CINTA DI MATANYA (xi)

"tinggallah kasih tinggal pujaan
aku di sini, sepi bertaburan..."
Pagi-pagi dia menziarahi pusara Syahmi. Pulangnya hampir pukul 10.00 pagi. Pn. Nora memang bimbangkan keadaan Kira. Seminggu dia menemani Kira ke pusara Syahmi. Lama-lama dia membiarkan Kira sendiri begitu. Lagipun Kira lebih suka bersendirian.
Puan Nora amat sedih melihat keadaan anaknya begitu. Kira sekarang tidak banyak bercakap. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Jika tidak suaranya tidak akan kedengaran di rumah teres dua tingkat itu. Kira menjadi manusia pendiam.
Wajah yang ceria kerana menemani arwah suaminya di Trengganu telah hilang serinya. Wajah itu kini dilitupi awan mendung saja. Kira lebih suka bersendiri dan mendiamkan diri.
Puan Nora makin bimbang. Anaknya makan ala kadar saja. Kadang-kadang makan pun harus diingatkan; jika tidak Kira akan terlupa. Katanya dia masih kenyang sedangkan sedikit pun makanan tidak dijamah.
Badan yang kurus bertambah kurus. Sering dia melihat Kira bermenung di tingkap bilik yang terletak di tingkat atas. Pn. Nora sering menjenguknya, bimbang jika terjadi apa-apa. Mata bening Kira kelihatan merah akibat sering menangis.
“Mengapa ibu, dia tinggalkan Kira?” itulah soalan yang sering diasak di telinga Pn. Nora. Walau telah berkali-kali Pn. Nora mengingatkan anaknya bahawa itu adalah dugaan dari Tuhan untuk seorang hambaNYa.
“Dia baik bu, dia janji nak jaga Kira tapi dia pergi dahulu…” Dalam lirih Kira bersuara. Mengesat air mata yang jatuh di pipi.
“Kami baru nak merasa erti kebahagiaan… tapi… “ Dan Kira terus menangis. Pn. Nora yang berada di sisi Nora mengalirkan air mata sama.
***
Pemergian Syahmi memang mengejutkan semua orang. Apa tah lagi mereka berumahtangga pun tak sampai setahun lagi! Namun siapalah yang dapat meneka apa yang berlaku keesokan harinya. Hanya DIA yang tahu apa yang tersurat dan tersirat.
***
Hari ini Kira pergi lagi ke pusara Syahmi. Namun entah kenapa hati Puan Nora rasa tidak menentu. Bagai ada sesuatu yang buruk berlaku. Dia nampak Kira bagai tidak bermaya pagi tadi. Telah dilarang agar Kira berihat di rumah, tapi Kira enggan.
“Kira nak jumpa abang Syahmi bu! Hilang rindu Kira bila tengok pusaranya” itu jawapan Kira.
***
Deringan talipon berbunyi nyaring di ruang tamu tersebut. Puan Nora melihat jam antik yang berdenting 11.00 kali seiring dengan deringan talipon.
Dia menjawab salam yang diberi.
“Ya… ini rumah Syakira. Betul! Saya ibunya…. “ Puan Nora terketar-ketar menjawab. Dan dia berbalas jawab dengan si pemanggil tersebut. Gagang talipon diletakkan kembali.
Puan Nora duduk sebentar di sofa; beristiqhfar panjang.
“Ya.. Allah selamatkanlah anakku ini.” Dia berdoa tidak putus-putus. Lalu masuk ke bilik untuk mengambil tudung. Puan Nora menutup pintu dan menguncinya lantas berjalan ke kereta untuk ke hospital.
8 Comments:
At Thursday, September 11, 2008 3:08:00 PM,
nacha said…
Ija, tqvm utk new n3. diam tak diam dah setahun lebih citer ni. tapi apa jd kat Kira? suspen ni... jgn biar tergantung lama2 ya.
At Friday, September 12, 2008 10:08:00 PM,
Anonymous said…
Salam Nacha,
Thx masih mlwt ke sini..
Ia cerita ni patut tamat dah lama
tapi itulah; target terbabas..
Ada beberapa episod lagi;
nak dipendekkan pun tak boleh
nanti feel lari..
Selamat Berpuasa, balik Ipoh ke?
Salam sayang,
Ija
At Monday, September 15, 2008 7:37:00 AM,
Anonymous said…
salam buat ija dari mie,
cerita ija kali ini sedih sangat...
sampai mie menangis membacanya
teruskan berusaha dan berjaya
dari mie
At Wednesday, September 17, 2008 3:10:00 PM,
nacha said…
ye Ija. insyaallah raya nanti balik Ipoh. kalo beraya kat Ipoh nanti call la saya. bole singgah beraya.
At Thursday, September 18, 2008 11:00:00 AM,
Anonymous said…
salam...kak ija...sihat?..lamenye sepi tanpa berita...kite rindu la...ape jdk dgn Amir n Zu....rindu sgt kt dorg...
salam rindu...tie
At Thursday, September 18, 2008 1:29:00 PM,
Anonymous said…
salam mie;
sedih ke? sebahagian drpd. kisah-kisah manusia di alam nyata.
thx mie, datanglah lagi..
At Thursday, September 18, 2008 1:30:00 PM,
Anonymous said…
nacha;
kita ada kat tapah,
lalu kat highway tu boleh singgah..
At Thursday, September 18, 2008 1:32:00 PM,
Anonymous said…
salam tie,
AZ & Zu; ;p
macam itulah, belum ada kata putus w/p adegan pujuk memujuk diulang tayang beberapa kali..
k.ija pun rindu kat tie,
keluarga dah bertambah?
slmt berpuasa..
Post a Comment
<< Home