HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Tuesday, May 31, 2005

Epilog Cinta Seorang Suami

Atas nama cinta..
Kita simpulkan ikatan ini
Menjadi realiti
Bersama lafaz dan akad
Kita mulakan perjalanan ini
Seadanya…


Tatkala ku tatap seraut wajahmu
Ada getaran yang membisikkan
Kaulah milikku abadi
Ia bukan lagi mimpi semalam
Yang datang bertandang
Kemudian menghilang


Aku persembahkan cinta sehangat mentari
Buat dirimu yang bernama isteri
Biar kau rasa panasnya cinta ini
Walau hari sedingin salji
Tetap membahang selamanya...


Akan ku ulitmu dengan cinta tak bertepi
Harum kasihmu, Wangi kasihku
Berpadu menjadi satu….
Menebarkan haruman serbak mewangi
Ke dalam mahligai cinta
Ciptaan kita berdua.......


Isteriku…
Kau bidadari yang tiada gantinya
Diamanahkan kepadaku..
Menyinarkan rasa kasih menyeluruh
Tanpa batasan waktu....


Akulah yang bertuah
Dalam beribu yg. merebut kasihmu
Aku terpilih menjadi suamimu
Pelindung sepanjang hayatmu
Bersama kita menempuh onak dan duri
Dalam dakapan kasih kita berdua


Dengan lafaz bisimillahhirahmannirham
Dengan rasa kasih tidak terperi
Akulah suamimu
Engkaulah suriku
Sepanjang masa, selamanya.....

Sunday, May 29, 2005

MENJELANG TANGGAL ITU, 2

Terjaga di pagi hari, aku spt. berada di dalam mimpi. Jari telah pun diinai lewat malam semalam. Sebenarnya aku tak suka diinai. Tapi mak cik mendesak. Katanya tak cantik pengantin tak berinai. Inai menambah seri pengantin. Benarkah? Lantaran kasihan & simpati kpdnya. yg. bersusah payah memetik & menggiling inai di waktu malam... aku pun bersetuju dgn. cadangannya. Payahnya.. aku tak dapat nak bergerak sesuka hati. Hanyaduduk diam-diam menjadi gadis yg. pemalu. Apa2 pun dilayan spt. puteri raja. Agak merimaskan....
Bakal raja seharilah dikatakan...

Jam 10.30 aku akan diijab kabulkan. Wali iaitu bapa saudaraku telah pun dtg. dari rumahnya di Teluk Intan. Bakal suami & tuan kadhi masih belum tiba lagi. Aku hanya duduk menanti di dalam kamar yg. serba kekuningan .Berpakaian serba putih spt. selayaknya. Tanpa disangka sedikit kekecohan kecil berlaku. Kadhi, saksi, pengantin lelaki telah bersedia. Wali pula hilang entah ke mana. Tanpa wali bagaimana pernikahan akan dijalankan. Itu antara syarat2 sah nikah. Ah... ke mana pula pak cikku ini. Lalu makpun meminta tolong org. mencarikannya. Semuanya menanti dgn. sabar. Dan aku lagilah berdebar2. Rupa2nya pak cikku ada hal penting yg. perludiselesaikan. Tak sempat nak memberitahu kerana dia memikirkan masa akad nikah belum tiba lagi.

Setelah menandatangani borang... Kadhi bertanya itu ini, majlis nikah pun berjalan. Hanya sekali lafaz sahaja aku telah menjadi isterinya. Doa pun dibaca. Dalam erti kata lain aku telah masuk ke dunia lain. Aku memegang tanggungjawab dan amanah utk. menjadi isteri yg. solehah seterusnya bakal menjadi ibu kepada anak2nya. Terasa tanggungjawab itu semakin berat .Dapatkah dilaksanakan? Jika dulu segala2nya atau apa2 keputusan aku ambil sendiri2. Kini tidak lagi. Aku mesti mendapatkan persetujuan dari suami.Berbincang bersama2 supaya tiada pihak yg. akan terasa dipinggirkan. Aku panjatkan rasa syukur kerana majlis itu berjalan dgn. lancar spt. yg .direncanakan.

Kini ini aku pula mesti belajar mengambil hati keluarga mertua. Mengahwin idia bermakna aku mengahwini keluarganya juga. Dalam erti kata lain, aku mesti pandai menyesuaikan diri. Lagi pun kerana aku org. Utara & suami org. Selatan... pastilah ada perbezaan dlm. masakan, cara hidup dan sebagainya. Perbezaan2 itulah yg. patut aku imbangkan supaya segalanya tidak ketara. Boleh berjalan seiring. Aku berdoa kepada Tuhan moga aku dapat mengharungi segala rintangan dalam menempuh alam perkahwinan ini.

Wednesday, May 25, 2005

MENJELANG TANGGAL ITU...

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi... Segala persiapan telah pun dibuat dengan rapinya. Bab masak memasak utk. kenduri, mak serahkan kepada adik iparnya. Tak perlu tercari-cari siapa nak masakkan lauk pauk yang banyak itu. Memang adik ipar mak pakar dalam memasak. Dia pun mempunyai kedai makan sendiri.

Aku bangga walau pun ayah telah lama meninggal namun hubungan kekeluargaan ini tidak terputus bahkan semakin bertambah erat. Kad undangan telah pun diedarkan kepada sahabat dan rakan taulan. Jauh dan dekat. Waktu2 beginilah biasanya yang lama tak berjumpa akan berjumpa. Tentu bertambah meriah dgn. berbagai cerita. Maklumlah zaman persekolahan telah lama berlalu pergi. Kini kami semakin menginjak dewasa. Rupa & ketrampilan semakin berbeza.

Makcik pula sibuk bertanya perihal mak andam & pelamin & baju pengantin. Tidak ketinggalan kawan2 lain. Ada yg. membuat tawaran & diskaun yg. hebat kerana sahabat. Tapi ya... aku kurang berminat kerana aku inginkan pernikahan yang sederhana sahaja. Tak perlu sanding-sanding... bertukar2 baju bagai model catwalk. Kesederhanaan menjadi pilihan. Yang penting majlis berjalan dgn. lancar tanpa ada apa2 gangguan.

Peralatan kamar tidur telah pun aku tempah dari kedai. Aku & bakal suami sama-sama memilih mengikut citarasa kami. Sebenarnya aku pun tidak menyangka bahawa tanggal itu akan tiba terlalu cepat. Hanya beberapa bulan saja kami berkenalan...ialah bila hati dah berkenan utk. apa menunggu lama2 lagi. Dah jodoh.... Kenal lama pun kalau dah bukan jodoh yg. ditentukan, tidak juga akan bersama. Bukankah mendirikan masjid adalah suatu perkara yg. baik. Perkara yg. baik-baik amat dituntut disegerakan.

Pernah aku bertanya kepadanya...mengapa aku menjadi pilihan. Katanya dia menerima aku kerana aku yg. seadanya. Menerima kebaikan dan keburukan yg. ada. Bukan melihat kepada paras rupa. Yang lebih meruntun hati dia berani berterus terang & berjumpa dengan ibuku menyatakan hasratnya. Terasa dia begitu ikhlas sekali. Keluarga aku pun menyokong perhubungan ini.

Menjelang tanggal itu... ada masanya aku menjadi tidak keruan. Ada resah, ada suka, ada sedih & entah apa2 perasaan lagi bercampur baur. Agaknya perasaan beginilah yang ditanggung oleh pasangan yang telah melaluinya. Lebih menyedihkan aku kerana ayah tiada bersama utk. mewalikan pernikahan anaknya. Dia terlebih dahulu pergi menemui Ilahi... Dalam masa bertunang dan menanti hari bersejarah, ada saja dugaan yg. dtg. Ada yg. ingin menghulur kasih.. Masih ingin mencuba.... walaupun telah dijelaskan yg. diri telah terikat. Peliknya dunia ini. Mengapalah bunga di dalam jambangan orang lain yang menjadi pilihan? Mengapa masih tak mahu memahami biar pun berkali2 dijelaskan?

Menjelang tanggal itu, ada debaran menusuk di dada....