HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Saturday, January 13, 2007

KAU TERCIPTA UNTUKKU, MILIKKU SELAMANYA

Aku menolak pintu bilik dengan perlahan dan berhati-hati. Tidak mahu mengejutkan kak Ngah yang mungkin sedang tidur.

"Adik... " Panggilan itu disebut setelah dia melihat wajahku.
"Masuklah..." Sambil itu matanya melilau ke sana sini. Bagai mencari seseorang.
"Datang dengan siapa?"
"Kak Ngah tengok seorang. Seoranglah... " Aku menjawab selamba.
"Amir tak datang sekali?" Nama itu juga yang disebut. Aku yang terpacak di depannya tidak diendahkan.
"Tak. Dia tak tahu pun yang adik ke sini!"
"Masyaallah... " Kak Ngah mengucap panjang. Entah apa yang ada di fikirannya bila aku menjawab begitu.
"Masih tak boleh menerimanya lagi?" Soal kak Ngah bila aku menghenyakkan tubuh di sofa.
"Entahlah... "
"Sampai bila dik?"
'Tak ada jawapan..." Malas aku nak bincangkan pasal mamat seorang itu. Ahli keluargaku semuanya bagai menyebelahi dia. Sikit-sikit nama pak wa itu yang disebut. Macam tiada nama lain. Menyampah!
"Cubalah lembutkan hati itu sikit!"
"Hati dah perasaan bukan boleh dipaksa kak Ngah!" Aku masih mempertahankan diri.
"Orang tengok senanglah. Semua orang cakap dia ada segalanya. Kerja bagus, paras rupa boleh tahan (pada akulah boleh tahan!), bersopan, romantik dan yang baik-baik lagi. Tapi semua itu tak boleh beli hati adik. Wang ringgit tak boleh nak dinilaikan dengan hati dan jiwa." Memang aku dah bosan bila semua orang asyik memuji Amir Zuhairi.
"Kak Ngah boleh tak kita cerita pasal lain. Tak adakah tajuk lain yang menarik selain tajuk mamat seorang itu? Telinga adik dah penuhlah tak larat lagi nak tampung nama dia."
"Kak Ngah cuma memberi nasihat sebagai seorang kakak. Itu pun kalau adik nak dengar." Sayu suara kak Ngah. Tanpa sedar aku telah melukakan hati seorang kakak. Satu-satunya kakak yang aku miliki.
"Adik ucapkan terima kasih atas nasihat kak Ngah. Biarlah waktu yang menentukan semua itu.."

Sedang kami asyik berbual. Pintu diketuk dan ditolak perlahan. Macam tahu-tahu saja orang menyebut pasal dia. Tiba-tiba terjengul.

"Bila Zu sampai?" Terkejut agaknya dia aku di sini.
"Baru sekejap." Tanpa menoleh kepadanya, aku memberikan jawapan.
"Abang talipon banyak kali tadi. Kenapa tak beritahu nak datang ke sini. Boleh abang ambil." Kak Ngah tersenyum-senyum kepadaku. Ialah seorang mengelak. Yang seorang lagi asyik mencari.

Memang aku sengaja tidak menjawab panggilannya tadi. Jika aku jawab macam-macam pula yang perlu didengar. Sesekali biarlah aku ke sana sini tanpa dirinya. Sesekali aku juga ingin bersendiri. Ini tidak segala tindak tandukku semua nak pantau. Semua nak ambil tahu. Rimas betul!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home