HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Friday, September 07, 2007

CINTA DI MATANYA (vii-ii)




"Malam ini abang balik lewat sikit..." beritahu Syahmi. Senyuman diberikan kepada isteri tersayang. Masuk hari ini sudah tiga hari Kira berada di rumah sewanya. Tidak dapat dibayangkan betapa hatinya gembira bukan kepalang.

"Balik cepatlah.. hari ini Kira masak special untuk abang. Kan hari ini hari special juga!"

"Sebab tu lah abang balik lewat sikit. Lepas kerja nak singgah kedai kejap... Kira tak payah susah-susah. Abang minta Kira datang untuk temankan abang. Bukan nak susah-susahkan Kira."

"Tak susahlah bang... Lagi Kira suka dapat bersama abang. Dapat sediakan masakan kegemaran abang. Kalau di KL ibu yang sediakan semuanya. Kira kan bekerja.."

"Apa-apalah Kira... Usah mengadu yang Kira penat sudahlah..." Syahmi mencuit hidung Kira yang terletak elok di tempatnya. Hidung mancung Kira sering menjadi bahan tarikan jari jemarinya. Seperti selalu Kira akan mencubit tangannya. Bukan sedikit tapi banyak. Akhirnya dia mengalah. Mereka sama-sama mendapat tanda merah. Kira merah di hidung dan dia merah di lengan. Bila melihat tanda itu mereka akan ketawa bersama-sama sambil menaikkan ibu jari tanda "good".


"Abang pergi ya.. Maafkan abang jika abang pulang lewat dari masa yang abang janjikan.." Kira mengangguk lalu tangan suami digenggam dan dicium. Macam hari-hari yang lalu Syahmi menghadiahkan ciuman di pipi kiri dan kanan Kira. Tidak lupa ciuman di dahi Kira. Lalu Syahmi memeluk irat Kira bagai tidak mahu dilepaskan tidak seperti hari semalam; agak lama.


"Abang nanti lambat... " jam di dinding dijeling sekilas.

"Ok.. abang rasa tak mahu pergi kerjalah pula.. Entah kenapa rasa berat pula nak tinggalkan Kira." Ada nada sayu dalam ucapan Syahmi. Kira terpempan sekejap.

"Macam-macamlah abang ni.. Tu "boss" abang dah panggil." Sengaja Kira mengusik. Padahal bukan dia tahu "boss" suaminya tinggal di mana."

"Baiklah.. Tinggal kat rumah tu baik-baik..." Akhirnya Syahmi berlalu dengan lambaian. "Flying kiss'" diberikan kepada Kira. Dan Kira membalas kembali sambil tersenyum.


"Ada ada saja suamiku ini..." dia mengomel di dalam hati. Namun dia gembira, Syahmi memang suami yang baik dan perihatin.


***



Kira resah di ruang tamu. Suaminya masih belum pulang lagi. Tadi masa di talipon Syahmi memberitahu yang dia masih di kedai. Mengambil kek yang telah ditempah sejak awal lagi. Dari kedai tersebut ke rumahnya bukanlah jauh sangat. Syahmi pernah menunjukkan kepada dia bila mereka keluar makan bersama.


Handphone Syahmi didail. Ada deringan tapi tiada siapa yang menjawab. Mana pula Syahmi ni... Dah setengah jam berlalu. Kira tak senang duduk. Hidangan di atas meja dipandang. Dia tersenyum puas melihat hasil masakannya. Berserta dengan hiasan sekali. Tak sia-sia dia membeli buku tentang hiasan di meja makan. Boleh juga diperaktikkan bila keadaaan memerlukan.


Ada bunyi ketukan di pintu. Kira berlari-lari anak. Tentu Syahmi dah pulang. Fikirnya. Emm... taulah dia! Nak kena denda ni. Sambil menuju ke muka pintu hati Kira mengomel sendiri. Tombol pintu dipusing. Dia ingin pura-pura merajuk.


Di depan grill bukan Syahmi yang berdiri tegak. Tapi orang lain.

"Ini Puan Syakira isteri Muhammad Syahmi?" Kira mengangguk. Belum sempat orang yang berdiri di depan pintu menghabiskan ayat; Kira terduduk. Dia terasa begitu lemah sekali. Dan airmatanya turun tanpa dapat ditahan-tahan..



2 Comments:

Post a Comment

<< Home