CINTA DI MATANYA (x)
"Abang...tinggal sekejap ya; Kira nak pergi solat. Sekejap lagi ibu datang menemani." Dahi suami dikucup lembut. Dia terasa jari Syahmi memegang kejap seperti tidak mahu dilepaskan. Tangan itu seperti bergerak.
"Abang.. Alhamdulillah Tuhan.. " Kira mengucapkan syukur, airmatanya menitis. Doanya dimakbulkan. Di subuh hening itu Syahmi telah sedar. Cuma mata Syahmi masih tertutup. Kira tersenyum. Tidak dapat digambarkan apa yang dirasa selama beberapa minggu di sisi Syahmi.
Dia menunggu ibunya datang. Tidak sabar rasanya dia ingin menyembahkan diri kepada Tuhan. Dia ingin sujud syukur ke hadrat Allah..