di kuburan ini...
aku menemanimu
menatap kemboja jatuh
gugur dari kelopaknya
bagai airmataku yang luruh
tanpa hentinya...
di kuburan iniaku sendiri lagibersenandung yassin hadiah seorang isteri kepada suamibersama sendu tanpa pelabuhanbiarpun dunia kita telah berbezakasihmu tetap di sinitersimpul rapidi kamar hatiku...abadi selamanya...- KiraJulai 2007 *********
Kira mengesat airmatanya yang luruh. Makin dikesat makin banyak lagi yang gugur. Tidak diduga begini sekali pengakhiran cerita cinta yang baru bermula. Dia masih ingat lagi saat itu...
"Abang, boss Kira dah luluskan cuti seminggu..." ujarnya girang di talipon.
"Nak temankan abang kat sini?"
"Mestilah... Kasihan kat abang selalu saja ulang alik. Kali ini Kira pula berkunjung ke sana." Senyumnya tidak lepas dari bibir.
"Eloklah... kita ni macam sehati sejiwakan? Baru abang nak beritahu Kira; Kira dah talipon dulu.." Syahmi tersenyum panjang. Kali ini dia tidak payah untuk pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan yang memenatkan. Tapi kerana kasihnya kepada isteri cinta... dia pulang juga.
Perpisahan sementara begitu memeritkan kehidupannya. Potret Kira di atas meja dipandang beberapa kali. Memang hatinya jatuh kasih pertama kali melihat wajah Kira. Memang cinta pandang pertama begitu kuat tarikannya. Selama ini dia hanya memandang Kira dari jauh sahaja. Namun segalanya berjalan tanpa dirancang. Jodoh mereka telah tertulis di loh mahfuz.
Tanpa diduga pinangannya diterima. Biarpun pada awalnya dia begitu bimbang. Tapi ialah belum cuba belum tahu. Bukan dia tidak pernah melihat keakraban Kira dengan seorang lelaki. Kerana desakan hati dia turutkan juga. Alhamdulillah kini Kira menjadi miliknya yang abadi.
4 Comments:
At Sunday, July 29, 2007 1:45:00 PM, shikin said…
.sob..sob.. nnti syahmi 'pergi' eh.. sob..sob..sob..
At Wednesday, August 08, 2007 1:22:00 AM, Anonymous said…
shikin,
hulur sapu tangan buat menyapu si air mata..
bila sampai janji itu
aku pergi meninggalkanmu..
At Wednesday, August 15, 2007 11:39:00 PM, Anonymous said…
ija...amboi silent reader la pulak hehehehe...
anim nak tanya kat ija bilanya nak update n3 CDM sbb dah puas menunggu. apa jadi pd Kira? sian kat Kira tok sah lah biar dia nangis...
At Friday, September 07, 2007 6:44:00 PM, Anonymous said…
Salam Anim...
Ogos bulan paling sibuk tu yg. n3 tertangguh..
n3 baru dah ada, jemputlah baca..
Kira terkejut tu...
namun airmata sinonim dgn. wanita yang sedih...
Post a Comment
<< Home