HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Monday, December 11, 2006

SEDUTAN LADHM - MENGUBAT RINDU



Pelarian ini tidak menemukan apa-apa,
sekadar lelah mengira masa.
sesak bermukim di dada....
***

Rumah teres dua tingkat yang bercat biru terletak di Cheras itu begitu meriah suasananya. Sana sini tetamu menikmati makanan yang dihidangkan. Sesekali deraian ketawa memecah suasana.

Aku memandang sekeliling. Ada antara tetamu yang aku kenali. Rakan-rakan sekerja. Yang lain-lain pula mungkin saudara maranya.

Aku agak lewat tiba ke perkarangan rumah tersebut. Mulanya aku ingin memandu sendiri. Tapi di saat akhir, rancangan bertukar pula. Sudahnya kami tersasar daripada waktu yang dijemput.

En. Taufik telah sedia menanti di hadapan rumah ketika kami melangkah masuk.

"Maaf En. Taufik, lewat sedikit.." Aku menjelaskan. Tidak mahu En. Taufik tertanya-tanya. Moga kata maaf itu tidak lagi memanjangkan cerita kenapa aku lewat.

"Sampai juga Zu... Ingatkan tak sudi datang." En. Taufik mengusik.
"Mana boleh tak datang En. Taufik. Kalau pasal makan tak boleh tolak punya.." Azira pula mencelah. Aku diam sekadar memerhati sekeliling.

Aku lewat hampir lima belas minit. Sesuatu yang jarang terjadi. Ini semua pasal Azira. Katanya tiba-tiba sahaja kucing kesayangannya demam. Terpaksalah dia menghantar dulu ke klinik haiwan. Memang aku tahu Syikin suka membela kucing. Jika tak silapku ada dua ekor kucing miliknya. Seekor kucing Siam dan seekor lagi kucing Parsi.

Mestilah dia risau sangat. Lagi pun kucing itu mahal pula harganya.

"Jemputlah makan. Bacaan doa baru sahaja habis." Pelawa En. Taufik dengan senyuman.

Aku memandang En. Taufik yang berbaju melayu biru laut dan memakai songkok. Penampilannya agak berbeza dibandingkan ketika dia berada di tempat kerja. Di pejabat dia sering memakai kemeja berlengan panjang.

"Terima kasih". Aku menampak sekeling. Tiada nampak pula kelibat ibunya. Mungkin agaknya di dalam rumah.
"Mak saya ada kat dalam... " Macam tahu-tahu pula En. Taufik apa yang aku cari.

Aku beredar ke meja makanan. Melihat-lihat jenis makanan sebelum aku mengambil apa yang patut.

"En. Taufik itu nampak handsome ya, bila pakai baju macam itu." Azira berkata perlahan. Mungkin tidak mahu orang lain mendengar komennya.
"Kau tak tergoda ke?" Aik, ke situ pula arah tuju soalan Azira bila aku mengambil sikap mendiamkan diri. Baru saja aku ingin membuka mulut. Handsetku berbunyi. Ada message yang masuk.

Asm Zu, kat mana ni?

Aku menyimpan kembali talipon. Bukan dia tidak tahu aku di mana. Awal-awal lagi aku dah beritahu. Ini tanya lagi. Aku mengomel di hati.

"Siapa Zu?" Azira ingin tahu.
"Adalah hamba Allah yang tersesat hantar pesanan."

Kami terus menikmati makanan yang diambil. Dari pintu rumah aku melihat En. Taufik dan ibunya keluar. Entah apa yang dibualkan mereka. Nampak akrab sekali. En. Taufik dan ibunya menghala ke arah meja aku dan Azira.

Aku bangun dan bersalam dengan ibunya. Kami berpelukan seketika.

Azira mengenyitkan mata ke arahku. Mujur tuan rumah tidak perasan apa yang dia lakukan.

"Azira, ini mak saya." En. Taufik memperkenalkan Azira kepada ibunya. Lantas Azira menghulurkan tangan.
"Jemput makan mak cik, En. Taufik." Aku mempelawa. Macam aku pula jadi tuan rumah.

Tanpa aku sangka, En. Taufik dan ibunya duduk bersama dengan kami. Azira tersenyum-senyum memandangku. Pasti ada perkara yang tersorok di kepalanya bila dia berkeadaan begitu. Nak mengusik akulah.

"Sedap makanan hari ini. Mak cik masak sendiri?"
"Zu nak belajar pun boleh, mak saya ini pakar masak." En. Taufik pula menjawab.
"Ada-ada saja Fik ni." Ibunya tersenyum.
"Ada yang mak cik masak. Yang lain-lain itu mak cik tempah. Jangan percaya sangat cakap Taufik ini." Tidak lepas senyuman dari bibir ibu En. Taufik.
"Mak dah sihat?" Aku sedikit terkejut tapi cuba menyembunyikannya.
"Alhamdulillah.. mak cik." Pasti berita ini ibunya tahu daripada En. Taufik.
"Orang tua macam itulah Zu. Mak cik ini pun kadang-kadang semput juga. Mujur ada Taufik ini. Senang juga nak ke sana sini." Aku menganggukkan kepala.
"Untung mak cik duduk dengan anak. Saya kalau boleh pun nak duduk dengan mak tapi rezeki dah di sini." Wajah emak bermain di mata. Walau diajak banyak kali, mak masih suka tinggal di rumah peninggalan arwah ayah.
"Tapi entah kenapa sampai sekarang anak mak cik belum nak kenalkan lagi calun isterinya..." Aku meletakkan gelas yang berisi fresh oren. Tiba-tiba saja aku rasa berdebar. Lain macam saja bunyi nada ibu En. Taufik.
"Kat pejabat itu ramai yang masih single mak cik. Azira ini pun masih kosong lagi...." Azira menjegilkan matanya.
"Cakap orang, yang bercakap pun apa kurangnya mak cik." Sahut Azira.

Kami berbual seketika, sebelum En. Taufik dan ibunya beredar.

"Aku tengok mesra saja kau berbual dengan mak En. Taufik. Macam dah kenal lama."
"Dia orang pernah datang ke kampung aku."
"Macammana aku tak tahu cerita sensasi ni?"
"Sensasi apa pula. Itu semua kebetulan saja. Masa mak aku sakit dulu..."

Nada dering berbunyi lagi menandakan ada mesej masuk. One message received. Tertera ayat di situ.

Zu balik pukul brp?

Aku tahulah nak balik pukul berapa. Yang dia sibuk-sibuk ini kenapa pula? Cukuplah aku sudah beritahu semalam bahawa aku tak free hari Sabtu. Tak kan tak faham-faham.

"Salah hantar lagi?" Azira bertanya.
"Atau secret admire?" Aku ketawa.
"Aku mana ada secret admire. Mengarut saja.."
"Aku rasa pun tidak tapi peminat di depan mata. Jaga-jagalah, siap mak dia bagi 'hint' anaknya itu belum berpunya lagi..."
"Tak habis-habis dengan En. Taufik. Dari dulu sampai sekarang. Carilah topik lain..." Tak sedap pula rasa hatiku bila memperkatakan hal yang berkaitan dengan tuan rumah.

Talipon yang berada di dalam handbagku menjerit lagi. Bukan nada pesanan tapi deringan yang aku tahu siapa pemanggilnya.
"Angkatlah Zu.. " Azira menyuruh bila aku sekadar membiarkannya.

Aku bangun dan mencari ruang kosong di situ.

"Assalammu'alaikum..."
"Wa'alaikummussalam.."
"Dapat mesej abang?"
"Emmm..."
"Mengapa tak jawab?"
"Tak sempat. Tengah makan tadi"
"Makan apa tadi?" Banyak pula tanyanya.
"Macam-macam.."
"Ingatkan abang tak, masa makan?"
"Entah?" Mana sempat aku nak ingat kat dia. Nak lupakan adalah!
"Balik pukul berapa?"
"Tak tahu lagi." Aku menjawab malas.
"Zu pergi dengan siapa?"
"Kawan..." Aku ingin cepat mematikan perbualan tapi dia pula memanjangkannya.
"Kawan lelaki ke perempuan?"
"Lelaki..." Biar dia rasa. Banyak pula soalannya.
"Kalau lelaki mesti dia yang drivekan? Macam itu abang ambil Zu kat rumah kawan Zu tu! Apa alamatnya?"
"Eh... tak usah susah-susah. Majlis tak pasti pukul berapa habis!" Aku tergagap-gagap. Nak menipu sudahnya aku juga yang terkena balik.
"Macam itu, abang tunggu kat depan rumah nanti."
"Tak payahlah. I tak mahu pergi mana-mana." Bukan dia tak tahu, aku dah jelaskan segala-galanya semalam.
"Sampai rumah nanti talipon. Abang tunggu kat depan rumah Zu." Dia mengulang ayat tadi. Macam memaksa pula.
"I penatlah. I nak habiskan masa hujung minggu di rumah."
"Zu, Zu tahu tak dah 1 minggu kita tak berjumpa. Abang betul-betul rindu kat Zu." Masalahnya aku sedikit pun tidak rindu kepadanya. Kalau boleh aku tidak mahu bertemu dengannya dalam waktu terdekat ini.
"Pleaselah... tolong faham, I nak berihat di rumah."
"Dengan abang, Zu selalu menolak. Dengan orang lain Zu tak macam ini!" Dah nak babitkan orang lain pula.
"Zu tak kasihan kat abang ke?" Apa hal pun masuk bab kasihan ini.
"Abang tetap tunggu Zu kat depan rumah walau lambat atau cepat Zu balik." Tanpa sempat menantikan ucapanku, talian dimatikan.

Aku mengeluh. Mati akal aku dengan Amir Zuhairi. Nampaknya segala alasan aku dipandang sepi.

"Kenapa Zu, ada masalah?" Entah dari mana datangnya dia. Dengarkah En. Taufik apa yang aku bualkan sebentar tadi?
"Tak adalah En. Taufik..." Senyuman aku berikan.
"Muka awak tu nampak macam menanggung sesuatu. Nak ceritakan kepada saya?"
"Alah... kisah budak-budak. En. Taufik tentu tak berminat."
"Try me.."

***

Aku tiba di rumah tepat pukul 6.15 petang. Aku mengajak Azira berlegar-legar dulu ke shopping kompleks.
Sengaja aku berbuat begitu supaya dia rasa jemu menantiku. Bila bosan tentu dia akan pulang. Tapi jangkaanku berlainan dengan apa yang aku lihat di depan mata.

Kereta berwarna emas itu di parkir cantik depan rumahku. Tak makan saman betul mamat ini. Dia bukan berada di dalam kereta tapi siap santai menyandar di pintu kereta. Hatiku sakit melihat perlakuannya.

"Zu, ada orang dah tunggu kat depan rumah. Eh.. pak wa hari itulah..."
"Jom, aku kenalkan!" Azira melihat jam tangan.
"Eh, lain kali sajalah. Aku janji dengan Dr. kucing itu pukul 6.00. Ini dah lewat, kang dia tutup kedai, sian kat kucing aku tu."
"Thanks." Kami bersalam dan berpelukan.

Amir Zuhairi tersenyum melihatku. Senyumannya makin lebar bila yang menghantarku adalah perempuan bukan lelaki yang aku beritahunya melalui talipon.

***

N3 Khas untuk pembaca yang merindui Amir Zuhairi dan Intan Zulaikha. Semoga rindu anda akan terubat.
- Tdak dapat saya catatkan nama anda di sini, yang membimbang saya jika tertinggal nama pula, jua termasuk *SR* (*Silent Reader bukan Secret Recipe*), *anda tahu siapa anda kan! ;p *
- Terima kasih untuk Leni dan rakan-rakan di Indonesia yang meminati blog ini. Sungguh saya terharu kerana ada orang jauh yang membacanya.
- Paling tidak dapat dilupakan pertemuan indah semalam. Terima kasih Anis (akhirnya RADHA jadi milikku), kakSu, Em, Wan, Lia, Wabbit, kaknOOr, Jid, Nawwir, Anim, Notie, Syud & rakan2... lagi sapa ya? Adakah nama yang tertinggal. TQ utk. kek yang paling sedap... Ada masa bawa lagi ya... Manisnya kenangan tersemat di kalbu.

12 Comments:

  • At Monday, December 11, 2006 9:49:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Wa'alaikummussalam,

    Kak Ija tahu ada org. tu rindu2an kat Amir, Amir pula rindu2an kat Zu, he he...

    Status Amir & Zu, *kelip2 mata*,
    yg. itu kena tunggu bila edisi sepatutnya muncul,

    Salam sayang utk. Zue,
    Kak Ija

     
  • At Tuesday, December 12, 2006 11:10:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    ala... zu nie.... tarik2 tali plaks.... hari tu pengsan masa majlis nikah... da nikah ke belum nie ? tak baik tau zu wat camgitu kat seben kalau betoi dah nikah... heheheheheheh....

    ija... marah sket Zu tuh... bila la nak jatuh kasih kat amir nie....

     
  • At Tuesday, December 12, 2006 12:07:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    ishhhh tak sangka ada jugak sambungannya
    rindunya kat amir & zu tu
    tapi??? dah kahwin ke belum ya?
    apa-apa pun cepatlah sambung semula
    tak sabar rasa nak baca lama sambungan cerita romantik dia orang nie

     
  • At Tuesday, December 12, 2006 1:12:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    cikliah,

    nak tahu status dia orang,
    kena baling dadu, he he..

    Zu belum jatuh hati,
    tapi jatuh tangga dah...

    bila Zu kata tak suka,
    x ada org. boleh buat dia suka..

    ;p

     
  • At Tuesday, December 12, 2006 1:17:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Cik Anonymous;
    (tongkat dagu nak ingat siapa ni.. ;p)

    sudah kahwin kah belum,
    baru jumpa dah senyum..
    *teringat lagu biduanita negara...*

    Itu n3 khas buat peminat AZ & IZ,
    moga hilang rindu...

    ;D

     
  • At Wednesday, December 13, 2006 11:33:00 AM, Anonymous Anonymous said…

    k ija, dah sihat??
    teruja sgt bila tgk zu n amir muncul....tapikan tetibe rase sayu...kalo la zu dh 'kawin' pastu mmg tak suke amir sampai bila2, kite tak nak dia jd mcm cite CINTA...part Rita & shidi...
    sedih sgttt!!!!....uuuwaarrrr!!!!!

     
  • At Thursday, December 14, 2006 5:49:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    assalamulaikum....
    tq ija...
    tak keluarkan novel ker utk LADHM..??
    rindu betul dgn amir n zu

     
  • At Thursday, December 14, 2006 9:11:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Salam Nisha,

    Alhamdulillah kak Ija shat,
    mg Nisha sejahtera selalu di sana

    AZ senyum meleret..
    dia kirim salam rindu juga..

    :p

     
  • At Thursday, December 14, 2006 9:19:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Tie,
    kak ija dah sihat.. alhamdulillah.

    bila berbicara tentang hati
    nafas pun seakan terhenti
    bukan mudah membuka kembali
    hati yang telah lama terkunci..

    cinta itu tak boleh dijangka
    datang tanpa mengira masa
    tapi ia tidak boleh dipaksa2..

    dan Zu???
    lebih suka sendiri-sendiri,

    ;p

     
  • At Thursday, December 14, 2006 9:22:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    anonymous,

    tq masih setia di sini,
    idea itu terpahat juga..
    tunggulah waktu & ketika
    pasti akan dikabarkan juga...

    insyaallah..

     
  • At Friday, December 15, 2006 1:13:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    tetiba jer blur baca citer ni...
    dah x ingat...
    =D....

    tetapi harap2 zu dgn amir..
    hihi

     
  • At Friday, December 22, 2006 6:55:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    salam violet,

    blur? he he he..
    sekali sekala zu & amir keluar macam itulah; dia org. pun tengah blur skrg. ni,,, ahak!

    thx berkunjung ke sini..

     

Post a Comment

<< Home