HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Tuesday, February 17, 2009

CINTA DI MATANYA (xiii)















Suara ketawa kanak-kanak yang kedengaran membawa diri Kira ke jendela kamarnya. Dari tingkap yang terbuka dapat dilihat anak-anak dalam lingkungan usia4-7 tahun bermain riang. Ada yang sedang bermain buaian, ada jua yang memanjat palang besi yang disediakan di situ. Tidak ketinggalan ibu bapa mereka turut menemani.


Hatinya dirundung pilu tiba-tiba. Kira terus duduk di birai katil. Sesekali jari jemarinya mengusap perlahan perutnya. Dia hampir menangis lagi.. Cukupalah hatinya berbisik sendiri memberikan kekuatan ke dalam diri agar tidak lagi mengalirkan air mata. Namun sendu itu datang bertandang juga..

Kalaulah dia menjaganya dengan betul tentu dia juga sudah punya anak kini. Ada juga zuriat yang mengikat dirinya dan suaminya. Kenapa dia pergi terlalu cepat?. Kata-kata ibu menerjah ke dalam mindanya. Bila dia bersedih ibunya pasti bertambah sedih. Trajidi itu dirasanya baru saja berlaku semalam.


Laci di sebelah meja solek ditarik. Kotak berbunga berbentuk empat segi dikeluarkan. Telah lama kotak itu berada di situ. Bukan Kira tidak mahu melihat apa isinya tapi setiap kali dia memegang benda yang terletak cantik di dalam kotak itu; hatinya bertambah sedih. Dia pasti akan menangis lagi.
Lupa kak Anim nak bagi hari itu.. pada hal perkara pertama yang difikirkan nak menyerahkan kotak ini kepada Kira.." Kak Anim menghulurkan kotak tersebut ketika datang melawat sehari selepas jenazah Syahmi dikebumikan.


"Masa abang (bermaksud suami kak Anim) kemas meja arwah terjumpa kotak ini... Kak Anim pasti ini milik Kira.."


Kira memerhatikan kotak berserta kad berbentuk "love" merah hati. Tertera beberapa baris perkataan di situ.


Saat paling manis dalam hidup ini
bila kita bertemu pertama kali
Saat paling indah dalam hidup ini
bila dirimu menjadi milikku abadi
Abang menyintai Kira tanpa batasan waktu
Walau berpisah nama Kira tetap di kalbu..


Kasih Abadi,
Syahmi


******
"Maafkan Kira bang,.. Kira tak jaga amanah abang..."