HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Wednesday, January 17, 2007

JIKA HATI TELAH TERLUKA, PUJUKAN TIDAK BERMAKNA LAGI


Walau kasihmu seluas lautan
Hatiku tidak akan tertawan
Biar berkali diulit pujukan

Aku kan tetap bertahan...


“Zu, MR 12* apa khabar?” Soalan pertama Syikin setelah salam diberi. Semenjak dia berpindah ke Trengganu kami selalu berinteraksi melalui talipon. Sesekali YM menjadi penghubung. Tapi tidak seseronok jika dapat mendengar suara. Terasa dekat walaupun dia jauh di Pantai Timur.

“Tanya khabar dia sahaja? Hello, kabar kawan awak ni tak mahu tahu ke?” Terdengar ketawa Syikin di corong talipon.

“Samalah tu. So, apa khabar duhai Zulaikha? Aku tahu kau sihat. Jika tak sihat mesti tak boleh bercakapkan?” Belum sempat aku menjawab Syikin telah menjawab dahulu.

Setelah menjadi isteri orang ini sikapnya tetap tak berubah. Pasti rumahtangganya dihiasi dengan gelak tawa. Sebab Syikin memang pandai membuat jenaka.

“Dia macam itulah…. Dia memang kabar baik selalu. Aku saja yang tak baik.”
“Pulak! Kena dera?” Tawa Syikin makin meletus. Nampak sangat dia begitu gembira bila aku menjawab begitu.
“Tengok oranglah. Kalau berani cubalah.. Aku talipon tele-dera…”
“Betulke?” Macam ada makna yang tersirat dengan pengucapan Syikin yang tergantung.

Secara logiknya aku tidak didera. Tapi entah kenapa aku rasa jiwaku bagai didera oleh mamat seorang itu. Manakan tidak segala tindak tandukku nak ambil tahu. Sikit-sikit sms. Lepas itu panggilan talipon pula. Tanya pula benda yang remeh temeh. Macam dah tak ada kerja lain.

Kalau dah rajin sangat menalipon baik tukar profession. Jaga talian! Baru saja bercakap hp ku berbunyi. 1 message received. Aku menekan ingin tahu pengirimnya. La.. dia lagi. Baru tadi 2 sms aku terima. Ah, Parah mamat sorang ini…

“Zu, ada hal penting ke?” Agaknya Syikin ingat talian terputus. Agak lama juga aku mendiamkan diri.
“Tak adalah..”
“Tadi macam ada bunyi talipon saja.” Aku berbual dengan Syikin menggunakan talian tetap.
“Ada mesej tadi.”
“En. Abang?”
“Emmmm..”
“Kan aku dah kata, dia ini prihatin, sayang sungguh kat Zu. Takut orang itu lari…”
“Alah.. aku ada kaki nak lari ke mana-mana pun boleh!” Masih tak mahu mengalah.
“Bukan kaki itu dah kena ikat ke?” Tawa Syikin semakin nyaring. Perli akulah itu.
“Talinya tak nampak lagi. Aku masih bebas!”
“Uh! Beraninya…”



“Gembira saja. Ada berita baik ke?” Aku mengalih tajuk perbualan.
“You guess?”
“Emm.. aku bakal dapat anak saudara ke?”
“Tekaan yang tepat! Pandai!” Aku bagai dapat melihat Syikin tersenyum panjang.
“Tahniah! Dah berapa bulan?”
“Baru lagi… tapi memang aku happy sangat sebab ialah umur pun dah lewat. Risau juga ada yang bagi pendapat kami lewat nanti susah dapat anak.”
“Itu teori saja. Tengoklah satu berita itu nenek yang berusia lebih 50 tahun pun boleh dapat anak. Janji tubuh badan sihat. Tiada penyakit yang tidak membolehkan seseorang itu mengandung”.
“Eh.. Pandainya berceramah fasal tajuk ini. Lepas ini Zu pulak.”
“Apa? Bab ini dengan aku tak boleh sentuh. Sensitif teramat! Orang lain tak apa!”

“Zu, dengar nasihat aku. Hargai kasih sayang itu sementara masih penuh di hati dia. Kalau dah zero nanti tak guna nak meminta-minta.”

Aku nak merayu. Hish belum terlintas lagi kat hati ini.

“Kau tak kasihan kat dia ke? Begitu sabar dia menanti. Kau buat apa pun dia turutkan saja.” Memang Syikin banyak mengetahui kisah aku dengan Amir Zuhairi. Sejak kali pertama pertemuan kami hinggalah ke saat ini.

“Alah… dia buat begitu sebab dia rasa bersalah yang teramat sangat. Sebab dia dah terlanjur kata. Jika tak difikirkan mak aku yang tak sihat… Upah berapa ribu pun aku tak kan menerima dia.”

“Tapikan aku sering doakan semoga hati seorang Zu akan terbuka untuk Amir Zuhairi. Biar orang sayang kat kita lebih…” Syikin mengakhiri perbualan kami.

Sana sini aku dapat ceramah free. Hari itu dengan Kak Ngah. Hari ini dengan Syikin. Kalau dengan mak lagi panjang.

**

“Tadi dapat pesanan abang?”
“Emmm..”
“Ngapa tak jawab?”
“Kat dalam bilik air..”
“Abang tunggu Zu balas balik. Abang ingat entah apa-apa yang terjadi.”
“I ok.”
“Petang ini temankan abang pergi shopping.” Ini yang aku malas. Kalau nak shopping bukan tak boleh pergi sendiri.
“Masih berfikir nak terima atau tidak?” Dia bertanya lagi setelah aku mengambil masa untuk menjawab. Macam tahu-tahu saja!

“Ah… “
“Abang ambil Zu. Jangan nak lari ke mana-mana pula!” Belum sempat menjawab aku telah dipintas terlebih dahulu.
“Emmm…pukul berapa?” Aku tidak dapat mencipta alasan lagi. Dia lebih pandai meneka.
“Macam itulah. Be a good girl. Selalu macam ini kan senang… “ Eh.. banyak cakap pula. Dah orang setuju diam sajalah. Getus hatiku.
“And one more thing, I love you very much.” Kata-katanya bagai air yang mengalir. Tapi tidak sedikit pun menyinggah di hatiku.

Pulau Kapas pasirnya putih
Laut membiru jauh pandangan
Hati berdetik jiwa terusik
Apakan daya ada batasan

Pelayar-pelayar yang dikasihi. Kisah LADHm akan keluar sekali sekali, tapi tidak mengikut turutan
Kerana rasa rindu yang menggunung tinggi di kalbu *khusus peminat AZ & Zu* mereka akan sesekali hadir di hati & mata pembaca.
Sayang dari Ija







3 Comments:

Post a Comment

<< Home