut yang penuh. Ain menjeling. Wajahnya ditarik masam.

"Muka masam macam itu pun ada orang minat ya ibu? Lebih masam dari mangga muda". Iqbal ketawa pula. Tak puas lagi dia mengusik kakaknya. Suka dia melihat Ain begitu. Masam-masam manis.

Patutlah rakan-rakannya memberitahu yang Ain itu ada daya tarikan walaupun jarang tersenyum. Ada juga yang nak berkenalan dengan kakaknya. Ain hanya mendiamkan diri bila Iqbal membawa salam perkenalan dari beberapa temannya.

Hish, geram betul Ain dengan sikap adiknya. Wajahnya makin dimasamkan. Jelingan dihadiahkan kepada Iqbal yang masih tersengih. Ikutkan hati mahu diketuknya kepala Iqbal. Tak puas-puas nak mengutuk.

“Jeling-jelinglah nanti mata itu jadi juling!” Tambah Iqbal lagi.
"Hish kamu ini Iqbal, kalau tak usik kakak kamu tak bolehkah? Ibunya menegur Iqbal. Ain melepaskan senyuman puas hati. Dirinya dibela.

"Padan muka! Ain menyebutnya tanpa mengeluarkan suara. Siap dengan tanda ibu jari tangan diangkat. Mujurlah ibunya tidak melihat 'bahasa isyarat' yang ditunjukkan.

"Sukalah tu Ada orang bela!" Iqbal berlalu. Sempat dicapainya sekeping kuih lagi.

Ain menarik kerusi. Duduk di sisi ibunya.
"Siapa yang meninggal tadi ibu?" pagi tadi Ain tidak sempat untuk bertanya lanjut.
"Anak Pak Man kat hujung kampung tu. Muda lagi budak tu.." Ada kesedihan bila ibunya menuturkan kata-kata itu.
"Bila sampai waktunya macam itulah ibu. Ttak kira muda atau tua.. Kita pun tak tahu entah bila masanya. Tua bukan bermakna ajal makin hampir. Dan muda pula tidak bererti ajal lambat lagi. Kalau Tuhan nak ambil nyawa bila-bila masa pun boleh." Ain berfalsafah sendiri.
"Yang sedihnya tengok anak dia itu. Kecil-kecil lagi telah kehilangan ibu."
"Nasib orang tak sama ibu. Tapi Ain bertuah kerana ibu sentiasa di samping Ain." Ain memeluk ibunya erat.

Entah kenapa kesedihan beraja di hatinya. Jiwanya tersentuh mendengar nasib kanan-kanak kecil itu yang kehilangan tempat bergantung.

"Oklah ibu. Ain nak sudahkan kerja ini. Lepas ini nak masak pula." Dia berlalu ke sink semula. Sekilas dia teringat peristiwa pagi tadi.
Saat lelaki itu bersuara. Tangan Ain telah mencapai senduk yang terletak di bekas sambal tumis.
"Dik.. Mak cik yang selalu menjual tu ke mana?"
"Bercuti.." Sepatah Ain menjawab.
"Adik ini siapa?" Banyak pula tanya mamat ini. Nak beli, beli sajalah. Dia mengomel di dalam hati.
"Anak dia." Mata Ain masih berjaga-jaga dengan gelagat lelaki itu.
"Selalu tak pernah nampak!" Ain makin mengecilkan senyumannya. Rimas dengan pertanyaan yang berbagai.
"Saya sibuk. Hari ini ibu ada hal."
"Adik masih belajar ke?" Mata lelaki itu tidak lepas dari memandang wajahnya.
"Tak. duduk rumah jaga anak." Ringan saja mulut Ain menjawab dia telah bersuami. Seketika lelaki itu terdiam.
"Macam tak percaya saja! Adik ini nampak muda sangat nak kahwin." Eh suka hati oranglah nak kahwin muda ke tua.
"Tak percaya ke?" Ain makin meluat.
"Ada ke orang cakap kahwin tak boleh masa muda-muda?" Ain menyoal kembali.
"Ada berapa orang anak?" Hish... macammana aku nak mengelak ini.
"Seorang, lelaki.. Encik nak beli apa ini? Saya dah nak berkemas!" Gasaklah kalau lelaki itu berkata dia kurang sopan. Siapa yang memulakan persoalan yang entah apa-apa.
"Emmmm.. rendang ayam ada lagi ke?" Dah datang lewat habislah. Ain menjawab di dalam hati.

Memang banyak lauk yang telah habis. Ialah orang datang awal nak membeli. Ini datang awal menjadi pak pacak kat situ. Setelah membeli apa yang patut pemuda itu berpusing. Ain leka mengemas tanpa memandang ke arah pemuda itu..
"Aaaa... dik!" Ish tak pergi lagi ke? Apa lagi yang dia hendak ini.
"Esok ada tak?"
"Tak ada, suami saya hanya benarkan hari ini saja sebab ibu saya ada hal. Kalau saya datang esok, siapa nak jaga anak saya?" Ain berkata selamba.
"Kirim salam kat mak ya!" Kirim salamlah salam awak. Aku pun tak tahu sapa. Macammana nak sampaikan salam.

"Ain... Ain...." Panggilan ibunya mematikan lamunannya.. Baru dia perasan yang sejak tadi tiada apa yang dibuatnya selain daripada memegang senduk itu. Senduk yang digunakan untuk mempertahankan dirinya jika berlaku sesuatu. Kan best kalau mamat itu kena ketuk dengan senduk ini. Mesti pedih matanya kena sambal tumis. Ain tersenyum sendiri.

"La.... tak siap apa-apa lagi?" Ibunya menggelengkan kepala melihat sikap anaknya.
"Nak siaplah ini." Ain menjawab. Termalu dengan sikapnya sebentar tadi. Mujur ibunya tidak memanjangkan cerita. Jika tidak apa yang perlu dia jawab lagi.


5 Comments:

  • At Wednesday, October 18, 2006 1:28:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Ija masa kecil kecil dulu arwah opah akak kata jgn main senduk nanti kena patuk gan ular senduk... kelakar kan.

    Mamat macho tu dah kena senduk ke kepala dia? Hilang lah macho dia

     
  • At Thursday, October 19, 2006 3:13:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    kaknoor *peluk dia kuat2*,

    org dulu2 mcm2 pantang larang, ntah betul ntah tidak; mak bila bercerita katanya mcm itulah, ketuk kepala dgn. senduk jadi monyet tp x ada sapa yg pernah jadi monyet! memang kelakar!

    x smpt kena ketuk kaknoor sebab dia pandai silat! ;p

     
  • At Thursday, October 19, 2006 3:17:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    nisha *rindulah kat awak*..

    mujurlah dia tunjukkan sikap sopan santunnya, jika tidak bukan senduk saja... kuah sambal pun tercurah atas kepalanya.. ;p

    SALAM AIDIL-FITRI UTK. NISHA JUGA;
    SMOGA GEMBIRA DI RANTAU ORANG!REBUS KETUPAT KE KAT SANA?

    Salam sayang dari kak Ija

     
  • At Tuesday, October 31, 2006 12:05:00 PM, Blogger Wan Amalyn said…

    salam ija... :D
    kadang2 petua org tua2 adalah sindiran halus untuk anak2 yang memahami... ahaks

    *betul ke?* :p

     
  • At Friday, November 03, 2006 2:17:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    salam Wan,
    peluk dia kuat-kuat!

    petua org. dulu-dulu penuh dgn. yg. tersirat, cuma org. muda2 saja
    tak tahu sbb dio org. tak cerita!

    ;p

     

Post a Comment

<< Home